Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

Tuesday, January 3, 2017

Tidur setiap malam tanpa risau dengan Olay Miracle Duo




Bila umur dah meningkat naik ni.. semua penjagaan diri kita kena step up a notch..
kalau dulu kita ambil sambil lewa, sekarang tak boleh dah.

Kalau nak kulit cantik, bukan waktu siang je kena jaga..

malam pun sama!


Kalau dulu nak tidur tu.. nak tepek bedak sejuk pun malas. 

Now bila dah makin tua ni. bila perasan kulit macam dah tak moist and tak segebu biasa, mula la jadi insecure. Malam pun nak kena tepek something kat muka.



dan 2 produk ni lah jadi jawapan segala insecurities 


setiap malam, lepas mandi, cuci muka berus gigi semua...

saya akan gunakan khidmat #MiracleDuo dari Olay Regenerist series ni



lepas dah cuci muka dan letak toner, saya akan sapu serum atau Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni kat muka. 
tekstur jernih dia sangat refreshing dan akan absorb cepat dalam kulit kita.. Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence ni penting untuk nak mempercepatkan penyerapan nutrient kat kulit kita






lepas tu sapu Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream dia pulak..


night cream ni akan plump dan anjalkan kulit kita disamping melembutkan tektur kulit.


bila pakai selalu memang kulit akan nampak lebih radiant dan berseri







sapu pada kulit muka dan boleh focuskan kat bahagian mata dan tempat tempat yang start nak nampak saggy tu



best tekstur krim dia memang light dan tak melekit.



lepas tu... 

steps paling mudah dan favourite, 



just take your beauty sleep






bangun bangun pagi kulit korang akan rasa segar dan lembab je.. best!



So, apa tunggu lagi? dapatkan Olay Miracle Duo series cepat 

For more information, check out their website 


and let the Olay Miracle Duo works their magic while you sleeps!

Wednesday, November 9, 2016

Rutin pagi dengan Olay Miracle Duo untuk tampak muda


Assalamualaikum...

ada satu teka teki..

Apakah yang sentiasa meningkat, tak pernah menurun even how bad we wish?
dan setiap kali ia meningkat, garis-garis halus dan kedutan makin bertambah?

haa.. jawapannya --- USIA!


Elia pun kadang kadang macam tak percaya je umur dah masuk 27. 
Rasa macam sweet 25 je lagi. hahaha..
how we wish we are forever 25.. hmmm

but macam teka teki tu cakap, ia takkan menurun atau berhenti walau camne pun kita harap.
So bila umur makin meningkat, makin banyak la perubahan fizikal yang kita akan nampak dan perasan.


Dulu kulit muka Elia memang simple dan senang nak dijaga. Jarang bermasalah atau tumbuh jerawat. kalau ada pun masa datang bulan. lepas abis tu hilang lah.

kulit muka pon sentiasa nampak lembab, tegang dan fresh je. walau tak banyak pakai produk muka.

tapi bila umur dah 27 ni, kulit muka dah mula nampak dull. tak fresh, nampak tak bermaya dan kulit dah tak setegang dan anjal macam dulu.


One day Elia tanya nasihat my aunties. memang Elia rapat dengan mak cik mak cik belah Mak. memang kitorang membesar sama dulu. Dorang suggest guna Olay. memang Elia dari dulu perasan produk olay dulu sentiasa ada atas meja solek diorang. masa tu packaging lama. ingat lagi.

Dia suggest Elia cuba produk baru Olay Miracle Duo ni. Katanya even first time pakai pun dah boleh rasa different dia.






