Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Tuesday, January 3, 2017

Resipi Pai Ayam dengan Kerak (Crust pie)



Assalamualaikum, 

kalau korang nak tahu Elia ni penggemar pastri.
dan memang suka sangat pai..

so dah minat sangat tu kena la try buat sendiri..

ni nak share resipi.. enjoy~!









Bahan untuk pastri : 1 cawan air sejuk dari peti ais 
3 1/4 cawan tepung gandum 
180 g mentega 1 sb gula









Tepung yang telah diayak, masukkan dalam besen bersama gula dan mentega


percikkan air sejuk sikit demi sikit


uli sehingga sebati. agak-agak ada rupa doh tu jadilah


bahagikan doh kepada 3 bahagian.









Bahan-bahan untuk filling (inti) : 2 keping dada ayam didadu kecil (nak letak ayam kisar pun boleh) 2 biji tomato potong dadu, 2 batang cederi, 5 biji cendawan butang dipotong nipis 1 sb lada putih 1 biji bawang besar didadu 1 biji ubi kentang didadu 1/2 batang karot didadu 1/2 paket mixed vege 2 - 3 sudu minyak, 2 sudu tepung jagung (boleh gantikan dengan serbuk sup cendawan or campbell soup)




-panaskan 2 atau 3 sb minyak. -tumis bawang besar hingga layu


masukkan isi ayam, kacau sedikit. masukkan bancuhan tepung jagung/ serbuk sup /Campbells cream of chicken dan sedikit air jika perlu. -biar didih sekejap dan ayam telah separuh masak



-masukkan semua sayuran dan masak hingga  empuk (sekejap saja)  -kacau rata dan matikan api, pastikan tekstur filling ni creamy dan tak berderai. Ketepikan filling dan biar sejuk.



sapukan mentega kat foil/loyang supaya doh kita nanti tak melekat lepas bake


tabur tepung pada papan canai dan ambil satu bahagian doh dan canai nipis.


Masukkan dalam foil/loyang pie (boleh dibeli dikedai peralatan bakeri). 

isikan inti kedalam doh

Bakar pastri pada suhu 200'C selama 10-15 minit 

 -keluarkan pastri untuk sejukkan, biar sedikit suam dan masukkan filling dan ratakan.



Potong lebihan doh dan rapikan.

 -ambil garfu dan tekan kat keliling tebing atasnya. 




 -canai 1 bahagian doh lagi dan tutup bahagian atas pie 
sapukan telur kat atas pastri ye.. tu optional . taknak buat pon takpe




 pastu bakar pastri pada suhu 200'C selama 10-15 minit lagi bergantung pada suhu dan  masa oven masing-masing. api atas bawah ye


kalau macam tak fully masak, lama kan sikit lagi. kalau boleh lamakan dapur api bawah. 
sebab pastri belah dalam tu lambat skit nak masak.




camnilah rupanya nanti



inti mestilah mampat dan padat.. kalau berderai tu maknanya inti dia cair la tu



kalau extra rajin buatlah brown sauce. hehehe.. 

resipi brown sauce nanti2 lah kite share ye ;p



selamat mencuba~!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin