Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Tidur setiap malam tanpa risau dengan Olay Miracle Duo




Bila umur dah meningkat naik ni.. semua penjagaan diri kita kena step up a notch..
kalau dulu kita ambil sambil lewa, sekarang tak boleh dah.

Kalau nak kulit cantik, bukan waktu siang je kena jaga..

malam pun sama!


Kalau dulu nak tidur tu.. nak tepek bedak sejuk pun malas. 

Now bila dah makin tua ni. bila perasan kulit macam dah tak moist and tak segebu biasa, mula la jadi insecure. Malam pun nak kena tepek something kat muka.



dan 2 produk ni lah jadi jawapan segala insecurities 


setiap malam, lepas mandi, cuci muka berus gigi semua...

saya akan gunakan khidmat #MiracleDuo dari Olay Regenerist series ni



lepas dah cuci muka dan letak toner, saya akan sapu serum atau Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni kat muka. 
tekstur jernih dia sangat refreshing dan akan absorb cepat dalam kulit kita.. Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni penting untuk nak mempercepatkan penyerapan nutrient kat kulit kita






lepas tu sapu Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dia pulak..


night cream ni akan plump dan anjalkan kulit kita disamping melembutkan tektur kulit.


bila pakai selalu memang kulit akan nampak lebih radiant dan berseri







sapu pada kulit muka dan boleh focuskan kat bahagian mata dan tempat tempat yang start nak nampak saggy tu



best tekstur krim dia memang light dan tak melekit.



lepas tu... 

steps paling mudah dan favourite, 



just take your beauty sleep






bangun bangun pagi kulit korang akan rasa segar dan lembab je.. best!



So, apa tunggu lagi? dapatkan Olay Miracle Duo series cepat 

For more information, check out their website 


and let the Olay Miracle Duo works their magic while you sleeps!

Thursday, June 23, 2016

D-I-Y Piknik Deko untuk Si Tunang


Zaman sekarang ni dah jadi macam trend untuk buat surprise or organize an event for someone. It can be for birthday, bridal shower, baby shower, anniversary dan macam macam lagilah!

 Siap ada orang make a business out of it.

Tapi kan..

Kalau buat, plan dan organize sendiri lagi best dan sentimental tau!

D-I-Y style~!


And speaking of birthday and DIY, it bring us to today’s post.


Pasal a D.I.Y deco I made for someone….



Wednesday, May 18, 2016

Cara miliki iPhone tanpa wang pendahuluan


zaman sekarang ni semuanya boleh dibuat di hujung jari je. nak bayar bil, order makanan, beli barangan dan sebagainya semua boleh buat secara online je sekarang.

paling menarik sekarang ni beli henpon.
bukan cikai cikai punya handpon ye!
iPhone pon boleh dibeli melalui online.

tak perlu ribu ribu duit dalam akaun, tak perlu nak ikat perut atau meminjam sana sini untuk beli IPhone dah sekarang ni. Paling best, dah tak perlu nak ada credit card pun!

Kalau dengan U Mobile, korang boleh dapatkan iphone idaman korang dengan hanya perlu bayar RM58 sebulan sahaja! tanpa perlu ada kredit kad dan tanpa wang pendahuluan. tempoh bayaran balik  pun sangat flexible sampai 36 bulan.

kalau berminat, korang hanya perlu

- isi U MicroCredit form online ataupun offline
- dapat approval comfirmation
- then dah boleh collect iPhone 

Dokumen yang diperlukan hanyalah :

- Kad pengenalan
- Penyata gaji terkini (3 bulan)
- Penyata KWSP terkini (3 bulan)
- Penyata Bank dengan maklumat akaun

offer ni sesuai la untuk korang yang baru kerja dan dah lama nak mengidam pakai iPhone. tak perlu nak tunggu lama. boleh terus apply je dari U Mobile. semua pakej plan korang boleh pilih ikot kesesuaian dan kehendak. 

