Awal Ramadhan haritu saya ada pergi berbuka puasa kat
The Apartment, The Curve.
kebetulan diorang ada sediakan buffet Ramadhan yang bertemakan "An Oasis of Delights"
promosi makanan tradisional melayu ni berlangsung sepanjang bulan puasa ni sampai 12 Ogos 2012.
Dari nama restoran ni pon kita dah boleh agak yang mesti hiasan dalam dia bertemakan apartmen kan? tapi siapa sangka dalam restoran ni siap ada toilet siap dengan shower skali tau!
seee.... siap ada shower tuu.. nasib dia tak berfungsi.. kalau ada budak2 yang gatai tangan gi pulas shower tu alamatnya memang banjirlah restoran ni kann.. pelanggan boleh pilih nak makan kat ruang bacaan, ruang tamu, bilik air, bilik tidur, dan sebagainya. ikot suka hati dan mood korang lah nak duduk seat dan table mana
masa majlis berbuka ni selain saya, terdapat beberapa blogger lain yang dijemput untuk sama-sama menikmati juadah berbuka kat sni.
first time dapat jumpa blogger MummyCute dan pemilik blog koleksi 1001 Resipi
::Ayam tandoori dan pudina paste dia sedap, spagetti dan vege dia pon sedap::
Walaupun pada dasarnya buffet ni menyediakan juadah tradisional melayu, mereka juga ada selitkan menu-menu lain seperti makanan barat, arab dan sebagainya. buffet yang bermula dari jam 6ptg keatas ni berada di The Curve dan KLCC. the best part bila saya dapat tahu yang menu kat sini berubah-ubah mengikut hari. jadi kalau anda datang berbuka setiap hari pon juadahnya tak akan sama dan tak membosankan lah.
:: ada kambing, kerabu, salad, ulam-ulaman ::
makanan dia sedap2 dan banyak pilihan sampai saya sendiri pon rambang mata tak tau nak pilih yang mana. yang best pasal promosi ramadan buffet ni dengan setiap pembelian
dessert diorang pon boleh buat kecur lidah dibuatnya. nyummy!
akhirnya anak raksasa ni dengan rakusnya amik serba sikit juadah yang ada. dah nama pon buffet kan. kalau tak rasa rugi pulak kan..hehe. padahal memang suke kan
saya bergambar bersama wakil dari management The Apartment dan juga Chaswood Resources setelah masing masing gendang gendut tali kecapi, nampak tak semua kenyang perut dan suka hati?!hehe
Harga Buffet : Dewasa - RM69.90++
Kanak-kanak - RM26.90++
Untuk tempahan :
The Apartment The Curve : 03-77278330
The Apartment KLCC : 03-21662257
Jutaan terima kasih kepada pihak The Apartment yang sudi menjemput saya. memang sedap-sedap makanan korang. tapi paling sedap dessertnyalah. cream puff dan their red velvet. sampau berulang gak la saya amik. huhuhuhu.. ;p
dah dekat hujung-hujung ramadhan ni kalau korang dah takde idea nak masak apa atau makan dimana datanglah kat The Apartment ni. best. cosy sangat. macam duk kat rumah je.
11 comments:
alamak dear, dalam the apartment cam ada minuman keras. If akak lar. Akak elakkan kedai macam ni...
untung laaaaaaaaaaa
tringin nak mai sini..wah..
Kalo pegi buffet ni, saya mesti makan yg mahal2 je macam kambing ke ketam ke, sebab bayar mahal kan, tak kan nak amek nasi dengan ayam je.
bestnya! makan dekat bilik air? ada ke? hehe
aduh.. tergugat iman tngk mknn2 tu..
wah! seronoknye kalau dpt makan kt cni tiap2 ary.. HAHA!
Alhamdulillah, sedapnya nampak.
Pemikiran is150
selamat hari raya :) maaf zahir batin ^^
tahun depan lah g sini , tahun n dah habis , dah balik kampung dah pon.hehe
Sy tgh cr rstoran utk staff dinner. Kedai ni halal ke?
Post a Comment