Thanks For Viewing My Blog =)

Tuesday, August 9, 2011

Sudah Tersurat. Aku Redha


Bismillahirrahmannirrahim....

Salam semua.. firstly elia nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog kesayangan hamba ni. Bukan apa, saya ada beberapa exam atau test2 penting yang perlu diutamakan. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online. Saja meng-away-kan diri dari dunia luar untuk dapatkan ketenangan dan focus. Yelah kebetulan ketika dugaan berat menimpa ni, ada berlambak pulak quiz dan test2 penting untuk dihadap. So, nak tak nak kenalah dahulukan yang penting dulu ye dop?


Ya Allah.. peritnya nak buat entry kali ni.. entry yang paling perit pernah saya karang. Setiap jari jemari ini menaip, setiap kali itu saya cuba menahan sebak di dada dan takungan air di kelopak mata ni. Perit.. cukup perit hanya Tuhan yang tahu. Namun saya kena kuatkan diri menaip entry ini dan sekaligus beritahu kepada semua orang. Kawan-kawan sekolah, rakan-rakan baik, rakan cyber dan semua yang mengenali diri ni.


Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (mungkin ini kali terakhir akan guna this nickname dalam blog ni) dah putus tunang. Walaupun belum secara officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih bila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan.



Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.



Seperti yang pernah saya sebut sebelum ni, dugaan yang menimpa diri ini memang diakui dugaan yang terbesar pernah saya tempuhi sepanjang usia 22 tahun ni. Terlalu banyak kesakitan dan keperitan yang terpaksa dilalui dalam masa sebulan ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. dikhianati, ditipu, difitnah, dihina, dikeji, dipandang serong dan macam-macam lagi terpaksa saya telan walau sepahit hempedu.



Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.



Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni. They've been by my side the whole time. Without them, i don’t know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri? I don’t know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?



Sekalung ucapan jutaan terima kasih buat rakan-rakan rapat yang caring about my situation and condition. Kalau nak sebut satu-satu memang sampai esok pon tak habis. Ramai sangat. Terkejut bila buka inbox penuh dengan messages dari anda semua. Ada yang short and simple ada yang panjang macam cerpen pon ada. Ketahuilah anda semua bahawa saya telah membaca setiap coretan anda. Terharu yang tak terhingga sampai ada yang buat saya menitiskan air mata membacanya. Ada yang bagi kata-kata semangat, tips, keratan doa untuk diamalkan, ada yang kongsi pengalaman dan banyak juga yang memberi nasihat dan teguran berguna. Terima kasih yang tak terhingga Elia ucapkan kat anda semua. Kakak,abang,adik,aunty and uncle semua. Kata-kata korang sedikit sebanyak telah menguatkan elia dan buat saya tabah dan redha dengan segala ketentuan ini. Maaf sangat kalau saya tak dapat nak balas semua msg korang sebab terlalu banyak. Tapi ketahuilah semua bahawa saya hargai setiap satu coretan korang. Kalau boleh saya nak peluk korang semua (perempuan je la ye..laki2 jgn nak gataii)..betapa korang berjaya menyentuh hati elia. Sayang korang semua tau!


Tak lupa juga buat Haterz dan mereka-mereka yang menangguk di air yang keruh diluar sana, yang tak putus2 menabur kata-kata kesat, fitnah, sindiran dan kutukan kepada saya atau orang disekeliling saya. Terima kasih juga pada anda sebab anda telah membuat Elia makin kuat dan tabah dalam menempuhi dugaan hidup. U guys make me even stronger than ever! Alhamdulillah dan terima kasih sebab menambahkan pahala amalan saya di bulan yang mulia ini. Segala kata-kata anda saya balas dengan senyuman dan ungkapan “Alhamdulillah”. that is what my mum always taught me when ppl say bad things about us.


Saya berharap segala kedukaan ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan datang, insyallah. Elia juga doakan semoga anda semua tidak akan melalui pengalaman yang sama seperti saya kerana percayalah, apa yang saya terpaksa lalui ni terlalu perit dan sadis. I wish none of you have to face this kind of situation in the future.


::pic pada awal Ramadhan tahun lalu::


Setelah insiden putus tunang ni ada beberapa persoalan berkaitan blog yang diajukan kepada saya. so inilah jawapannya.


Adakah lepas ni Elia akan delete je ke blog ni? Yelah.. kan awk dah takde pape dgn your “MIA”

Owhh...NO NO NO.. i wont delete my blog semata-mata pasal perkara ni. Berdirinya blog ini pon loong before i met him(if u read my entries dari awal u'll know)so blog ni wujud bukan kerana dia dan ia tetap akan hidup without him. Saya akan tetap menulis macam biasa cuma mungkin dah takdelah cerita “Lovey Dovey” dah lepas ni. Mungkin pasal benda lain. I got so many plans for my blog and my future and im not going to jeopardise it just because of him. That is so not worth it. So for my faithful readers, stay tuned k darlings?


So Elia akan delete ke semua entry lama yang berkaitan dengan KFCM tu?

Buat masa ni tak. Biar je. Bagi saya my blog is like my diary. So takkan setiap kali kita putus cinta kita akan koyakkan every piece of sheets yang ada cerita about your ex? Everybody make mistakes and we learn from it. Banyak iktibar yang boleh diambil dari pengalaman kita yang lampau. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan k? But in the future kalau ada certain situation dimana saya kena delete atau hide post2 lama tu maybe i will do it. Manalah tau bf baru nanti jeles ke apa. Kenalah jaga hatinye..ye dop?huhu..


Allaaa.. kita follow blog ni sebab KFCM je.. so skrg macam mana?

Ok saya tak pernah memaksa orang untuk buka, baca dan follow my blog. Jika korang rasa dah tak berminat nak baca coretan blog jejariruncing ni lagi, i have no objection if you guys nak unfollow my blog ni. You guys are free to follow and unfollow anytime ;)



Kalau dulu elia duk canang cerita “how I met My Incik Apex” now citelah camne clash pulak!

Haaaipp... ishk3.. memang saya akui banyak bercerita tentang my bf. But who doesn’t? Cuma kebetulan mine was someone famous so benda ni jadi issue. Yes saya selalu bercerita dan share aktiviti harian dekat blog, Tapi anda perlu tahu bahawe tidak 100% cerita akan saya share. Nak di kata kan baru 40% je yang saya cerita.. Banyak lagi yang anda semua tak tahu. Dan tak perlu lah anda tahu…Masalah personal bukan untuk ditayangkan disini. Kami sama macam pasangan yang lain juga.But tak bermaksud bila dah putus saya nak cerita semua keburukan yang dia dah pernah buat. Lagi lagi kalau orang itu insan yang tersayang. I wont! Biarlah blog ni kita cerita yang baik-baik je ok?