Sape yang teringin nak pakai iPhone SE baru ni tunggu apa lagi?? Ni lah masanya babe!


nak maklumat lagi jelas boleh layari website


Monday, May 9, 2016

Cara Melangsaikan Tunggakkan Hutang PTPTN dan Clear-kan Nama dari CCRIS


Hutang. Semua orang tak boleh lari dari masalah hutang. Especially bagi penuntut atau bekas penuntut IPT macam diri saya sendiri.


tak tahu la kenapa, dari awal lagi I always encounter problem dengan PTPTN. bukan just dari pihak PT tapi dari diri sendiri jugak. tersalah cashout check lah, buat permohonan sampai tiga kali baru approve, duit lambat masuk dari student lain lah..


bila dah habis belajar pun.. fyi, saya ambil pinjaman hanya masa study Diploma sahaja. masa degree tak ambil pinjaman (fuhh..now rasa bersyukur jgk tak ambil). 


masa sambung Degree tu saya siap gi UTC untuk buat penangguhan bayaran sebab melanjutkan pelajaran. now only i know, takde point pun buat penangguhan sebab the amount of tunggakan tetap berjalan even kita buat penangguhan sebab masih belajar dan tak bekerja. 



then bila dah habis degree, dapat kerja. saya buat permohonan potongan gaji. dah hantar and dah dapat surat penerimaan. endup rupanya tak tolak jugak. so selama setahun lebih kerja tu rupanya dia tak tolak pun gaji untuk bayaran balik..



So,, bila satu hari ni terbaca riuh kat FB pasal isu PTPTN, CCRIS, blacklist imigresen, gaji kena tolak sekaligus dan macam-macam isu berkaitan dengan PTPTN ni, saya pun jadi tak senang duduk. gile kau?!.. ntah ape la nasib nak kena lepas ni. dah la ekonomi pon tak berapa nak ok sekarang ni



So one day ni saya pergi la ke Kiosk PTPTN dekat Festival City (now known as Setapak Sentral) untuk semak dan tanya apa yang patut. masa tu saya pergi dengan my fren, Az and her mom.



sebelum tu ada kawan suruh prepare siap-siap surat rayuan in case dorang minta. so saya bawa la.. just in case. masa pergi tu ada 2 orang petugas. both male. sorang kurus, sorang berisi. masa tu yang abg kurus tu tengah attend customer. so kami pergi la approach this abg 'bob'(bukan nama sebenar)



kita ni datang nak buat inquiries. yelah. nak tahu how much we owe and memang kami berdua ade niat nak cari jalan untuk settlekan tunggakan. dan kami nak tanya options.


the abg Bob ni sadly to say that dia sangat-sangatlah tak mesra dan sangat sinis orangnya. 
saya rasa sebab orang macam ni lah mereka mereka yang datang kt kiosk ni akan termenung panjang lepas dptkan khidmat nasihat dia. seriously. he really scare us with the CCRIS isu, takleh amik loan, blacklist and so much more. The only option he gave us is settle everything in cash or your life will be doomed. kitorang yang datang dengan harapan untuk dapat solution, but instead kami rasa tambah serabut. so not helpful what so ever. sampaikan mak kawan I pun bengang je dengan cara si mamat ni attend to us. macam good-good la senang kata.



last week saya dan Az decided to head straight ke PTPTN punya HQ kat Megan Avenue. mungkin segala persoalan dan permasalahan kami boleh terjawab.


ternyata...  we got more than what we hope for!


Masa tu ikotkan saya pergi tangan kosong sebab last minute planning. Az siap bawa EPF slip dia lagi. sebab dia memang nak buat bayaran tolak EPF. I nak tanya dan nak tengok camne prosedur dia dulu.



Dah masuk Menara PTPTN ni, just ambil no. giliran dan tunggu. tak lama sangat pun tunggu. lepas tu kami dipanggil kat kaunter.




Masa tu kalau tak silap kami ke kaunter no.4. Seorang kakak ni attend kitorang. dia sangat baik, ramah dan mesra. dia je staff kat situ yang freehair dan pakai spec



Pada mulanya my friend, Az yang bertanya pasal pinjaman dia. sebab dia ada 2 pinjaman. Diploma dan Degree. tunggakan dia hampir sama dengan saya, dalam 5k.


Akak staff ni sangat baik dan sangat membantu. banyak info dan penerangan dia bagi, dan options pun banyak. bila dah cakap dan dapatkan khidmat nasihat dari dia, rasa lega sikit. sebab banyak info yang abg Bob haritu tu bagi yang menakutkan dan bila tanya akak ni rupanya ade kekeliruan. banyak je options yang kita ada sebenarnya untuk meringankan beban.



