Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, March 19, 2014

Resepi Sherperd's Pie Ayam Cendawan



Buat yang tanya pasal resipi sherperd's pie yang Elia buat haritu, di sini saya sertakan resipinya. Elia guna daging ayam sebab Elia tak makan daging lembu tau. so.. daging tu optional la untuk uolls ;)


Bahan A untuk Inti

500g ayam kisar
1 abu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 cawan mix vege
10 biji cendawan butang
5 biji tomato
1 pokok daun parsli
1 sudu makan tepung jagung(dibancuh dgn secawan air)
1 kiub stok ayam
minyak masak*
serbuk lada hitam*
garam*
serbuk mushroom soup(optional)*

*secukup rasa

Bahan B (untuk pai)

1kg kentang(dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rsa





Cara buat inti pai:

   

1. panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau(wangi)


 
2. masukkan daging/ayam kisar dan cendawan butang. kacau sampai daging tu masak

 
3. masukkan tomato dengan semua bahan2 yang lain kecuali bancuhan tepung jagung dengan kiub ayam/ serbuk mushroom soup


 
4. bila mendidih barulah masukkan bancuhan tepung jagung tu. pastu kacau sampai dia masak


5. padamkan api, angkat letak dalam pinggan. ketepikan dlu untuk buat pai dia plak





 
Cara buat pai :

1. rebus kentang dalam air yang dh dimasukkan garam. rebus sampai air rebusan tu kering.




2. masukkan susu segar dan mash-kan atau lecek kentang tu. masukkan skali butter(mentega) dengan lada sulah

  

 

3. bila dah lenyek, masukkan dalam bekas mangkuk aluminium. ratakan pakai sudu


 
4. masukkan inti yang kita dah masak awal tadi pastu on top tu tutupkan dengan kentang tu balik


Untuk kasi sedap sikit, Elia taburkan Mozarella Cheese on top of the pie.



 
5. bakar dalam a pre-heat oven pada suhu 200'C for about 30 minit.


 

Dah siap!!!

 

Selamat Mencuba!







4 comments:

Ezna said...

sedapnya...buat akak lapar...

Unknown said...

Nyumnyum...

Amal Salleh said...

wawawawawa mcm sedap~

Mommy Suci said...

Jom visit & follow blog saya di http://mommysuci.blogspot.com

Blog Widget by LinkWithin