Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, January 25, 2012

Ayat Samy Vellu yang paling value

AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Jom kt share kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"
Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.

SUMBER DARI: Facebook


Thursday, January 19, 2012

Senarai Peserta Segmen Jom Jenjalan Bersama Jejariruncing


Fuhhh... baru selesai baca dan reply satu-satu blog dan soalan yang diajukan.. tulah nak buat sangat segmen.. ok. buat sesiapa yang tak tidur lagi, boleh lah blog walking dan singgah ke mana-mana blog yang tersenarai dibawah. semua telah dijawab soalan mereka.



Korang juga bole baca apa jawapan mereka kepada soalan

"Kenapa blog anda best dan patut dilawati"

mana tahu ada yang berkenan di hati boleh follow ;)






























dalam 26 ni banyak pulak yang memikat hatiku.. rambang mata tak boleh nak decide blog mana yang terpilih top 3 lagi. nak kena go through satu satu blog balik. sambil-sambil tu korang pon tolong la skali. suggestkan blog no berapa yang anda rasa sangat best dan layak menang?



Segmen Blogwalking bersama Jejariruncing


Dah lama Elia tak buat segmen kan?

Segmen "Jenjalan bersama Jejariruncing"

bukan jalan-jalan melancong atau melencong.. nak berjalan-jalan baca entry blog orang.. Kadang-kadang saya nak baca blog orang tapi tak tahu nak baca blog siapa.

dengan adanya segmen ni, kalau ada yang best-best tu boleh follow.. kalau rajin boleh komen..

tapi macam tak best pulak nak jenjalan sengsorang ni.. jenjalan reramai baru la bestkan? wah bukan main banyak kata ganda kau ye elia! huhu..

so tetiba rasa nak buat segmen yang dah lama tak buat.. kalau rasa nak join, join la..

taknak pon takpe.. tiada sebarang paksaan..

sekarang ni jam menunjukkan pukul 9.30pm..

So.. saya nak bagi masa 2 JAM kepada anda semua untuk :





1. Tekan butang "Like" dan "Share" di entry ni.

2. Copy HEADER my blog(seperti diatas)dan buat satu entry bertajuk "Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing"


3. Dalam entry tu ceritakan kepada saya kenapa blog anda best dan patut dilawati. kira macam marketkan blog koranglah. selain tu korang juga boleh tanya saya maximum 3 soalan jika ada. soalan anda akan saya jawab di ruangan komen di entry tersebut dan di hujung entry tu kalau nak, ajak la kawan-kawan yang lain join game jenjalan ni.. the more the merrier ;)

4. Letakkan sekali pic anda yang paling cute/hot/gojes/ensem/macho kat entri tu.. nanti senang saya promote dengan gambar market anda skali. hheee


5. Selepas selesai publish entry tu, sila copy link entri anda tu dan pastekan ke ruangan komen saya(dalam entri ini).


Setiap game mesti ada hadiahnye kan?? apakah hadiah menanti korang semua?


- Saya akan listkan nama blog beserta link anda di entry saya yang seterusnya.
- Kita semua dapat ramaikan kawan dan ini membuka ruang untuk naikkan trafik blog anda.
- kepada the top 3 bloggers yang entrinya berjaya menarik hati saya, blognya akan saya review dan dia akan dapat FREE 24hours sticky post untuk promote blog dia kt my blog.


Haaa.. suke tak? suke tak??

sorry la kalau hadiah xbest. untuk permulaan dan percubaan je dulu. kalau dapat sambutan boleh buat lagi best n gempak!

Cepat.. cepat... sejam sahaja masa yang diperuntukkan untuk anda ;)

Ting Tang Ting Tang Alexander!


Salam semua..

harini berjaya juga update entri kat blog kesayangan hamba ni..


tapi cerita agak basi la.. gambar dari tahun lepas.. hehe. jangan marah ek..

tak perasan entry ni dah berkulat kat dalam draft. nak buang sayang plak. jadi hapdate je la yekk..?

Memandangkan Festival Kolej(FESKO) dah makin hampir, eloklah kita recall balik sumbangan saya pada FESKO tahun lepas.. ececehhh.. sumbangan lah sangatkan.. padahal semata-mata nak kumpul kupon je ;p

Demi untuk menambahkan koleksi kupon FESKO, me and my friend telah meng-volunteer-kan diri untuk jadi wakil Kolej(asrama) Dato Onn dalam pertandingan memasak inter-college.. hehehe *malu*.. we were up againts teams from THO, TDM, TR, TAR dan NR.




:: Ahli kumpulan "Demi Kupon" kami- Bella, Fatin, me and Suzy ::



ni khemah cook-off dijalankan.. orang lain tak datang lagi kitorang semangat lebih plak





All the basic ingredients..



Kawan-kawan (the GG Girls) bagi sokongan moral dari booth jualan mereka ;)



ceceeehh.. rajin akak kite niii


Orang dah start ramai. our group tengah dengar kata-kata semangat dari Ydp. JPK DO.




Sebelum pertandingan tu kitorang tak tahu pon kena masak apa. datang-datang tu baru tahu senarai bahan-bahannya. so kena guna kreativiti masing masing la nak masak apa..



bila diberi list of ingredients, kitorang pun berbincang nak masak apa dan tugas masing-masing..




3...2...1... Mula!!



chopp... chopp.. chopp..


duppp...dappp..dupp..dappp



ketakkk...ketakkkk...




shreekkkk...sreeekkk...choppp...cooppp..

*over lak ber-side-effect bagaii*



Tadddaaa.. our first dish - Ayam Goreng Halia



Kena deco-deco bersama Elia dulu nii...