Menyesal tak tunang awal ni? Rasanya kalau korang kawin terus mesti tak jadi camni.

Siapa kita untuk melawan takdir? Terus terang saya tak menyesal pun tunang sebab sebelum ni pon ada orang tua2 kata masa tempoh tunang ni lah macam-macam dugaan datang dan masa ni kita akan dapat lihat karakter ‘sebenar’ pasangan kita. Bagi pasangan yang akan bertunang atau baru bertunang jangan takut. Masa tempoh ni korang kena dekatkan diri dengan Allah, kalau boleh buat solat istiqarah untuk petunjuk tentang jodoh yang terbaik untuk kamu. Insyallah kamu akan dapat petunjuk. Sepanjang tempoh bertunang dan berkenalan dengan bekas tunang pon saya dah buat dan berikan sehabis baik untuk hubungan kami. So walaupun tak menjadi, tiada sebarang penyesalan sebab kita dah buat yang terbaik.


So apa plan Elia lepas ni?

Hm... plan banyak.. masa duk meng-away-kan diri ada juga saya bermuhasabah diri dan ada a few things that i would like to improve and take into consideration. Apa tu biarlah rahsia. Just wait and see k? ;D



Uishh.. dalam perit tak perit pon leh tahan panjang gak entry kali ni. Maaflah kalau telah membazir masa korang baca entry ni. So setelah diterangkan panjang lebar, harap lepas ni dah tak nak dengar dah pasal benda ni. Terima kasih sekali lagi pada yang rajin hantar message kt facebook or twitter dan juga komen kat blog. Terima kasih juga buat anda yang mendoakan kebahagiaan saya dan MIA. Dan diharapkan anda tak berhenti mendoakan kebahagiaan kami. Sama ada kami akan kembali bersama atau berpisah untuk selamanya, itu semua terpulang kepada Allah SWT. He knows the best for us. Insyallah, di hari baik bulan baik ni Allah banyak bagi petunjuk. Syukur Alhamdulillah. Saya yakin, ada seribu rahmat dan hikmah di sebalik semua ini.


Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua ;)






752 comments:

«Oldest   ‹Older   601 – 752 of 752
noorlizanasikin said...

salam elia....kak liza nie silent reader jer kat blog elia....akak tahu adik seorang yg tabah....alhamdulillah adik dikelilingi dgn family dan org2 yg sayang dan ambil berat pada adik...ALLAH tahu adik seorang yg tabah ketika ditimpa musibah....itu sbb ALLAH bagi dugaan nia pada adik..ALLAH takkan bagi dugaan yang tak mampu hambaNYA tempuhi....INSYAALLAH....setiap dugaan ada hikmahnya...akak doakan adik berjumpa jodoh yang lebih baik dari sebelumnya...AMIN.....SENYUM SKIT....hehehe

dalin said...

elia, rasanya i ternangis sama bile baca blog elia akhir2 ni. i can feel u..
tp percayalah, i used to recite the same doa, dan Allah berikan pelangi utk saya hari ini..
tp feeling itu adalah spt "berada di tempat yang gegak gempita, but u feel that u are alone" kan..
percaya pd janji allah..

Taty Hasbi said...

Yeeeaaayyyy.....suda jadik follower..Akak,sabar ye..tabahkn hati..owez b strong ye.Luv u sis!!!

lurveWhity said...

Tabah la elia...my experience pon mcm u, dh nk dkt wedd si dia mntk putus..but all the while family alwiz support right... insyaAllah brtemu jdoh yg sebaik2 nye..

Pn Hafizah said...

Hi Elia... harap Elia sabar ye.. semoga berjumpa dengan orang yg lebih baik dari sblum ini... semua ini ade hikmahnye.... Take care dear.. we will support u :)

Isamuddin Isa said...

walaupun saya akui awal2 saya follow blog ni sebab KFCM.. tapi setelah lama mengikuti saya minat dgn penulis kak Elia.. so terus berblog ok .. Chill lor sista! hohoh

NiaZalia said...

Dulu pernah melalui apa yg Elia lalui..sedih,perit,malu,kesal,dikhianiti..entah bagaimana nak digambarkan kesakitan itu..hanya Allah saja yg tahu..

Dan betapa Dia Maha Pengasih & Penyayang..kini segala kesakitan itu terbalas....Seorang Suami yg baik, 2 puteri yg comel & bijak..adalah anugerahNya yg tidak ternilai..Alhamdulillah..

Elia..harungilah fasa2 kesedihan ini dgn semangat yg kuat dan maruah yg tinggi..InyaAllah kemanisan itu akan jadi milikmu jua dik..

Eyn said...

Be strong! Ade hikmah semua ni k.
Live ur life to the fullest and have fun!

p3rch said...

hey you go girl~!daradaradaradara dat dat girl~!sokkey adik elia. the whole world is waiting for you. so much to do so much to be. still young and glimmer. i'll still like you!

aizamia3 said...

jadikan ianya sebagai pengalaman yang berguna untuk masa depan.. pengalaman mendewasakan kita..

jangan hanya kerana kita putus tunang, hidup kita berantakan.. life must go on..

buang yang keruh ambil yang jernih..

Darling Aween said...

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

lirik lagu VC yg elia letak :(. emotional pulak saya sampai nangis...sapa yg pernah lalui tu tahu betapa sedih dan berat dugaan ini..

yess itu akan jadikan elia kuat.. one find day u will thankful of all this thing happen. u will be stronger than ever.

jangan pernah berhenti berdoa yang terbaik pada orang yg pernah kita cintai dan sentiasa maafkan kesilapan dia tau!! kerana itu akan buat elia tenang selamanya

TAKE CARE DEAR SIS

princess said...

perkahwinan ibarat membina sebuah masjid kita akan di uji satu persatu...setiap saat syaitan laknatullah akan sentiasa menyesatkan kita agar masjid yg kita bakal bina itu sama sekali tidak akan menjadi...

...dan.....ini lah jawapan nyer...

Unknown said...

sabar lah. semua ni ada hikmahnya. kitorang datang baca blog ni bukan semata-mata sebab kfcm lah.
:)

|seliparkoyak| said...

abaikan x terbitkan y. he just a chapter in the past. dont close the book, just turn the page. & let the time kill the pain

fiqaliqa said...

hmm sedih jugak bila baca. tp mesti sis lg sedih dr kami. semoga sis terus tabah ya :) banyak lagi orang yg menyanyagi sis :)

p/s: komen ayeem ayam tak leh blah. ahahha

zarashaw said...

finally....glad to see u updating ur blog..life goes on dear....hwaitin...

aNaK_iSTeRi_iBu said...

sabar ye Elia.. ini sume dugaan ALLAH.. segala yang berlaku ada hikmah disebaliknaya.. ALLAH tahu apa yang terbaik buat hambaNya..

cik lin butterfLYNN~~ said...

