Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Friday, June 24, 2016

Resipi Makaroni Bakar ala Lasagna


Harini saya rasa macam nak sharekan resipi senang ni. boleh jadikan ideas untuk juadah berbuka nanti. Enjoy!




Bahan Diperlukan


- 250g macaroni (setengah bungkus)
- 1 tin tomato paste
- 5 biji telur gred A
- 1 paket ayam/daging kisar 
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 ulas bawang putih (dipotong kecil-kecilan)
- 3 sudu minyak (untuk menumis)
- Garam dan serbuk perasa

Sedikit serbuk parmesan cheese
- Sedikit lada sulah dan marjerin
- Mozarella yang diparut
-kepingan keju cheddar



Cara Buat / Memasak Makaroni Bakar ala Lasagna


- Pertama sekali, rebus macaroni sehingga empuk. 
Kemudian basuh dan toskan. Ketepikan dalam satu bekas.



- Masukkan telur, taburkan serbuk parmesan dan 
sedikit marjerin kemudian gaul macaroni.



- Panas minyak di kuali. Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
- Kemudian, masukkan daging dan biar seketika hingga daging masak.





- Masukkan makaroni yang direbus tadi.
- Selepas itu, masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah
- Gaul hingga semua bercampur. Ketepikan.


- Sapu loyang dengan majerin dan tuang separuh 
adunan macaroni tadi ke dalam loyang. tekan dengan sudip supaya padat.




- letakkan kepingan cheese 





-kemudian tuang lebihan macaroni diatasnya. (tema layer mcm lasagna)


- taburkan mozzarella yang diparut beserta serbuk
 parmesan sehingga menutupi makaroni.




- Bakar dengan suhu 180' selama hampir 45 minit.


- Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.




Tadaaa... sedia untuk dimakan ;)


Tuesday, February 25, 2014

Resepi Pasta Penne dengan Sos Ayam Cendawan




as promise(from the vintage picnic post), the recipe for making this easy peasy dish ;)







Bahan-bahan:

1 paket pasta Penne
1 tin tomato paste 
500g Ayam/daging kisar
2-3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris)
cendawan butang
lobak merah
tomato cherry(optional)
garam (secukup rasa)

Cara- cara :

1. tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.


2. masukkan ayam/daging kisar dan goreng sampai masak.


3. masukkan sayur-sayuran tadi dan biarkn sehingga mendidih.


4. masukkan tomato paste tadi bersama sedikit air dan biarkan sehingga mendidih. letakkan garam secukup rasa. boleh letak tomato cherry tu sekali for more juicy taste. bila dah masak, tutup api. dah siap!




pasta Penne ni pulak kena rebus dalam air. letakkan garam sikit dan berapa titisan minyak supaya dia x melekat. rebus sampai dia kembang. tp jgn biarkan dia masak sgt. sedang-sedang gitu. angkat dan toskan. sedia untuk dimakan!

*disebabkan nak piknik, saya tak gorengkan sekali kuah dengan pasta. sebab taknak dia kembang. nanti xsedap. kalau korang nak buat kat rumah n nak terus mengadap makan, boleh terus masukkan pasta ni dan gorengkan dalam sos yang kita buat tu. lagi sedap!


selamat mencuba ;)





Blog Widget by LinkWithin