Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, December 16, 2015

Girls night out and sleepovers. #Throwback


Assalamualaikum..

Entri ni entri yang agak lama. masa time belajar kt melaka lagi. Elia ada menang penginapan satu malam kat hotel Singgahsana PJ. Hadiah lucky draw masa event Sepetang bersama blogger anjuran Denai Hati.








Masa dapat tu rasa bersyukur sangat. sebab Elia ni memang jaranglah nak menang lucky draw nih. tak berapa nk lucky agaknye ;p


so bila dah menang tu memang excited lebihlah.. 
dapat pulak pakej penginapan
with breakfast for 2.


kami dapat bilik yang boleh tahan besar. with 2 single bed.






Biliknya not bad. selesa walau deco agak "vintage" sikit. huhu. but overall ok la.





Me and my friend. lepas dah check-in kitorang rest jap. lepas tu after maghrib kitorang siap-siap untuk dinner with the rest of the girls..





Malam tu since kami kat area PJ, we decided to go to Paradigm Mall kat Kelana Jaya tu.
meeting up my girls -


From Left : Syadza, Az, Nurul and Me (dah macam tangga pulak our pose.. ikot ketinggian)


Syadza, Az, Arina and Me

Malam tu first time for me to try out Seoul Garden. Masa tu benda ni tengah "hot" lagi..
 


Even kitorang ni para gadis yang ala-ala sopan santun, tapi bab makan buffet ni memang lajuuu je. tengok lah pinggan pinggan yang bersusun atas meja. memang licin!



Ni pose sebelum makan. sebelum menerjah segala makanan korea macam orang lapar tak makan seminggu.



kitorang punyalah mengadap makanan sampai kedai nak tutup..




Perempuan, kalau dah sudah makan or sebelum nak kemana-mana mesti nak stop by toilet dulu. 

dan bila dah spesiesnya perempuan ni, tak sah kalau tak bergambar.. hehehe



masing- masing dah kekenyangan dan nak tunjuk perut. dan ketahuilah bahawa kami bukanlah ibu mengandung tapi perut kami kembong macam nak meletop dah.

opsss.. terlebih sudaa.. huhuhuhu

Perut dah kenyang, kedai dah tutup.. nak ke mana lagi? 
balik bilik hotel lah.. 

tak pasal-pasal jadi sleepover party lak malam tu.

dari 2 katil kami convert-kan jadi 4 tilam so muat 4 orang.

 

Kalau dah ramai-ramai tu takkan la tido je kan kerja nya.. 
mata yang mengantuk pon bole jadi segar bila dah ramai-ramai ni kan

 

 Malam tu kami siap pasang movie layan sambil makan jajan.
kalau tak silap kitorang tengok cerita lawak Singapore "Ah Boys To Men"..
memang pecah perut gelak...

Pagi tu kami gi breakfast.
ada buffet voucher for two so saya bawa salah sorg kawan teman. memang habis kenyang punya makan.. huhu..


Lepas dah breakfast, rest jap pastu siap untuk checkout.  

Done checkout, kami head out to town..


Dah puas pusing-pusing last-last kami stop kat KWC kat jalan Kenanga tu..

lepas dah puas jalan jalan cuci mata tengok barang, kami lepak minum petang kat Oldtown Kopitiam kat situ..



Perempuan...  kalau dah berjumpa tu, macam macam lah yang dibualkan.. cit cat sana,
weekend tu memang full with girls activity.. time ni pulak masing masing still study lagi.. 

 


Masa nak spent untuk lepak tu lebih banyak berbanding time dah kerja ni


So, pada  korang yang still belajar lagi tu, treasure your time.. sebab bila dah kerja ni memang busy tak hengat lah.. dengan masing masing ade hal/kerja masing masing.. 

nak dapat berkumpul untuk lepak minum sebulan sekali pon payah

Kalau yang dah berumahtangga tu bertambah-tambah lah payah nye..





So,.. pada yang single tu, jangan merungut sangat.. sebab ramai juga saya dengar rungutan orang yang dah kawin ni kata tak ada masa untuk lepak dengan member-member and they miss the good old days where they can go out and lepak sampai lewat malam.. huhu



1 comment:

miss eimanhikmah said...

skrg ni dpt hang out kt whatapps je dgn kawan2 time study..huhuhuu

Blog Widget by LinkWithin