Ni set Olay Miracle Duo yang terdiri daripada Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dengan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream



Miracle Boost ni untuk digunakan selepas kita dah cuci dan toner muka. 



ia ada Skin Energy Complex yang berfungsi membuatkan kulit korang lebih bertenaga dan menguatkan kulit dan bagi korang nampak flawless.


tektur dia memang mudah serap 


tektur dia memang mudah serap dan kena guna sekali dengan krim siang Olay Regenerist



lepas dah sapu Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence kat muka, sapu pula moisturizer  ni. 
fungsi dia untuk memperbaharui lapisan tektur kulit dan mengecilkan pori.

krim ni jugak boleh kurangkan garisan kedutan dan memberi kelembapan pada kulit

bagi kulit kita jadi radiance dan anjal giteww


tektur dia best dan tak melekit. paling best bau dia.. perghh!! wangiiii


bila pakai selalu memang kulit akan nampak lebih radiant dan berseri




Tadaaaa… kulit terus nampak segar dan tegang walau dengan sapuan pertama! Takperlu bantuan make up atau filter camera dah.. Kalau kerap pakai dan konsisten, insya Allah kulit dan wajah korang akan Nampak muda remaja je selalu ;)

Layarilah website mereka di sini untuk more info ;)

https://www.everydayme.com.my/olay


posted from Bloggeroid

Saturday, December 19, 2015

3 Krim Berguna Melawan 7 Tanda

Sedar tak sedar, Elia dah menjangkau umur 26 dah tahun ni. tahun depan(which is in less than 1 month), dah masuk usia 27 tahun. 

Bila dah makin meningkat usia ni, cara penjagaan kulit pun kena la selari. dah tak boleh pakai produk yang sama masa umur awal 20-an dah. sebab kondusi kulit kita pun dah lain.
Tambahan pula dengan keadaan cuaca sekarang yang kejap panas, kejap jerebu..  kejap musim hujan. bila kita selalu terdedah dengan penghawa dingin pun akan jejaskan keadaan kulit kite yang akan menyebabkan keluar tanda-tanda penuaan seperti kedutan, warna kulit tak sekata, dan macam macam lagi. 

Akhirnya, Elia bertukar kepada Olay Total Effect. yang dulu Elia selalu nampak Mak dan Auntie auntie Elia pakai. Now, it's my turn to try it.


Terbaru adalah 3 produk ni : 


First, Olay Total Effect 7-in-1 pore minimizing CC cream SPF 15

 

Elia memang ada masalah pori yang besar. so memang jarang la pakai foundation or bedak yang tebal sebab nanti senang tumbuh jejer(jerawat). tapi bila ada CC cream Olay ni bole la berangan sikit nak melawa. dah bole pakai CC Cream yang siap ada SPF 15 yang sesuai sgt dipakai masa musim panas cam sekarang ni.


 




Satu lagi produk Olay yang saya suka Olay Total Effect Day Cream yang boleh melawan 7 tanda-tanda penuaan.


 

kesemua tujuh-tujuh tanda penuaan yang Day Cream ni boleh cegah ada tersenarai kat belakang kotak.



 
 sedap bau cream dia dan tak berminyak. Best je pakai

 


 

Satu  lagi produk yang best dari Olay - 
Olay Total Effect Anti-Aging + Fairness Cream

 


Comel botol dia. Bau pon wangi. Best~!



3 awesome produk dari Olay ni memang tersusun cantik kat "my dressing table". comel je. hehehe

bagi korang yang nak cuba pakai produk Olay ni senang je. produk ni memang mudah didapati kat mana-mana farmasi. 

Sepanjang bulan Disember ni juga ada special promosi untuk produk Olay ni di farmasi Guardian berdekatan.



Friday, October 2, 2015

Produk paling berguna masa musim jerebu




Jerebu ohhh.. jerebu

Cuaca yang teruk berjerebu sekarang ni memang mendatangkan macam macam kesan sampingan pada diri kita. kesihatan, penglihatan dan kulit pon leh terjejas.

kalau sal kulit ni memang my skin sangat sangatlah senang affected with bad weather..






kulit saya jenis cepat naik bintik bintik ruam dan jerawat. black heads, white heads dan segala macam heads lah~!

mulalah kulit muka jadi berbijik dan tak smooth.

dan mulalah saya jadi restless dan menerjah ke farmasi untuk belek dan cari solusi produk yang baik untuk masalah ni.


