Thanks For Viewing My Blog =)

Friday, January 25, 2013

Naan cheese dan Hi-tea terbaik



Bukan senang nak dapat kawan yang suka explore tempat-tempat makan yang best dan sedap. kebetulan saya jumpa kawan yang sekepala, Az yang macam saya suka explore tempat dan benda baru..

haritu masa kami sama-sama pulang ke KL dari Melaka, Az sebut something about cheese. terus teringat satu tempat ni yang saya pernah pergi satu ketika dulu yang menghidangkan Naan Cheese teeeerrbaikk.. so far xde lagi yang boleh tanding..

since Az xpernah lagi try, saya pon berkobar-kobar nak bagi dia rasa...

kami pun pergi ke restoran berhampiran Maju Junction ni... 

nak tau sedap ke tak dan ape kelainan Naan ni jom tengok gambar.. kasi leleh sikit air liur tuu..





Cheese dia memang melimpah ruah.. sedap pulak tu. macam makan pizza pon ada! masa Az mula-mula makan terbeliak jugak biji mata dia. punya sedappp katanyeee..




benda kuning dlm bekas tu cheese mozarella yang dah standby untuk dimasukkan ke dalam naan..




tengoklah sendiri kekenyalan dan kesedapannyeee..





selain naan, ada baru-baru ni saya ada pergi satu event Hi-tea anjuran HiShop.


 Jumaat lepas, 18 Januari di Rooftop, Binjai 8, Kuala Lumpur City Center telah berlangsungnya Hishop's Launch Party. Hishop ni merupakan one stop beauty shop online dimana anda boleh dapatkn pelbagai jenis product kecantikan yang ternama dengan harga yang berpatutan.dengan slogan "HiShop.my makes beauty accessible for ALL MALAYSIANS" Hishop offers convenience, realibility and product guarantee.



event tu memang menarik plus kitorang pakai colourful pulak gi event tu. laaagii lah bertambah meriah. sambil dapat main makeup-make-over. sebab kat event ni siap ada booth atau 


ada booth dari produk makeup FCC dan Arty.


Arty Professional Make-up akan lauching kat Hishop pada 31 Januari 2013 ni. tunggu tau! tak lupa juga dari Mircoz. sape yang tak makeup tu boleh dtg dapatkan quick makeover ;)


ada juga sesi makeup show dan live performance. Emcee untuk event tu bukan calang-calang, Linora Low (Red.fm annoucer)


the best part adalah ofcuzzz the goodies yang banyakkkk dan best2.. goodies dalam tu worth of RM200 setiap seorang tau.. tengoklah!


memang teruja sangat macam budak buka hadiah besday. tapi yang ni goodies dari beberapa pihak yang terlibat dalam Hishop ni. suka sangat product dari Touch In Sol especially Toc Toc Toning Capsule Base, Feel Like Honey Moon Skin Base and Pure Dew Water Drop BB Cream.
  haa.. nanti ada masa kita buat review produk-produk yang saya dapat ni k? tungguuu...





disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri, time event camnilah dapat jumpa para rakan blogger dan catch up. sebab tu saya suka pergi event. dah start cuti sem ni insyallah akan lebih kerap ke event-event lepas ni ;)

btw, jangan lupa singgah website http://www.hishop.my/ ni tau! mereka ada discount 20% off sempena launching produk mereka ni. cepat.. lambat tak dapett . sampai 31 Januari ni je;p


*DISCLAIMER: This is a sponsored post

Wednesday, January 23, 2013

Featured dan review di Majalah Remaja

Dah lama tak update sebab tengah musim exam haritu. Takde masa sangat nak online. 

Semalam baru habis semua baru lega. tenang sikit nak update...

banyak yang dah berlaku.. nanti kite update satu-satu ye..

sebelum tu nak tunjuk baru-baru ni tanpa disedari blog saya di-review di Majalah Remaja. dapat tahu pun dari instagram ada budak comel ni bagi tau siap tag gambar lagi. baru la percaya dan tergagau-gagau cari senaskah. almaklumlah.. dulu ye larajin beli mag Remaja. sekarang dah tak berapa nak remaja. malu nak beli kang orang kate perasan ;p



saya dapat ranking 4 over 5. Alhamdulillah.. oklah tu. tq Remaja sebab rank my blog dan buat review. terkedu jap saya.. *lari-lari anak masuk bilik diving atas katil* maluuuu...



