Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing is caring. Show all posts

Tuesday, June 28, 2016

Resipi Pai Tanpa Tepung atau Doh (Crust-less Pie)





Seperti yang korang tahu atau mungkin tak tahu..  Elia suka bake. bukan bake cake. tapi lebih kepada Pastry. tak hebat tapi minat. minat makan dan dalam masa yang sama belajar buat. 


Harini saya nak kongsi resipi yang agak unik, menarik dan tak susah. 
nak buat pai tanpa crust (crustless pie) . tanpa tepung.

Selalu kalau pastri mesti nak ada tepung kan? nak kena ada butter and so on..

So ni Elia nak kongsi resepi yang korang semua boleh cuba.


Bahan A

Sausage*
Cendawan butang*
Crabstick*
2 biji tomato*
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji capsicum merah (dihiris)
1biji capsicum kuning (dihiris)
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Minyak masak
Garam secukup rasa

*=dipotong kecil

Bahan B
1 cawan susu segar
5 biji telur
Kepingan keju cheddar (dihiris)


Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sampai layu. Masukkan sausage (boleh ganti dengan daging, ayam atau seafood)
2. .Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
3. Masukkan tomato, capsicum, cendawan butang dan taburkan garam. 
Biar sampai masak dan ketepikan.



4. Masukkan susu segar dan telur ke dalam mangkuk tahan panas. (kalau nak lagi sedap boleh pukul telur dengan mayo. kasi fluffy!!)
5. Masukkan keju cheddar dan bahan inti yang dimasak tadi (bahan A)
6. Susunkan crabstick (crabstik taknak masukkan awal sebab nk elakkan dari hancur atau berderai) dan bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
7. Sedia untuk dihidang






rasa dia memang marvelous i tell you... Selamat mencuba!


Sunday, June 26, 2016

Resipi Jeruk Mangga Asamboi Paling Simple




Resipi simple jeruk mangga asamboi

Bahan-bahan:
Mangga muda/mempelam
Asamboi
Gula dan garam (nisbah 5:1)
Cili padi( dipotong halus)


Cara simple membuatnya:
- Kupas mangga ikut potongan yang anda minat
- Cuci dan toskan air
- Campurkan semua bahan. Gaul sebati
- Simpan dalam peti sejuk dalam beberapa jam. Kalau leh more than 3hours.
- Sedia untuk dihidang


senang kan? ni memang fav saya. so, selamat mencuba!!

Friday, June 24, 2016

Resipi Makaroni Bakar ala Lasagna


Harini saya rasa macam nak sharekan resipi senang ni. boleh jadikan ideas untuk juadah berbuka nanti. Enjoy!




Bahan Diperlukan


- 250g macaroni (setengah bungkus)
- 1 tin tomato paste
- 5 biji telur gred A
- 1 paket ayam/daging kisar 
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong kecil-kecilan)
- 3 sudu minyak (untuk menumis)
- Garam dan serbuk perasa

Sedikit serbuk parmesan cheese
- Sedikit lada sulah dan marjerin
- Mozarella yang diparut
-kepingan keju cheddar



Cara Buat / Memasak Makaroni Bakar ala Lasagna


- Pertama sekali, rebus macaroni sehingga empuk. 
Kemudian basuh dan toskan. Ketepikan dalam satu bekas.



- Masukkan telur, taburkan serbuk parmesan dan 
sedikit marjerin kemudian gaul macaroni.



- Panas minyak di kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
- Kemudian, masukkan daging dan biar seketika hingga daging masak.





- Masukkan makaroni yang direbus tadi.
- Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
- Gaul hingga semua bercampur. Ketepikan.


- Sapu loyang dengan majerin dan tuang separuh 
adunan macaroni tadi ke dalam loyang. tekan dengan sudip supaya padat.




- letakkan kepingan cheese 





-kemudian tuang lebihan macaroni diatasnya. (tema layer mcm lasagna)


- taburkan mozzarella yang diparut beserta serbuk
 parmesan sehingga menutupi makaroni.




- Bakar dengan suhu 180' selama hampir 45 minit.


- Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.




Tadaaa... sedia untuk dimakan ;)


Thursday, June 23, 2016

D-I-Y Piknik Deko untuk Si Tunang


Zaman sekarang ni dah jadi macam trend untuk buat surprise or organize an event for someone. It can be for birthday, bridal shower, baby shower, anniversary dan macam macam lagilah!