Elia ada kulit muka yang jenis berminyak dan sensitive. 
haa.. hambek kau. dua-dua jenis masalah yang selalunya kena guna dua jenis produk berbeza.


nasiblah i found this one product which cater for both skin type!





tadaaaa.. its this product from Korea.. jenama CNP Laboratory. 

Produk super best ni pulak namanya CNP Dual Balance Waterlock T/U Serum.

mesti kita tertanya tanya kenapa T/U kan?

ni sebab serum ni membantu untuk menghalang kilatan(minyak) kat kita punya T-zone dan melembabkan U-zone kulit muka kita.

selalunya kan Tzone dimuka akan selalunya berminyak dan berkilat kilat bak kehalusan kilauan kulit kepala Harith Iskander. meanwhile, our U-zone kering dan kekurangan kelembapan. kan kan?

selalunya kita akan cari produk utk kurangkan minyak kat Tzone tapi nanti Uzone lak kering. bila kita sapu mosturiser kat U-zone, kat T-zone lak berminyak. Now, semua tu dapat diselesaikan dengan this awesome serum! dia dapat mem-balance-kan water-oil kat kulit muka kita ni. 

produk ni jugak dapat kontrol minyak dan sel kulit mati. cool!

produk ni katanya sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit kombinasi antara minyak dan kering dan juga buat yang ada masalah kulit sensitive. sooo.. memang Elia sesuaiii sangat sangatlah pakai produk nih!




Packaging dia macam gambar kat atas ni. 




bila dah godek packingnya, kita dapat tahu yang serum ni mengandungi bahan bahan unik seprti: Camellia Japonica Flower Extract : Anti-inflammation
Melissa Officinalis Leaf Extract : Anti-stress and anxiolytic agent
Imperata Cylindrica Root Extract : mengandungi kandungi tinggi potassium yang bertindak mengekalkan tahan kelembapan kulit
Aloe Barbadensis Leaf Powder : mengurangkan kekeringan kulit




Cara pakai dia senang je. lepas dah cuci and letak toner, just picit keluar the serum dan dot dot kan kat muka..


sapukan kat U-zone yang kering kontang bak padang pasir yang semakin ketandusan..


then sapu jugak kat T-zone yang selalu nak lip lap lip lap kilat and berminyak tuhh



kulit akan rasa automatik lembab and supple je even lepas aplikasi pertama. serious tak tipu. musim musim jerebu ni memang kulit rasa kering dan berminyak at the same time. so bila pakai serum ni rasa fresh je kulit muka #saranghaeCNP

best kan?!


produk ni tak susah pon nak dapat. kat mana mana Watsons Outlets ada jual.
boleh didapati dengan harga RM143.10 (60ml)



Untuk list of outlets, klik di sini~! http://www.bit.ly/CNPWatsonsOutlets


Tuesday, December 9, 2014

Shopping dan hadiah



Dulu zaman study or zaman menganggur memang takde masalah la nak gi shopping mall, nak jalan jalan survey barang. masuk dari satu kedai ke satu kedai.. bila penat, stop jap gi makan. then sambung balik shopping or window shopping..

Now bila zaman kerja ni memang masa nak buat semua tu memang limited sangat. lagi lagi bila waktu kerja kita tak normal macam orang lain.. balik kerja dah penat memang ingat nak balik tido je.

bila la masanya nak gi shopping ni semut?

Ni nak cerita kisah benar ni.. baru baru ni Elia dapat kerja and kerja tu memerlukan kasut tertutup yang selesa. masa tu manalah aku nak cari. since kerja pon xde masa nak lari cari kasut nak pakai. masa pon was running out that time.

