Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Kisah Si Jakun. Show all posts
Showing posts with label Kisah Si Jakun. Show all posts

Saturday, June 27, 2020

Cafe Karat, Ipoh Perak



Kalau korang minat pergi cafe hipster, boleh la check out cafe Karat ni.

ni actually gambar lama tapi baru nak upload. 

tak pasti sama ada tmpt ni punya deco masih sama atau tak.












masa ni cik minah Aisyah Amani kecik dan bulat lagi.. adoiiii.. geramnya lahaiii...






makanan kat sini memang tak mengecewakan..

yang Elia masih ingat lagi Green Kari dia sedap gila!









Masa  ni Elia pergi bercuti ke Ipoh rumah kakak. jadi dia bawa kami ke sini.

balik lepas dinner kat Cafe Karat ni dia bg hadiah belated birthday.. 

beg pink dan clutch ni.. both i like sbb in Pink!

forever my fav color. hehehehe




Wednesday, January 11, 2017

Me and my monkeys


Haa.. seperti yang dijanjikan, nak sambung cerita semalam...





punyalah bahagia tengok macam macam jenis 
binatang sampai naik juling mata.. hehe

Tuesday, January 10, 2017

Melihat binatang @ kuala selangor


Disebabkan haritu seronok sangat kena culik dan dibawa melihat keindahan makhluk ciptaan Tuhan, kali ni kami ke Kuala Selangor balik. sebab haritu macam tak puas separuh hari je kat sana.


dalam separuh hari tu pun dapat tengok helang diberi makan, sempat pekena air kelapa muda, dan malam pulak dapat tengok kelip kelip first time di depan mata. Malam tu, lepas dinner seafood terus gerak balik KL. dah kata short getaway!


rupanya banyak lagi tempat tarikan kat Kuala Selangor ni..

Sebabkan tak puas haritu, saya request untuk dibawa ke sana balik. hehe. yelah.. haritu surprise. ni pergi sukarela ;p


haritu gerak petang kalau tak silap. takpun lewat tengahari. kali ni pagi pagi dah gerak ke sana. sebab panjang itinerary haritu.. hehehe


first stop : Naik tram 
(ntah betul ke aku sebut ni main petik je malas nak google..haha)



Wednesday, June 22, 2016

Deko Hostel yang Unik!


Here’s something menarik yang saya jumpa masa zaman study kat U dulu.
 Masa diploma memang saya dapat hostel, tapi bila Degree memang stay luar je.. Tapi ada je student lain yang dapat hostel.

Dan masa saya ke salah satu dorm diorang sebab nak discuss pasal group presentation……


What I found was sooooo interesting.

Tak tau lah saya sorang je yang rasa benda ni menarik atau ni sememangnya menarik..

Yang pastinya, saya jakun jap lah..


Monday, December 28, 2015

Hotel d Art Shah Alam. Boutique Hotel

Assalamualaikum..

Harini hari Isnin. Semua orang mesti agak liat nak gi kerja kan?
since dah bercuti agak lama. hehehe

Bagi saya lak excited nak datang kerja sebab nak jumpa colleague yang ambil cuti seminggu even before cuti panjang for Christmas. hehehe.. boleh plak rasa excited nak gi kerja sebab nk bergossip. hahaha.. perempuan kann.. biasalah!

dalam semangat nak gi kerja tu timbul juga semangat nak berbelog. sebab dalam cuti ni pon "blogging" pon cuti jugak. heeee


Dalam dok godek-godek draft posts, terjumpa gambar-gambar kat bawah ni.

Gambar masa Elia nak konvo time Diploma dulu. kitorang stay one night kat satu butik hotel kat Shah Alam ni. D'Art Hotel nama dia...




Bila sebut boutique hotel ni mestilah interior dia cantik-cantik. kita boleh pilih ikot mana yang kita berkenan. setiap bilik lain-lain design


Bilik yang kitorang ambil ni ada ala-ala New York style skit. cool!



Toilet pon cantek. even simple tetap cun


Rate bilik standard. tak ingat berapa tapi rasanya tak lah mahal sangat.
include breakfast dekat kopitiam bawah/sebelah hotel ni..



