Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, January 6, 2016

Candle Light Dinner Paling Sweet dan Romantis



Last New Year's Eve I had the best night ever!




Perempuan...
Perempuan mana yang tak suka candle light dinner?
Perempuan mana yang tak suka rose merah?
Perempuan mana yang tak suka suasana romantik?

mungkin ada yang tak suka, tapi saya suka!





bukanlah tak pernah pergi makan malam yang bertemankan lilin kat restoran. 

tapi selalunya kalau candle light dinner, alahaii.. candlenya ciputt je.. suasana pun so so je sebab kat restoran, kiri kanan ade orang. kadang-kadang tu meja dia rapat-rapat. batuk pon boleh dengar meja sebelah.

tapi tempat yang Elia pergi untuk merasa suasana "candle light dinner" ni memang terbaik


Masuk masuk je saya macam "Wooowww!"

cantek tempatnya. Temanya traditional ada, vintage ada, hipster pon ada. senang kata tempatnya cosy dan ruang dia ada untuk family gathering, makan-makan santai dengan kawan-kawan dan ruang romantik untuk couple.



 Masa saya berjalan untuk ke ruang yang di'set'kan for the 
candle light dinner.. sekali lagi saya terkesima dengan kecantikan decoration tempatnya.



satu gazebo dikhaskan untuk set makan malam dihiasi lilin dan kelopak bunga ros merah. siap dengan sebotol sparkling water dalam ice bucket.. 

perghhh, memang romantik la setting dia!


muka orang yang masih terkesima dengan kejutan yang diluar jangkaan


pemberi kejutan

Set candle light dinner kat tempat ni merangkumi 2 starter, 2 main dish, 1 dessert, 1 botol sparkling



Untuk main dish saya pilih untuk order spagetti carbonara mushroom


Yang sorang lagi order sirloin steak.

sementara menunggu makanan sampai, kami dihidangkan dengan mushroom soup dengan garlic bread. so takde lah kebulur sangat sambil menunggu tu.



Dengan dekorasi yang romantik dan cahaya lilin yang malap ni memang menenangkan. masa ni lah nak menghayati view sekeliling yang cantik. pandang kanan ada pokok-pokok. pandang kiri boleh nampak KL view since tempat ni kat atas bukit. sangat cantik!




Makanan dia sedap and not bad. Cuma servis agak lambat sikit sebab masa tu malam tahun baru. ramai orang tapi staff tak cukup. kami dilayan oleh tuan kedai tu sendiri yang sangat ramah dan kelakar. muda lagi orangnya. tak sangka tempat best ni dimiliki oleh orang Melayu kita diusia yang masih muda. I'm impressed!



Mesti ramai yang tertanya tanya kat manalah tempat si Elia ni ber'candle-light-dinner' ni kan?

tempat best ni sebenarnya kat area Gombak ni je. kat lebuhraya MRR2. 

nama restorannya Lava Rock Grill & Pasta. kalau kat Waze atau kat Maps cuba cari Golek Golek Restaurant. Sebab dia satu tempat dengan Golek Golek Restaurant. betul betul kat tepi jalan MRR2 menghala ke Gombak tu.

Yang best pasal candle light dinner malam tu, orang tu ingat dia surprise kan kita dengan dinner setting yang sweet dan romantik. Tapi sebenarnya dia pon nak kena prank. nak tau ceritanya?

tungguuuuu.. . nanti saya update next entry ye.. *gelak jahat*


hint for the next entry : Dalang Surprise Kena Prank!

9 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

teringin gak nak candle light dinner..tapi laki Fida tak romantik mcm tu..huhuhu

Elia Si Jejariruncing said...

@fida: ajak je husband gi sni.. semua dah tersedia.. memang romantik!

miss eimanhikmah said...

laaa dekat je dgn rumah...

ztie said...

pricing dia ok ke ? teringin jugak nak mcm ni. bia lagi nak merasa haha

Cik Cahaya Bunga said...

waaahhhhh bestnya....bertuah badan ada org wt suprise...

Elia Si Jejariruncing said...

@missEiman : dkt tu bole la ajak partner gi situ

@ztie : pricing ok la.. dlm 10-30 satu dish

@cikcahaya: hehehe.. alhamdulillah

Dalia Hassan said...

Wow! Bestnya... Bila agaknya nak merasa ber candle light dinner ni... dapat asben tak berapa nak romantik.. terima je la seadanya... haha!

Salina@IbuAqil said...

Bestnya...
Bilalah nak merasa candle light dinner dgn ayah aqil nih..
Nak g memana si kenit tu asyik nak ngikut je..
Sobsssss!

Shahir Shaid said...

Salam....miss...boleh dapatkan saya contact number lava grill tu?

Blog Widget by LinkWithin