Walaupun dalam keadaan desperate, tapi kita taknak la smpai terpaksa settle for less. jadi, Elia pon carilah online shop mall yang ada jual barang yang berkualiti dengan harga yang berpatutan


Rakuten.com

masa tengok website dia memang sangat rambang mata.. sebab sekarang ni tengah ada sale. bukan sales biasa tapi siap Rakuten Super Sale lagi!! dengan diskaun up to 87%

Rakuten Super Sale ni akan berlangsung selama 7 hari dari 9 smpai 15 December 2014. macam macam barang leh dapat kat Rakuten ni dari smartphones, fashion, health beauty & home living products.

Lagi lagi nak Christmas ni kan, Rakuten ada Special Christmas Gift Ideas dengan harga yang gile berpatutan..



bayangkanlah, dalam beberapa minit je settle dah masalah Elia. dah jumpa apa yang dicari.. so i bought myself this super comfortable flat from Crocs.



sangat express lak penghantaran dia. tak sampai 2 hari dah dapat.. iolls suke!!


Rakuten ni juga sesuai untuk anda yang nak buat surprise or nk bagi present for that special someone. Boleh juga buat hadiah sempena konvokesyen ke *wink*




bayangkan keseronokkan Elia buka parcel yang siap dibalut. ohhh teruja iolls... macam boxing day lak rasa!






haaaa.. teruja tak? teruja tak??

teruja kan?..

lagi gempak, sekarang ni Rakuten nk bagi korang Rakuten shopping coupon a.k.a RM 20 RaCoupon kepada readers JejariRuncing!!

So bile korang shopping kat Rakuten, jangan lupa masukkan code RAKUJEJARI20

untuk redeem voucher rm20 tu ;)

Brief T&C:
1.       Coupon is valid from 9th Dec2014 (00:00) to 15th Dec 2014 (23:59) only.
2.       Total coupon value is RM20 withminimum purchase of RM120to be entitled to use the coupon. (Does not including shipping fees)
3.       Coupon may only be used once per person.

4.       Coupon is not returnable or refundable upon order cancellation.
- Rakuten reserves the right to make the final decision in case of a dispute.


so tunggu apa lagi? jom shop kat Rakuten!

Wednesday, July 24, 2013

Product Review : Hansaegee Masks

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

segala paper final, kesemua 8 subject untuk semester 4 Degree in Human Resource Management dah settle!! waaaahuuuu...

Final exam kali ni memang mencabar dari yang sebelum sebelum ni. selain sebab banyak paper, hari exam diadakan semua beza dalam 2-3 hari ni je. selang sehari dua ada paper. sehari dua je ade paper. memang agak pack la hari-hari study. 

rumah kat KL dekat 2 bulan gak tak jejak. selain tu tak ada pun study week macam selalu Uitm bagi tempoh seminggu tanpa kelas untuk study before the exam starts.  tapi kalini memang direct. dah la kelas pack. macam macam assignments kena buat.

sepanjang musim yang gila ni memang sedikit terabailah masa nak jaga muka ni. hectic schedules la katakan. memang tak terjaga muka segala bagai. kalau korang ade terjumpa Elia time ngah musim exam ni maafkanlah rupa diri ni. 

masa musim-musim exam ni banyak masa terluang kat luar, study kat library or kat mana-mana selain kat rumah. dengan cuaca yang jerebu teruk baru-baru ni. habis kulit muka semua. blackhead, whitehead, minyak semua bukan main banyak naik kat muka.

but i said to myself, "Sabar Elia, habis je semua papers siaplah kau si budak itam(blackheads) dan putih(whiteheads), akan ku proses korang!!"

dan as soon as the last paper finished, OPS KULIT pon bermulalah!

Biasalah time stress camni blackheads dan white heals menjelma, untuk selesaikan masalah ni tanpa perlu memicit ngah seksanya, salah sorang kawan saya syorkan guna produk Hansaegee ni. beberapa keping mask dia recommended untuk saya gunakan bagi menyelesaikan malasah kulit yg membelenggu diri dn kulit ni. ececeh..ewahh!