So for Az, disebabkan simpanan kat akaun 2 KWSP dia tak cukup, dia hanya buat pengeluaran sebanyak 3K untuk settlekan tunggakan dan dia akan buat jadual penyelarasan baru. so bayaran bulanan dia tak la tinggi sangat dan tunggakan dia settle.



As for me pula, masa saya tanya tu nilai tunggakkan saya ialah RM 5,187. 50


kalau nak buat pengeluaran EPF/KWSP, kena ada i-akaun dulu.
masa kat Kiosk si Bob tu suruh balik buat dulu i-akaun then whatsapp kat dia, nnt dia bagi arahan, then nak kena pergi kaunter Kwsp dan mungkin korang akan banyak berulang alik kesana kemari.


tapi haritu.kat Menara PTPTN akak tu siap tunjukkan cara nak create i-akaun then terus semak baki caruman KWSP kita secara On-line. so freaking convenient!! 
takde lah saya rasa bersalah sangat tak bawa slip KWSP tu.
serious rasa nak joget-joget je kat situ. happy!




My balance kat akaun 2 yang boleh dikeluarkan ialah RM 5199.05. 
So, boleh sangatlah kan nak settlekan terus tunggakan tu!






Jadi akak tu keluarkan borang untuk kita isi. dan lepas dah isi kita diajar terus buat permohonan online dekat website KWSP untuk buat permohonan pengeluaran bagi menjelaskan tunggakan.



Bila dah isi borang semua. akak tu bagi anggaran tempuh dalam masa dalam 2minggu ke sebulan untuk proses clearance tu. 



Akak tu kata lagi nama kita kat CCRIS akan ambil masa 6 bulan untuk clear. so dalam 6 bulan seterusnya ni bayaran kena cantik. tak boleh ada sebarang tunggakan. kalau kita bayar monthly cantik, lagi 6 bulan nama kita dah clear dari senarai hitam CCRIS yang bole menghalang dari buat pinjaman lain.

So dalam kes ni. Kita nampak ada 2 options yang boleh dipilih selain byr lump sum utk settlekan semua pinjaman..

Macam Az, dia pilih untuk settlekan tunggakan dgn byr sebahagian dr tunggakkan guna Epf. Pastu dia minta pihak ptptn utk "restructure" atau selaraskan balik jadual bayaran ikut kemampuan. Tempoh bayaran balik mungkin pjg sikit la dr asal. Yg penting tunggakan jd kosong balik.

As for me, saya pilih untuk settlekan semua tunggakan guna epf yang membolehkan saya settlekan 100% of my tunggakkan. Clear my name from blacklist or CCRIS dan just sambung byr bulan-bulan smpai tempoh yg ditetapkan.





Keluar je kami dari bangunan Menara PTPTN tu, perghhh.. senangnya dalam hati. tak runsing sangat dah. memang kepada korang semua kalau nak buat apa-apa berkaitan PTPTN, baiklah pergi ke HQ terus. memang ada yang prefer pergi kiosk. my friend ada sorang takde masalah dapat khidmat bantuan dan nasihat yang sepatutnya. tapi bagi kami, memang dah serik. baik pergi HQ terus. settle semua masalah dan kekusutan dalam masa sehari.



segala penghargaan dan kredit untuk staff Menara PTPTN bernama Rahiza yang sangat ramah dan helpful. layanan yang baik, understanding and non judgemental. siap boleh mengadap macam macam soalan kami dekat sejam lebih di kaunter. layan 2 orang sekaligus. Sorry and thank you very much Kak! hope tak serik la dengan kitorang ;)


Wednesday, February 17, 2016

Pengalaman Temuduga Kerja Baru


Assalamualaikum.. 

Seperti yang korang sedia maklum, Elia dah resigned 
from Sime Darby untuk join a new company..


Dah genap setahun, rasa macam nak tukar angin. So cuba la submit resume kat Jobstreet. 


Kalau korang yang mana tengah cari kerja tu, tips dari saya ialah sentiasa update your latest resume info dan kalau korang apply kt website agensi pekerjaan mcm jobstreet, monster, dan yang sewaktu dgnnya.. Korang kena rajin usha dan just apply je kt mana mana vacancy yang korang rasa sesuai.


Janganlah lepas dah update tu, tunggu je company offer.. Bak kata pepatah, tuah tak akan datang bergolek berguling hindustan mai kat kita.. so kena la usaha lebih sikit. Dulu Elia mcm tu jgk tp haritu jadi super rajin, hantar byk2 tempat.. Then finally dapat a call for an interview..

