Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, November 28, 2012

Majlis bertema Baby Pink dan Baby Blue








Assalamualaikum...

walaupun kebelakangan ni jadual sibuk dengan tests, quizzes dan presentations, saya tetap cuba sedaya upaya untuk attend this family event yang berlangsung  Sabtu lepas. kalau ikotkan memang tak dapat balik sebab kena siapkan keje tapi digagahkan juga travel Sabtu tu dari Melaka ke Seremban..

Malam jumaat tu ada kelas. habis pukul 10.30 malam dan pagi Sabtu tu pulak ada urusan nak selesaikan kat Melaka, jadi dalam pukul 10pagi baru dapat bertolak ke destinasi dituju..

sampai-sampai je tengok-tengok orang dah ramai. khemah dah hampir penuh.saudara-mara ada yang dah sampai dari sehari sebelum. sorry sangat tak dapat nak balik awal tolong buat persiapan apa yang patut..

dah la majlis kat umah sendiri.. tapi empunya diri sebuk. nasib dapat dan sempat jugak balik.



Haaa.. mesti korang tertanya-tanya majlis apa lah yang meriah sangat ni kan? sebenarnya sabtu lepas kami sekeluarga ada buat majlis aqiqah, kesyukuran dan sambutan hari lahir pertama my princess, Marissa Amani. sambil tu juga sekali dengan house warming kami. for more than 3 years tunggu rumah idaman kami siap sedia untuk diduduki.. Alhamdulillah akhirnya dah pon siap. tapi kami belum pindah sepenuhnya sebab kami masih lagi base kat KL. rumah ni mungkin jadi rumah persinggahan kami sementara. lagipon dah lebih dekat dari Melaka. agak2 cuti tu malas nak balik KL boleh jumpa family dekat sana je. huhu

dah la membebel.. lets have a look at some of the pictures taken during that day..


Candy + Photo Booth








Kambing golek





Acara potong kek 1st birthday Marissa a.k.a Chica



tak sempat nak halang, sekali dia grab kek tu.. semua orang gelak je...


My two handsome brothers(mata keatas) melayan kerenah Chica



Petang sikit rumah kami semakin berasap dengan barbeque.. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.
sorry saya tak dapat nak tulis blog kerap sebab busy sgt. nasib minggu depan dah start nak konvo. dapat la lari sekejap dr all this hectic schedules. tapi lepas abes konvo tu startlah busy balik. berlambat assignments datelines and tests awaits.. wish me luck!

p/s: oh ya.. kepada sesiapa yang akan konvo dlm masa terdekat ni saya ucapkan congrats!!




Monday, November 19, 2012

Mata bengkak

Assalamualaikum..

lama kan blog ni senyap sunyi tak berpenghuni? 

minta ampun minta maap sangat sangat sebab empunya belog ni sangatlah sibuknya dua tiga minggu ni. dengan kuiz nya dengan test nya.. dengan presentation dan dengan assignmentsnya... haissshh.. bertimbun dan bertubi2.. tak menyempat nak berbelog la jawabnyee

ni baru awal awal degree.. kalau dah dekat hujung nanti tak tahu la camne kan.. matik la kauu!

kebelakangan ni memang sibuk. sebok tak hengat.. dah berapa minggu dah tak balik. haritu setiap minggu balik sampai Abah tegur "awak ni rajin betul balik tiap-tiap minggu"..haa.. abah ni orang balik selalu pon biseng kang tak balik rainduuu ;p

lepas tu bila dah sampai musim busy bebenoor camni memang tak dapek la nak balik kan.. weekend pon tak terasa macam weekend pon. haa tulahh nak sangat sambung belajar kannn.. padan muka..

tidur pon dah tak macam orang.. macam drakula pon ada.. malam berjaga study siang mengangkang bantai tidur.. tapi kalau weekdays jangan haraplah nak dpt tidur cukup. kadang2 tu sehari mau tidor 2-3 jam je.. haaa.. mana tak mata panda makin menjadi jadi??


::nampak tak gelap bawah mata tu?::

jenuh sebelum gi kelas tepek concealer nak tutup dark circle kekdahnya tapi takdelah cover sangat. lantaklah.. tapi paling teruk haritu punya teruk study sampai kena migraine yang teruk sampai terbaring kat bilik tak dapat bangun.. terpaksa postponed test listening Mandarin.. so far tinggal lagi 2 test yang tak amik lagi... lepas minggu ni minggu depan nak konvo pulak.. yeayyy!!!

wahh.. bukan main panjang aku buat sesi luahan perasaan ni.. nak minta dikasihani letteww =_="


Thursday, November 1, 2012

Bakal keudara (on-air) di Radio 24 Malam ini!


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

 haa.. satu Malaysia gituu..hewahh hewah kemain deknon membodek pepagi Khamis yang mulia ni...


Walau dalam kesibukkan dan kejarangan mengahdate belog akak ni, tak sangka ada pihak yang sudi lagi jemput saya.. eh tadi akak sekarang saya pulakkss.. pening ke ape aku ni.. haisshh

papepun saya rasa sangat berbesar hati bila dijemput untuk menjadi tetamu jemputan bagi sebuah stesen radio tempatan. iaitu....


jeng jeng jeng...



Radio 24 BERNAMA!!!! BERNAMA pada jam 915pm di siaran 93.9FM di Klang Valley dan 107.5FM di Johor&Singapura

berbesar hatilah sebab ada jugak orang sudi jemput blogger picisan ni untuk ditemuramah live on-air di dalam konti selama lebih kurang sejam slot The Lounge @ 8Twelve Live mereka. 

kalau diikotkan ini merupakan kali kedua saya menjadi tetamu jemputan di stesen radio. pengalaman pertama adalah masa di stesen radio Kelantan.fm. Memanglah nak kata nervous tu sepatutnya berkurang sebab dah ada pengalaman sebelum ni. tapi kalini lain sikit pengalamannya sebab bakal ditemuramah di satu slot radio berbahasa inggeris... uuuuhhh.. i speaking london la u uollss.. hahaha..tak koseww makk.. harap takde la ohmyenglish byk sangat ye malam ni...amin.. nerbes.. nerbes ni..


kepada anda yang teringin sangat nak dengan suara "chipmunk" si jejariruncing ni. silalah dengar slot malam ni di frekuensi 93.9fm tepat pada pukul 9.15 malam atau pada yang depan komputer tu dan nak dengar melalui live streaming, boleh ke laman web ni - ->http://www.radio24.com.my/


::klik dekat "dengar secara langsung" macam kat dalam bulatan kuning tu::


Kalau korang dah dengar tu dan ingin ajukan soalan atau ingin berbual sendiri dengan saya kat radio ni boleh call no talian yang tertera kat bulatan merah tu..heee.. kalau sudi lah *tutup muka*

jangan lupa tau temu janji kita malam ni.. *kenyit mata*


Blog Widget by LinkWithin