Salam elia,

banyak2kan b'sabar ye, terima dan redha dgn ketentuan Tuhan ni, semua yg b'laku pasti ada hikmahnya, mana tahu Allah nak pertemukan Elia dgn jodoh yg lebih baik dan lebih sesuai dgn elia kan, ape2 pun be strong kay

naty atee nett netty said...

awwww.....too bad for u...
next time jgn la over sgt kot....
jgn meroyan sudah la lpas ni ye...

Narmiayif said...

be strong. Allah knows the best for you.

Diyana Nordin said...

tak thu lah kau nk bce komen ni ke tk..
tapi..next time bercinta..jgn canang 1 dunia,menunjuk2 kan kebahagiaan sgt..
penuhkn blog anda dgn tips2 berguna ke..bincangkn isu semase ke..ok..?

a.n.i.Q.u.e said...

Rasanya ini adalah entri yang terbaik antara semua yang pernah ditulis di dalam blog ini.

Sangat kagum dengan kekuatan kamu bangun bersemuka menghadapi hakikat serta kenyataan dan juga semua yang ternanti2 respond kamu dengan apa yang telah terjadi. Walaupun perit dan payah tapi penuh kematangan, tenang, jujur dan telus, tulisan entri ini menjawap semua persoalan dengan baik sekali.

Kekuatan dan kemtangan yang ditunjuk pada entri ini mungkin tak disukai HATERs tapi melegakan lebih ramai yang menyokong kamu.

Setiap kesukaran yang dialami akan dituruti dengan kesenangan. Itu janjiNYA ... teruslah bersandar pada kasih dan rahmatNYA kerana ujian ini lebih mendekatkan kamu padaNYA.

Salam hormat. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik kamu.

Mazatul Hafizah said...

Dear.. last time in my comment i wish u to be happy wth ur MIA.. tp nmpknya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kalian berdua.. sesungguhnya Allah lebih tahu apa yg lebih kalian perlukan.. semoga elia terus tabah k.. btw, u look so nice wth hijab.. sungguh ayu dirimu.. x usahla nak kesahkan dgn kata2 org.. manusia ni perkara baik pun depa kata, inikan pula sebaliknya.. sesungguhnye me myself feel so sorry for u.. wpun sy x kenal ur ex n urself personally..but i can feel ur sadness.. but my wish.. semoga kalian tabah.. dan sy juga x mahu KFCM kecundang dalam kemegahannya kini.. mudah2an dipermudahkan urusan kalian.. amin.. hugs n loves for u..

Farah Deeb said...

Sabar ye Elia. Setiap yang Allah rancangkan itu adalah yang terbaek.

zaza said...

semoga tabah dan kembali ceria!!kumbang bukan seekor tau!!cheer up!

kuchalana said...

Idup musti terus..

seliparpink said...

be strong ye elia! life must go on..god knows who's better for you ;)) time will heal your wounds! go elia go i know you can..smile~~

nazayiena said...

Semoga Elia tabah menghadapi ini semua dan dugaan Allah buat hambanya yg terpilih dan Insya Allah pas nie Elia akan dpt penganti yg akan lbh baik dr nie....

Cik Nina said...

sys , hope bersabar banyak banyak . one day , bile ade sesuatu happen , dan diikuti dengan rase bersyukur tak terhingga , mase tu kite akan sedar , betape besarnya hikmah yang Allah berikan untuk kite setelah menghadapi ujian sebesar itu . seorang pergi , lihatlah , seribu orang datang untuk menggantikan yang satu tadi . dan satu yang benci , seribu yang sayangkan kite . hanya yang terbaik , akan mendapat yang terbaik . janji Allah pasti . Ade hikmah sys ditimpekan ujian yang berat dan besar macam ni pade bulan Ramadhan kali ni . Here some hadis for you ! Be strong sys ! "Jangan resah andai ada yang membencimu kerana masih ramai lagi yang mencintaimu di dunia, tetapi resahlah andai Allah membenci mu kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat"-Imam Al-Ghazali.

Smile sys ! Always pray for you .

Anonymous said...

hye sis, sabar dgn apa yg berlaku..abaikan apa org kata..teruskan hidup..

Nur -al- Ain said...

terus kuat kak! sayang akak!

senorita25 said...

I love u and ur blog! U go girl! Let past be past, u move on okey! One strong girl, I'm so inspired to be strong-willed like u:) May Allah bless you always:)

Puan Awin said...

Sejauh mana seseorang itu mampu menghadapi tekanan ,sebanyak itu lah ganjaran pahala yang bakal diperolehinya... Semakin besar tekanan yang dihadapi , semakin besar nilai pahala di sisi Allah s.w.t....

shedameor said...

go kak elia. syabas sebab tabah menghadapi dugaan ini :)

chintaliza said...

dik moga tabah.. hidup kene terus.. jangan jatuh dek maki and keji. tapi kene terus ke hadapan mengahdapi semua dugaan... <--Chinta-->

Unknown said...

sabar ye elia .

ImaNajwa17 said...

salam sys . saye yakin sume nie ade hikmah di sebaliknye . life must go on ! :)

liyana mohamad said...

elia..!! nice bila u bertudung..
Jodoh pertemuan, ajal maut , semua ditgn Allah..so, mungkin Allah da sediakan yang terbaik utk u nanti..SABAR ok... whatever happen, juz keep thinking positive about that.
& SALAM RAMADHAN..!!

penyelam_tempur said...

standing by

: : memeng : : said...

elia..

setiap org dugaan dia lain2..
kita anggap dugaan kita ni baru secebis dari dugaan insan2 lain yg lebih besar kan..

keep it up ur blog n keep moving forward.. tiada MIA biarlah... tapi ALLAH ada mengiringi hidup supaya di landasan yg lebih diredhai..

take care..
http://hizbulautad.blogspot.com/

penyelam_tempur said...

standing by

are_tik25 said...

Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya itu...semoga kamu lebih tabah menghadapi semua nie...apa yang berlaku dibelakang tabir kehidupan ini tidak pernah menjanjikan apa2, kta tetap dipertemukan oleh dia yang maha Esa..

ceritera ouhhmiera said...

Kuat kan semangat , jangan mudah berputus asa ( :

Baby Bee said...