Agak agak kalau stay area Shah Alam, bolelah nak try stay hotel ni lagi. boleh try bilik-bilik lain pulak..

haisshhh.. hujung hujung tahun ni mood bercuti la semua kann... hehehe


Thursday, March 26, 2015

Pertama kali tebus ganjaran Bonuslink

Tadi pergi kat Shell area rumah sebab nk top up touch n go. Sekali tengok kat situ boleh redeem bonuslink points. Selama pakai bonuslink ni since 2008, tak penah lagi redeem



Points takde la banyak mana sebab pakai bonuslink ni masa isi minyak je. Tapi boleh tahan la. Tgk td points yang boleh redeem ada dlm 3800 camtu.. so fikir punya fikir i decided utk amk lunch box ni..



Ikot points yang ada saya boleh choose from payung, towel, torch light, backpack n benda2 lain. Tapi semua mcm common sgt je. So alang2 with intention kononnya nak bawa bekal g keje, saya amik lunch box ni.. sbb macam comel je..



Elia memang tak boleh tengok benda benda yang comel ni. Gerammn je..




Dia ada 2 pilihan antara warna biru atau hijau. I choose blue simply sbb cute sikit kot? Ntah lah.. hehe



Lunch box ala ala mangkuk tingkat ni atas dia kedap udara katanye.. boleh isi lauk. Yg belah bawah more like a bowl.. so boleh isi nasi..




Bayangkanlah betapa lamanya pakai kad bonuslink ni sampai dah bengkang bengkok dah kad dia. Sampai nombor siri pon payah nk nampak. Kena gi renew kad nihh..


Papepon rasa excited pulak nak guna mangkuk tingkat moden ni! Sbb its kinda special sbb ada sentimental value. Dapat setelah bertahun2 dok isi minyak kt Shell.. heee ;D
posted from Bloggeroid

Wednesday, January 23, 2013

Featured dan review di Majalah Remaja

Dah lama tak update sebab tengah musim exam haritu. Takde masa sangat nak online. 

Semalam baru habis semua baru lega. tenang sikit nak update...

banyak yang dah berlaku.. nanti kite update satu-satu ye..

sebelum tu nak tunjuk baru-baru ni tanpa disedari blog saya di-review di Majalah Remaja. dapat tahu pun dari instagram ada budak comel ni bagi tau siap tag gambar lagi. baru la percaya dan tergagau-gagau cari senaskah. almaklumlah.. dulu ye larajin beli mag Remaja. sekarang dah tak berapa nak remaja. malu nak beli kang orang kate perasan ;p



saya dapat ranking 4 over 5. Alhamdulillah.. oklah tu. tq Remaja sebab rank my blog dan buat review. terkedu jap saya.. *lari-lari anak masuk bilik diving atas katil* maluuuu...



Wednesday, December 12, 2012

Tips tampil jelita bergaya dengan AISKRIM!!



As you all know I baru lepas konvo haritu for my Diploma. Setelah 3 tahun bertungkus lumus mentelaah dan merantau di negeri orang..ececehhh.. akhirnya Alhamdulillah selesai juga Diploma. 

walaupon masa nak konvo tu tengah sibuk dengan kelas, assignments dan kuiz untuk program degree yang saya tengah amik ni (sampai tak sempat nak buat persiapan baju kasut semua). namun sebaik je setel semua tu memang rasa lega sangat sebab dapat cuti untuk hadiri raptai dan direct cuti seminggu terus sampai hari convocation tu. 

jadi bila dah dapat segulung (walaupun dah tak bergulung) diploma, rasa puas dan lega. 

soooo.... haruslah kita reward ourself for the accomplishment of the certificate! more than a pat on the back, and when it comes to rewarding myself semestinya its time to indulge!!

and when i say indulge.. of course its with no other than La Cremeria ice cream!!
sebut pun dah boleh terbayang dan bila terbayang mulalah nak melelehhh... 

sluurppp.. sedut balik air liur tu ;p 


having an ice cream is not just about having a dessert. it is a pampering ritual. dont you agree with me?



other than buying and getting yourself new and nice clothes to wear on your graduation day, pair it with matching plus gorgeous heels, what goes well with your new trendy shawl or hijab, your choice of ice cream should reflects your good sense of style too. 


these are some of the presents i received from my love ones for my graduation and nampak tak that 2 huge containers of Le Cremeria Ice cream that i got as a reward to be enjoyed with my family and friends after the convocation celebration that night??? memang syok oh makan ais krim yang creamy and smooth texture depan tv makan ramai-ramai ..nikmat seyhhhh..


