Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Tuesday, August 8, 2017

Kisah Hantaran Pertunangan





Assalamualaikum,

Selamat pagi semua.

Harini rasa bersemangat sebab baru dapat gambar dari my photographer friend.

gambar-gambar sepanjang majlis pertunangan saya dengan pasangan bulan lepas.


Antara tarikan menarik setiap majlis pertunangan adalah pada gubahan hantaran.

kali ni Elia nak share cerita disebalik setiap dulang hantaran 


Enjoy~!!







kalau majlis meminang dan bertunang mengikut adat mestilah disertakan dengan tepak sireh kan. tepak sirih kami yang turun temurun pass on from nenek moyang.. nothing extra ordinary. ;)



masa majlis tu pihak lelaki bagi 5 dulang jadi kami balas dengan 7 dulang.






1. Baju Melayu
- bersempena kami tunang dalam bulan Syawal, kami decide untuk bagi baju melayu kat pihak lelaki. ala-ala baju raya la. paling tak pun dia boleh pakai kat office





2. Kuih Raya

alang alang raya kan. kita selit je kuih raya 2 bekas. Kuih raya saya tempah from my friend, Intan - MK Royal Cookies





3. Kek

Kek comel dan super sedap ni Elia tempah kat Pistachio je, takde lah mahal sangat tapi sedap. tak pastilah rasa dia macam mana sebab family tunang yang makan. tapi dengar cerita licin lah jugak!






4. Kinder Bueno

disebabkan Elia suka Kinder Bueno, siap bagi sedulang hantaran. dalam ni ada 2 jenis Kinder Bueno. tapi Elia personally sangat suka gubahan hantaran ni. Mak Elia yang buat. dia memang creative. hasil tangan dia memang puas hati.



5. Tuala

Gubahan tuala ni pon among my favourite. Firstly sebab dapat sentuhan gubahan dari Mak Elia sendiri. second sebab ada maksud tersirat disebalik gubahan tuala ni. kalau korang perasan gubahan tuala ni bentuk laptop kan? sangat sinonim since im a blogger and my fiance work as IT Developer. so dua-dua pun kerja mengadap laptop. hee. so thoughtful kan?





6. Buahan

Tak sah kalau hantaran tak ada buah-buahan kan?
gubahan dulang buah-buahan ni mendapat sentuhan dari kakak Elia sendiri iaitu Erin. on the day itself dia gubah ikut kreativiti dia. Nice je kan?






7. Box of Chocolate

hehehe.. banyak lak coklat kan? takpe. dah kata darah manis.. ;p




Dari pihak lelaki pula :


1. Kek




2. Buah


3. Tuala



4. Baju kurung 



5. Coklat







semua hantaran belah lelaki digubah malam sebelum majlis. nasiblah bakal kakak kakak ipar saya ni memang dah biasa buat gubahan, last minute pon hasilnya tak mengecewakan ;)




extra : bekas cincin yang digubah dengan cantek sekali


Overall memang Elia dan pasangan sangat berpuas hati dengan gubahan dan hasil akhir hantaran kami.. 


Tapi....


disebalik semua kelancaran majlis, ada juga perkara kecil yang membuatkan kitorang geleng kepala. 

taktaulah nak nanges ke nak gelak ke nak marah...

bila manaa....




kek yang encik tunang tempah dekat secret recipe area rumah dia tu..

tak tahu lah nak cakap macam mana, tangan tak bedung masa kecik ke.. nervous ke..

memang terburai kami gelak bila tengok hasil tulisan hamba Allah ni.

haishh... nasiblah kami tak amik pusing sangat. walau agak geli hatilah dengan rupanya.. patutlah tutup bekas kek atas dulang.. hahahaha XD



3 comments:

PERMATABIRU said...

HIHI KEK YG LAST LAWAK ..tp okay je sekadar tulisan kan..selamat bertunang

Azcona Nur Azleah LMF said...

Tak kisah la tulisan tu. Janji ada + selamat masuk perut keknya. Hihihi...

Chekgu Azrine said...

TAHNIAH ELIA

Blog Widget by LinkWithin