Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, June 1, 2011

Sunshine Smile Contest


Elia ni seorang yang sangat malas untuk join contest-contest ni.. tag la contest apa pon.. kalau dah malas tu memang malas la. tapi lepas je dapat tahu pasal satu contest ni saya rasa naaaak join jugak-jugak.. sebab contest dia sangat related ngan myself. berkait rapat dengan my natural habit. bukan habitat asal ye. tabiat semulajadi. plus hadiah dia cambest je kan.. nak tengok hadiah dia boleh click sini



-Ashraf Jalil-



Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/
http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM)yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html
5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:
http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


-------------------------------------------------------

Senang sangat syarat-syaratnya kan? kebetulan dah memang hobi Elia ni senyum atau sengeh ni. taktau la kenapa memang kebanyakkan gambar candid mesti tengah tersenyum atau pon lebih buruk lagi tersengeh macam kera je.. huhu

so are u ready??

jeng jeng jeng...


inilah gambar yang akan dipertaruhkan:




"A picture worth a thousand words".. Sekeping gambar membawa seribu makna atau kata-kata..Gambar ni memang salah satu gambar candid menyengeh yang paling saya suka sebab gambar ni membawa seribu makna dalam hidup saya.

Gambar saya berada dalam keadaan yang sangat gembira dan ceria setelah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati setelah mengharungi beribu liku-liku dan ranjau cabaran sepanjang bergelar kekasih. Pertunangan yang dinanti-nantikan setelah beberapa kali ditangguh dek kerana kepadatan jadual dan kesibukan si jejaka yang kini bukan sahaja milik saya seorang namun terpaksa berkongsi bersama jutaan penyokong bola sepak Malaysia.


Kebahagiaan jelas terpancar di wajah setelah bakal ibu mertua yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memenuhi hasratnya menyarungkan sendiri cincin di jari manisku. Sebuah majlis pertunangan yang ringkas namun meriah ini sangat bermakna bagi saya kerana ia adalah hasil penat lelah dan titik peluh saya dan sekeluarga. saat itu cukup indah dan akan dikenang selama-lamanya. Semoga jodoh kami berkekalan hendaknya... aminn


ok x entry saya ni? agak2 boleh menang tak en.Ashraf Jalil?


3 orang yang saya nak tag ialah:


2. Along


ha... sesiapa lagi yang berminat join contest ni mari lehhh....~!!

10 comments:

우미 칼솜 said...

Kak Elia pun join? Waahaaa ada pesaing yang hebat ni! Hehe kidding :D Love your smile. Btw betul, Cikmie pun malas nak join contest tp contest kali ni macam agak COMEL :) Wish you luck (; xoxo

idafirdausi said...

gud luck dear.. :)

Hudalatip said...

Semoga berjaya..memang nampak begitu ceria sekali..:)

shuhadah Zainol said...

eh dia ade lesung pipit...shomel sgt...:)

gud luck dear...

Aimi Bahari said...

comelnya kak elia cenyummm. hee =)

αяfaekα αямαɴd said...

Wahhh!! Elia join jugee ;)) Gudluck babe <3

Ashraf Jalil said...

Terima kasih join =D senyum dah ceria bebeno tu,.. kalau berjaya mengalahkan keceriaan peserta2 hebak lain, menang le..hehe. GUDLUCK!

Fika Rozaidi said...

cantik kak elia time ni! hehe ;)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

santek dimples cik elia tuh!

Ain said...

elia...saya mintak izin ...tadi saya copy entry contest ni dari sini...Hope Elia tak marah ek...Tenkiu!!!

Blog Widget by LinkWithin