Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Friday, January 29, 2016

Resipi Ayam Kam Heong - masakan cina muslim




Assalamualaikum...

Hari ni rasa macam nak share resipi masakan yang 
Elia dah jatuh cinta dari suapan pertama..


Hehehe.. dengan makanan pun boleh jatuh hati ek?


Yelah.. sebelum ni Elia mana pernah makan Chinese food. 
Lately ni baru diajar makan chinese cuisine.


Haritu saya dibawa makan kat sebuah restoran cina muslim 
-Restoran Haji Sharin Low, kat area Danau Kota 


 bila first timer ni, seperti biasa tadah perut je la. 
 biar yang dah biasa yang meng-order. kita jadi tukang rasa je.





kacang buncis goreng, udang butter dan ayam kam heong



nasiblah semua menu yang diorder sedap-sedap! 

first time makan ayam kam heong ni memang takleh lupa. sedap!
aku ni bila dah rasa sedap makan something ni mulalah dok fikir nak try masak. lepas dah buat research, dan cuba kat rumah - success! memang rasa sama. si dia try pon cakap rasa sama ala chinese.. hehehe *kembang hidung*


so sini saya nak kongsikan resipi Ayam Kam Heong


Bahan-bahan:
Ayam 500gm (dipotong dadu)
1 sudu tepung jagung
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar udang kering (direndam)
cili padi (secukup rasa)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang besar (dipotong 6)
garam & gula (secukup rasa)

  

Cara-caranya:

1. Gaulkan ayam yang telah dicuci dengan sedikit garam dan tepung jagung. gorengkan hingga masak tapi jangan sampai kering. light light jerr. angkat dan ketepikan dulu

2. Campurkan serbuk kari, sos tiram, minyak bijan, kicap cair 
dan kicap pekat dalam satu mangkuk. (bahan perencah)

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah yang
 dah ditumbuk tu. masukkan udang kering dan biarkan sampai naik bau.

4. masukkan cili padi, daun kari dan bahan perencah tadi. kacau hingga sebati.

5. tambahkan gula dan garam secukup rasa.

6. masukkan ayam yang dah digoreng awal tadi then masukkan bawang besar.

7. kacau rata dan bila macam semua dah masak, boleh matikan api dan siap untuk dihidang



Yang mana sekali sekala tekak nak merasa masakan cina tu boleh la try ye.
selamat mencuba!


3 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

sedap ni...nak cuba la esok..kenapa esok?Esok kan cuti..hahaha

aNNe DyaNa said...

Wahh sedapnya. Nak try lah. Thx for sharing it.
Do follow my blog annedyana.blogspot.com

Anisah Abd Rahman said...

terima kasih resipi yg dikongsi....

Blog Widget by LinkWithin