hee.. memeleh tak tengok?? hee... saje nak bagi jeles..

alaaa.. mesti ramai kan yang suka makan ais krim ni? benda sedap dan terbaik mesti kena cuba juga. bagi yang tak pernah rasa tu memang rugi cubalah rasa mesti tak menyesal punya.

ehh.. cuba korang like page/apps Le Cremeria dekat facebook.


sebab ada this new contest yang menawarkan hadiah best2.

cara nak join :


1. Login to facebook, be a fan of La Cremeria facebook fanpage, Install the La Bella fb application.



2. mulakan dengan pilih flavor kegemaran anda dan dengan itu anda akan dapat dress, shoes, accessories dan hairband/hijab for every flavour.



3. lepas dah select flavour, korang akan dapat free 3 frame, props, dan font styles. users can customize the design of the look book in the canvas screen. 



4. kalau nak lebih props, frames atau fonts, korang boleh unlock the additional items by keying in the Proof of purchase(POP) code from actual Le Cremeria products.   Each 10 Indulgence point unlock 1 item. The LA CREMERIA 1.25L unlocks 15 items where else LA CREMERIA 500ml unlocks 5 items


*     korang kena submit design yang telah dibuat tu. Upon approval design korang tu akan di-upload into the virtual La Bella magazine



kalau tak faham boleh tengok video tutorial yang disediakan. serious rugi kalau tak join sebab hadiah dia memang terbaik. nak tau apa hadiah yang menanti korang?

There will be 7 main winners in the contest. The best designed look-book from each flavour will win the exact ensemble. Contoh la korang design the best Hazelnut Ganache look book, korang akan menang the Hazelnut Ganache dress, shoes and accessories. paham tak? sape tak nak weyh?! boleh tambahkan koleksi pakaian gojes korang yang sedia ada tuu..


Kalau tak dapat top 7 pon takpe sebab there are 10 consolation prizes given to 10 different individuals who have submitted the most POP-codes. Each of these winners will receive 4 X LA CREMERIA Ice cream per month, for 12 months. Stok ais krim selama setahun. Ko mampu?


Wednesday, July 25, 2012

Blogopolis pertama Nuffnang Malaysia 2012


Assalamualaikum semua..

Harini saya nak bercerita pasal seminar blogopolis yang berlangsung baru-baru ni..




Seminar atau bengkel untuk improve our blogging skills ni berlangsung julung kalinya di Malaysia dan saya semestinya tak nak terlepas peluang keemasan ni untuk timba ilmu dan pengalaman dari otai2 atau panel speakers yang mahir dalam bidang masing-masing.


Seminar yang mengambil masa hampir seharian tu sangat sangat lah padat dengan informasi berguna dan menguntungkan. it worth every ringgit i tell yah!


Pagi tu seawal 8pg para peserta dah penuh beratur untuk mendaftar di ruang legar ballroom Hotel Concorde Kuala Lumpur ni. Semua dah teruja nak masuk dan download ilmu yang bakal dicurahkan. to be a step ahead in blogsphere .





event ni memang grannnddd! masuk masuk rasa macam wahhhh!!!! cantek gile hall diorang deco. berkobar-kobar jiwo rago den raso nak start!

Blogopolis ni juga peluang yang baik untuk bertemu blogger-blogger hebat dan make new friends. its a good platform to learn from the experts.

mereka ni lah muka-muka speaker yang berucap that day.. osem kan? tulah dah cakap best xnak caye!


Pada awal sesi tu i was sitting with my mum dan geng-geng seangkatan ngan dia. it was ok but later on rasa macam tak best pulak. macam salah duduk dalam kelompok era yang berlainan pula. no hal sebenarnya tp lama2 rasa boring sikit. last2 me and aunty Nani swap places sebab kami macam at the wrong seats je kan. dia duk ngan blogger my age and i was sitting among my mum's era punya geng. so kami tukar tempat suka sama suka..


Seronok la MakLady dan Aunt Nani duduk sesama dan borak sepanjang seminar.. masing-masing super awesome+cool mum who love to blog. both berjiwa muda lak tu. elook sgt suk sekali





Percaya atau tidak blogopolis ni merangkumi 10 sesi.banyak kan? macam2 tips diorang bagi dari segi design blog, traffic, sumber blogging, photography dan macam macam lagilah!