Since blackheads and whiteheads amatlah sakit untuk dikeluarkan dengan teknik picit manually, i choose another alternative iaitu menggunakan mask or nose strips. banyak nose strips kat pasaran tapi dah banyak brands Elia cuba tapi ni antara yang terbaik. one of the best solution so far!



Nose pack dari Hansaegee ni comes with a pore serum. kira macam 2-in-1 la. sangat practical. 








sharing is caring so me and my roomate, Az pon pakai benda alah ni sama-sama. masing-masing blackheads dah bermaharajalela kan ;p




lepas dalam 15 minit tu tanggalkan nose strip tu pelahan lahan


lihatlah hasil tangkapan ku...


lepas je dah tanggalkan nose strip ni memang rasa kulit lembut sangat. bila semua kepala(black/white heads) dah keluat, memang lembut la kulit kita jadinye ;)


lepas dah keluarkan segala kekotoran yang ada kat liang roma, pori kita kan terbuka luas. oleh itu, fungsi pore stamping serum ni untuk tutup balik pori atau liang roma yang terbuka tu. 



sapukan just a small amount kat bahagian yang dah kena tadi. 
then, its done!



NEXT- eye bags, dark eye circle, mata panda atau whatever you want to call it. bila dah study ni tidur memang tak tentu. kadang-kadang tu sehari dapat tidur dua tiga jam je. mata tu makin tired la kan. makin gelap bawah mata. once again Hansaegee has the solution.

so far memang banyak jenis eye mask yang Elia guna. macam-macam bentuk, rupa, warna dan fungsi.

tapi sekali lagi product dari Hansaegee tak menghampakan.




rupa dan cara pakai dia macam normal and like any other eye mask. tapi memang dapat rasa kelainan pakai yang dari Hansaegee ni.  mask dia tak meleleh atau berair sangat, tak mudah koyak, sejuk bila dipakai and the best part is ianya sangat melekat. korang tak perlu sentiasa terbaring pun bila nak pakai. tak mudah slips down. memang kuat di mencengkam kulit. best!




lapisan mask yang lembut dan mencengkam membuatkan saya boleh buat benda lain sementara tunggu mask ni kering. nose strip dan eye mask ni saya pakai serentak selalunya.


boleh tengok movie kat laptop...


leh baca buku. dan macam-macam lagi lah sambil pakai mask ni.

 

produk seterusnya yang telah disyorkn ialah Pore Stamping Mask ayng berasaskan Charcoal atau arang yang bertindak untuk menegangkan kulit dan mengecilkan liang roma


cara pemakaian macam mask yang lain. tapi pakai mask ni memang rasa penyerapannya yang cepat..
 sejuk je.. rileks sangat rasa sambil layan musik kat bilik. very calming!


lepas dalam kira-kira 10-20 minit, tanggalkan mask jangan basuh muka. biarkan ia menyerap segala cecair yang ade kt permukaan muka kite tu. sambil2 u boleh buat sapuan lembuut untuk bagi rata dan kulit kita dapat serap semua kebaikan mask ni




Bila dah try tiga produk dari Hansaegee ni  memang saya sangat puas hati. lepas dah pakai semua mask ni kulit rasa sangat lembut dan sejuk je. very refreshing!


* btw, minggu lepas adalah minggu terakhir saya berpuasa di semenanjung. starting from today i'll be spending my ramadan and raya di seberang lautan iaitu di Labuan. cuaca dikawasan pulau selalunya kering. jadi memang semua produk penjagaan kulit kena prepare bawa ke sana. kecantikn dan kesihatan kulit kena jaga setiap masa dan dimana jua kite berada.

kat Labuan ni juga saya akan lebih kerap update my blog, instagram takpun keek! jangan lupa follow ye!

selamat menjalani ibadah puasa dan selamat mencuba!

Blog Widget by LinkWithin