Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Thursday, June 23, 2016

D-I-Y Piknik Deko untuk Si Tunang


Zaman sekarang ni dah jadi macam trend untuk buat surprise or organize an event for someone. It can be for birthday, bridal shower, baby shower, anniversary dan macam macam lagilah!

 Siap ada orang make a business out of it.

Tapi kan..

Kalau buat, plan dan organize sendiri lagi best dan sentimental tau!

D-I-Y style~!


And speaking of birthday and DIY, it bring us to today’s post.


Pasal a D.I.Y deco I made for someone….





Cite ni sometime around last year actually. Ha.. Nampak tak betapa latepost nya cite ni. But I think its still boleh dipakai lagi (hopefully!)


Ada satu masa ni my girlfren- Finh, ask me to plan and organize a birthday surprise event untuk tunang tersayang die (masa ni tunang. Now dah tittle Husband). 

Mulanya kitorang borak-borak je. Then si Finh ni bukak cerita yang birthday si tunang dah nak dekat and she asked me for advise n ideas (tak taulah kenapa slalu bab2 ni my girls suke refer to me. Sbb I kaki berangan kot ;p)

She wanted to make a surprise. And had ‘Picnic’ theme in mind. 
Cik Finh kite ni kaki insta so laju je dia check out party planner and survey price.
Perghhh.. boleh tahan gak harga dorang!

So saya cadangankan

Finh, dari bazir untuk hire orang buat surprise ni.. baiklah kita buat DIY je.. jimat kos. Bukan susah pun” (Me being overconfident)

Haa.. kalau macam tu Elia tolong Finh lah! Bole?

*gulp*
(Tulah.. overconfident sangat kau ni pun.. kan dah kena buat)

Hahahhaa..kidding.. takde la beban pun. Im happy to do it. Memang minat pun buat benda benda ni. Plus, she’s my good and super kind hearted friend. How could I say no to her? ;)

Time to become the bidan terjun. Again~!



So, I went and bought all the necessaries:


Kebanyakkan barang saya beli kat Mr. DIY je. Tema picnic ni blue and white. Blue sebab untuk lelaki- I guess?!




Pada awalnya nilah lakaran asal saya gambarkan untuk susunan dan idea piknik tu. Tunjuk kat Finh then she approved!



Untuk Goodies saya guna bekas cupcake dan tampal logo “Aideal turns 23”. Saya isikan dengan popcorn super sedap(that was a hits that day) dan cotton candy.



Folk and spoon plastic biasa tapi lilit dengan tisu dan cebisan kain polkadot yang saya beli untuk jadikan alas( jimat dan bijak kan? *bangga*)



Oh, just to spice things up..  I bought this mini party poopers then letak label. Simple je. Takyah nak fancy2 sangat




Masa hari event tu saya kerja halfday. So cik Finh dah datang tidur rumah sehari sebelum event untuk tolong siapkan apa yang patut dan siang tu dia sediakan semua makanan for the picnic.


Sentuhan kasih sayang la sikit bila masak sendiri untuk orang tercinta. Huhu..



At the same time saya sempat buat my signature dish – Sherperd’s Pie Cheese Leleh untuk diorang.


So lepas dah siap semua preparation, kami pun berangkat ke lokasi.

Taman Tasik Perdana.

Sampai je kat lokasi, Finh lari gi jemput si tunang lak.

While dia gi tu me and my friends tolong setup the place.




Ni lah setup asal yang kami dah buat..




Tapi..

Kita hanya mampu merancang…

“Ku sangka panas hingga ke petang….”

Korang pandai pandai lah sambung!


Dah halfway setup, sekali langit gelap dan angin kemain kuat.
Hujan turun dengan lebatnya..


Memang kelam kabut jap lah…
Terus kitorang beralih ke Plan B-

Angkut barang dan pindah ke bawah gazebo




Sususan baru our picnic surprise party.
And when I think again, this setup is so much better than the initial one.
Betul tak?


Tetamu yang dijemput- which are the birthday boy’s friends were asked to wear white shirt with blue jeans.


Bila semua dah sampai, I bagi que kat Finh untuk bawa birthday boy ke lokasi..


“SURPRISE!!!”


Terkelu terkedu jugaklah Mr Aideal kite ni.. hahah.. terkono beb!


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan meriah.. semua enjoy…

Paling penting, tak perlu nak berhabis banyak untuk make something special.


“It’s the thoughts that counts!”





So kepada korang kat luar sana, boleh la cedok idea ni untuk idea deko yang bajet dan jimat.

selamat mencuba ;)


2 comments:

ayunie ramli said...

Wow. Kak ya memang dari dlu ade idea yg kreatiff 😊 sukoo

Melissa Muklis said...

nice laa tema tu :D
seriously kalau DIY memang jimat! hehe

Blog Widget by LinkWithin