Antara panel speaker yang dinanti-nanti ialah Maria Elena. slot/sesi dia paling best antara semua. even slot dia among yang last for the day tapi memang yang paling inspiring and funny! kalau ikotkan time tu semua peserta dah mengantuk, boring, tak focus tapi as soon as kak Maria kita ni masuk je terus semua orang jadi segar balik dan start paying attention. pandai organiser susun jadual ek!



and oh oh.. saya dapat bergambar dengan Xiaxue! *buat moonwalk* blogger terfemes dan terhangat dari Singapore ni! nasib cepat amik gambar dengan dia sebab bukan senang nak jumpa, dah la dia balik awal. slot yang Xiaxue ni bagi pon best jugak.


haha. kite pon taknak terlepas peluang bergambar dengan Aunty Nani. ibunda tersayang cik Hanis Zalikha kita. suka tengok aunty ni. very the sporting and gorgeous in person.




Ni antara goodies yang kami dapat dari pihak penganjur. best wooo dapat bawak balik ilmu yang bertimba-timba dan merchandise buat kenangan of this great event!

kalau xcaya event ni best, tengoklah bawah ni...

*best sampai boleh buat collage?xde kaitan. sorry ;p*


dont worry, saya takkan makan sorang. from time to time saya akan share sedikit sebanyak tips and trick yang saya pelajari dari seminar ni untuk kebaikan dan pengetahuan bersama. sharing is caring kan!

bertuah sangat rasa dapat belajar dari otai dan seniors ilmu dan skills yang perlu ditajamkan lagi. semoga dapat belog dengan lebih berkualiti dan produktif di masa akan datang dan dapat berkongsi info berguna dengan pembaca.

kepada yang terlepas seminar ni dont worry, this will be an annual event so next year make sure korang join ok? kalau 1st time ni dah best i wonder how next year's would turn out to be..mesti ohsemkebabooom!


Sunday, July 22, 2012

Elia Jejariruncing di Safiyya TV9 Malam Ini!

Assalamualaikum semua.

Harini hari minggu hari kedua puasa mesti masih ramai yang berada di kampung halaman kan kan kan? almaklumlah nak berbuka dan bersahur bersama keluarga tersayang...

tapi esok dah kerja. baik korang gerak balik cepat-cepat.
kalau lambat nanti jem, sampai rumah pon lambat.
badan letih driving, kaki lenguh tekan pedal,
bini/laki pot pet pot pet kat sebelah,
kete gerak lambat, sampai rumah lambat,
anak anak nak sekolah, sampai lewat sure letih dan rushing
nak buat persiapan nak kerja atau sekolah Isnin ni.


Adalah lebih baik dah afdhal jika anda bergerak pulang ke kediaman masing-masing awal sikit..

tidak akan timbul masalah-masalah kat atas tadi tuu..

pperrrrghhh.. podddahhh...

propa je Elia ni tau.. hehe..

sebenarnya saya suh anda balik awal ni sebab...


nak suh duduk depan tibi (tv) buka channel TV9 atau astro 119 tepat jam 9 malam ni..

kenapa??

ape kehey nye yoppp??

bakpo pulok??

whyy??

weishenme?

porrrrkeeeyyy???


heheheh *muka gedix+malu malu minta pelempang*


Malam ni insyAllah saya akan keluar TV
untuk salah satu slot di Safiyya yang mempromosikan butik terbaru OHB di Plaza Damas

my first ever job modelling yang memerlukan saya berposing gerak2, catwalk dan main main mata macam kuch kuch hota hei dengan camera. selalu shoot still (pegun) je.

taktau la how it will turn out. tunggu jelah camne..

hah.. jom tengok promo dia!



Waaa...dalam promo pon dah nampak ketembaman diri ni.. adoiiyaii.. malunye..

nerbes nerbes ni weeiii...


dengar kata dalam tv kita akan nampak berkali-kali ganda gems. kalau dah sedia kala gems tu bertambah2 la jadinya nanti kann?? aaa camne tu?? gulpp..

Oklah.. jangan lupa temu janji kita malam ni tau.. ;)

p/s: Mari beli dresses dan maxi yang gojes dan murah dari yang lain dengan saiz S-XL di DearPINKwardrobe!!!


Blog Widget by LinkWithin