Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Sunday, May 29, 2011

Cerita Disebalik Majlis Pertunangan Fahmi & Elia

As promised,

Behind the scene of my perfect Engagement Day

....
..
.




1. Rumah yang digunakan untuk majlis ni sebenarnya adalah rumah kosong bersebelahan rumah kami. My dad berjaya sewa atau pinjam rumah ni untuk buat majlis ala arab kami. sebab agak payah la nak alihkan semua perabot dari rumah kami untuk dikosongkan.


2. Persiapan tunang dibuat dalam masa kurang daripada 2 minggu. Mujur jugaklah kami hire Wedding Planner yang menyediakan pakej lengkap so takdelah busy sangat nak uruskan hal tunang ni. Dekat seminggu jugak mereka berkampung kat our house untuk siapkan "khemah arab" ni..Full Package yang kami tempah dari Kerongsang Emas ni merangkumi:

Mini Pelamin
deco for whole house
entrance deco
frame entrance deco
make-up
baju pertunangan
henna
hantaran elia (full set f.flower)
dulang hantaran (fahmi)
kaftan for family elia
food
photographer- 2
videographer





3. Ramai yang tertarik dengan kek pertunangan kami kan? ada simbolik disebalik kek2 ni. Pada asalnya saya ingat nak bagi kek bola yang kat Secret Recipe tu. tapi My Incik Apex (MIA) mengadalah plak demand taknak kek bola sebab dah biasa sangat. dia nak something unique and personal. So dia yang cadangkan saya bagi kek jersey yang ada nama dia. design dia serahkan kat saya. so masa tengah sibuk study for final tu sempat lagi saya design kek jersey ni dan serahkan kepada Che'Pah Cute Cakes untuk menyiapkannya. Kek untuk saya pula berbentuk sebuah Laptop, calculator, Mouse dan Sebuah buku Accounting sebagai simbolik Elia seorang student dan blogger(jejariruncing).




4. Doorgifts atau goodie bags untuk para tetamu merangkumi cupcakes yang ditaja oleh Wan Chik(thnks wanchik!), drink + 2 pieces or imported date chocolates. Hahaha! imported la sangat.. coklat kurma tu kami tempah dari my cousin, Abg Pit who is a pilot. so minta dia belikan kalau dia ada pergi any middle east country. kalau beli kat sini mahal. so easiest and cheapest way is to asked ur cousin to buy it for you whenever he went abroad. bijak tak?hehe. plan asal sepatutnya our doorgifts bag should be printed with our pictures tapi disebabkan tak sempat maka tak jadi.




::sebabkan nak cage putih sanggup ye saya cat cage colour silver tu kpd white!::


5. Disebabkan taknak menyusahkan keluarga bakal mertua yang terpaksa travel jauh, i decided untuk buatkan hantaran dari pihak lelaki yang bertemakan merah putih(red warriors la kot). pihak perempuan punya hantaran wedding planner yang buatkan so merasa jugalah saya membeli barang dan menggubah hantaran sendiri. kesian family apex nak kena travel dengan 2 kereta selama lebih kurang 8-9jam dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. So atleast diorang tak perlu pening kepala nak bawa dan jaga barang hantaran tu sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, keluarga bakal suami menerima baik niat saya tu.




6. Atas sebab kesibukan MIA dan keadaan keluarga bakal mertua dan ipar yang belum pernah ke sini, kami bertanggungjawab menyediakan rumah penginapan atau homestay buat mereka sepanjang berada disini. Kami berjaya menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat di Wangsa Maju yang sangat luas dan selesa buat mereka berehat. the kids were all excited bila selamat sampai pada malam sebelum majlis dilangsungkan(16/5/11). segala kepenatan travel seolah-olah lenyap setibanya mereka ke kediaman tersebut. Makan malam juga telah disediakan bersama keluarga Zamir. sambil2 tu diorang boleh bincang pasal rombongan keesokan harinya. Lepas hantar diorang ke restoran tu, saya terus minta izin balik ke rumah sebab ada banyak lagi benda yang belum setel.




