Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Friday, May 8, 2015

Product Review: Korean product - CNP Anti Pore Black Head Clear Kit



Lama dah Elia tak buat product review kan?

Macam sesetengah dari korang juga mesti minat try produk produk kecantikan ni kan.. lagi lagi untuk muka.. kalau korang spesies macam saya, korang akan suka masuk farmasi dan belek setiap produk, and baca descriptionnya. agak menarik je, grab and try in yourself. 

Elia ni kalau masuk Watson, memang boleh sampai berjam dok dalam tu. kalau orang lain dok berjam jam dalam library baca buku, saya dok meneliti produk2 yang kat dalam tu.

I dont stick to just one type or brand for facial care. suke try n explore benda baru. but i do have a strong feelings for Korean products. Maybe sebab tengok artis artis korea suke kulit flawless gile agaknye.

Produk yang saya nak review ni pon datang dari Korea ;)

Nama produk ni "CNP Anti Pore Black Head Clear Kit"

dari nama pon kite leh tau ia untuk clearkan black/white head. memang dah banyak and bermacam macam produk utk blackhead kat pasaran. tapi yang kebanyakkan product blackhead removal ni jenis yang kasar pada kulit. ada yang buat kulit kita macam di siat-siat pon ade! manataknya, kena tepek basah2 then biarkan kering, pastu tanggalkan sambil ditarik ngan kuat. mak aihh.. terasa sakitnye!

dah sakit tu satu, memanglah boleh tarik black/white heads, tapi lps tu liang kita yang terbuka luas ala ala rumah terbuka Aidilfitri kebangsaan tu boleh menyebabkan more kotoran masuk dan sumbatkan liang and later on jadi jerawat/black or white heads. macam back to square one la jugak kan?!

yang lainnya dengan CNP Anti Pore Black Head Clear Kit ni, boleh bantu keluarkan semua black/white head problems disamping boleh ketat dan rapatkan balik ruang n liang roma yang dah terbuka tu.





Ni lah rupa produknya. ada 3 items dalam dia. ada Step 1, Step 2 and black cotton bud

 

Step-by-step direction yang sangat clear pon ade kat belakang packaging CNP Laboratory ni..






Sebelum mula, basuh dan cuci muka korang n biarkan lembab2 skit kulit korang tu. takyah lap beriya sngat lepas basuh tu. (ignore the panda eyebag)



STEP 1: Koyakkan uncang STEP 1 yang berwarna putih dan tepekkan ke hidung korang yang mancung bak seludang tu ;P



 
lebih kurang camnilah rupanya nanti. cantek kan? *muntah hijau*
 

 lepas 10 minit, kurang boleh tanggalkan mask tu dengan senang dan la la la la la sebab tak sakit langsung! dia tak mengeras dan smooth je rasa lapas tu.


'
ambik cotton bud hitam yang disediakan pastu korang ratakan kat bahagian hidung tu. nanti korang boleh nampak kesan kesan black/white heads yang dah menyerah diri kat cotton bud tu



agak teruja jugak bila tengok hasil tanggapan tu, tapi rasa geli pon ade.heeee

 
lepas tu, koyakkan paket STEP 2 yang warna hijau tu dan ulang step 1, tepek mask tu kat hidung



dua- dua mask ni sikit pon tak mengeras. senang je nak tanggal. rasa pakai dua-dua pon sama je. xde rasa panas or sejuk or gatal or papelah.. tapi hasilnya- tiptop!




Lepas dah setel kedua dua step, tak yah basuh muka. just dap dap kan lebihan cecair dari mask tu kat muke. korang akan rasa dan nampak perbezaanya

Senang je kan? kat mana nak dapatkan produk CNP Laboratory ni? kat Watson pon dah ade!







posted from Bloggeroid

1 comment:

Cik Nurul said...

ahahha..comel !
teruja bkn sbb produkk..sbb testimoni..hihihi..

http://cikbutter.blogspot.com/

Blog Widget by LinkWithin