Thanks For Viewing My Blog =)

Showing posts with label Stick-on Notes from Lurve Nurse. Show all posts
Showing posts with label Stick-on Notes from Lurve Nurse. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Norshahrul bersanding di KTC Sabtu ini.




Saya rasa ramai diantara korang sudah sedia maklum tentang majlis persandingan pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talada (atau lebih dikenali sebagai Matyo)dengan pasangannya yang bakal berlangsung di KTC, Kota Bharu pada hari Sabtu ini. Ramai juga yang dah tahu mereka ni telah melangsungkan pernikahan sebelum ni. kalau tak silap pada bulan september yang lalu.



:: Ni gambar waktu majlis pertunangan mereka. very the GRAND canyon kan??::



:: ala.. mereka curi idea saya tentang warna tema n kek ni!(dan dan la) ::



Tempoh perkenalan 4 bulan mereka akhirnya membawa kepada majlis pertunangan pada bulan September.(tu pon kalau xsilap la). almaklum la saya ni pelupa sikit.


:: Ketika majlis pernikahan mereka ::

Isteri Matyo ni seorang pramugari. bukan pramugari terlampau ye. tapi best la diorang ni. kenal 4 bulan dah bertunang dan sebulan lepas tu kahwin(10/10/10). fast and easy. saya yang dah kenal setahun lebih ni pon takde apa lagi. rancangan tunang pon asyik tergendala dek kerana jadual kerja My Incik Apex yang tak menentu.




Isteri Matyo kalau tak silap namanya Isya Adam. sebab dulu saya pernah add dia and she approved. tapi bila check balik tak jumpa pulak account dia dalam fb. sama ada dia dah delete her account atau buang saya dr friendlistnya. T_T sampai ati u tau.. waa...!!

Ni cik kepochi nak cerita sikit pasal majlis pernikahan diorang ni.. mai rapat rapat..

Mungkin ramai yang tak tahu Matyo yang nak kawin pada 25hb ni diberi cuti 24hb dan 25hb malam tu sepatutnya dia kena naik flight balik KL balik tapi disebabkan tiket habis dia amik flight awal pagi 26hb tu. kesian tak kat pengantin ni? mesti diorang penat kan? Dah la 26 tu ada perlawanan FINAL piala AFF Suzuki kt Bukit Jalil!

mesti ada rasa cam tak adil je kan?

tapi percaya atau tidak, itu la hakikat dan lumrah hidup seorang pemain bola.


benda/situasi tu dah normal sangat dah bagi sesiapa yang dah biasa dalam bidang ni. pemain bola memang susah nak dapat cuti. walaupun cuti kawin! paling lama pon 2hari. best tak?

Ni nak share sikit apa yang i tahu.

- At the moment, ada seorang pemain dalam skuad Malaysia yang isterinya tengah sarat mengandungkan anak sulung mereka. tapi disebabkan si suami terikat dengan perlawanan Piala Suzuki ni, dia bagitahu isterinya yang dia mungkin tak dapat nak sambut baby tu bila dia dilahirkan nanti. "takpe. saya nak tunggu abang balik jugak". sayunya hati si suami ni dengar luahan hati si isteri. tapi nak buat macam mana. ni la hakikat dan situasi yang semua isteri isteri pemain bola kena sedia dan terima.

- haritu ada seorang pemain Kelantan ni terpaksa "bergegas" ke KL sebaik sahaja melafazkan akad nikah dengan isterinya untuk mengikuti teamnya yang ada perlawanan penting pada keesokan harinya. ntah-ntah malam pertama pon tak sempat. hihi.

- Ada seorang pemain bola ni hanya berpeluang berbulan madu setelah hampir setahun tempoh perkahwinan mereka.

- kebanyakkan pemain bola hanya boleh buat majlis pernikahan masa out-season atau luar musim perlawanan.

- Ada di antara mereka juga tak dapat nak menghadirkan diri ke majlis pertunangan mereka sendiri

- banyak event-event family atau gathering yang pemain tak dapat nak ikot atas sebab jadual yang ketat

Contoh paling hampir dengan saya pulak, my own engagement yang dah beberapa kali terpaksa ditangguh atas sebab jadual My Incik Apex yang kebelakangan ni terrrsangat la busy. haritu kan kami dah decide nak adakan sekitar bulan Februari tahun depan kan? tup tup dapat tahu MIA akan dipanggil berlatih dengan skuad Harimau Muda bagi sesi latihan persediaan Olimpik starts January. So kak bedah terpaksa la terima je.


So, saya sangat la memuji dan respect pada sesiapa yang sanggup dan "kuat" untuk menjadi isteri atau pasangan pemain bola ni. kerana terlalu banyak cabaran dan dugaan mereka kena tempuhi. nanti ada masa saya update pasal Dugaan & Cabaran untuk menjadi pasangan pemain bola ok??

