Thanks For Viewing My Blog =)

Friday, January 4, 2013

Tunaikan Nazar @ Azam 2012


Harini merupakan hari lahir Mak.

tapi sayangnya saya tak dapat pulang meraikan dengan dia tahun ni cuz ada final paper semalam dan esok, lusa. 

walaupun begitu, birthday Mak tahun ni saya janjikan kelainan sebab saya dah plan something big for her.

last year. ececeh bunyi mcam lama je kan padahal beberapa hari lepas je iaitu pada tanggal 30 Disember saya ajak Mak datang Melaka bawa adik and kakak. Dengan alasan nak jumpa si adik bujang saya yang bakal tinggal di asrama buka sekolah ni. so setelah berjaya dipujuk Mak decide untuk datang Melaka.




sampai je mereka kat Melaka, saya bagitahu Mak ajak teman gi kedai emas untuk repair gelang saya yang dah putus. tanpa mengesyaki apa-apa mak pon setuju. yes. semua berjalan lancar.

Kat Melaka ni time cuti-cuti ni biasalah jem teruk dan Mak dan yang lain macam dah malas nak ikot tapi saya paksa jugak dengan memancing diorang kata lepas teman saya akan belanja mereka semua makan besar for dinner. diorang pon just ikot saya masuk kedai emas kat Mahkota Parade tu..

masuk-masuk saya terus serbu bahagian gelang tangan dan start pilih gelang. lepas tu saya amik gelang tu letak kat tangan mak dan tanya "OK tak gelang ni mak? mak suka tak design dia?" then she said, " hm.. ok la eya putih sesuai je pakai design camni."

adoii.. dia xdapat tangkap lagi hint saya..

"Mak pilih la design mana yang mak suka"

"yang tadi tu ok je. kan sesuai la dengan tangan ya"

adoii... blur la plak Mak ni.. takleh jadi ni..

"Mak pilih lah gelang untuk Mak"

then my mum pandang saya dengan muka penuh persoalan

untuk menghilangkan rasa janggal tu saya pon mulalah bergurau sambil menyatakan hasrat sebenar masuk ke kedai Tomei tu.

"Ni kira advance birthday present campur hari ibu campur valentine campur april fool campur wesak day school holiday campur semua-semualah!hehe. pilihlah ikot citarasa Mak"

mula-mula Mak macam berat je nak pilih but saya berjaya yakinkan untuk pilih je yang mana dia suka. macam-macam mak tanya, berapa baget la, nanti cukup ke duit nak belanja la, takpe ke lah.. mcm2 lah.. risau sangat agaknya. 




lama jugak masa yang diambil untuk sesi pemilihan. lagi-lagi bila dapat salesmen yang banyak songeh ni. orang pilih yang ni dia cakap xsesuai la xcukup besar lah, fashion lama lah itulah inilah..haisshh mentang2lah nak naikkan sale! sabor jela.. sampai tutup gate kedailah kitorang kat dalam tu. tak abes-abes lagi


ketika sesi nego harga. fuhh.. dah macam apelah kitorang masa ni. berkali-kali main kira-kira. dah macam jawab soalan permasalahan matematik dah. tapi in the end, sejenis charm bracelet telah berjaya dibeli dan dihadiahkan buat ibu tercinta. walaupun sedikit tersasar dari baget asal, takpelah. its worth it to spent once a while for your dearest love one hasil titik peluh dan kerja keras tanpa mengharapkan sesiapa. im proud of myself and of cause Thank you Allah


this is by far the most expensive gift I ever bought and given to anyone. not even for myself but this made me happy coz I've accomplished one of my long time mission to buy this present for my lovely Mother as her advance birthday present. although the fact that the value atau harganya tak setanding pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan for all these years. hope it can atleast make u happy. Happy Birthday Mak, may Allah Bless you and semoga panjang umur ♥


yang bestnya saya dapat calender 2013 yang baru. hehe. nanti next time ada rezeki lebih baru boleh beli untuk diri sendiri. upgrade yang dh sedia ada insyallah. Alhamdulillah sepanjang 2012 membawa banyak rezeki dan hikmah. semoga 2013 juga begitu dan mungkin lebih baik


nak baca entry Mak tentang surprise bday present? klik SINI ;)

25 comments:

mujagirl92 said...

wah,,,, satu hari nanti in sya ALLAH,, nak bagi kat umi gak, hee

nawarzara said...

elia, now i'm really enjoy reading your blog. To be honest, previously i'm not your follower because to many strory about your lover..but now everything is changed and it's really worth it if your share story about your family and yourself...