Memang Elia nervous gile bab2 nak gi interview ni.. (Even study HR ni, interview dah macam makanan student HR) but still, I was quite nervous that time. Sebab terus terang saya memang tak banyak pengalaman attend interview..


Rasanya dlm seumur hidup baru 4 kali je.. First masa kerja kat Kop CIMB, then masa internship,  pastu kat fitness centre, seterusnya masa dengan Sime Darby. Mungkin rezeki saya masa tu, kebetulan tiap kali attend interview i managed to get the job. Tapi gap masa untuk setiap kali interview tu lama dan bertahun.. 

So masa nk dtg interview tu memang nervous sebab almost setahun tak ditemuduga..


Temuduga kali ni lak sangatlahh susah dan banyak stage nak kena lepas.

Sebelum dipanggil interview, kena jawab questionnaires.. Essay pasal leadership. Dah jawab kena email balik then tunggu respond sama ada layak dipanggil interview ke tak.


Beberapa hari lepas tu i got the call that says i was shortlisted to attend the interview.

So saya pergilah.. Perghhh dah macam 
Audition AF lak dia siap ade stage by stage.. 
Setiap stage if xlepas dia suh balik.. 
Kalau suruh balik tu almaklum, bye bye.. tak dapet letteww..

Mula2 dtg kena submit all required documents, pastu kena jawab Math tests and English/problematic essay. Sape xdpt marks above 90% xlepas next stage which was group interview.

Group interview lak dia letak dalam 10 orang satu group dalam satu bilik. 2 orang interviewer akan tanya soalan dan masa tu kita takleh jadi passive. Kena try stand out from the rest. Tapi jangan over sangatlah. Nak kata masa group interview tu saya talkative sgt tu taklah. Tp I tried to answer the questions as best i could while maintaining the sweetest smile even tak pasti masa tu ade cili tak lekat kat gigi. Hahaha!

Lepas settle group interview, diorang biar kitorang duduk and tunggu turn for individual interview. Paling cuak, while tunggu tu nampak interviewer send off few candidates. So tiap kali interviewer kua je dup dap dup dap je jantung. Seriaauuu.. Tak tahu dia nak panggil utk mara next stage ke untuk suruh balik dlu..


Lepas individual interview, ada simulation test lak... Alhamdulillah I survived all 4 stages.. Walau ade terkucil here and there. Tak silap masa sesi tu calon dalam 20 lebih orang. Tapi yang dapat bertahan sampai stage 4 adelah dalam 5 ke 6 orang. Masa tu nak kata 100% confident dapat tu taklah.. Tapi pasrah je.. Hope for the best. Kalau ada rezeki adalah, if takde tu anggap sebagai pengalaman..

Akhirnya, Alhamdulillah, dapat panggilan yang mengatakan I got the job. Ambil offer letter, then barulah submit my one-month notice kat current company masa tu. 





For those who wonder kat company apalah yang rumit sangat interview dia yang Elia bercerita dengan panjang lebar ni, its OCBC Bank.

Dah lama tinggalkan dunia banking, tapi akhirnya kembali balik.. Heheehe.. Tak kesahlah.. Where ever my rezeki brings me, i will follow..



Cuma kalini lain sikit.. Lain dari beberapa segi.. Foreign bank, foreign market, tougher tasks, greater responsibilities.. Tapi insyallah, i will take on the challenge!

Bismillahhirahmannirrohim... Bring it on!


Wednesday, June 11, 2014

Nukilan yang mengharukan from a perfect stranger






Sebelum ni Elia pernah post gambar ni kat my instagram. Elia post sebab it really made my day.. 
As U all know, ape yang pernah berlaku kat Elia sebelum ni mungkin ada juga berlaku kat orang lain kat luar sana.. dan since that day until now pun Elia masih terima email, inbox or pm dari mereka-mereka yang completely stranger to me but they willing to share their sadness or problems with me. from time to time juga kalau ada kelapangan Elia akan reply and give my own piece of advise. semua based on my experience.. 