Owang Yg Baek hanya layak Untk owang Yg baek je sis..X mo Cdey2 ye.;)

MOHAMAD FARIS BIN MD NOH said...

sabar, ni semua ujian drp Allah utk menguji kekuatan dan ketabahan hati kita, teruskan berdoa, insyaAllah, satu ari nanti seorang yang terbaek dan setia akan datang dalam diri anda, jgn nak sedih2 psl org yg xreti nak hargai diri kita tu, membazir air mata jer, be strong k!

ku-cit said...

citer lama jgn dikenang..

yg penting jalan biar ke depan..

cikady said...

salam ramadhan elia..b4 dis im ur silent reader ....but fer dis entry..terasa ingin meconteng sstu kat sini...xthu la kalo elia terbaca ke x..hehe...nothing much...juz nk ckp..kalo dpt jmp elia...saya nk ckp bnyk bnda...tapi kat sini nak ckp satu jer..saya harap saya juga mampu jadi setabah elia bila dugaan menimpa..
saya suke baca yg elia jawab soaln tu...sape kita nk melawan takdir?????

Siotto Castello said...

Allah tahan satu nikmat, sbb nak bg nikmat yang lain.

Allah turunkan hujan ribut dan petir, sebab nak bagi pelangi yg cantik selepas itu.

p/s : mana tau aku adlh pelangi itu..Insyaallah..

syafieyka_ff92 said...

dont worry jejariruncing...
insyallah,ape yg jd ni ad hikmah nyer..

rafidahzakaria said...

be strong elia okayy! :)
mybe there's someone better for u..
Allah knows the best.insyaAllah..

:: cikNuurul :: said...

cntik elia brtdung,.truskn dgn hikmah ni ye,.keep it up,.

dn truskn banyakk bersabar,.walaupon perit,pahit,tp sumenyer dtg dr DIA kn?,.dr DIA kite dtg,kepadaNya jgk kite kembali,.apeeee pon,kite yg cume diberi pinjam nafas hanya smntra ni,brsykur dikurniakan hikmah sbgini,.ade lg yg lebih hebat dugaannya,.


smile owez dear,.

N A T A S Y A ツ said...

fuh ~
lame saya scroll ke bawah nak cari 'Post A Comment'

hehe, sabar ye kak.
mungkin Allah nak beri yang lebih baik kat akak :D

*suda follow, ;)

Kunta said...

you deleted your blog footer??

sangpemimpi said...

teman sekolej nk ucap takziah..walo baru berapa kali teserempak tapi sebab same2 pompuan sy pun blh rasa apa y elia rasa..jadi bersabar jela ek..lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..ada hikmahnya dr apa y terjadi ni

Anonymous said...

Salam,Elia...

TAKKAN DIKATAKAN BERIMAN SESEORANG ITU JIKA TIDAK DIUJI BAGINYA OLEH ALLAH...

Semoga tabah menghadapi ujian.Allah bersama hambanya yang sabar...TRUST me...oneday,u will find someone even better than him...dia baru diuji dengan ALLAH,tapi hatinya tak teguh,tak setia,baru datang perempuan biasa,bukan bidadari syurga,dia dah berpaling tadah, so berdoalah elia,ALLAH sentiasa mendengar segala keluh kesah kita.Setiap yang berlaku ada hikmah,yang tersirat dan tersurat.Inshaallah,Allah maha adil,skarang pun dah terbukti kesalahan dia.
kadang2 apa yang ditarik dari kite ni,bukan yang terbaik,sebb ALLAH nak beri yang jauh lagi baik..So jangan KECEWA...

asTaNa iMpiaN said...

Allah owez there for u ;)

mungkin ada hikmah dan rahmat disebaliknya.. =)

redha dgn ketentuanNYA..
mmg sengaja Allah menemukan kita dgn org yg salah supaya kita tabah & sabar dlm menempuh dugaanNYA..

kumbang bkn seekor..hehe
sekian...

Syimama said...

Salam Elia..
Tahniah kerana tabah.
Pelajaran lebih penting demi masa depan.. semoga mendapat pengganti yg jauh lebih baik dan berbahagia dunia akhirat.

fara_shazilah said...

hey elia...b strong k..i know wat u feel...coz i jg penah rasa begini dulu,,,mmg sakit n perit...myb ada yg lebih bek dr dia..& believe in karma...enjoy blogging k...;))

cik konah said...

Salam elia.
Ramai dah bg kata semangat kan.
Yakinlah suatu masa dan ketika nanti akan didatangkan jodoh yg sesuai dan mengimbangi kehidupanmu.

Bukan salah sesiapa tetapi jodoh maut terletak di tgnNya dn dugaan ini utk Elia jadi lebih kuat dan bersedia utk hari esok.

Sibukkan diri aktifkan blog utk elak mengenang masa lampau.. ;)

Anonymous said...

as salam elia..sabar yer sy pun sedang merasa ape yang elia sedang rasa skung...banyak kan berdoa dekat kan diri dengan ALLAH S.W.T...mmg susah...tp..itu je yang mampu kite lakukan sebagai hambanya..

Nazifa M.Zali said...

someone deserve u better than him..InsyaAllah

aqeyLs said...

salam kak elia. seriously sy xdela folow ke ape ke b4, doesn't meant sy x suke just sy x buat ape2 pn evendo act sy admire ex tunang akak tu.. hehe=p..

but now, bile bace en3 akak ni, saya xnak judge tp saya rase pandangn saya pada akak dah berubah.. so dear sis, be tough k.. Allah sentiasa bersama org yg sabar,, btw, maybe lepas ni dpt yang ebih baik kan, who knows?? amin... maher zain ke.. mcm ina naim,.. hehe. dun worry akak, saye sokong akak..always believe everything happen for reasons

btw kak, siapelah saye untuk menegur itu dan ini tp akak nampak lagi cantik bertudung.. hehe:p.

itu je.. assalamualaikum:).

noona said...

salam,elia..sy xpenah bce blog awk n xpenah tau ttg awk dan kf..this first time,sejak tersebar lam newspaper bru kenal awk..but sy doakan semoga awk bahagie dngn kehidupan baru..buang yg keruh ambil yg jerneh..biarkn die,yg penting mgkin ade hikmah disebalik ape yg terjadi Allah nk bg and jangan risau Allah maha adil...everytime org yg menganiaye kite dpt 'cash' but kite xtau bler?..arap2nye,awk bersabar n wish awk dpt lebih baek dr sebelum ni,amin..key

HAZIRA JAVADD KITE said...

sabar ye Kak Elia .....we always suport you....I'm really sad when I read this entry...hope you'll be alright...sabar yea Kak Elia ....

::~aFiFaHaNi~:: said...

mungkin sy bukan siapa2 untuk berkata tentang hbgn elia ngan KFCM, sy doakan semoga elia tabah n terus kuat.. setiap yg berlaku pasti Allah jadikan bersebab..

whenever you feel that everything is going wrong,
It is just ALLAH'S way to make your spirit strong.

salam sayang..^_^

YYDJ 0501 said...

sabar jerk k elia..
wlw mcm mne pown,sy still bukak blog elia..
best ape blog elia..
(^___^)

Raden said...

sy faham sgt perasaan kamu. takpela..redha jela. some1 better is waiting 4 u somewhere out there :)

lotsa hugs n kisses :)

alepridz said...

sabar ye elia.... semua org mendoakan elia...

jom singgah sini...
APA ITU POKE?

