Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Instagram. Show all posts
Showing posts with label Instagram. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

(Resipi) Salmon dengan sos oren


Salam.

antara banyak banyak ikan, Elia paling suka makan ikan Salmon. kalau ada ikan Salmon kat rumah memang selera je nak makan. cara paling mudah dan lazat tip top tahap jilat pinggan saya selalu panggang atas grill pan ataupun masak cara ni..... 



Bahan-bahan:

aluminium foil
2 keping ikan Salmon
1 sudu sos tiram
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam
garam(secukup rasa)
lobak merah
sebiji oren sunkist

Cara masak :

1. sapukan sos tiram, serbuk lada hitam, oregano dan garam pada ikan.
2. perahkan oren sunkist tu pada ikan dan sapu rata. lepas tu korang biarkan ikan tu perap for few minutes.
3. potong lobak merah halus halus. 
4. masukkan ikan yang diperap tadi dalam aluminium foil dan masukkan carrot yang dh dipotong skali dalam tu.
5. tuangkan lebihan air perapan dalam aluminium foil supaya boleh dijadikan kuah.
6. bungkus aluminium foil tu dan masukkan dalam oven atau bakar atas kuali for about 20minutes.


and wallllaahhh... dah siap untuk dimakan. senang je kan? senang gila tahap budak darjah satu pon boleh buat....not to forget, its healthy too! so selamat mencuba dan menghirup kuah dia macam iklan mamee slurp!



Wednesday, February 19, 2014

Yeay, Dah boleh skodeng insta dari blog!





tak kesah la orang nak kata outdated ke ketapi lambat ke... soo last yeeear ke.. yang penting sekarang akak nak menjakunkan diri..

tak kira tak kira.... nak jugak.. ;P


nak jakunkan diri sebab now dah ada new widget kat blog. blog readers yang mana takda account instagram, yang malas nak buka tengok kat hp atau yang saje nak stalk tapi takut tertekan "like"(haha.. kantoi!) bolehlah scroll around beberapa keping gambarku kat instagram terus menerus dari blog nih. haaa.. siap haku ajar orang cara nak stalk lagi tau... kuurrlasss!



so.. to korang, selamat menyengkodeng!(haa..ada ke ayat tu? hentam je la)


Wednesday, January 29, 2014

Misi 7 hari detox secara alami(natural)



Pada korang yang mana follow my Instagram or Twitter account, mesti korang tau yang haritu Elia demam teruk. satu badan sakit. bukan je panas badan, pening, sakit tekak dan semua pakej yang lengkap untuk orang yang demam la..



tapi yang lain nya yang buat Elia rasa sangat sakit. satu badan saya sakit. rasa lenguh, sengal-sengal and bisa je satu badan ni. seluruh badan. kaki lenguh, tangan lenguh, pinggang sakit. pastu badan berangin, asyik sendawa je.


ada satu benda yang Elia perasan masa demam tu  yang buat elia decide untuk buat this cleansing detox thing. apa benda yang lainnya masa demam tu? Elia rasa yang demam ni bukan demam biasa. tapi demam sebab terlalu banyak toksin dalam badan.

Elia perasan yang walau camne banyak pon saya makan, tapi sangat jarang buang air. masa Elia demam tu boleh dikatakan Elia tak dapat nak membuang air besar for almost a week. sebab tu semua jadi sakit. fuhh.. seksanya.. 

perut makin membesar. makan tak buang-buang. manalah tak besar kan! so apa lagi. since that day, Elia decide to take good care of my health and body. 

sebab itulah Elia nak start my 7 days body cleanse or detox program ni.
bukan susah pon. just setiap hari Elia akan buat smoothies dengan mengunakan sayuran hijau dan buah-buahan. ni semua untuk nak cuci perut secara natural. sebab nak makan julap orang kata tak berapa baik untuk perut dan usus for long term. so im trying this method.

so far baru 4 hari. 





Elia banyak masukkan spinach/bayam and mint leaves as my green sebab dia sedap! and ofcuz berkhasiat untuk badan.









walau baru 4 hari tapi Elia dah rasa perbezaan die. badan rasa lebih segar n dah tak lesu or lemau macam selalu. my bowel movement pon getting better.

 bestlah!!

so pada korang yang rasa mcm nak try membersihkan badan dari toksin, jom la join cabaran 7 hari detox secara natural ni. insyallah. u will feel much better than u were before.

Selamat mencuba!



Thursday, December 13, 2012

12-12-12 bawa berita gembira


Ramai sangat orang yang update pasal date 
12-12-12 semalam. Malas plak nak ikut diorang
Nanti orang terlepas pandang lak entry kite. Hiewheiwheww....

Memanglah tarikh semalam cantek. Mesti ramai yang mengharapkan sesuatu terjadi atau merancang sesuatu event untuk dilaksanakan pada tarikh tu kan?