Ramai yang tertanya, ape isi kandungan email/conversation yang membuatkan seseorang boleh reply atau bagi feedback yang seriously had made my day.. ?

oklah.. Satu hari tu Elia dapat email dari seorang gadis yang bernama Amani.. :


"Hye elia..i amani..i juz nk tnye..cmne u hadapi dgaan ble pts tng??sory if soalan i buat u tringt ksh slm..xbniat nk buat u ingt ksh slm..i juz nk u bg nsht..sbb skg i dlm keadaan yg sgt ttekan..i dh 7thn dgn dat guy..last week die tglkn i tnpe sbrg pnjlsn..smlm i kuatkn ati w.app die..then die ckp die mmg ade owg laen..die x bhgia dgn i..sdgkn fmly kedua2 phk dh knl..cncin ems utk btng dh ade..i lost myself dis week..i xnk pkir psl die tp kdg2 bnde tu dtg sndri kt otak i..serabot sgt..i solt..i doa..tp i ttp xblh lpe die..ati i sakit ble kenangkn skg die bhgie ngn ppuan laen..help me elia.."

Eventhough I selalu dapat email dengan isi yg lebih kurang sama, I cant help myself from replying to her..


"hye Amani..
first of all im sorry to heard about ur news. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. its not easy. i have to admit. kite je tahu camne perasaan tu. tapi satu je benda Amani kena ingat. ni semua kerja Allah. Dia yang menemukan dan dia juga yang memisahkan. setiap yang berlaku MESTI ada hikmah. Amani kena percaya benda tu. memang skrg ni U akan rasa sedih, depressed, kecewa, n keep asking urself what u done wrong? tapi benda tu memng dh trtulis..

amani kena igt semua yg jd tu mesti untuk kebaikan umatNya. kita mungkin xnampak lagi. kita mungkin xnampak kemudaratan yg akan berlaku pd ms dpn. Amani anggap je benda ni jadi sbb Allah sygkn Amani n Dia xnak Amani lagi sedih dikemudian hari. masa tu nak menangis airmata darah pon xguna. 

dont feel bad abt urself. muhasabah diri. mungkin ada yg sebelum ni kita terlepas pndg n kita boleh improve. love yourself first b4 u can start to love others. try to make urself busy by dahulukan kebahagiaan diri sendiri. pergi buat facial ke, potong rmbt ke, gi shopping ke, gi enjoy dgn kwn2 ke. busykan diri supaya takkan teringat kt that guy. 

trust me, someday u akan look back n said "ohh... no wonderlah Allah tak bagi aku endup ngn that guy...." or " aku xkan jadi mcm skrg ni kalau bkn sbb peristiwa ni. Alhamdulillah"

alamak.. trpnjng pulak nasihat.. papepon i doakan u boleh tempuh dugaan ni dengan redha n kuat"
 
Lepas dah taip panjang panjang Elia pon tekan "SEND".. dan doakn supaya Amani ni dapat tempuh dugaan ngan tenang.. selalunya memang jaranglah Elia dapat feedback atas reply lepas dh berleteh panjang lebar.. so tak berapa pasni nasihat tu menjadi atau tak.. tapi bila dpt email camni:
 
"Hye elia..sory lmbt reply kt u..btl pe yg u ckp ble i bsy kn dri..happy kn dri i ni..lps tu i redha dgn pe yg jd then skg hdp i bhgia sgt..cmpi i tpikir knp la awl2 die xblah dr hdp i..hehehe..i xpnh happy cmni sblm ni..mse dgn die xpnh happy cmni..seriously rse bsyukur die prgi dlm hdp i..btl pe yg owg sekeliling i ckp bhgie kn dri kite sndri dlu..tq so much sbb sdi bce emel i & bg nsht..im really apprciate.."
 
 Alhamdulillah.. syukur... happy sangat rasa dapat buat orang happy dan move on with their life.. Elia ni bukanlah sorang kaunselor atau pakar soal hati n perasaan ni.. tapi Elia just bagi nasihat ikut pengalaman yang pernah Elia alami.. serious sangat sangatlah terharu dan teruja bila dapati si Amani ni dah happy and enjoying her life..

pada mereka-mereka yang pernah menulis kat Elia..  kalau Elia terlepas pandang untuk reply tu I minta maaf sangat-sangat.. pada yang dah dpt reply tu, Elia harap korang sekarang in much better place n condition. pada yang still tak happy tu, Elia minta maaf kalau nukilan Elia tak dapat nak tolong uolls.. "Cuz Im only humann...." *nyanyi skit
 
 

Friday, March 21, 2014

Detox: Cuci perut dengan infused water

Salam Jumaat semua.
Semalam sebelum tido Elia ada post kat instagram pasal i made this infused water.