Cart Kartika said...

akak elia..

Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh dan kilat. kita tertanya-tanya Kemana perginya sang matahari? Rupanya Allah ingin menghadiahkan kita sebuah pelangi yang indah ..

selamat berpuasa yep.. keep smiling ^^

Syafiq Mokhtar said...

Apabila kita tidak mampu menghalang banyak perkara dalam hidup kita, maknanya di sebalik kehidupan kita ini ada kuasa yang maha hebat. Kuasa itu yang menjadikan air sebagai perkara yang kita perlukan setiap hari dan kuasa itu juga yang menjadikan sebagai perkara yang menakutkan apabila dia mahu. Kuasa itu yang mencipta, merancang dan menyusun segalanya mengikut kehendaknya sendiri. Kuasa itu adalah Tuhan kita, Allah.

Jadi tidak semua perkara yang kita harapkan dapat di-gapai..Itu sebab pentingnya redha dan percaya akan rukun iman yang ke6, kadang Allah sembunyikan matahari, dan memberikan kita hujan ribut dan petir, kita merintih takut, sebenarnya DIA nak hadiahkan pelangi yang indah pada kita.. Sesungguhnya DIA tau apa yang terbaik untuk kita..

Tidak semua mimpi dan harapan akan terwujud sesuai dengan keinginan kita

Sekiranya Allah cepat makbul doa kamu maka ketahulilah bahawa Allah menyayangimu, sekiranya Allah melambatkan makbul doa kamu sesungguhnya Allah ingin mengujimu dengan sesuatu DAN sekiranya Allah tidak langsung memakbulkan doa kamu sesungguhnya ketahuilah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kamu.

Anonymous said...

sis elia , tabahkan hati yea . be strong sis ! :)

aters said...

Dear Elia,

A good man is there for a good woman. You're a good woman and God has made a point that you won't suffer later in life. Although we, your readers might know you in the first place as KFCM's former fiancee, now we know you as a strong woman able to stand all the hurdles in love. Sakit mata memandang, sakit lagi hati yang memikul duka... Usah dikenang kisah sedih, jadikan tonjak kekuatan menghadapi masa depan...

Keep up your blog, because you're a fun and sweet girl.
Cheers!

Anonymous said...

Perancangan ALLAH itu hebat Dan DIA menduga HambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA.DIA maha mengetahui apa yang terbaik.

Siti Athirah said...

bersabar je la...kak elia...kumbang bukan seekor...patah tumbuh hilang berganti...kalau ada jodoh tak kan kemana...yang penting akak da tahu siapa dia sebenar ...dan mungkin ada hikmah disebalik semua ni...apa2 pon saya suka bile tengok akak bertudung...so...sweet.....

MISS IMAKASIHDANI said...

1st time comment sini, selama ni jadi stalker je ;D whatever it is keep smile, dgn tu kita tau kte ade kekuatan,.. everything happen for a reason kan, who know? yang diatas tahu y terbaik ;) salam ramadhan..

Datinrockers said...

sabarlah..memang betul elia ckup beruntung menerima ujian ini dgn awal.cuba fkir kalau dh kawin??mak wat mcmmn.lelaki zaman skang bukan tetap pendirian.walupun muka baik,hati baik tp kit xtau apa dlm akal fikiran mereka.walauapapun,saya ucapkan selamat menempuh kehidupan baru.xsemestinyer selepas ni kena cari tunang baru.tapi fikirkan sesuatu yang lebih bermakna dalam hdup.assalamualaikum..

Miss F said...

slm elia...i was crying bce ur entry pasal putus tunang...
sbagai seorg perempuan saya phm situasi elia..sy harap elia tabah n ceria..
**ALLAH telah ciptakan makhlukNya berpasang2an..insyaALLAH elia akn jmp lelaki yg lbh bagus..
satu je yg bley sy ktkan
biar org buat kat kita jgn kita buat kat org..n ignore je haterz2 tu...SEMANGAT!!TUNJUKKAN KAT ORANG KAT LUAR SANA YANG ELIA TAK LEMAH...

Iyiana said...

its ok elia, long journey to go. kita hidup tak pandang belakang, tapi pandang ke depan kan? jangan putus harap ya..

.dida mumin♥ said...

GOD had a better plan for U...stay strong & kickin' girl!

http://didamumin.blogspot.com/2011/08/hati-yang-goyah.html

p/s : if u love him, let him go, if he come back he's yours, if not it ever meant to be...

Anonymous said...

almk bnyk nye komen bg smgt..hehe..tp sy nk gak komen..hehe...

ske bce entry blog akk..psl ap yg jd kt akk,hope akk sbar yerk..insyaallah ad yg terbaik utk akk kt lua sne k..

azura said...

salam elia

akak dah lama baca blog ni (silent follower) cuma kali ni tergerak hati nak komen.

akak pun penah alami situasi macam elia, clash ngan ex-bf masa nak ramadhan few years ago (kami blum bertunang), sbb ex-bf akak ada orang ke-3. masa tu mmg rasa dunia gelap sgt n i swore to myself akak tak percayakan lelaki dah.

tp nak dijadikan cerita, masa raya tahun tu gak akak ditakdirkan jumpa someone special and org tu dah jadik suami akak pun sekarang. kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang cukup comel skang ni. suami akak amat baik orgnya, sgt supportive dan akak rasa kalau akak kawen ngan ex-bf akak dulu MAYBE akak tak akan sebahagia begini.

elia masih muda lagi, focus on ur study dulu. akak dulu nak sambung MSc tp org kampung akak cakap belajar tinggi2 nnti tak de org laki nak masuk minang. akak fikir "so what?", at least ada MSc akak boleh dapat keje baik and better life, itu lagi penting daripada laki. kalau dapat laki yang baik untuk jadi suami kita itu kira bonus la dop? alhamdulillah skang akak tgh buat PhD dengan suami tersayang ikut sekali kat oversea. life is just so beautiful...

ok elia, take care dik...tak mo sedih2....laki yang baik berlambak lagi kat luar tu..hensem ke tak tu nombor 2...chivalry is not dead!

yayah yoyet said...

sabar darling~ allah sentiasa ada tok kita,so jgn lupakan DIA . kite doakan yg terbaik tok elia

isandraviolet said...

suke dgn smgt dan ketabahan kak elia.. terus kuat kak.. kami tetap support akak.. lagi satu, dgn ini saya secara rasminya mengakui, saya peminat kak elia.. kak elia, AKAK NAMPAK SANGAT CANTIK DAN MANIS PAKAI TUDUNG.. kekalkan ye.. semoga Allah melindungi dan merahmati kak elia..