7. Inai atau henna disediakan oleh our wedding planner. dah termasuk dalam package so just pakai je lah. memang ada yang pertikaikan kenapa tunang pon nak berinai bagai tapi tak salahpon kan pakai. baru betul ikot ala arab sikit. lagipon dah include dalam package. kalau korang pon takkan lah nak tolak kan?bayar sampai beribu-ribu tapi itu ini taknak. kite gak yang rugi kan?




8. malam tu sangat bersyukur sebab ada member-member yang baik hati dan ringan tulang datang tolong apa yang patut. tolong bergotong-royong buat persiapan untuk menu breakfast the next day, tolong lap pinggan, masukkan barang dalam goodie bag. kami tidur rumah malam tu dalam kul 3 pagi gak. dan thanks sebab kejutkan saya pagi tuh! sorry terpaksa buat colour negative sebab menghormati mereka yang bertudung.





9. Hantaran dari pihak lelaki : Kek laptop, coklat, cincin, tepak sireh, buah-buahan






10. Hantaran dari pihak perempuan : Kurma dan manisan Arab, kek jersey, homemade chocolate, gubahan sireh, pelbagai jenis chocolate, buah-buahan, cincin





11. Sebelum ni saya tak tahu pula adat Kelantan, bila tunang lelaki dapat sebentuk cincin. masa MIA cakap tu i was like in a shock. gilerr arrhh.. tapi kita kena la hormati adat atau budaya orang camne diorang hormati adat kita. so saya pon belikanlah cincin tunang buat si dia. tapi tak boleh blah demand laki aku nieyh... nak cincin ada mata je.. nasib sayang, belikan lah jugak.. hehehe..




12. Tiada sebarang kad jemputan ye untuk tunang ni seperti yang digembar gemburkan sesetengah pihak. "KAD" yang dimaksudkan tu sebenarnya hanyalah a piece of picture yang digantung di our featured wall dekat entrance rumah. so that orang yang hadir tak tersilap rumah. lorong masuk rumah ke hall juga dihiasi indah dengan mini galery of our pictures together and gambar kami masa kecik..huhu..





13. Featured wall kat entrance tu dihiasi pictures My Dad masa dia bertugas di padang pasir satu ketika dulu. Dia pernah bertugas di(Morocco) Sahara Desert selama setahun, Bosnia dan Somalia selama setahun. So kebanyakkan details untuk tema arabian ni saya dapatkan from my dad la..





14. Make-up dan baju custom-made ni adalah dari Kerongsang Emas. Baju dia buat agak in short notice but the result was outstanding. thumbs up! plus I get to keep this dress buat kenangan. Its exclusively made for me and i get to keep it. yeayy!!




15. Hana Bobot menjadi perhatian haritu selain pengantin(pengantin ke??).. Hana comel sangat dengan baju ala2 jinny and ratu gelek.. yang tak tahan tu eye liner tu ye adik2 takleh lawan..meletss sangat.. bila kita nyanyi lagu ali baba mulalah dia bergelek. bijak betul.. coincidentally, ada entertainer lak that day.




16. My long inner(dark purple) +veil+ niqab ditaja oleh Onlinehijab.com. thanks juga buat photographernya, epick for those lovely pictures! Kak Lela travel all the way from JB that early morning semata-mata nak bawakan tudung2 dari onlinehijab.com ni. Sampai2 try out then terus pakai for the majlis. sangat puas hati dengan hasil kerja tangan team OnlineHijab ni.




17. Orang kata bertunang ni banyak dugaan, tapi kami telah teruji pada hari pertunangan itu sendiri! Kalau ikotkan plan asal, rombongan lelaki semua gerak dulu ke KL, Fahmi(MIA) dan maknya(Mek) akan naik the first flight ke KL that 17th sebab 16th malam tu MIA ada game. mak dia pula tak boleh travel lama by car. so tiket flight semua dah beli awal2. but on the E-day itself, MIA and his team kena pergi photoshoot tengah haritu(17th) untuk gambar Final Piala FA. kelam-kabut jugalah pagi tu nak uruskan hal flight mak dia sebab takde siapa nak teman dia naik flight tu. in the end MIA terpaksa beli tiket baru untuk anak saudara dia naik temankan Mek sepanjang perjalanan.




