Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, December 30, 2015

Sayu dengar rakaman suara gadis 14 tahun yang diculik


Assalamualaikum,

Pagi ni terasa suram je. sedih dan sayu menyelubungi diri ni.

Mana tak nya, pagi tadi dalam jam 4pagi saya terjaga dari tidur bila terdengar riuh budak rumah berborak. macam kencang je topiknya. sampai terjaga kita dari tidur yang lena..


Rupanya diorang tengah dengar rakaman suara pasal gadis yang diculik kat Klang tu.

tak lepaskan peluang dan alang-alang terjaga tu saya pon tumpang dengar sekali..

rakaman tu berdurasi dalam 3 minit 42 saat



http://3.bp.blogspot.com/-HJxA30PaQeI/VoK9hbaM8DI/AAAAAAAAu_U/trv-Fy7-bUc/s1600/1.png
credit pic : media.hub




Ya Allah..

Seram, sedih, sebak, cemas, kesian... macam- macam perasaan timbul lepas dengar rakaman suara perbualan telefon antara mangsa dengan kakak dia.

based on the conversation, gadis 14 tahun ni diculik dekat kawasan rumah masa tengah berjalan kaki seorang diri. dia didatangi sebuah van putih yang berhenti mengejut dan terus menariknya kedalam sambil mulutnya ditekup dengan kain.

apa yang dia sedar dan ingat hanyalah dia nampak signboard jalan ke Johor Bharu.

perbualan telefon tu dipercayai tanpa pengetahuan penculik dan menurut mangsa, terdapat ramai lagi mangsa dalam tahanan bersamanya. agak gerun bila mangsa kerap kali mention yang dia akan dijual dan mereka akan "datang" dan "diambil" tak lama lagi.. seram wehh.. mangsa cemas, kakak dia cemas.. dengan kita yang mendengar pon turut terasa cemas..

tengah-tengah rakaman audio tu kalau perasan masing masing suara dah sebak. mungkin sebab both pon dah tak tahu nak buat apa and rasa helpless. kite yang dengar pon boleh turun sebak dan menangis sama bila dengar suara mereka berdua ni..

part paling cemas, masa penghujung audio tu..

masa mangsa tengah bercakap tetibe dengar dia seolah-olah terperanjat dan menjerit. kedengaran seakan akan hp mangsa dirampas penculik dan talian terus terputus.. lepas tu dengar kakak mangsa bertambah cemas apabila talian suddenly terputus.

sebaknya lahai bila dengar rakaman audio ni..

malam tadi lepas dengar saya terus tak dapat lelapkan mata. otak asyik memikirkan nasib mangsa dan keluarganya. termasuklah mangsa-mangsa lain yang turut diculik untuk dijual.

ada pula kawan kata ini mungkin sindiket curi organ ataupon untuk dijual sebagai pelacur.

ada pula kata kalau kes culik jadi viral dan "panas" macam ni selalunya penculik akan bunuh je mangsa.. adoiii.. makin aku rasa tak tenang..

tak putus-putus doa aku buat mangsa dan keluarga. diharapkan mereka dapat bertemu kembali dan semuanya selamat.

kalau kita orang luar ni pon terasa trauma, keluarga mereka apakan lagi?

kita jadikanlah insiden ini sebagai pengajaran dan sentiasalah berwaspada. jangan biarkan kanak kanak atau anak gadis kita keluar berseorangan..

MALANG TIDAK BERBAU







13 comments:

Cik Cahaya Bunga said...

kawasan rumah dia dekat ngn opis kita.. Sedih dgr...

Mylo Mymfh said...

ya Allah...lindungilah hamba Mu itu... elia..ada tak link rakaman tu? cari2 tak jmpa

Melissa Muklis said...

mesti ngeri kan.. huhuu nak demgar.. tapi takut pulak T_T

Elia Si Jejariruncing said...

@cikCahayaBunga : tulaaa.. sayu je.. hope kaw tu selamat

@Mylo: xde link. sy dpt audio tu pon kt whatsapp

Elia Si Jejariruncing said...

@melissa: tulah.. ngeri, seram, sedih semua ada.. sobs sobss

Rizziela said...

Ya Allah.. .semakin x selamat dalam negara sendiri

Semoga Mangsa & yg lain3 akan diselamatkan...

Keladi Ubi said...

Semoga mereka semua selamt.. hrp terlepas drp si penculik

Mrs Pip said...

aduhai ... sedih la .... memang menakutkan ... semakin rasa kurang selamat tinggal di negara sendiri ... semoga mangsa culik n mangsa2 lain ni ditemui dgn selamat ...

SiManis said...

huhu mula-mula sedih, lepas tuuuuuuuuuu dapat tau cita sebenarnya tak tau nak react camna. hahaha T.T BTW, saya dah tukar link blog. huhuh

Ezna Ahmad Khalili said...

rupanya budak ni tipu je kena culik...Ish Ish....

MAF Fashion House said...

sakit pulak hati bila tau budak ni menipu. huhuhuhhuuuu...

Elia Si Jejariruncing said...

kannnnnn... arghhh geramnya dia ni menipu! membazir masa je.. kesian kat mangsa2 culik yang sepatutnya dptkan perhatian dan doa dr kite *bengkek*

HANIEZAFRI said...

hamper je....awal-awal lagi dah agak...

Blog Widget by LinkWithin