Nurul Uzma said...

sabar je lah akak.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.. maybe dia bukan yang terbaik untuk akak.. ingat kata-2 ni..
"bersabarlah atas setiap apa yang berlaku,kerana dengan kesabaran kita akan temui sejuta kebahagiaan"
"kadang-kadang Allah hilangkan sekejab matahari,kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat,puas kita mencari mana matahari kita,rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

senyum sokmo :D

syahira said...

kak elia , smoge tabah . ALLAH mmg dah rancang yg terbaek utk kite. n kite kne tabah utk hadapi semua dugaan-NYA:)

ichieqa said...

waa.. awak sangat matang...plus kmatangan awak tuh mmg sy tabek la!
orang cakap kan
kalau da xde jodoh tu means 'dia bukan untuk kita"
sebb ada lgi baik dari dia..
orang baik tuk org baik,,
kalau da jaht...dpt yg jahat la..
xpe..dunia nikn ada hukum karma..
just wait n see,,plus org femes sng jek nk twu hidup dia cmne..

! ❤ PINKaholicx ❤ ! said...

be strong dear sis,,u deserved someone better,,

Q&Q said...

salam,
sabar ye elia..
saya faham perasaan elia..
sy pun melalui situasi yg sama..
sy dah 8thn couple,
tup2 lg brp bln nk khwn dirampas..
siap pempuan tu main bomoh2 lg..
mmg sedih tp kuatkan semangat ye..
sama2 kita pndg ke hdpn..
teruskn usha capai cita2.. :)

DM said...

Kaum lelaki ni, sesetengahnya bila dah senang, they forget the person who stood behind them, supporting them and believed in them back when they had nothing....senang-senang jer turn their backs.

nhmk :) said...

ALLAH BERI WAKTU KALAU DIA BUKAN YANG TERBAIK,
ALLAH BERI PILIHAN UNTUK KITA BUAT KEPUTUSAN,
ALLAH BERI UJIAN AGAR KITA TAHU INI DUGAAN,
ALLAH MENDUGA SUPAYA KITA LEBIH KENAL ERTI KETABAHAN...

..SUDAH TERTULIS BUKAN JODOH ALLAH ANTARA ELIA DENGAN SI DIA.. <3

Uthey Archie said...

Cayalah kak elia. u r the best. prove to Apek that u still alright and better without him.. and, saya akan terus support kak elia dari belakang.. follow kak elia sebab minat kat entry2x kak yg ada isi , not because KFCM.

be strong. :) jiayou kak elia.

Raina said...

elia , be strong :) jgn pkir mende yg
lepas :) dia akn cary elia satu hary nanty

Kehidupan said...

hehe..selamat berpuasa...ceriaaa yee~~

fasya said...

i pon rase ape yg u rase..tp i respect kat u sbb u kuat..u buat i sedar.. bukan i sorg yg rase pedih putus cinte..ade lg manusia yg lg perit nk trime knyataan ni.. hope u'll meet some1 much better after diz. peace =)

arboqskii said...

sabar ye,,,
insyaAllah ad jalan untuk kebahagian kelak

follow . . . .
arboqskii.blogspot.com/

sheissheis said...

Dia tahu apa yang terbaik buat hambanya,
tugas elia skrg berlapang dada lah untuk tempuhi ujian tersebut,
wish u success in ur exam,..must be strong dear!

ayeen @ cik tudung pinky said...

salam elia..seronok baca entry ni sbb entry ni tunjukkn elia begitu tabah dan kuat hadapi semua ni, walau akak percaya air mata yg mengalir waktu entry ni ditaip tak terkira tumpahnya..

akak paham perasaan elia ketika ni, doa akak dan maybe doa smua yg membaca blog elia, tabahkan hati, kuatkan semangat, redha dgn apa yg dah terjadi..kerana redha adalah ubat yg paling mujarab ketika sakit hati, marah dan sedih.

we love u tau!! ;)

cik mashitah baharom said...

BE STRONG YER. SEMUA TU DUGAAN DR ALLAH. ALLAH HANYA MENGUJI HAMBANYA UANG KUAT. SO, ELIA SALAH SEORANG DARI HAMBANYA YANG KUAT. BERSYUKUR SEBAB ALLAH DAH TUNJUK AWAL2..

143me said...

wow ur so inspirational!so motivated! so mature!so awesome! i was waiting for ur post..ya mmg saya baca blog awak sbb sy mahu tau pasal KFCM tp i wouldn't follow a boring blog! I follow jejariruncing!i love how u write on ur blog!there i said it! ur so lucky u had a mighty strenght! not all hamba Allah have them. and to haterz BACK OFF!!!i mean it

Anonymous said...

assalammualaikum elia... salam ramadan

Kebetolan apa yg berlaku dgn elia samalah dengan apa yg berlaku dgn saya sekarang.... ya, saya akui ianya amat perit untuk saya telan... sangat sedeh nak ditutur dgn kata2,, Walaupun pada raut wajah memberi sekuntum senyuman,,, namun hati merintih luluh...Kehilangan org yg kita sayang lebih2 lagi di bulan ramadhan yang sepatutnya disambut bersama..akhirnya tinggal angan2 sahaja.Namun sapalah kita untuk menghalang kehendakNya...terimalah ini sebagi ketentuan ALLAH, dan pasti di sudah menyediakan yang terbaik untuk kita. AMIN.

Unknown said...

salam kak . alhamdulillah akak masih ada kekuatan . huhu . tia kagum dengan akak elia ! teruskan berblogging yaw . nnty setiap n3 akak, tia nak baca :) fighting !! :)

risz said...

as'salam elia..1st sowi sbb br tau cte terhangat nie...bkn pe xde kat mlysia etek...hi...sejujurnya sy kagum ngn sikap anda..tabah mnghdapi ujian yg berat ini..xsngka lak korg leh pts semasa prkhwinan da smakin hampir..wt ms nie lps hbs je raya sy cdgkn awk g la mekah wat umrah...sy ase awk akn berasa tenang d sana...sy yg br blk dr sne pn ase ketenangan bila berada d mekah..d sne nnti bnyk2 kn la berdoa solat hajat..insyaallah ALLAH akan tunjujkkan jln yg terbaek untuk anda...yg plg pntg JGN MENYERAH n PUTUS ASA...




D’Masiv - Jangan Menyerah

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi


syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Muna said...

sabar ye elia...saya pun pernah merasainya...mmg sangat perit...tp jgn sesekali kita berdendam dgn dia...terimala ketentuan ni dengan hati yang terbuka... InsyaAllah akan ada sinar kebahagian buat elia sekeluarga...akak sentiasa doakan yg terbaik untuk elia....

ciNdhaDahniEa said...

be strong my gurl!

