Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Monday, February 6, 2012

Pengalaman pertama kali berlakon drama RTM



Masa cuti Raya Cina haritu saya ikot my bestfriend, Pinky gi shooting. dah lama dah dia asyik ajak tapi belum pernah berkesempatan. Last-last dapat juga ikot dia time cuti baru-baru ni.


Kali ni sesi penggambaran Drama bertajuk "Mencari Athirah" arahan abg Ayie(RTM)

Mula-mula hari tu pergi teman dia shooting kat Segi College, Damansara.


Haritu setuju nak ikot sebab Pinky tinggal satu scene je. so takdelah saya nak kena tunggu lama gile kan. lagipon lepas tu kitorang plan nak pergi makan kat The Curve.



Sementara duduk-duduk tunggu diorang ni saya yang mesra alam ni pergilah berborak dengan orang-orang yang ada kat situ. then tak lama masa diorang nak shoot tu 2 orang pelakon watak supporting, Jonet dan Zety panggil saya duk semeja dengan diorang sebab tak puas borak dan bergossip. Mula-mula ingat nak duk borak kejap je sementara diorang nak setting perkakas(haha perkakas la sgt), bila diorang nak shoot kite blah la kan. tup2 director kata stay je dalam set tu. nampak sikit real scene student tengah berborak-borak katenye..



:: Jonet, Zety and Me.. kebetulan pakai baju tema biru ::


Scene yang ni scene kononnya kat Cafe college dimana student duk hangout borak-borak then pelakon watak utama cite ni kena simbah dengan air sebab rebut bf orang.. very the mean girls punya scene kan? kitorang sebagai student yang kepochi kat belakang ni pon buatlah muka ala-ala terkejut dan terus busy body update kat hp masing2. siap kena buat memek muka lagi. memang kepochi abes lah kitorang! hehe..


Ingatkan tu jelah pengalaman pertama dan terakhir berlakon. even just buat memek muka kepochi je kan... tup2 the next scene saya ditarik lagi untuk masuk dalam set. Location shooting yang seterusnya dekat Bangunan Art&Design Uitm Shah Alam. kitorang kena jadi student A&D fashion. konon jadi fashion designer la.. hahaha.. propa je semua kan!



ada berapa scene ntah yang saya ada.. tak ingat dh hokayy..
kena buat ukur2 bajulah.. potong kainlah, buat drawinglah..

macam-macamlah!

paling tak menahan ada scene tu diorang bagi dialog kat saya.. agak kelakar la scene tu.. konon lepas siapkan baju saya nak gi kat stesen tetibe kena tegur dengan hero cite ni (sorry tak ingat nama dia dan xsempat amik pic ngan die ;p).. si hero bawa sejambak bunga then nak bagi kat heroin. si kepochi ni pon tolong tunjukkan jalan..

"Maaf saudari, boleh saya tahu yang mana satu Atilia?"

"hah?? Atilia?? *buat-buat cari orang* ha.. tu dia yang kat sana tu" (jejaka jambu tanya haruslah ioulls tunjuk arah pakai ibu jari bukan jari telunjuk tanda sopan santun dan calon menantu pilihan.hahakss)

"Ohh.. yang pakai baju biru tu ke?"

"Ye.. yang baju biru tu"

*Si Hero pon berlalu ke si Heroin*

semua kena pandang si hero ni mcm dia jejaka paling kacak kat malaya ni lah.. konon melting with his charming style la..haha.. tu je scene berdialognye.. yeee.. itu aje! haha. sekali take je..kata diorang ok lah untuk first timer macam saya ni.. tapi serious malu nak tengok balik scene tu. hope tak nampak kayu lah ye ;p


disebabkan ada banyak scene yang kena masuk, banyaklah baju yang kena tukar. kadang-kadang tu malas nak tukar baju, just tukar style tudung je bagi nampak lain. hehe. bukan orang perasan sangat pon kan



:: Pelakon watak utama Atilia disamping MUA, Anas(is it just me or muka dia mcm zarina Anjoulie tu kan?)::



seronok jumpa dengan Jonet and Zety pada shooting hari ketiga tu..


Me, Leya AF4 and Yana Pinky


Us again!


All the other casts of drama"Mencari Athirah"



Overall ini memang pengalaman yang menarik sebab kita dapat tahu macam mana proses disebalik tabir penggambaran drama tu. betapa payahnya nak kena ber-take2. angle sana, angle sini.. kita tengok drama selama sejam dua tu rupa-rupanya berbulan-bulan masa dan penat lelah yang diambil untuk menyiapkan sesuatu hasil karya tu..


Tak lupa juga kita dapat tengok perangai sebenar artis-artis kita ketika di set penggambaran.