 Siap ada orang make a business out of it.

Tapi kan..

Kalau buat, plan dan organize sendiri lagi best dan sentimental tau!

D-I-Y style~!


And speaking of birthday and DIY, it bring us to today’s post.


Pasal a D.I.Y deco I made for someone….



Monday, May 16, 2016

Feed The Homeless - Beri Makanan kepada Golongan Gelandangan


Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu.
kita dah nak menghampiri bulan Ramadhan tak lama lagi.

rasa macam baru je sambut bulan Ramadhan tahun lepas.

antara benda paling tak boleh lupa pasal bulan puasa tahun lepas ialah aktiviti feed the homeless.


idea datang dengan sangat spontan.

tengah dok lepak lepas berbuka puasa dengan kawan-kawan, sorang buka idea then ktorang terus setuju.. kira up- jadi terus


kami kumpulkan duit, then belikan makanan ringan macam roti, biskut, dan air. balik tu kitorang pack masukkan dalam plastik. senang nak agih-agihkan nanti.



Ada hari yang kami pack kat rumah, ada hari tu pernah sampai kitorang pack kat atas kaki lima jalan je. senang!



bukan kami je yang buat aktiviti ni. ramai jugak golongan belia yang beramal waktu malam macam ni. kebanyakkannya akan bermula sekitar jam 3pagi. dorang kebanyakkannya sediakan makanan berat untuk sahur. 






memang satu pengalaman yang indah dan tak dapat saya lupakan. melihatkan keadaan mereka, memang akan timbul perasaan sedih, sayu dan dalam masa yang sama kita akan timbul perasaan bersyukur dengan segala rahmat yang kita ada.



Macam-macam jenis manusia kami jumpa. macam-macam kisah disebalik nasib yang menimpa mereka. tua, muda. remaja dan juga anak kecil. ada yang satu keluarga pun hidup bergelandangan. mata memang agak susah nak tampung air mata bila melihat apa yang kita tak selalu nampak ;(



Sepanjang tempuh bulan Ramadhan tu, untuk aktiviti amal ni banyak yang kami sumbang ikot kemampuan dan ada juga pemberian dari hamba-hamba Allah yang pemurah. kami terima dan jalankan amanat. ada antara kami siap berbual dengan beberapa golongan gelandangan untuk tanya barang ape yang mereka perlukan selain makanan. Jadi, dari situ kami terima dan sumbangkan pakaian elok dan terpakai, selimut, makanan ringan, kelengkapan pembersihan diri (toileteries) dan apa saja yang bole dikira berguna untuk mereka.

Rindu betul nak buat aktiviti ni lagi. semoga masih berkesempatan la lagi tahun ni. InsyaAllah.. amin

Wednesday, February 19, 2014

Pengorbanan seorang bergelar bapa



Gambar di atas ni Elia ambil masa keluar dengan my mom haritu. Manalah aku tak jakun sekejap bila tengok dengan mata kepala kita sendiri sebiji motosikal yang keluar dari sebuah sekolah. kelihatan seorang pak cik dengan 5 anak menaiki one single bike! bayangkn satu motor naik 6orang. 2 orang anak kecik dalam lingkungan 7-10 tahun duduk kat dalam bakul motor tu. Yes. you tak salah bacaa. DUA org budak dlm basket motor tu

UNBELIEVABLE?! BELIEVE IT! (dah macam tagline Ribley's Believe it or not plak ;p)

Tapi baguslah pak cik ni. tak membeza-bezakan 5 anak-anak dia. semua merasa naik motor dia. takde lah dia nak suh sorang jalan kali ke yang kecik naik motor ke. lagipun seorang bapa ni perlu berlaku adil pada semua anak-anak dia. dalam hadis pon ada sebut pasal ni.




Dan mungkin juga dia nak jimat. harga minyak kan dah naik, so dengan naik motor, bole jimat. who knows?

papepun rasa terharu bila tengok benda-benda camni. terfikir tentang tahap pengorbanan seorang bapa ni. tak membeza atau tak melebihkan mana-mana anak and how far they can go to fulfills the needs of their children.

siapa kat sini pernah nampak orang naik motor berenam macam ni?



Blog Widget by LinkWithin