Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Quality time. Show all posts
Showing posts with label Quality time. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Resepi Pasta Penne dengan Sos Ayam Cendawan




as promise(from the vintage picnic post), the recipe for making this easy peasy dish ;)







Bahan-bahan:

1 paket pasta Penne
1 tin tomato paste 
500g Ayam/daging kisar
2-3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris)
cendawan butang
lobak merah
tomato cherry(optional)
garam (secukup rasa)

Cara- cara :

1. tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.


2. masukkan ayam/daging kisar dan goreng sampai masak.


3. masukkan sayur-sayuran tadi dan biarkn sehingga mendidih.


4. masukkan tomato paste tadi bersama sedikit air dan biarkan sehingga mendidih. letakkan garam secukup rasa. boleh letak tomato cherry tu sekali for more juicy taste. bila dah masak, tutup api. dah siap!




pasta Penne ni pulak kena rebus dalam air. letakkan garam sikit dan berapa titisan minyak supaya dia x melekat. rebus sampai dia kembang. tp jgn biarkan dia masak sgt. sedang-sedang gitu. angkat dan toskan. sedia untuk dimakan!

*disebabkan nak piknik, saya tak gorengkan sekali kuah dengan pasta. sebab taknak dia kembang. nanti xsedap. kalau korang nak buat kat rumah n nak terus mengadap makan, boleh terus masukkan pasta ni dan gorengkan dalam sos yang kita buat tu. lagi sedap!


selamat mencuba ;)





Monday, February 24, 2014

Picnic Vintage Style






Picnic Vintage? camne picnic vintage ni? macam pelik je bunyinya. makanan zaman purba ke ape?

NOOOO.. baby nooo


gini ceritanya..

ada satu petang tu. jalan-jalan masuk this grocery store. Elia ni pelik sikit. gegadis selalu kalau keluar jenjalan dia suka masuk retail shops yang jual baju, kasut or handbags kan. tapi saya suka masuk grocery stores, supermarket atau hypermarket yang kat dalam shopping complex.


Elia hanya akan masuk retail store kalau memang ada pasang niat nak beli barang-barang camtu. kalau setakat nak window shopping, I rather go window shopping kat groceries store. 


Dalam cuci-cuci mata dan window shopping tu, tetiba datang mood tung tang tung tang alexander kak jejar kau ni. terasa nak memasak lak. kebetulan juga ada yang request nak rasa iolls masak. dah tu demand pulak nak rasa pasta yang Elia selalu gembar gemburkan kat dia tapi tak pernah bagi dia rasa.




No hal... wa tatak gentar punya olang. wa sahut cabaran lu! sambil berlari lari anak seperti pelakon baywatch dipersisiran pantai, iolls pick up few things to cook the pasta.

Esoknya masak-masak, bungkus dalam tupperware. besides the penne pasta, iolls buat fresh salad mixed with ikan bilis goreng. haha.. kasi rangup rangup kriuk kriuk sikit mengulam salad tu.

pada awalnya xde pon nak bertema tema ni. gedik je kan.

tapi tetiba time tengah kusyuk masak kat dapur, my mom datang and show me this very vintage picnic bag. dia cadangkan make it as the picnic basket.

waaaa... ni baru betul-betul picnic!

so i stopped by Giant, bought this sparkling drink then we headed straight to the park!



sampai kat port yang baik. redup and nyaman je, terus buka bekalan yang dibawa, hidangkan dan....

 lets dig in!




punya syok makan sampai tak terkata kekdahnya. Alhamdulillah. syok sangat rasa bila kita tengok orang makan masakan kita dengan penuh selera. rasa kenyang terus. hehehe. selalu kalau Elia masak, mesti rasa cepat je kenyang. tapi kalau makanan orang lain makan, aku bedal macam ape je. like there's no tomorrow. tak taulah kenapa..




untuk melangkapkan lagi tema "vintage" kita, lets enjoy this picture yang gaya pon ala-ala vintage....





.... padahal kat Taman Tasek Titiwangsa je! hahahahahaa....

*Resipi akan diupdate pada entri seterusnya.. tungguuuuuuuu ;)
Blog Widget by LinkWithin