Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Tuesday, August 15, 2017

Gambar & Cerita Majlis Pertunangan Part 1


Assalamualaikum..
entri kali ni Elia nak kongsikan gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan Elia yang berlangsung pada 1 July 2017 (01.07.17).

teruskan membaca ;)






kalau sebelum ni Elia dah kongsi pasal persiapan hantaran dan sebagainya, kali ni nak cerita pasal majlis tu sendiri. di hari kejadian.


pagi tu memang kalut. malam tu tak cukup tidur sebab kami sibuk kat dapur masak lauk untuk dihidang pada majlis tu. pagi-pagi pula saya dah kena jadi runner pergi Pasar Keramat cari daun sireh dan beberapa barang kiriman last minute.


lepas tu sambung siapkan hantaran yang mana tak habis lagi. bila jam dah nak masuk tengah hari barulah kalut mandi dan bersiap. kena rushing since dah decide nak makeup muka sendiri je.



Majlis direncanakan berlansung selepas Asar. 
tapi pihak lelaki dan sampai kawasan sekitar tu terlebih awal. so agak kalut sikit tapi Alhamdulillah, semua berjalan lancar. wakil dari kedua belah pihak tiba tepat pada masanya.






ketika majlis perbincangan antara dua belah pihak berjalan.
 tak pasti lah ade sesi berbalas balas pantun ke tak ;p


tepak sireh dan dulang hantaran dari pihak lelaki







sementara perbincangan rancak kat ruang tamu tu.......


Elia yang kat bilik...




tengoklah muka ku yang cuak. hahaha cuak ke?

honestly sebelum dan sepanjang preparation untuk majlis tu Elia takde rasa apa. 

bila kawan kawan tanya..

"amacam nervous tak?"

i was like 'Nahhhh.. biasa je.' (belum rasa apa lagi..)

even my fiance pon lebih excited and nervous since days before the engagement..


But bila masa betul betul rombongan meminang datang dan tengah berbincang. bukan main tak keruan lagi elia masa tu. nervous, ke hulur hilir dalam bilik tu. berpeluh kemain!


nampak tak peluh berkilat masa ni? punya lah nervous. dup dap dup dap didalam dadaaaa




sambil nak tenangkan diri, kami bergambar kenangan lah dulu



Bila sampai masanya.. someone came in the room asking me to go out..

masa untuk sarungkan cincin..


jari kanan untuk cincin risik..






kiri pula untuk cincin tunang


this is my future mother in law. a very warm and sporting. I'm such a lucky girl!








Kalau ikutkan majlis pertunangan saya ni biasa biasa je. simple and intimate. tapi yang lain sikit bila ada sesi suap gula, sesi suap gula ni biasa bagi budaya orang utara. buat  pemanis mulut katanya..

dah nak jadi darah manis kan.. nasib tak kencing manis ;)


with his aunty







wajah ceria sebaik bertukar status




sebaik selesai sesi sarung cincin, tetamu dijemput menjamu selera. Alhamdulillah semua berjalan lancar. tak lama lepas tu en. tunang pun datang join





Mohon doa dari semua. semoga semua perancangan kami berjalan lancar dan diberkati




9 comments:

tiga lalat said...

wahh sonoknyer nak kawen., mugo dipermudahkan dan selamat kejinjang pelamin., aminn

PERMATABIRU said...

tahniah sis

Azcona Nur Azleah LMF said...

Congrats, Elia! Can't wait mine on 16/9/17 Insya-ALLAH. Dah 28 tahun baru terhegeh-hegeh nak bertunang. Hihihi...

Btw, cincin risik + tunang tu size berapa? Berapa lama nak prepare cincin tu? Risau lak jari plus size ;D

Elia Si Jejariruncing said...

Amin.. terima kasih doakan

Elia Si Jejariruncing said...

Tq sis

Elia Si Jejariruncing said...

Tq dear.. wah. Goodluck 16/9 ni.. umor bkn pengukur. Jodoh semua rahsia Allah kan ;)
Anyway nnt kite jwb soalan2 awk tu dlm entri blog pasal cincin k? Stay tuned

Elia Si Jejariruncing said...

Tq dear.. wah. Goodluck 16/9 ni.. umor bkn pengukur. Jodoh semua rahsia Allah kan ;)
Anyway nnt kite jwb soalan2 awk tu dlm entri blog pasal cincin k? Stay tuned

Chooyaya! said...

Tahniah Elia. Cantiknya kulit. Putih gebu! Tengah darah manis ni kena jaga diri... Banyak dugaan dalam bertunang. Semoga Elia dapat mengharung dugaan tempoh pertunangan sampai lah kejinjang pelamin :)

Nadiah Suhaidi said...

Tahniah Sis Elia :)

Blog Widget by LinkWithin