Friday, January 4, 2013

Tunaikan Nazar @ Azam 2012


Harini merupakan hari lahir Mak.

tapi sayangnya saya tak dapat pulang meraikan dengan dia tahun ni cuz ada final paper semalam dan esok, lusa. 

walaupun begitu, birthday Mak tahun ni saya janjikan kelainan sebab saya dah plan something big for her.

last year. ececeh bunyi mcam lama je kan padahal beberapa hari lepas je iaitu pada tanggal 30 Disember saya ajak Mak datang Melaka bawa adik and kakak. Dengan alasan nak jumpa si adik bujang saya yang bakal tinggal di asrama buka sekolah ni. so setelah berjaya dipujuk Mak decide untuk datang Melaka.




sampai je mereka kat Melaka, saya bagitahu Mak ajak teman gi kedai emas untuk repair gelang saya yang dah putus. tanpa mengesyaki apa-apa mak pon setuju. yes. semua berjalan lancar.

Kat Melaka ni time cuti-cuti ni biasalah jem teruk dan Mak dan yang lain macam dah malas nak ikot tapi saya paksa jugak dengan memancing diorang kata lepas teman saya akan belanja mereka semua makan besar for dinner. diorang pon just ikot saya masuk kedai emas kat Mahkota Parade tu..

masuk-masuk saya terus serbu bahagian gelang tangan dan start pilih gelang. lepas tu saya amik gelang tu letak kat tangan mak dan tanya "OK tak gelang ni mak? mak suka tak design dia?" then she said, " hm.. ok la eya putih sesuai je pakai design camni."

adoii.. dia xdapat tangkap lagi hint saya..

"Mak pilih la design mana yang mak suka"

"yang tadi tu ok je. kan sesuai la dengan tangan ya"

adoii... blur la plak Mak ni.. takleh jadi ni..

"Mak pilih lah gelang untuk Mak"

then my mum pandang saya dengan muka penuh persoalan

untuk menghilangkan rasa janggal tu saya pon mulalah bergurau sambil menyatakan hasrat sebenar masuk ke kedai Tomei tu.

"Ni kira advance birthday present campur hari ibu campur valentine campur april fool campur wesak day school holiday campur semua-semualah!hehe. pilihlah ikot citarasa Mak"

mula-mula Mak macam berat je nak pilih but saya berjaya yakinkan untuk pilih je yang mana dia suka. macam-macam mak tanya, berapa baget la, nanti cukup ke duit nak belanja la, takpe ke lah.. mcm2 lah.. risau sangat agaknya. 




lama jugak masa yang diambil untuk sesi pemilihan. lagi-lagi bila dapat salesmen yang banyak songeh ni. orang pilih yang ni dia cakap xsesuai la xcukup besar lah, fashion lama lah itulah inilah..haisshh mentang2lah nak naikkan sale! sabor jela.. sampai tutup gate kedailah kitorang kat dalam tu. tak abes-abes lagi


ketika sesi nego harga. fuhh.. dah macam apelah kitorang masa ni. berkali-kali main kira-kira. dah macam jawab soalan permasalahan matematik dah. tapi in the end, sejenis charm bracelet telah berjaya dibeli dan dihadiahkan buat ibu tercinta. walaupun sedikit tersasar dari baget asal, takpelah. its worth it to spent once a while for your dearest love one hasil titik peluh dan kerja keras tanpa mengharapkan sesiapa. im proud of myself and of cause Thank you Allah


this is by far the most expensive gift I ever bought and given to anyone. not even for myself but this made me happy coz I've accomplished one of my long time mission to buy this present for my lovely Mother as her advance birthday present. although the fact that the value atau harganya tak setanding pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan for all these years. hope it can atleast make u happy. Happy Birthday Mak, may Allah Bless you and semoga panjang umur ♥


yang bestnya saya dapat calender 2013 yang baru. hehe. nanti next time ada rezeki lebih baru boleh beli untuk diri sendiri. upgrade yang dh sedia ada insyallah. Alhamdulillah sepanjang 2012 membawa banyak rezeki dan hikmah. semoga 2013 juga begitu dan mungkin lebih baik


nak baca entry Mak tentang surprise bday present? klik SINI ;)

Wednesday, January 2, 2013

Pensyarah Uitm KBM Terbaik


Assalamualaikum...
sorry tak dapat nak update panjang2 sebab masih lagi dalam musim final. lagi beberapa hari je lagi nak start first paper. 

rasa macam sekejap je dah nak habis dah sem tiga ni. pejam celik pejam celik dah hujung sem. dah nak exam. rasa cepat je masa tu berlalu. sepanjang sem pertama kat kampus Bandaraya Melaka ni memang tak disangka kami dapat lecturer semua yang best2 je. memang terbaiklah.