Elia Si Jejariruncing said...

Tetapkan niat yg baik insyallah akan dipermudahkan ;)

Nur Baiyah said...

alhamdulillah...super gift tu..semoga elia bahagia bersama keluarga..
saya suka sangaaat baca blog jejariruncing ni:)hehe

http://indahsutera0605.blogspot.com/

cik nur said...

wahhh alhamdulilah elia yaa nur harap nur akan usaha untuk mak nur bagi dia happy and sgt2 berbaloi kan untuk insan seperti ibu :)

RIZZNA said...

Hepi birthday aunty.... wahhhh tomei tomei, sweet sgt. Alhadulillah nazar dh trtunai

ayunidati said...

semoga ibu kau sihat selalu dan panjang umur

Anonymous said...

Elia, sy teringin nk blikn mak sy brg kms. Kesian sy tgk mak sy pki cincin yg bengkok. Tp bajet larila. Dpt plk dh ada anak ni, byk pki duit, asyik short je. Jeles tgk elia bg mak elia brg kms...jeles btol. Wlupn brg kms xternilai mcm ksh syg ibu, tp teringin nk bg sesuatu yg mahal utk mak sy. Yelah, mcm mana mak sy sanggup berhabis duit utk sy bli apa yg sy nk...hm...I"m just saying...

Nana Farhana said...

Bestnyer, sejuk perut mama die..
Hadiah yg sgt berharga..Happy birthday aunty =)
Nana pun tgh kumpul duit nk belikan mak hadiah special..
Jemput intai2 Premium beautiful Corset jom!Nak tambah extra income pun boleh dgn PB..sgt best!=)

cik jari manis said...

hmm, best tgok elia belikan hadiah untuk mak...nasib sya ni msih blajau lgi..InsyaAllah suatu hri bila dah kerja nak belikan mak, abah & adik2..hehe ;)

Unknown said...

wahh bestnya

Pink Putih said...

Hi Elia....
i saw u at Syed bistro AU5....segan nk tegur...awak comel..

ok..take care...

Anonymous said...

I am your silent reader. I am so happyyyyyy with you Ya. You are a tough girl. You are moving on. I adore your spirit and passion. May Allah bless you. Good luck!

pena rozie said...

Bestnyer dpt bg adiah tuk mak...

AAH said...

Akak ni comel lah. hehe :)

Sheila Adziz said...

wow... allhamdulillah... baiknyer elia, mesti mahalkan... tp pengorbanan mak besarkan kita lg mahalkan.... selamat hari lahir gak tuk mak elia... :-)

Pecinta Sukan said...

jalan2 sini buat lawatan rasmi..cantik blog anda! mai ler tgk blog saya plak..follow sekali taw :)

nurul said...

nice!www.the-simpleme.blogspot.com

Official Fulltime Sinner said...

Jom checked out blog saya http://zulnetwork.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&max-results=4

safsa said...

SALAM TAHUN BARU ELIA..

BE STRONG AND HAVE FAITH THAT ALLAH PREPARE SOMETHING BETTER FOR YOU IN FUTURE. TAKECARE!!!

rahsia kulit sihat cantik secara semulajadi

Anonymous said...

::thumbup::
alhamdulillah...semoga berkat dr mak sentiase mengiringi elia...aminnn....suke bangat nih...:))

Dona said...

Heard so much about you tapi belum ada rezeki nak jumpa... Beruntung Anizah ada anak mcm u..

Unknown said...

sweet celebration for your mom ye...bagus2x..

Unknown said...

bestnye... kawan-kawan jom jalan2 di blog saya zuhayra iftifal : zuhayra iftifal

Kak Mahh said...

Bestnya kalau akak diberi pilihan

Blog Widget by LinkWithin