Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Thursday, February 20, 2014

(Resipi) Salmon dengan sos oren


Salam.

antara banyak banyak ikan, Elia paling suka makan ikan Salmon. kalau ada ikan Salmon kat rumah memang selera je nak makan. cara paling mudah dan lazat tip top tahap jilat pinggan saya selalu panggang atas grill pan ataupun masak cara ni..... 



Bahan-bahan:

aluminium foil
2 keping ikan Salmon
1 sudu sos tiram
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan lada hitam
garam(secukup rasa)
lobak merah
sebiji oren sunkist

Cara masak :

1. sapukan sos tiram, serbuk lada hitam, oregano dan garam pada ikan.
2. perahkan oren sunkist tu pada ikan dan sapu rata. lepas tu korang biarkan ikan tu perap for few minutes.
3. potong lobak merah halus halus. 
4. masukkan ikan yang diperap tadi dalam aluminium foil dan masukkan carrot yang dh dipotong skali dalam tu.
5. tuangkan lebihan air perapan dalam aluminium foil supaya boleh dijadikan kuah.
6. bungkus aluminium foil tu dan masukkan dalam oven atau bakar atas kuali for about 20minutes.


and wallllaahhh... dah siap untuk dimakan. senang je kan? senang gila tahap budak darjah satu pon boleh buat....not to forget, its healthy too! so selamat mencuba dan menghirup kuah dia macam iklan mamee slurp!



1 comment:

Pn Sheila said...

wow... so yummy... :)

Blog Widget by LinkWithin