18. Setelah Mek selamat sampai dan dapat rehat yang secukupnya, rombongan pihak lelaki pon bertolak ke destinasi dituju(MINDEF). Rombongan mereka sampai kira-kira selepas Zohor.





19. Abah Zamir(kot biru gelap) menjadi wakil kepada keluarga pihak lelaki due to some language barriers. lagipon family Zamir telahpon menjadi seperti keluarga kami sendiri. Family Zamir merupakan family angkat MIA sepanjang dia menetap di KL suatu ketika dahulu hingga kini.






20. Alhamdulillah niat Mek untuk menyarungkan sendiri cincin dijari manis saya tercapai. Bersyukur sangat dapat bakal mak mertua macam Mek ni. dia seorang yang sangat baik hati dan melayan saya dengan baik sekali sejak dari mula kami kenal. tapi haritu Mek diam sikit sebab malu dan kurang fasih cakap bahasa luar dari kelantan. dari sebelum majlis lagi mek dah pesan"nnti g KL ya bual nge mek deh..mek xreti kecek lua sgt."..cute kan my Future MIL?




21. Selain irama padang pasir yang berkumandang sekitar majlis, tetamu juga dihidangkan dengan hidangan Nasi Damsyik (makan dalam dulang)beserta minuman jus buahan dan malta..




22. Pada mulanya sedih juga sebab tunang tersayang tak dapat hadir majlis tu sebab ada photoshot kat Kelantan. tapi tak sangka MIA penuh dengan kejutan. Dia beli juga tiket flight pukul 2.45petang tu. so kami pon bergambarlah sementara menunggu kehadiran futra arab fadang fasirun lahhh(putra arab padang pasir)







23. Dalam pukul 4.30 ptg tu MIA datang dibawa oleh his bestman n bestfren, Zamir.




MIA dont know anything about the preparation for our engagement. saje xnak serabutkan otak dia. biar dia focus game je. tu yang sampai saya leh turun 6kg tu kehulur kehilir urus semua ni..





24. Masa MIA sampai tu jantung rasa cam nak tercabut je. nerbes lak cam nak kawin pule..owh..maaf mak teroberr.. tapi bile je dia masuk dengan pakaian ala pak arab sesat tu memang nak tersembur mulut ni tergelak. sumpah kelakar and tak sangka dia nak dressup macam tu. nasib i pakai niqab cover mulut tau.. if not sure kantoi..kahkahkah!





25. Disebabkan kurang biasa dengan adat menyarungkan cincin kepada pihak lelaki dan juga kebetulan masa tu my Opah is the oldest person in that ceremony(age over 70's), kami minta dia sarungkan cincin tunang ke jari manis MIA. maaf atas segala kekecohan yang ditimbulkan atas insiden ini. mungkin silap pihak kami kerana khilaf soal mahram.




26. Ada insiden kelakar masa nak bergambar dengan Opah. Masa mula bergambar tu saya pakai niqab. lepas tu photographer suruh buka. so bila saya buka tu automatically MIA toleh dan pandang sambil ternganga lama. saya tak perasan lagi masa tu. tapi orang ramai yang tengah amik gambar tegur "ammboii... lamanye tenung.. betullah iya tunang awk tuuu..." semua orang gelak..MIA pon termalu sekejap then balas "takdelah.. nak make sure tak tertukar je..hehehe"..lepas tu satu rumah tu bergema gelak tawa!





27. Masa majlis tu MIA lain sangat.. ramai yang perasan dia ceria tak macam selalu malu-malu. lagi ramai orang lagi lah malu. merah padam muka. ni masa tengah bergambar pon kuat mengusik. orang tua-tua kata dia excited tunang tuu...




