Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Friday, February 5, 2016

Mengeratkan Hubungan dengan Papan


Ini bukan kisah papan playwood atau sorong papan tarik papan ye.
Papan yang saya maksudkan adalah papan permainan or omputeh panggil board game.

Satu bentuk permainan yang dimainkan diatas papan khas. haa.. btul ke huraian aku ni? anggap betul je lah ;p

Siapa sangka a simple thing as board game boleh jadi pengerat silaturrahim?


Yelah..  Zaman sekarang ni bila meet up. semua pun ala ala anti-social. kata je nak lepak nak jumpa hangout laa.. last last semua dok sibuk mengadap hp tak habis habis.

kadang kadang tu kite kena letak syarat.

" kumpul hp semua letak atas meja. sape amk hp dia kena payung satu table! "

haaa.. masa tu barulah semua nak terketor ketor letak hp and pay attention. kalau tak sakit hati je cakap dengan member macam cakap dengan spender. huuhuhu

Kalau dengan familly members pon macam tu jugak..

Sampailah satu hari tu my bro bought this gameboard- Monopoly.
Dia ajak datang umah main. almaklumlah kakak-kakak dia semua dh tak tinggal situ.

so we come by and play. lagipun rasa mcam dah lama tak main benda alah ni




Seronok pulak bila dapat main sesama ahli keluarga, adik beradik, pasangan, kawan-kawan dan lain-lain.

sebab masa nilah nak rapatkan ikatan kekeluargaan. nak bergurau senda, uji tahap kemahiran berfikir, perancangan dan just simply to have fun!



Boleh dikatakan siap jadi aktiviti mingguan dah. hujung minggu, kalau masing-masing tak ada apa-apa program memang kitorang akan berkumpul untuk main game ni bersama.

kadang kadang tu dari lepas Isyak sampaikan ke jam 1 pagi. punya seronok dan riuhnya suasana masa tu. masa tu lah semua nak feeling-feeling jutawan ala-ala Dato' Vida. memang kelakar bila ingat balik perangai and telatah seorang sorang


The boys getting all serious macam urus kewangan negara je ;p


Selain tu game board macam Monopoly dan Saidina ni boleh jadi tools untuk merapatkan kembali hubungan saudara mara. sebagai contoh masa yang ada gathering family, kita bole bawa balik gameboard ke kampung untuk main dengan sepupu sepapat. sekaligus sepupu yang kita tak berapa nak rapat tu pon boleh jadi mesra dengan kita. yelahh.. dah main game skali.. maunya tak bercakap ;)


My 2 bros and our cousins riuh main Saidina (ramai sbenarnya tp xtnjuk sbb masing2 xbrtudung)

Bagi korang yang duduk rumah sewa or rumah bujang, bila ramai-ramai berkumpul, taktau nak buat aktiviti ape, cubalah main board game. sume best! the more the merrier!

ni haritu Elia main dgn housemate.. acik kayoooo!!


Memang patut ada lah game board ni kat setiap rumah. Khas buat rumah yang selalu ada tetamu datang. instead of duduk mengadap TV je tanpa berinteraksi, ada bagusnya cuba main permainan macam ni. ye dok? dalam bersuka ria, kita dapat asah dan tajamkan otak.




9 comments:

OLIGOSACCHARIDERRR'S OWNER said...

sronoknya main ni. dlu rajin main,,http://oligosacchariderrr.blogspot.my/2016/02/jangan-berkawan-jika-tiada-matlamat-ibu.html# btw.. kita ada prob... nk mntk pendapat

Nana said...

HEHEH
dah lama tak main
permainan ni selalu main masa
dlu time skolah
lepas exam tak belajar menda ni la seme dok hadap

HANIEZAFRI said...

mmmmmm boleh share skit sapa baju hijau itu...so sweet....mood bahagia yer...alhamdulilah..

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

dah lama tak main ni..zaman sekarang ni kalau blk kg..pakat duk sibuk main game dekat hanset je..

Elia Si Jejariruncing said...

Tulahh lama xmain.. Apa kata main balik? Huhuhu

Elia Si Jejariruncing said...

Haah.. Time sekolah dh hujung2.. Cikgu pon dh xmasuk sgt dh kan masa tu

Elia Si Jejariruncing said...

Ehemm.. Kau ghase?? Teeettt.. Huhuhu *tutup mulut*

Elia Si Jejariruncing said...

Kann.. Tp if game kt henset tu kite main syok sendiri je la. If main game cmni rmai2 leh main n hv fun. Leh cube next time blk kg:)

Husna Rahman said...

best tau main ramai2 mcm ni..walaupun main sambil gaduh2 pastu abg tengking adik, adik teriak kat kakak tp suasana tu best..bila semua dah besar ssh nak kumpul mesra2 mcm ni..sibuk aje manjang...

Blog Widget by LinkWithin