Banyak kebaikan infused water ni. Antaranya bagus untuk detox. Keluarkan toksin dalam badan, seimbangankn pH, sekat selera makan, kurangkan water retention, dan macam-macan lagilah! Hehe




Bagi yang nak tau cam mana Elia buat infused water ni... meh nak bagitau..

2 Liter air
1 biji lemon
1 biji timun (saiz kecil)
12-15 helai daun pudina

Rendamkan semalaman. Esoknya bangun pagi minumlah air rendaman tu. Sangat refreshing.

Ada yang tanya.. 'untuk minum pagi je ke?'

Ehh.. xde la.. untuk diminum sepanjang hari. Ia boleh galakkan korang minum lebih air macam yang badan kite perlukan.

Benda ni baguslah buat korang yang susah sangat nk minum air putih 2liter sehari. Atleast bila berperisa ni rajin la sikit kann.. sedap n refreshing lak tu!




Btw, tak semestinya boleh buat pakai lemon, mint n timun je.. bole guna ape je buah2 yg korang suka..

So...
Selamat mencuba!
posted from Bloggeroid

Friday, January 25, 2013

Naan cheese dan Hi-tea terbaik



Bukan senang nak dapat kawan yang suka explore tempat-tempat makan yang best dan sedap. kebetulan saya jumpa kawan yang sekepala, Az yang macam saya suka explore tempat dan benda baru..

haritu masa kami sama-sama pulang ke KL dari Melaka, Az sebut something about cheese. terus teringat satu tempat ni yang saya pernah pergi satu ketika dulu yang menghidangkan Naan Cheese teeeerrbaikk.. so far xde lagi yang boleh tanding..

since Az xpernah lagi try, saya pon berkobar-kobar nak bagi dia rasa...

kami pun pergi ke restoran berhampiran Maju Junction ni... 

nak tau sedap ke tak dan ape kelainan Naan ni jom tengok gambar.. kasi leleh sikit air liur tuu..





Cheese dia memang melimpah ruah.. sedap pulak tu. macam makan pizza pon ada! masa Az mula-mula makan terbeliak jugak biji mata dia. punya sedappp katanyeee..




benda kuning dlm bekas tu cheese mozarella yang dah standby untuk dimasukkan ke dalam naan..




tengoklah sendiri kekenyalan dan kesedapannyeee..





selain naan, ada baru-baru ni saya ada pergi satu event Hi-tea anjuran HiShop.


 Jumaat lepas, 18 Januari di Rooftop, Binjai 8, Kuala Lumpur City Center telah berlangsungnya Hishop's Launch Party. Hishop ni merupakan one stop beauty shop online dimana anda boleh dapatkn pelbagai jenis product kecantikan yang ternama dengan harga yang berpatutan.dengan slogan "HiShop.my makes beauty accessible for ALL MALAYSIANS" Hishop offers convenience, realibility and product guarantee.



event tu memang menarik plus kitorang pakai colourful pulak gi event tu. laaagii lah bertambah meriah. sambil dapat main makeup-make-over. sebab kat event ni siap ada booth atau 


ada booth dari produk makeup FCC dan Arty.


Arty Professional Make-up akan lauching kat Hishop pada 31 Januari 2013 ni. tunggu tau! tak lupa juga dari Mircoz. sape yang tak makeup tu boleh dtg dapatkan quick makeover ;)


ada juga sesi makeup show dan live performance. Emcee untuk event tu bukan calang-calang, Linora Low (Red.fm annoucer)


the best part adalah ofcuzzz the goodies yang banyakkkk dan best2.. goodies dalam tu worth of RM200 setiap seorang tau.. tengoklah!


memang teruja sangat macam budak buka hadiah besday. tapi yang ni goodies dari beberapa pihak yang terlibat dalam Hishop ni. suka sangat product dari Touch In Sol especially Toc Toc Toning Capsule Base, Feel Like Honey Moon Skin Base and Pure Dew Water Drop BB Cream.
  haa.. nanti ada masa kita buat review produk-produk yang saya dapat ni k? tungguuu...





disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri, time event camnilah dapat jumpa para rakan blogger dan catch up. sebab tu saya suka pergi event. dah start cuti sem ni insyallah akan lebih kerap ke event-event lepas ni ;)

btw, jangan lupa singgah website http://www.hishop.my/ ni tau! mereka ada discount 20% off sempena launching produk mereka ni. cepat.. lambat tak dapett . sampai 31 Januari ni je;p


*DISCLAIMER: This is a sponsored post

Wednesday, December 12, 2012

Tips tampil jelita bergaya dengan AISKRIM!!



