Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Farmasi. Show all posts
Showing posts with label Farmasi. Show all posts

Friday, October 2, 2015

Produk paling berguna masa musim jerebu




Jerebu ohhh.. jerebu

Cuaca yang teruk berjerebu sekarang ni memang mendatangkan macam macam kesan sampingan pada diri kita. kesihatan, penglihatan dan kulit pon leh terjejas.

kalau sal kulit ni memang my skin sangat sangatlah senang affected with bad weather..






kulit saya jenis cepat naik bintik bintik ruam dan jerawat. black heads, white heads dan segala macam heads lah~!

mulalah kulit muka jadi berbijik dan tak smooth.

dan mulalah saya jadi restless dan menerjah ke farmasi untuk belek dan cari solusi produk yang baik untuk masalah ni.


Elia ada kulit muka yang jenis berminyak dan sensitive. 
haa.. hambek kau. dua-dua jenis masalah yang selalunya kena guna dua jenis produk berbeza.


nasiblah i found this one product which cater for both skin type!





tadaaaa.. its this product from Korea.. jenama CNP Laboratory. 

Produk super best ni pulak namanya CNP Dual Balance Waterlock T/U Serum.

mesti kita tertanya tanya kenapa T/U kan?

ni sebab serum ni membantu untuk menghalang kilatan(minyak) kat kita punya T-zone dan melembabkan U-zone kulit muka kita.

selalunya kan Tzone dimuka akan selalunya berminyak dan berkilat kilat bak kehalusan kilauan kulit kepala Harith Iskander. meanwhile, our U-zone kering dan kekurangan kelembapan. kan kan?

selalunya kita akan cari produk utk kurangkan minyak kat Tzone tapi nanti Uzone lak kering. bila kita sapu mosturiser kat U-zone, kat T-zone lak berminyak. Now, semua tu dapat diselesaikan dengan this awesome serum! dia dapat mem-balance-kan water-oil kat kulit muka kita ni. 

produk ni jugak dapat kontrol minyak dan sel kulit mati. cool!

produk ni katanya sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kombinasi antara minyak dan kering dan juga buat yang ada masalah kulit sensitive. sooo.. memang Elia sesuaiii sangat sangatlah pakai produk nih!




Packaging dia macam gambar kat atas ni. 




bila dah godek packingnya, kita dapat tahu yang serum ni mengandungi bahan bahan unik seprti: Camellia Japonica Flower Extract : Anti-inflammation
Melissa Officinalis Leaf Extract : Anti-stress and anxiolytic agent
Imperata Cylindrica Root Extract : mengandungi kandungi tinggi potassium yang bertindak mengekalkan tahan kelembapan kulit
Aloe Barbadensis Leaf Powder : mengurangkan kekeringan kulit




Cara pakai dia senang je. lepas dah cuci and letak toner, just picit keluar the serum dan dot dot kan kat muka..


sapukan kat U-zone yang kering kontang bak padang pasir yang semakin ketandusan..


then sapu jugak kat T-zone yang selalu nak lip lap lip lap kilat and berminyak tuhh



kulit akan rasa automatik lembab and supple je even lepas aplikasi pertama. serious tak tipu. musim musim jerebu ni memang kulit rasa kering dan berminyak at the same time. so bila pakai serum ni rasa fresh je kulit muka #saranghaeCNP

best kan?!


produk ni tak susah pon nak dapat. kat mana mana Watsons Outlets ada jual.
boleh didapati dengan harga RM143.10 (60ml)



Untuk list of outlets, klik di sini~! http://www.bit.ly/CNPWatsonsOutlets


Saturday, April 6, 2013

Pack Semester and Product Review


Semester ni merupakan antara semester yang paling sibuk dan pack. 

kelas sentiasa penuh dari pagi sampai petang. assignment banyak dan minggu ni dan minggu depan dah start musim quiz dan tests. jadi leisure time memang jadi semakin berkurang. dulu rajin je berjalan-jalan pergi shopping mall, Dataran Pahlawan, Melaka Parade dan segala bagainye..

now memang tak menyempat sangatlah..

mana taknya sem ni sahaja kena amik 8 subject with total of 25 credit hours. perghh.. gila kan? 

mujud tak ada repeat paper. kalau tak mungkin lagi teruk la schedule.