~semua yg terjadi ada hikmahNya..tabahlah!

raziellia said...

sabar jelahhh.. nanti jumpa yang lebih baik.. insyaallah

milo said...

be strong elia..I assure you that you'll never regret after knowing what's the precious 'surprise' would Allah give you then. Just believe on HIM yea dear :)

NikShah said...

Hasbunallahu wa ni'mal wakil - Cukuplah Allah bagiku; Tidak ada Tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dialah yang memiliki A'rsy(singgahsana) yang agung. (At-Taubah 9:129)

hunnyAPIS said...

semoga elia tabah menghadapi dugaan. u r such a sweet gurl. banyakkan bersabar ye..

Farhana Zainuddin said...

Assalamualaikum Kak Elia..

Saya tak back-up kak elia atau abg apex dlm hal nii..

Cuma, apa yg mampu saya tuturkan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah yg tersirat dan ALLAH s.w.t maha mengetahui.. Insya'Allah, pasti ada sinar bahagia untuk kak elia di kemudian hari.. Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.. Semoga akak kuat dalam melalui dugaan ini, selesaikan dahulu tugasan sbg seorang mahasiswi dan graduated jejariruncing, saya akan selalu support akak dan terus mengikuti blog ini spt mana saya tetap menyokong abg apex dan skuad harimau malaya tak kira mereka menang atau kalah..

Saya minta maaf kalau ada kata2 yg menyinggung perasaan akan dan salam ramadhan buat akak sekeluarga!! ~ :)

Affyza Haron said...

lebih kurang sama mcm nasib tunang mawi,ina naim..akhirnya ina ditemukan jodoh dgn seorang ustaz..alhamdulillah..be strong elia..life is like a circle..don't be afraid..Allah ada dengan kita..

miszlulu said...

1. bila org kata 'sabar', kata2 itu mmg kedengaran lebih senang dr perasaan yg dialami. hanya org yg pernah mengalami mcm elia shj yg betul2 memahami.
2. lalui dan JANGAN LARI. tindakan tidak membuang entry pasal si dia tu adalah tindakan bijak. ingat. it's part of your memory..
3. things will get better. it may sound 'bullshit' right now, but trust me. it will. you must feel the pain tu jugak sebelum happiness..
4. all the best and salam ramadhan. kalau rasa nak menangis, menangis jek. jgn tahan. dan kalau rasa nak bergembira, teruskan. life goes on. shit happens.

Permat Hati said...

Semoga sentiasa tabah dengan ujian.. Sesungguhnya setiap ujian dn dugaan yang Allah beri adlah untuk meninggikan darjat seorang hamba.. semoga sentiasa di bawah rahmatNYA.. Amin..

Permat Hati said...

Sabar Ea Elia... sesungguhnya setiap dugaan dan ujian adalah untuk meninggikan darjat seoarang hamba..
Semoga sentiasa dibawah RahmatNYa..
Amin..

Kugilalensa said...

sowey mencelah,..mmg pedih tuk hadapi tetapi harus kuat tuk lalui,...stay strong n gud luck...

roeza said...

be strong girl!

misz violet said...

sbr byk2 k.. sy pn menghadapi situasi yg sama cm elia..mmg perit sgt nk terima..mgkin de hikmah sume nie terjd skarang..be strong :)

Anonymous said...

i'm proud of you girl , awk kuat , tabah eventho saket sbnanye kn . tp insyaAllah , sye akn sntiase doakn yg terbaik utk elia .

p/s : truskn lah mnjdi wanita yg tabah dlm hidup ye :)

CoOkiE MoNSter said...

sabar byak2 k elia. semua yang terjadi tu ada hikmahnya..teruskan berdoa kepada Allah selalu.

by the way, selamat berpuasa! XD

Henpon Burok said...

sebak pulak bila bace post nie.. hmm bila nak meminang , datang dengan care baik..tapi bile dah nak tinggalkan,buat care kasar..
elia banyakkan bersabar,, Tuhan maha Agung..mesti ada hikmah disebalik semua ni..

Izazaty said...

Sis. Tabah okayy? Ada hkmah di sebalik kejadian nie . All the best in your future . love ,

Khairunnisa said...

innallaha ma'ana... dlm apa jua keadaan, ingatlah Allah sentiasa bersama kita. cinta manusia boleh berkurang & hilang sekelip mata tetapi cinta Allah kekal selamanya selagi kita mentaati-Nya. jgn sedih2 lagi.. mulakan hidup baru. Elia pasti akn bertemu jodoh yg terbaik & hanya Allah yg tau siapa yg terbaik buat elia.

nayl said...

sabar ye kak elia,kuatkan semangat!

norliza said...

salam ramdhan selamat hari raya yang bakal tiba nanti...

kuatkan semang dik..ada hikmah disebalik dugaan ini...

ayumi_hamas said...

salam, hope eila tabah hadapi ujian nih.. ni lah dugaan kalu berpacaran ngan org yg bergelar ATLIT SUKAN.. akk dh merasai nyer.. dan anggap lah ade hikmah disebalik semua ini..

MK said...

akak doakan Elia bertemu jodoh yang baik & sayang pada Elia ye. entry kali ni mmg patut dipuji. sgt cool & matured penulisan nye.

God bless!!

Unknown said...

salam Elia,sedih juge bila dgr brite kalian pts tunang..buat pgthuan Elia, sy pun baru 2 bulan bertunang,saye baru berusia 19 thun, tunang 23thun..betul kata org,dugaan bertunang sentiasa ada dan lebih berat dr semasa bercinta...ape lg sy msih muda tp keluarga tunangkn awal atas sebab2 tertentu...baru2 ni sy juge hmpir putus tunang disebabkn slh faham..segala kata2 kesat saya dapat hinggalah dia naik tangan.tapi sebabkn terlalu syg,sy truskn juge..apa yg sy nk ktekn kt cni,tabahkan hati,kuatkn semangat.mgkin bukan jodoh kalin..dan sy pcye Elia akn dpt yg lbih baik dr sebelumnye..insyaallah. :)

Cik tikah said...

sabar taw kak elia. epi2. ada jodoh yg leagi baik utk akak. love you~

sufi said...

be strong sis ^_^

Ryyn_kiss12 said...

prjalanan idup elia msh pnjg...putus tunang bkn brmakna berakhir sgl2 nya...nsb baik Allah tnjukkan sglnya sblm kahwin, kalo dah kawen, tak psl2 bercerai berai...InsyaAllah sy doakan Elia smoga mndapat jodoh yg lebih baik...aminnnnnn

Ati Masrif said...

salam,

rasa bangga dgn elia
walau masih muda tapi
kuat semangat dan tabah

sikap ini yg patut di contohi
oleh generasi muda

syabasss!!

semoga elia akan menemui
lelaki yg lebih baik
dan berpelajaran tinggi
same like u :)

Unknown said...