(haa.. mulalah nak kepochi ni kan..)

kalau kat luar, drama atau majlis-majlis khas nampak diorang ni baik je kan? tapi bila kat set tahulah.. yang mana kaki kipas, yang mana talam dua muka, yang mana berlagak diva, yang mana demand sana sini, yang mana kuat smoke, yang mana mulut xde insuran.. hehe.. siapa artis tu? haha.. biarlah rahsia.. tapi bukan semua artis ni teruk. ada juga yang baik dan ramah. apa-apapon mereka ni pon manusia biasa macam kita-kita juga. yang mana baik kita ambil jadi teladan yang buruk jadikan sempadan.

p/s: drama ni tak pasti pula bila akan keluar kat TV. kalau dah tau nanti kita bagitahu k? boleh kite ramai-ramai gelak guling-guling tengok muka kite yg buruk ni kat TV ;p


32 Surat Layang:

Aween Md Zahir said...

nk sainnnn ~~ kekeke =p

Balqis Riza said...

lain kali mintak 100rgt utk satu dialog..wakakaka..
nway niceee..hope lepas ni jd artis..tp bukan sebarang artis..jadi artis bijak..hehe..

nur hafizah aKa eija said...

best nyeeeeeeeeeeeeeee...akak elia nnti dah popular masuk anugerah skrin jgn lupa kt saya erk??? hahahahahah

Puan Gojes said...

nak minta sain sama :) wa, tak sabar pula nak tgk..sila upadate bila kuar kat tv ya syg :)

kot² lepas ni blh jadi pelakon, sapa tahu..:) good luck!

KuNanGKuNanG said...

wah,xlama lg ada la yg tarik elia jadi heroin lak...;p

Miss Marquis said...

reveal la nama tajuk drama ni?

mc laa said...

nak tgop jugak !

h.a.n.e izzati said...

fashion class...my classroom!

sya fieqa said...

wah!
xlama lagi jd pelakon utama pulak..
mana tahu...kn?

^_^

ayleencutegirl said...

wow ! elia dah jadi pelakon... sign please !! hehe

JumiYumi ♥ said...

seronoknya akak masuk tv :)

Khaira Fahira said...

Ok la 2.Akhirnya kak elia dpt menunjukkan bahawa kak elia pun leh berjaya.

mysara said...

wah...dh jd pelakon plak skrg..;)

zoe said...

wahh bestnye awk dpt berlakon. rezeki elia kan..anyway kekalkan gaya mcm ni elia and perhaps lebih better... syg kamu..

Ain Dzaya said...

amboi! jadi retis tibi skg ye!

Apa petanda dia jodoh kita? ♥

bluefairy said...

cayok aleya!pasni leh jd pelakon plak...gambate!

Cik tikah said...

rezeki kan :)

Simplemama said...

wah....boleh la tu....mengembangkan bakat...jadi the next pelakon yg bertudung...cun gitu....wish u luck dear....lenkali may be ada yg ajak lagi tu....boleh buat part time job time cuti....well done..kena tgk ni Mencari Athirah...

yuyu Zulaikha said...

cececehhhh <3 dah jadi pelakonnn! semoga berjaya!

khadijah said...

wah elia dh jadi pelakon gitu, hee elia, jom check kat my blog mane tau ade baju yg u berkenan, boleh shopping

http://khadijahhishamuddin.blogspot.com/2012/02/jaja-fashion-style-stock-panas.html

mari shopping baju2 kat sini :)

jejari runcing's top fans said...

i'm yours biggest fan!!!!!!!!!!!!!

cikmawar said...

waaa.. permulaan yang baik..
nnt mane tahu dpt heroin pulak.. hehe..

untoldhistory said...

bestnya dpt pengalaman baru:D

Mohd Sukur Ibrahim said...

ehem ehem, nakkkk signnnnnnnnnnnnn nanti bgtau ye elia bila keluar!

CeriterakuHikayatkuDongengku ^_^ said...

acecehhh...
kak elia...
da jadi actress gitu..
nak sain bole cik blogger,cik model serta cik pelakon juga...
:)
nanti update ea cerite tu keluar bile...
^__^

Pn. Sheila@CC said...

em.. Allhamdulillah... insyaallah, next time mesti da rezeki lg tu... all the best...

sue perbs.. said...

haha.. mesti nak tngk citer ni.. dh jdi pelakon dh elia

zureen said...

dapat bayaran tak berlakon walaupun sikit2 je.. ceciter dapat bape?..hehehehe

Sya Haina said...

Ini yg namanya rezeki... All the best in ur life elia... Kamu sgt tabah orgnya... Plan2 kayuh kata org. Ni 1st time mana tau ada bertime2 lg yg bakal muncul... Hope success in ur career... ;)

Fid"s said...

saya ada seorang kawan .dia cita2 nak jadik artis ahaks
tergelak aku
main gitar bunyi mcm kompang

Mohd Aiman said...

Lagu dlm cerite nie tajuk ape? Siape penyanyi?

Mohd Aiman said...

Ape tajuk lagu tema cerite nie? Siape penyanyi?

Blog Widget by LinkWithin