Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, January 27, 2016

Makan Besar, Ketam Besar



Seronok bila sekali sekala dapat makan seafood.
Elia memang suka seafood tp jarang la dapat makan besar macam ni. Ni betul betul punya makan besar sampai perut pon nak meletop. mana taknya, yang makannye berdua je. tapi order macam makan 4-6 orang!



Nilah peng-order makanan macam nak jamu sekampong. 
mentang mentang dia hantu seafood, dengan kita kita sekali terjebak! 

satu malam tu dibawanya kita ke satu kedai seafood kat sebelah Hotel Vistana tu. 
lupa apa namanya. Hokkaido Seafood Restaurant kalau tak silap lah.


Elia nak order sendiri memang tak reti. 
lagi pon first time makan kat sini. 
So, tadah perut je la


Sup sayur kangkung


ketam masak apetah yang bapak besor n fresh!
Elia memang sangat gila makan ketam. tak padan dengan allergic!
bedal kemain. sampai bengkak bengkak bibir ala angelina jolie. 
Si laki macam Brad Pitt idok jugok. hehehehe *larikk*




Tapikan, selain ketam ada satu menu yang sangat Elia suka. 
Sotong goreng telur masin. sedap bak hang! 
sampai menjilat jari! ikotkan hati nak je jilat skali pinggang 
tp tak senonoh pulak jadi cuit cuit je baki kat pinggan tu.


Malam tu memang kembung perut makan. tapi sangat puas hati. 
harga pun takde lah mahal sangat. kire berpatutan lah jugak. 
tapi yang tak berapa patut bila hanya 2 orang je makan. 
patut boleh jemput 2-3 orang lagi makan. 
tapi nak buat macam mana dah orang nak belanja makan besar. 

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari!



9 comments:

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

uisssh..sedap tu ketam..besaq gila pulak tu...nyummy..nyummy

HANIEZAFRI said...

mmmm bestnya dapat makan ketam besar...lapar rasanya

Elia Si Jejariruncing said...

Memang sedap. Kenyang makan. Nnti trylah

Elia Si Jejariruncing said...

Best lahh.. Bile la kite dpt mkn ketam sesama kan. Heheeh

Lea Ismail said...

dua orang lauknya mcm 5-6 org punya. hehehe.

stitch said...

Mcm best je.. ape name restaurant ni

Fairuz Aqilah said...

Kat negeri mana punya cerita ni? Dah la semua menu dia nampak tempting gila! Lapaq teruihh peghot cheq ni tauuu... Huhuhu

aNNe DyaNa said...

Teringin jugak nk pi makan kt hokkaido tp x kesampaian lagi. Hows the price?
Kalo free2 singgah blog kita ye annedyana.blogspot.my

pinana 81 said...

Buat den rasooo lapaaaa

Blog Widget by LinkWithin