28. Malam tu juga MIA dan keluarganya berkonvoi gerak balik ke Kota Bharu sebab pagi tu MIA ada training kul 8. dah la MIA yang drive the whole way, sampai-sampai terus gi training. sian dia mesti penat rushing sana sini. takpe. baru adil dan saksama, saya penat uruskan this whole engagement thing, dia penat travel on that day. inilah yang dinamakan demokrasi terpimpin!huhuhu




Overall the ceremony was a success and everyone went home with a smile on their face ;)

68 Surat Layang:

Admiral Hafiz said...

comey giler kek gambar Macbook tu...

Entry Terkini:
Jangkaan aku tentang filem Nur Kasih The Movie meleset sama sekali!

farah said...

elia~ kenapakah cantik sangattttt XD

♥♥LiSsA♥♥ said...

wahh. bestnye. happening je? semoga bhagia:)

qaseh insyirah said...

sweet tangat!~=)

dayang said...

tahniah lagi..huhu..bile la sy nak merasa cm tu ek..ahaha..putera arab mcm putera cina la..huhu..

NiSha said...

wah meriahnya bertunang.. nnti klu kawin mesti lagi meriah kan..
suka kek korang sewwt giler..

ohh ddy said...

Bestnyeeeeeeeeeee da tunang. n kek tu sangat best! :)

jaa64 said...

hahahaha....comel deswign kek tuh!!!

besar jugak eh tunang pun..hohoho

Mr. Doctor-To-Be said...

wah.. so sweet.. plik la tngok Khairul Fahmi pkai camtu.. tp still macho n of course seswai sgt dngan si jejariruncing...

eramni zulkifli said...

CANTIK GILER LA KAK ELIA . GILA POM X CNTIK CAMNER . . HUHU . CONGRATS2!!

BTW . AIR BARBICAN BLH DIMINUM EA ? TADI SY AD TRBACA ARTIKEL NI http://pemikirgenerasix.blogspot.com/2011/05/barbican-haram-bir-halal-yang-haram.html

mayra aish♥ said...

seronok nya :)
btw congratz sis!

Cik Konah said...

cumil sangat2....

SHINeelany said...

bestnya wedding akk :)
saya senyum je membaca dr 1st sampai habis.
Tahniah dah jadi tunangan org.lepas ni kawen lepas tu dapat anak ramai-ramai.biar boleh buat team bola.HAHAHA..

sweet sgt akk dgn abg apex akk :D

neyra shazeyra said...

nanti nak tunang, nak kek iPad lah. bahahahha

cik gege said...

sweet gile both of u. padanlah apex ternganga elia comel sangat...
=)

HaFizaH aYu said...

sweet sangat majlis tunang elia..sumer happy

MerLe said...

sweet sgt~ tbe2 rse nak bertunang jugak..hehe

Cik Eka said...

fuhhh cantiknya...kek apple tu cantik lah ellia..selamat bertunang yer

nanakimie said...

sweetnya!suka3x!hehe..

ibu qaleesya said...

tahniah dik

ceq mas said...
This comment has been removed by the author.
natashacherahim said...

rasa mcm nk tunang skng jgk~!bestnyeeee ;D

HanisahKamarul said...

tahniah for the engagement. u look stunning~love the makeup.

faRHa@miSS Vio said...

happening ... !!!
best !!!...
ni yg rse nk tunang jgk ni...hehe.. ^_^
..m0ga bhgia kak elia yg cute ... n_n

Ejat said...

overall mmg terbaek majlis pertunangan korg..lg2 kek2 korg design tu mmg unik..tahniah :)

alexa yussida said...

elia..u look gorgeous :) jgn tunang lama lama ye..cepat cepat kawen :)

♥ ajaa tyne ♥ said...

http://ajaaoyukiezxxx.blogspot.com/2011/05/tahniah-khairul-fahmi-dan-elia.html

semoga kekal ke anak cucu.