tambah pula sem ni dah start nak active dengan activiti persatuan. 

start dengan futsal. heh. ye. futsal. tak terer pon tapi saje try. korang boleh tengok video kitorang training kat my keek (id:elia_jejariruncing). nak update blog pon kadang kadang tak sempat. tu yang slalu update pakai hp note ni je. tu yang kualiti gambar jadi kecik dan kurang memuaskan tu.. saboo je la ye..

 hah hambek kau buku teks sem ni yang kena beli baru semuanye. hazab mak nak membayornye.  nasib ada voucher buku. kuranglah sikit beban. tu pon kena tambah beratus-ratus hengget lagi. takpelah. berbelanja untuk meraih ilmu.

dan bila dah takde masa sangat nak berjalan, i have to shop online. hehehe. cepat mudah dan senang. takyah kua duit minyak. klik-klik je.

dah bila nak shopping ni lagi lagi barangan kosmetik macam makeup mestilah kena cari tempat yang diyakini. tak gitu?

sebab beli barang secara online ni tak sama macam beli barang kat supermarket or farmasi. boleh belek2 calit2 dah try tester yang ada. so kena study the product betul betul before decide nak purchase.

tapi bagi saya, kalau nak cari barangan kecantikan ni saya pergi kat this one stop online beauty and cosmetic store yang accessible for all Malaysian.

my choice for makeup is HiShop.my/farmasi

bila dah try produk FARMASI ni terasa nak buat review pulak! hehe..

jadi, produk FARMASI yang saya dah cuba adalah...

FARMASI BB Cream, Eye Liner and Liquid Lipstick


1. Farmasi BB Cream(50ml) - Light 01 RM 39.90 --
LINK -> http://www.hishop.my/face/bb-cream-10126/farmasi-bb-cream--50-ml----light-01

Info produk : BB cream atau Beauty Balm ni mempunyai 7 kebaikan dalam 1 botol. Primer, sunscreen, anti-aging cream, moisturizer, dan semuanya dalam satu. ia dikatakan dapat melembut dan melembabkan kulit, serta dapat menutup cela. antara kandungan dlm bb cream ni :
a) Macadamia Oil - Moisturizes the skin all day long.
b) Vitamin B3 - Has the properties that creates a natural looking glow for your skin.
c) Oat Extract - Nourishes and encourages skin regeneration to maintain a youthful
skin.
d) SPF 15 - Protection against harmful effects of the sun.
e) Silk Protein - Has healing properties that soften, smoothen and evens skin tone.
f) Collagen & Argan Oil - Improves skin surface & reduces the appearance of age spots
and wrinkles.
Review : mula-mula nak test dulu kat tangan. as korang nampak kat gambar atas tu tangan saya ada kesan contengan(biasalah student penuh pen marks). tapi bila dah sapu bb cream tu kesan contengan tu seolah-olah hilang! agak terkejut jugak sebab bila tengok cream dia tak la pekat sangat tapi boleh cover dengan baik. bau dia pon sedap macam bau losyen baby. tak melekit dan berminyak. me loikey!


gambar atas sebelum letak bb cream. yang bawah lepas disapu dengan bb cream


2. Farmasi Eye Pencil 10 (dark brown) 
price : RM 16.90
Review : celak atau eye pencil ni walaupun kecik tapi sangat pekat warna dia. bila pakai pon tak mudah comot. 



3. Farmasi Gleam Rouge Liquid Lipstick 04
price : RM 32.90

Review:  nampak macam lip gloss tapi sebenarnya lipstik yang dalam bentuk liquid. sangat convenience sebab kalau pakai lipstick biasa kalau letak dalam beg kena panas dia cair dan senang patah. dan liquid lipstick ni membuatkan senang untuk nak bentuk bibir daripada ordinary lipstick. plus, kilatan dia buat bibir nampak munggil gituee awww.. kerlas kau kak yahh!

*EXCLUSIVE untuk my readers, HiShop akan memberikan baucer tunai sebanyak RM20 ke atas sebarang pembelian melebihi RM100(termasuk barangan promosi skali!). Boucer ni SAH SEHINGGA 30 APRIL 2013.
Voucher code : RUNCING

jangan lupa subscribe Hishop's newsletter untuk more special offers

dan jangan lupa "LIKE" FB fanpage Hishop
Blog Widget by LinkWithin