Monday, March 8, 2010

5 Tanda Si Dia Milik Anda




Memang lama saya tak bagi tips cintan cintun ni kan?? So kali ni saya termurah hati dan ter-ada masa lebih utk bagi tips2 berguna utk korang yg dalam relationship, tapi tak tahu sama ada si dia syg korang sejauh mana korg syg dia...atau korang binggung dengan relationship sampai letak status kat FB "Rumitnya-Itu".. Sambil2 tu saya pon bole try compare jugak..


What we want to know is: Does he like me? Does he really like me? Here's how to tell he's smitten.




1. Dia cerita tentang kamu kepada rakan-rakannya

Bila korang jumpa atau lepak dengan member2 si dia, diorang dah macam dah tau banyak pasal korang. Contohnya macam favorite colour korang, favorite song, hobi, dan berapa kali korang cabut bulu ketiak dalam seminggu..eh2.. tu i saje tambah..hehe.. - Ni bermakna he's hooked on you (bukan gantung kat korang,tangkap cintan la kirenya).. Bf korang tu pulak masa tu mesti akan tersipu2 malu ble kwn2 dia bocorkan rahsia.. -- in my case, muka Incik Apex automatik jadi merah..-Blush!

(Yeah, he's totally whipped.)




2. Dia enjoy lakukan aktiviti paling duniawi bersama.


Laundry. Shoe shopping. Tahniah, anda pasangan paling boring di dunia ni!(kidding!) Tapi bila si dia akan ajak kamu temaninya walaupun hanya untuk melakukan perkara remeh-temeh atau paling routine dalam jadual hariannya. Ini bermakna dia lebih suka buat sesuatu tu dengan korang- because you're doing them together -- there's definitely something there.-- hehe.. he likes this very much.



3. He'd rather talk to you than watch the latest episode of "24"... at least for now.hehe.

Kalau dia sanggup tutup terus TV, XBox or in my case- CD Naruto semata-mata nak bagi perhatian penuh kan anda... ishk.. tak payah cakap banyak la.. Most women would kill to command that sort of attention at later points in their relationships. So jangan nak ragui ketulusan hati dia lagi. eh.eh.cam lirik lagu lak! -- as been said, atleast for now la kan..




4. He's not afraid to say, "I love you."

In fact, he willingly says it in front of both friends and family-- Friends n family = checked!



5. He misses you. Always.

He texts and/or emails regularly to say that he was "thinking about you" or "just wanted to say hi." Even a "Buat pe tu syg?" speaks to the depths of the pain he feels when you're not around- dia rindu gile la tu!. dan kalau dalam sehari tu dia xpernah missed gayut tepon ngn korang, alamatnya mmg parah la tu..-- So kami ni tahap parah la ni..





So amacam? apa result dan conclusions korang?? harap2 semua bahagia hendaknya.. sebenarnya ada lagi 5 tips.. tp xpe la.. entry lain kali ni... tunggu~!!!

Tuesday, August 18, 2009

Tips Memahami Bahasa Wanita/Perempuan

Adalah saya yang sengal tak dapat tidur walau jam randik menunjukkan pukul 2.16 pagi ingin memberi tips sedikit sebanyak tentang perangai gadis atau perempuan yang mungkin dapat membantu anda2 di luar sana. orang perempuan suka cakap macam ni..Keberkesanannya terhadap pondan masih belum dikenal pasti. harap maklum




FINE

Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai hanya akan membawa anda berdua bergaduh.



LIMA MINIT

Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.



TAKDE APA-APA

Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘LIMA MINIT’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.



PERGILAH!

(dengan kening terangkat) Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘TAKDE APA-APA’ dan diakhiri dengan ‘FINE’.



PERGILAH

(dengan kening biasa). Ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘TAKDE APA-APA’, ‘FINE’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘LIMA MINIT’ apabila dia dah sejuk.



MENGELUH YANG KUAT

Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘MENGELUH YANG KUAT’ bermakna dia merasakan anda adalah seorangyang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘TAKDE APA-APA’.



MENGELUH YANG PERLAHAN

Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘MENGELUH YANG PERLAHAN’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buatsebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.



OKAY LAH

Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buatkepada lelaki. ‘OKAY LAH’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelumdia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya.’OKAY LAH’ selalunya digunakan dengan ‘FINE’ bersama ‘Kening YangTerangkat’.



BUAT LAH

Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.



TOLONGLAH

Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberianda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apayang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘OKAY LAH’.



TERIMA KASIH

Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.



TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Ini banyak berbeza dari ‘TERIMA KASIH’. Seorang perempuan akan menggunakanini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yanganda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘MENGELUHYANG KUAT’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas’MENGELUH YANG KUAT’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘TAKDE APA-APA’.

Tuesday, June 30, 2009

When a men will text you but wont call




Everybody uses text messaging. If you are not careful, text can take the place of real conversations in person and on the telephone.

How can you prevent text messaging from taking over
your life and your love relationships?The answer is simple.

First, realize that text messages are the lazy man's dream. He can text you all he wants, but he doesn't have to put the energy or attention into a real conversation. He has you hanging around for his next his text message, while he is texting at his convenience.

Do not let him get away with this lazy way of being in contact with you.
Do not hang around waiting for his next text message.

Sign off, and do not text him back for hours or even for days.
One or two text messages is enough.