As for me tak rasa apa pon sebab bagi saya biasa je. 
Tapi kecoh orang celebrate 121212. 
Mungkin diorang fikir lepas ni dah xleh dah nak dpt tarikh cantik camni kan. Start dari 010101 lagi orang start book tarikh2 cantik ni utk wedding especially. Lepas ni xdpt dh la. Xkan ada 13-13-13.

Saya sendiri tak ada masa nak fikir pasal
Tarikh2 ni sebab tengah sibuk tahap gaban tapi pada lewat malam, hanya beberapa minit  menjengah ke tarikh 12-12-12....
Saya sedang berehat. Tido jap sebab nak bangun stay up study. Tak lama lepas terjaga tu satu deringan menjengah ke henpon.saya terima satu panggilan.. Dari Mak

dan sebaik mendengar isi perkara yang disampaikan.. all i can say was..

Ya Allah. Alhamdulillahhh syukurrrrr...

Akhirnya...
Rupanya tarikh 121212 ni membawa satu perkhabaran yang sangat baik.
Memang terbaik terhangat dan ter ter semualah..

Memang unexpected and out of this world but who are we to question Allah's work?
Its all qada' and qadar..
Syukur. Terharu sampai hampir mengalirkan airmata mendengar berita ni. 

Thank you Allah.

Apa perkhabaran yang mengembirakan tu?
Hhheheheee... Shhhhh...

tungguuu...

Biarlah rahsia..ggh
Macam malique pernah kata..
"tak perlu kata apa-apa..




Senyummm :D"

buat masa ni apa yang boleh dilakukan adalah senyum. tak perlu kata apa apa kita senyum je dulu


weee.. btw, cantik tak spec baru kita? hehehe ;p



Tuesday, August 21, 2012

Mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung jejariruncing (entri banyak gambar)



Assalammualaikum semua. Selamat menyambut hari raya yang ketiga! mesti korang masih syok beraya sakan lagi kan? untunglahhh..

perghh.. lama tak update blog kesayangan ni.. sumpah banyak sangat benda nak di update tapi tak jugak berhapdate nyee.. cisss...

awkward sangat rasa nak menaip entry bila dah lama tak menaip ni. lagi awkward bila ayahandaku sendiri tetiba out of no where came out with an extremely awkward question masa saya tengah syok kusyuk menyapu cream atas my home-made pavlova yang membuatkan saya tersentak sekejap dan teringat nak update blog..

taktau lah korang penah lalui moments awkward ni bila ayah korang sendiri tanya soalan macam ni..

"haaa.. blog jejariruncing dah lama tak ber-update.. kenapa?"

sangaattt awkward hokeyhh!! soalan tu kalau orang lain tanya tak pelik tapi bila your own father tanya macam agak awkward dan menimbulkan banyak persoalan. is he one of my silent reader? erkkk.. awkward!!


oh. ok ok. berbalik kepada cerita asal, sebenarnya saya buka sengaja nak malas update blog ni. tapi sebenarnya... eh, sebelum tu saya nak ucap thank you kat my lovely aunty, Mak Dara for making this cute hari raya greeting card...



cute sangat.. huhu.. thanks Mak Dara. rajin!

ok ok ok... balik kepada soal tak hapdate blog tadi balikkkk!!

saya sebenar benarnya tersangatlah busy kebelakangan ni.. sebab ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. masa semakin suntuk dan kerja masih banyak tak siap. apa dia urusan tu? hehehehe... adalah.. tungguu..

tapi sesibok-sebok kite pon kite sempatlah update perkembangan dalam Instagram.. hehe. tetibe jadi gila mengupdate instagram berbanding blog kan..benda baru biasalahh kannn

mari tengok beberapa keping gambar sekitar sambutan hari raya saya tahun ini..(taken from my instagram ofcoz!)





my dad took this pic after the "awkward question"









Raya tahun ni semestinya raya yang sangat sayu dan bermakna buat kami sekeluarga.. sobs sobss.. sobss.. Kami beraya di ipoh sehari je then malam raya pertama tu kami dah balik KL. takleh raya lama2 kat kampung sebab banyak lagi kerja tak siap kt KL..


this is what awaits us at home.. sorry, atas permintaan keluarga im not allowed to spill the beans yet about what about to happen but u will know once everything is done and please pray for the best. semoga semua berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. so far agak stress sebab ada a few things yang tak setel lagi but hopefully it will by the time comes. dan oh, nanti saya akan buat pengumuman tentang beberapa perkara. tapi bukan sekarang. harap korang semua faham. nanti kite akan cite and share kat korang jugak pembaca setiaku semua. sayang korang sangat tau. muah!


Di sini saya nak ambil kesempatan nak mohon maaf kepada anda semua atas sebarang kesalahan. sengaja atau tak disengajakan. jika ada keterlanjuran bahasa atau perbuatan saya yang melukakan hati sesiapa. kosong-kosong ok? ;D

you can follow me on instagram if u want - @elia_jejariruncing


Blog Widget by LinkWithin