As you all know I baru lepas konvo haritu for my Diploma. Setelah 3 tahun bertungkus lumus mentelaah dan merantau di negeri orang..ececehhh.. akhirnya Alhamdulillah selesai juga Diploma. 

walaupon masa nak konvo tu tengah sibuk dengan kelas, assignments dan kuiz untuk program degree yang saya tengah amik ni (sampai tak sempat nak buat persiapan baju kasut semua). namun sebaik je setel semua tu memang rasa lega sangat sebab dapat cuti untuk hadiri raptai dan direct cuti seminggu terus sampai hari convocation tu. 

jadi bila dah dapat segulung (walaupun dah tak bergulung) diploma, rasa puas dan lega. 

soooo.... haruslah kita reward ourself for the accomplishment of the certificate! more than a pat on the back, and when it comes to rewarding myself semestinya its time to indulge!!

and when i say indulge.. of course its with no other than La Cremeria ice cream!!
sebut pun dah boleh terbayang dan bila terbayang mulalah nak melelehhh... 

sluurppp.. sedut balik air liur tu ;p 


having an ice cream is not just about having a dessert. it is a pampering ritual. dont you agree with me?



other than buying and getting yourself new and nice clothes to wear on your graduation day, pair it with matching plus gorgeous heels, what goes well with your new trendy shawl or hijab, your choice of ice cream should reflects your good sense of style too. 


these are some of the presents i received from my love ones for my graduation and nampak tak that 2 huge containers of Le Cremeria Ice cream that i got as a reward to be enjoyed with my family and friends after the convocation celebration that night??? memang syok oh makan ais krim yang creamy and smooth texture depan tv makan ramai-ramai ..nikmat seyhhhh..


hee.. memeleh tak tengok?? hee... saje nak bagi jeles..

alaaa.. mesti ramai kan yang suka makan ais krim ni? benda sedap dan terbaik mesti kena cuba juga. bagi yang tak pernah rasa tu memang rugi cubalah rasa mesti tak menyesal punya.

ehh.. cuba korang like page/apps Le Cremeria dekat facebook.


sebab ada this new contest yang menawarkan hadiah best2.

cara nak join :


1. Login to facebook, be a fan of La Cremeria facebook fanpage, Install the La Bella fb application.



2. mulakan dengan pilih flavor kegemaran anda dan dengan itu anda akan dapat dress, shoes, accessories dan hairband/hijab for every flavour.



3. lepas dah select flavour, korang akan dapat free 3 frame, props, dan font styles. users can customize the design of the look book in the canvas screen. 



4. kalau nak lebih props, frames atau fonts, korang boleh unlock the additional items by keying in the Proof of purchase(POP) code from actual Le Cremeria products.   Each 10 Indulgence point unlock 1 item. The LA CREMERIA 1.25L unlocks 15 items where else LA CREMERIA 500ml unlocks 5 items


*     korang kena submit design yang telah dibuat tu. Upon approval design korang tu akan di-upload into the virtual La Bella magazine



kalau tak faham boleh tengok video tutorial yang disediakan. serious rugi kalau tak join sebab hadiah dia memang terbaik. nak tau apa hadiah yang menanti korang?

There will be 7 main winners in the contest. The best designed look-book from each flavour will win the exact ensemble. Contoh la korang design the best Hazelnut Ganache look book, korang akan menang the Hazelnut Ganache dress, shoes and accessories. paham tak? sape tak nak weyh?! boleh tambahkan koleksi pakaian gojes korang yang sedia ada tuu..


Kalau tak dapat top 7 pon takpe sebab there are 10 consolation prizes given to 10 different individuals who have submitted the most POP-codes. Each of these winners will receive 4 X LA CREMERIA Ice cream per month, for 12 months. Stok ais krim selama setahun. Ko mampu?


Blog Widget by LinkWithin