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

terbaik!

suha said...

thniah syg (^_^)
seriusly shantek..moga hubungan kekal smpai ke syurga..insyAllah

erm do u mind kalo cik suha tegur sket?maaf ye kalo elia terase ati..tp xnak jadi cik anon mase tegor hehe

sume perfect kecuali pic yg negative tu..even dah dinegativekan tapi still nmpk rmbutnya,huhu kalo tak letak lg elok kn?lg la nmpak yg elia hormatkan dorang yg bertudung..maybe elia ade gmbr dorang yg bertudung,then itu lg baik tok diletakkan..

yes,muka tak nampak tp still rmbut 2 nmpak..erm sowi ye sbb bg tegoran ni..cuma sy bg pndgn je..but i dun mind pon kalo elia xnak time pndgn ni (^_^)

once again,thniah tau (^_^)

~ cik QiQi ~ said...

elia...siyesss sgt cntik u ni.. i jeles la,nsib da kwin..klu x kwin lg nk je amik tema u ni..hahahha

Fika Rozaidi said...

paling suka bab kek dia! comel gilaaaa

nana_picanto83 said...

wahhhh... beri2 sweettt lah dis story ... i likee!!!!

Najlaa 'Aqilah said...

haha. comell

[DnaZz] said...

cerita behind the scene mmg lagi best nak tahu. congrats dear on your E-day nti dh kwen boleh hnoymoon kat fadang fasirun lah :)

GadisKechil said...

tahniah gile gile kak!!!

Adah dimie. said...

bestnya ! part kek tu mcm syg je nak makan, comel sgt. heee :)

fathiyyahISMAIL said...

tahniahh :D
cpt2 laahh kawin yer :D

Liyana Zulkeflee said...

Happening sangat !
Sweet je korang berdua .
Tiba tiba je terlebih excited .
Tema pertunangan dan segala nye berjalan dgn lancar sangat perfect !
Semoga bahagia disampaing tunang yg dicintai ;) .
Tak sabar pulak nak tunggu majlis perkahwinan .
Nak tahu pulak apa tema yg kak elia pilih .Hihi :D

kh@iR@H said...

wow!!bestnye...
sklai arab daa...hihi

fara_farez89 said...

beznye kn elia...tahniah...ni bila na langsung plak ni heheehh

HaFizaH KaD's said...

sweet sgt...tahniah...

Eera Shera said...

korang ni memang sweet la.hehe.. emm suka kek laptop tu. comel la.hihi

Ummi Dania Yasmine said...

wow kek tu sgt best ok :-) unik...

~AmyLiana8886~ said...

aweet.......

Shykin Moksen said...

tahniah dear... semoga bahagia ke akhir hayat. nnt weds jgn lupe jemput k.

nina said...

Lawa kek jersi tu!! Hee~~
Congrats Kak Elia.
Tak sabar nak tengok majlis kahwin pulak.

Nina pun gelak jugak tengok Apex dressing Arab tu. hehehe..

waalllaa! said...

selamat bertunang yea..hehe..cepat2 kawin tg2 darah manis ni..dugaan byk dan bykkan bersabar..

Emma Aqasyah Norasit said...

xpenah cek baca blog sambil sengih2... ni 1st time baca blog sambil leh menjiwai hati penulis... Thanks Elia for sharing all this.

shera haifa said...

Moga hingga ke jinjang pelamin ya..