masa awal sem biasalah semua lecturer nampak macam garang je. strict je. tapi lama-lama we blend well. 
masa ujung-ujung sem ni lecturer2 KBM ni makin sweet plak ngan kitorang..


haritu lecturer QMT saya yang pada mulanya nampak garang dan strict sampai kami semua kena hafal ejaan nama penuh dia siap dengan bte lg sebab takut kena tolak satu markah test atau kuiz kalau salah eja. tapi satu hari dia bagi jejari jagung macam yang kita selalu beli time sekolah dulu. terus mengimbau ke zaman sekolah dulu..



lecturer subject Personal Development pon tersangatlah sweet bila last class dia bagi stik jejari jagung (taktau nape semua nak jejarijejari je skrg ni ken;p)bercoklat siap dengan note congrats sbb dah grad diploma baru-baru ni.. auww... sweetnye.. dia siap bagi kad jemputan perkahwinan dia lagi. auww.. baik kan?



paling tak sangka lecturer Finance kitorang yang agak senyap and strict tu on our last class and lepas abes test2 dia siap bagi kitorang kek! the best part she baked it herself! auuuwww... suwiiitt sangat~!






siap tinggalkan note jugak that says
 "Dearest class 3D, wish u all the best for your finals"

auuwww...



cantik bukan? sedap ke tidak?

u be the judge of that.. by looking at this


\

tak lupa juga kenangan manis makan pizza ramai-ramai on our last class. 




meriah tak tergambarkan. ni lecturer yang muda and comel kitorang. yang pakai spec and berselendang pink tu. kena bagi description sebab dia memang akan tenggelam bila bergambar dengan student. sebab lecturer kitorang banyak yang kecik2 je.

lecturer yang sporting bergambar macam-macam gaya dengan budak kelas ktorang yang havoc ni. ;)



moral of the story, dont judge a book by its cover dan jangan cepat menilai orang hanya dengan 1st impression terhadap seseorang tu. looks can be pretty deceiving.

 hehe. padahal konklusi sebenar yang cuba disampaikan ialah lecture kat KBM so far semua yang best2.. jangan jeles ;p

p/s: doakan saya dapat jawap segala soalan paper final yang bakal diduduki lusa ye? tq dan semoga Allah memberkati kalian :)

Sunday, December 30, 2012

Jonker walk


Haritu awal-awal sem kat melaka ni sempat jap switch off mode student then turn on mode tourist. lagi-lagi bila kitorang ada tetamu, which is Nurul who came to Melaka for a visit. so kami pon bawa dia gi tempat tarikan pelancong dan pelengcong seperti kami iaitu di Jonker walk. 



Jonker Walk ni tak macam any other night bazaar. its have some sort of historical and craft elements in it. kat Jonker walk ni ada jual macam macam benda dari makanan, pakaian, kraftangan, barangan antik dan macam tagline Astro, Macam-Macam Adaaa...


banyak juga benda-benda comel lotey ciut miut yang dijual kat sini.. boleh cuci-cuci mata. tengok barang ye bukan orang. haishh jangan pikir lain ye *wink*




Jonker walk ni dibuka dan penuh sesak during every weekend, school and public holidays especially.


pets pon ada tau! ololooo.. tiuutttnye.. kucikucii..



kepada yang nak try test public speaking skills boleh naik atas pentas tu. kalau time opera ca ya nun alip takde buat persembahan la ;p



Nurul (pelancong) with me(pelengcong)



jonker walk ni located near the melaka river. kalau naik Melaka River Cruise boleh nampak. 


lepas gi jalan-jalan kami dah lapar pastu apa lagi pekena asam pedas clapot yang femes kat sini..



diorang makan senyap tak keluar suara. huk tidak hak pon tidak. dah licin pinggan baru la dengar suara sumbang mereka ni. and the first word that came out of their mouth was "perghh.. terbaik asam pedas dia!" huhu


and these are all the things i bought at Jonker Walk :



Hp cover


botol air yang boleh lipat2. beli 3 rm10 siap boleh bagi kawan sorang satu.


and also my passport cover. gedik. dah ada cover LV nak ltk gak Hello Kitty lagi kat dalam. 


disebabkan tak dapat memiliki Note Pink, terpaksa beli cover pink. huhu. baru matching.. heee


this pink cute trainee chopstick only cost me around rm10 i guess. xingat sgt berapa harga dia ;p

couldn't resist to buy cuz it too cute!!



Blog Widget by LinkWithin