Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Thursday, February 13, 2014

Pakai losyen bilas dalam bilik mandi


Salam,

Korang perasan tak sekarang ni cuaca sangat panas dan terik? hari-hari pun panas kan kebelakangan ni. lagi-lagi kat KL ni. perghh.. tak tahan!

memang mulalah aku malas nak kuar time siang-siang ni. dengan bahangnya, terik, panas n sangat tak selesa. memang dehydrated je la. asyik dahaga. so kena kerap minum air.

dengan cuaca yang terik dan bahang ni, bukan badan kita je perluakan air atau kelembapan. tapi ada satu lagi yang sangat penting untuk kite jaga. which is our kulit ni. lagi-lagilah golongan hey ladies ni. dah memang kena la jaga kelembapan kulit. nanti akan cepat kering dan kedutan pon boleh cpt jadi.


ada sesetengah orang suka pakai losyen kulit. hari-hari lepas mandi, dah keringkan badan n pakai baju, dia mesti sapu losyen kat badan. 

Honestly Elia memang jenis orang yang SANGAT MALAS nak menyapu losyen kat badan ni. losyen ada. tapi memang jarang sangat nak sapu hari-hari. 

yelah. mane taknya. 1st. sebab Elia ni selalu rushing bila bersiap. kalau nak pakai losyen kan kena tunggu lama sampai losyen tu kering baru la leh selesa nak pakai baju.

satu lagi benda yang Elia kurang berkenan dengan pakai losyen ni sebab nanti ada rasa macam kesan berminyak kat badan. lagi2 kalau masa kua kat terik panas(dah la skrg ni memang tengah musim panas kt sini). bile losyen kt badan kita dah bercampur dengan peluh... haiissshh.. rimas.. melekit-lekit! me dont loikeyyy

lepas tu yang Elia tak berkenan nak sapu-sapu losyen ni. masa kita nak makan. iolls kan ala ala pompuan melayu terakhir, makan pakai tangan. so selalunya even dah basuh tangan sebelum makan pon ada rasa macam kite makan makanan tu dengan "perasa tambahan".. sebab tu la Elia ni selalu malas sangat nak pakai losyen hari-hari. 

kadang-kadang tu in just simply TERLUPA nak sapu losyen sebab cepat sangat bersiap ;p

Malas dan cerewet punya pasal, hadap lah kau kulit macam kulit kayu. tak sehalus mulus macam orang lain 





TAPI, baru-baru ni Elia happy dan sangat teruja sebab SEMUA masalah yang Elia dapat bila pakai losyen ni hilang!

dengan cara PAKAI LOSYEN MASA MANDI.

haaaa... bunyi macam pelik je lak?

tapi tak pelik mana. walau benda ni baru and 1st time ada benda macam ni, memang Elia yakin benda ni akan jadi hot stuff n ramai akan cari. 

bukan just any kind of lotion, but its the NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner. its the FIRST of its kind. bunyi macam pelik je kan. tapi sangat best dan debabooom

conditioner ni ada 2 jenis. Firstly, NIVEA In-shower Intensive Skin Conditioner diperbuat khas untuk kulit kering. Formula conditioner ni mengandungi khasiat almond oil yg membolehkan kulit rasa lebih lembut dan licin. Bestnyeeeee!

Yg satu lagi tu, NIVEA In-Shower Skin Conditioner diperbuat khas untuk kulit biasa. Formula ni mengandungi sea minerals yg membantu melembapkan kulit ;)



bukan susah pon nak pakai. nama pon SKIN CONDITIONER. Cara pemakaian pon macam ala-ala kite shampoo n pakai conditioner rambut kita tuuu..

1. mandi dan sabun pakai shower cream atau sabun buku anda macam biasa dan bilas.

2. sapukan losyen NIVEA In-Shower Skin Conditioner ni kat seluruh badan masa badan masih lembab-lembab gitu.

3. bilas badan lagi sekali (tak perlu tunggu lama pon. lepas sapu tu dah leh bilas macam biasa)

4. Lap/keringkan badan dan pakai baju macam biasa ;)


senang je kan? Elia memang suka sangat pakai benda ni sebab one thing kita bole sapu ke seluruh badan. kalau losyen biasa, dah pakai baju baru nak sapu. confirm la ada kawasan yang tak kena sapuan tu kan.. ni haaa.. hambek kau sapu la ngan murah hati ke satu badan kau. no hal

dah tu memang jimat masa dan tenaga. zap zap zup dah siap. bole terus siap2 pakai baju.

 Elia dah la dah start berpraktikal. so memang agak rushing bersiap. pastu kat ofis satu hari kena aircond. habis kering kulit ku yang sediakala tak berapa mulus ni.

yang bestnya, even masa penggunaan pertama Elia personally dah nampak dan rasa perbezaam die.





tak caya tengok gambar tangan Elia sebelum pakai. keringnya makhaiii.. macam ular nak bersalin kulit!



lepas pakai losyen kulit NIVEA ni, terus hilang kesan-kesan kulit kering tu..



memang terbaek la losyen ni. now Elia dah tak malas atau lupa dah nak sapu losyen. sebab apa? sebab dah letak sekali denga shower cream. takkan boleh lupa pakai kann.. ada ke orang yang mandi leh lupa pakai shower cream? hehe.. so suksesss!!

bagi yang nak tengok dan nak tahu kepentingan melembabkan kulit, ada video on this yang bertajuk“Sexy In-Shower Experiment”



jom la layan video ni 





nak try losyen ni dan rasakan keberkesanan dia? dapatkan sample PERCUMA kat -- https://www.facebook.com/mynivea

1 comment:

Dinda Iva said...

Assalamualaikum...

masa mula2 iklan nivea in shower ni kluar TV memang teruja..(nampak sangat pengaruh iklan kuat tu) tapi sbb terpengaruh pon ialah the big M...samalah masalah kita tu...then gi farmasi sbb nak beli..tapi still belum ada..huhuhu...sampai kita tertanya2 iklan tu betui ka dak...hahaha

so pasni kita nak gi belilah...yeay...xsabar nak gebuskan kulit.. :) tq review..

Blog Widget by LinkWithin