Shu Shinju said...

tahniah... kamu cantik...
sepadan korang ber2..

pieQah aiEy said...

waaahh !
bestnye kak elia
nanti majlis perkahwinan buat la ala korea pulk.lgi cantik.hikhik
pastu jangan lupe jemput sy jugk <3

Muslimah Optimis said...

canteknyaaaaaa.. tahniah di atas pertunangan.. wahhh..tunang saja sudah grad agaknya bagaimana pula bila masa majlis akad nikah dan walimah ya?? hihi..

didoakan semuanya dalamlindungan Allah selalu dan semoga bahagia sampai ke syurga..ameen

LaLaLovy said...

u look stunning baby. best kan kalau adegan surprise tuh masa engagement. Realiti, bukan drama bagai ye. Haha. whatever it is, usaha kuruskan badan. Bukan stakat nganga KFCM, meleleh terus, i pun gemuk melampau ni. haih~ nak kawen ajak hokey... =)

♥ LuRveLyAmiera ♥ said...

cantik sangat...btw, keronsang emas tu owner seremban ke..?^_^

hero said...

sorry to say..
negative picture tu better edit balik sebab pic tu boleh dibetulkan balik dengan edit tanpa cacat cela..

invert color je, dapat pic asal..
blurkan much better :)

Z said...

Elia, I love your writing. You're funny and smart. Keep on writing, don't let the haters get to you. Beautiful ceremony! Congratulations!

Pemburu Cinta Agung said...

very bright smile on the last pics...smoga jodoh kalian hingga ke syurga.. :-))lagi satu...teguran sdkit...ade gma persiapan mjlis tu, nampak aurat elia..so harap remove...this is for ur safety jgak :-)

kyairulniza said...

semoga elia nsentiasa tabah...hapy...dilindungiNYA selalu, dirahmati..setiap berlaku ada hikmahnya..sentiasa yakin..Tuhan tidak pernah menghampakan doa hambaNYA..

Suez said...

even its ending not in good condition..u can survive..

shila said...

hr ni baca paper elia dh putus tunang..moga tabah hati...kalau dia mmg jodoh elia, takkan ke mana..

sheila sam said...

congrates elia

sheila sam said...

congrates elia...

Effa said...

salam Elia. hmmm suka tengok + sedih tengok. saya hampir rasa cinta kamu dan dia macam fairy tale. too sweet to be true? but i really really hope, bulan ramadhan pula kan, elia dan dia ada jodoh. mudaha-mudahan dia sedar sebelum terlewat. mudah-mudahan dia nampak pengorbanan elia selama ini. mudah-mudahan. Saya doakan sangat2... Amin Amin AMin...

not all loves story begin and end with smooth going...

Azreena said...

rasa sedih pulak akak baca entry ni.apapun,be strong. ALLAH mesti ada sesuatu nak beri pada kamu.

yang penting,teruskan berdoa & jaga maruah sebagai seorang muslimah. insyaALLAH,the day will come.

LadyBird said...

cantiknye gambar ..

http://ladybirdscollection.blogspot.com/

kitty cat said...

bgs la elia x jd kawin dgn si MIA tu..sblm kawin pn da nmpk belang dia,skandal ppuan sana sini..lps kawin ntah apa la lg cerita2 terbongkar..tuhan syg kt awk elia,die nk temukan awk dgn someone much better than your ex-MIA ni.. u will find ur mr perfect,mr right someday...just be patient & strong ok. slps hujan ribut yg amat lebat,akan muncul 1 pelangi indah.inshaa'allah.

kitty cat said...

bgs la elia x jd kawin dgn si MIA tu..sblm kawin pn da nmpk belang dia,skandal ppuan sana sini..lps kawin ntah apa la lg cerita2 terbongkar..tuhan syg kt awk elia,die nk temukan awk dgn someone much better than your ex-MIA ni.. u will find ur mr perfect,mr right someday...just be patient & strong ok. slps hujan ribut yg amat lebat,akan muncul 1 pelangi indah.inshaa'allah.

kitty cat said...

bgs la elia x jd kawin dgn si MIA tu..sblm kawin pn da nmpk belang dia,skandal ppuan sana sini..lps kawin ntah apa la lg cerita2 terbongkar..tuhan syg kt awk elia,die nk temukan awk dgn someone much better than your ex-MIA ni.. u will find ur mr perfect,mr right someday...just be patient & strong ok. slps hujan ribut yg amat lebat,akan muncul 1 pelangi indah.inshaa'allah.

Blog Widget by LinkWithin