RAMAINYA FOLLOWERS DAN RAMAINYA ORG YG KOMEN ENTRY AWAK nie...HARAP TABAH LALUI LIKU2 KEHIDUPAN.

masyi yusof said...

kak elia , relax la . bukan salah akak . bia je org nak cakap ape . dyorg bukan paham . akak insan teraniaya . dyorg dok aniaya akak ag .teruk betul .

@emy said...

Sesungguhnya dugaan ini adalah didikan Allah..setiap perkara tidak akan berlaku kalau bukan dengan izinNya..bykkn brsabar dan muhasabah diri..Elia hambaNya yg terpilih..semoga elia tabah & redha menerima segala ketentuanNya..

* Selalulah lawat blog ini > "Gentarasa", "Jiwa positif Hidup Bertuhan"...insyallah..sdkt sebyk mgkn dpt membantu elia dalam meniti kehidupan sehari2....

Salam syg =)

mama leen said...

salam elia..
sabar byk2 yer.. lebih baik jadi sekarang.. kalau dah kawen lagi susah kan.. mesti ada hikmahnya.. mungkin lepas ni akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia.. :)

p/s: ingat tak akak tegur awak kt carwash hari tu??

ZulyKurus said...

Semoga Allah swt mengurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi buat Saudari.. Amin.. (^_^)Y

Anonymous said...

sebenarnya, ada hikmah yg lebih besar akibat putusnya pertunangan elia.. mungkin, KFCM bukan lelaki sebaik yg elia sangka. who knows rite?

ni Allah nak tunjuk awal2 kat elia, bahawa KFCM bukan jodoh elia.. kan Allah pernah berfirman, "lelaki yg baik utk pompuan yg baik & begitu juga sebaliknya"..

elia seorang yg baik, so supposedly akan dipertemukan dgn lelaki yg baik.. jauh lebih baik, romantis, kacak & ALIM drpd KFCM. that's the main point.

ALLAH bagi ujian sebesar ni bersebab. 1st, sememangnya nak uji sejauh mana kekuatan iman elia.. sekiranya Elia tabah, maka ganjaran pahala akan berpihak kepada elia. namun, sekiranya elia berpaling tadah terhadap Yg Maha Esa disebabkan ujian ni, maka rugilah Elia..

apa-apa pun, yg baik itu dtg drpd ALLAH & yg buruk itu datang drpd kita. walau bagaimanapun, semuanya telah ditetapkan oleh Allah di luh mahfuz.. ketentuan ALLAH itu adalah yg terbaik utk kita...

mungkin hikmahnya bukan sekarang, tapi masa depan.. mungkin juga bukan di dunia, tapi di akhirat sana..

u're a good girl. ^_^ ujian juga diturunkan untuk kita bermuhasabah diri..secara tak langsung, mungkin elia akan lebih mendekati ALLAH setelah berlakunya peristiwa ini..

wallahua'lam.. kuatkan semangat ye elia.. :)

Anonymous said...

It's a frustrating world sometimes.

Be STRONG and move on with our lives.

This is not the end... it's merely a NEW beginning.

Qaseh Izzah said...

be strong gurlz...lebih baik putus sekarang sekurang-kurangnya awk sdh tahu risoko yg awk hadapi hidup dgn dia..percayala ALLAh S.W.T sdh aturkan perjalanan hidup awak dan saya yakin ada orang yang lebih layak tuk awak...bukan dia...chill lah beb iknow u can do it..just forget him and make a new life...

Formerly known as Superwomanwannabe! said...

Elia...you just remember this:

Ya gotta kiss a lot of toads before you find your prince charming.

Takda apa lah ni, celah gigi je....hehehe

cheer up ok!

its me said...

mayb too late for me to say...the hardest thing to do is watch the one you love,love someone else..

surayaya said...

dear elia..
saya kesiankan awk ditakdirkan lalui dugaan macam ni.
tapi saya percaya awk lebih kuat.
Allah takkan duga sesuatu ke atas kita jika kita tak mampu hadapi.
saya doakan awak bertemu dgn yang lebih baik.
mungkin dia bukan jodoh terbaik untuk awak :)

Mama Zharfan said...

be strong --u deserved a better man..amiin

kisah alam said...

sabar ek kak elia...insy...ada jodoh yg lebih baik menunggu..cume belum tiba masa lagi untuk kite bjumpe dgn nya...amalkn solat tahajud untuk mndapat jodoh yg baik..

kisah alam said...

Jadi,tenang shjalah menanti jodoh yg baik itu akan dtg sndiri hasil dari usha tahajjud yg bterusan & istiqamah.Iklas krn Allah..jgn buat krn jodoh smata2..berusahalah dgn meminta dgn Nya,bukan dgn merayu kasih pada si dia hnya krn hti gelisah mahu hdup berteman..Mintalah dgn Nya...InsyaALLah..cepat @lmbt bukan kite yg menentukan..JODOH ialah SUNNATULLAH...

Diela Elmo said...

Kak Eila , hope akak dapat sabar banyak-banyak. jangan ambil peduli apa kat orang . Mereka semua cuma nak menjatuhkan kita ataupun kerana rasa cemburu pada kebahgian akak. Chill okey sis .

Diela Elmo said...

Kak Eila , hope akak dapat sabar banyak-banyak. jangan ambil peduli apa kat orang . Mereka semua cuma nak menjatuhkan kita ataupun kerana rasa cemburu pada kebahgian akak. Chill okey sis .

SyienaHusna said...

kak elia sabar menerima dugaan!semua yg baik dtg dri allah,yg buruk dtg dri diri sendiri...insyaalah jumpe yg lebih baik..amin~

Mek Onie said...

Assalamualaikum elia,nyway onie baru baru baru baru baru tau... harap elia bersabar ye.. mungkin onie tak penah berada di tempat elia,tapi onie tau perasaan seorang wanita macamana.. so, don't give up for ur life,life must go on elia...

Roziana Arshad said...

tabah k kak, klu ada masa lawat-lawat lew blog saya. . .

einaiskma said...

assalammualaikum....
elia...sory bkn nak bukak lipatan sejarah lama...cuma suka tgk ketabahan awk...
kita punya kisah yg sama tpi berlainan versi cerita...
Teruskan kehidupan dgn senyuman manis awk erk...
"Rahsia Allah Tak Siapa Yg Tahu...."
salam....

Anonymous said...

Sabar sis..tuhan maha adil..dia mnguji setiap hambanya kerna tahu hambanya kuat mnghadapi dugaan cm ni...doakn agar sis dpt y lebih baik dan terbaik nanti...isyaallah......amin....
**Kuatkan hati ya sis....

Zue Haizar said...

ada orang yg lebih baik utk elia..sabar ye..

«Oldest ‹Older   601 – 752 of 752   Newer› Newest»
Blog Widget by LinkWithin