Second Dish ; Sayur campur..




Colourful bukann??? ;p


Bergambar dulu before kena judged oleh para fellow(warden) Kolej ;)




The moment of truth ; sesi penilaian, penerangan and pe..pe.. penentuan!


Hahaaa.. as u guess, team kitorang tak menang pon. sebab the judges kata our dishes a bit pedas.. alamak, kitorang lupa plak yang judges tu semua orang Kelantan. so they prefer those dishes to be sweet and less spicy.. hehe.. tapi kira ok lah. janji dapat kupon kan? kolej pon dapat sem ni. so tak sia-sialah usaha kitorang. dapatlah duk kolej 6 sem berturut-turut. tak payah nak risau sal benda lain dah..

Bagi yang mana tertanya-tanya apa kaitan tajuk entri ni dengan gambar-gambar diatas, boleh rujuk video di bawah ni ;)





* Bila tengok gambar-gambar di atas ni terasa gemok sangat time ni.. sekarang pon tak la kurus sangat.. tengah nak kurus lagi sebenarnya.. hehe.. tapi tak tahu nak pakai product apa yang terbaik.. cuba korang bagi cadangan.. kalau ada yang nak sponsor pon bagus juga.. sambil-sambil tu boleh kongsi testimonial.. hehe.. berangan la pulak kan??!!;p


Monday, January 16, 2012

Mainan baru Hana



salam semua!

selamat hari isnin semua!! disebabkan harini hari isnin, saya post entry gambar gambar my baby sis, hana!

mari hilangkan monday blues anda dengan bermain bersama hana


yesss.. hana sangat suka main dalam paper beg. mentang2lah dia ni kecik. suka2 je masuk dlm paper bag then insist anyone kat rumah tu untuk tarik2!!


lepas dah gelak suka.. then come the magic word.. "nak lagi!! nak lagi!!"


hahaha..masak kau!

bukan tak ada mainan lain. hana's toys penuh satu rumah. siap ada bilik khas for her toys but xtau la nape dia suka sgt main dlm this paper bag.


another thing she love is body painting..

pantang nampak org pakai inai ke, pegang marker or biarkan pen bersepah2 memang dia kauklah


mood dia baik dia minta kita lukiskan


kalau mood dia tak berapa nak baik.. habis lantai, dinding, kerusi semua dia conteng..

lepas tu bila tanya

"sapa buat ni?!!"

dengan nada ringan kanak kanak ribena dia jawab


"hana!!"

eeeiii.. nasib la kau comel..


Thursday, January 12, 2012

20 cara halau/tangani roomate bermasalah


Salam uolls :)

hah ? ade masalah dengan roommate atau housemate?
ataupun kureng berkenan dengan roommate atau housemate?
takpe takpe . jangan risau !
ANDA boleh ikuti tips yang Elia dapat ni k? :D

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 orang bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


so ? amacam ? HAHAHA . LOL
ada yang berani nak buat macam ni ?
silap-silap kalau ikut step ni kite yg boley jadi gile!
tak ingat kat mana saya dapat tips ni tapi masa saya baca sama-sama ngan Bella(my permanent roomate) memang kitorang pecah perut la gelak. setiap kali roomate baru(junior) masuk bilik, kitorang akan saling berpandangan dengan muka penuh kejahilan*gelak jahat*. tapi lepas tu kitorang lupakan je hajat tu. gileee ape nak buat? ;p
tapi kalau korang nak mencuba apa salahnye ? kan ? kan ?


*muka jahat*

So selamat mencuba :D


Tuesday, January 10, 2012

Pagi yang sibuk

pagi ni me n my team kena buat a group project for our subject which is selling. for 3 days only. today untill thursday


we are selling girl's accessories!

so kepada student uitm machang, come on by our booth at block d


Thursday, January 5, 2012

Bakal keudara(on-air) di radio Kelantan.fm malam ini

Malam ni Elia bakal ke udara di radio KelantanFm di frequency 102.9 & 97.3 di Kelantan. Boleh juga di dengar di laman web rasmi mereka -www.kelantanfm.gov.my

Elia mungkin akan berada di konti bermula jam 9.40 hingga 11mlm. Terima kasih diucapkan kepada pihak radio KelantanFm kerana sudi menjemput saya sebagai tetamu jemputan.

Alamak.. Nervous gila ni nak cakap ape tah nanti. Mesti suara saya kelakar nanti kat radio. kena praktis suara dewasa sikit la.. Ehem ehem.. Do re mi fa so la ti doooo... Zzzzzz.. ;p

Tuesday, January 3, 2012

Betul ke ni Rozita Che Wan?


"

haritu saya pergi ke sebuah kedai buku and my sis tengah belek this section yg pamer majalah lama. then tetibe dia panggil saya.

"ya, awk kenal tak ni sape?"

hah?? org tua mana lah yg dia tunjuk kat aku ni..

"tak.. sape?"

"rozita.."

"what?? woww.. lainnya.. tak macam dia


lain kan? padahal ni pic lama kot. now nampak lagi muda remaja gitu.



like in this pic. gorgeous je. ok ok saya cuba berfikiran positif. mungkin gambar tu zaman makeup tak cantik dan belum wujub bulu mata pelesu lg kot. kontek lense biru pon xde lagi ;p

http://jejariruncing.blogspot.com/2010/09/gambar-rozita-che-wan-buat-lelaki.html

gambar ayu raudhah pon ada. dia tak banyak beze plak kan?

ntahlah.. mungkin semuanya sebab teknik solekan. positip positip ;p


Blog Widget by LinkWithin