After that, walk away and don't text anymore.
Men do not respond to more and more text messages and whiny conversation about why they don't call you.

Remember, men respond to no contact.

Second, be sweet about it. When a man tries to get away with just texting but never calling, tell him in a sweet way that you do not really like texting because it is so limiting and one-dimensional.
You can simply say that you feel texting can be a big time waster.

You send the message that your time is valuable and you use your time wisely because you are worth it. Be nice when you say it.

Do NOT suggest that he call you instead. Men know what they are supposed to do.
They know they are supposed to call you. When you send a sweet, simple message that you won't be around for endless texting, he will get the message.

If he continues to text you anyway, give him no contact with you. Do not respond.
Give him enough time and he will pick up the phone.
This might take up to three days because guys are slower than girls, but give him time and he will call.

If you limit your text messaging, you will be rewarded with real telephone calls and genuine conversation and you get to hear his nice voice.

Say NO to endless texting. Your relationship and conversations will be more fun when you do!

Sunday, May 10, 2009

Ah sudah.. Merajuk pulak

Kat luar sana mesti ramai balak-balak yang hilang akan

camne nak pujuk awek anda tatkala merajuk.

mereka ni golongan yang kurang sensitif ni memang

agak kureng pengetahuan bab2 pujuk-memujuk ni.

Disebabkan Elia ni sangat baik hati, haha perasan seyh.

so saya bagi tips2 berguna bagi jejaka2 kebuntuan di luar sana. hehe


SENYUM
sebelum merajuk mesti start gadoh dulu kan? So, time dier tengah marah tu korang buat selamber jer senyum. Kalo boleh senyum tu biar lebar sampai ke telinga pun takper. Nescaya awek korang yang plan nak merajuk tu tak sampai hati nak marah atau merajuk ngan korang sebab kesian tengok muka seposen korang tu.


BUAT LAWAK
Hah! Yang ni korang kena tengok keadaan cuaca ataupun suhu dan jenis awek korang tu dulu. Jangan main rembat ajer. Tak pasal bertelur dahi korang. Kalau menjadi, silap awek korang yang merajuk tu terkekeh ketawa dek kelakar ngan lawak korang tu.

BELI HADIAH
Buat korang yang berkemampuan boleh ler cuba tip ni. Korang beli ler hadiah yang diidamkan oleh awek korang yang tengah merajuk tu. Kompem terus tersengeh dier bila tengok korang hadiahkan dier BMW 7 series. Ahaks!

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Ops! Jenis ni, korang kena buat bodoh dulu time dier tengah merajuk. Agak dier dah cool sikit, korang ambik enpon dan hantar la mesej untuk mintak maaf. Lagi bagus kalau korang selitkan lawak jenaka dalam sms/mms/voice sms korang tu.

BUAT BODOH
Kalo korang berani ambik risiko ditinggalkan, korang boleh ler try tip ni. Bila awek korang tu marah, korang buat bodoh, bila awek korang tu merajuk, korang tetap buat bodoh. Kompem awek korang tu fed up dan terus ok sebab takder sapa nak layan kerenah dier. Heheh!

MERAJUK BALIK
Tip ni paling berkesan dalam memujuk awek yang suka merajuk. Nak tau sebab apa? Sebab bila korang pulak merajuk dah tentu ler dier pulak kena pujuk korang.. Tapi kalo dier pulak pakai tip buat bodoh kat atas
ni, haku tak bertanggungjawab

Friday, May 1, 2009

WAYS TO TURN DOWN UNWANTED MEN!!!

HE : Can I buy you a drink?
SHE : Actually I'd rather have the money.

HE : I'm a photographer. I've been looking for a face like yours.
SHE : I'm a plastic surgeon. I've been looking for a face like yours.

HE : Hi. Didn't we go on a date once? Or was it twice?
SHE : Must've been once. I never make the same mistake twice.

HE : How did you get to be so beautiful?
SHE : I must've been given your share.

HE : Will you go out with me this Saturday?
SHE : Sorry. I'm having a headache this weekend.

HE : Your face must turn a few heads.
SHE : And your face must turn a few stomachs.

HE : Go on ,don't be shy. Ask me out.
SHE : Okay, get out.

HE : I think I could make you very happy.
SHE : Why? Are you leaving?

HE : What would you say if I asked you to marry me?
SHE : Nothing. I can't talk and laugh at the same time.

HE : Can I have your name?
SHE : Why? Don't you already have one?

HE : Shall we go see a movie?
SHE : I've already seen it.

HE : Where have you been all my life?
SHE : Hiding from you.

HE : Haven't I seen you some place before?
SHE : Yes. That's why I don't go there anymore.

HE : Is this seat empty?
SHE : Yes, and this one will be if you sit down.

HE : So, what do you do for a living?
SHE : I'm a female impersonator.

HE : Hey baby, what's your sign?
SHE : Do not enter.

HE : Your body is like a temple.
SHE : Sorry, there are no services today.

HE : If I could see you naked, I'd die happy.
SHE : If I saw you naked, I'd probably die laughing.
Blog Widget by LinkWithin