Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Friday, April 10, 2009

Diana Danielle Dapat Pelepasan Hadir ABPBH 2009 - PLKN


Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memberikan lampu hijau kepada pelatih selebriti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Diana Danielle, 18, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Lee Beeson (gambar) untuk menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 pada 12 April ini.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi memberitahu, Timbalan Penghulu Wirawati Kem Princess Haliza, Sungai Pelek itu diberi pelepasan selama dua hari berdasarkan surat permohonan yang diterima daripada keluarga Diana dan pihak penganjur majlis itu.

“Diana diberikan pelepasan pada Sabtu dan Ahad ini sahaja, selepas itu dia perlu balik semula ke kem pada pagi 13 April.

“Perkara ini bukan luar biasa dan bukannya juga keistimewaan kerana ia prosedur yang diamalkan di semua kem PLKN di seluruh negara.

“Kita berikan pelepasan kerana kita tidak adakan latihan pada Sabtu dan Ahad,” katanya.

OhWellWhatEverNeverMind :


Boleh ke macam tu?(ajuk suara upin&ipin) time kita dulu selagi tak ada kematian atau urusan kecemasan, kau dok je la kat situ sampai tamat latihan..

Ni pic masa hampir tamat latihan plkn dulu..walaupun baju tak se'fit' yang Diana ni pakai tak mengapa..T_T

Apa yang penting? KERJASAMA~!


2 comments:

hanim banim said...

mana aci. kitorg dulu xboleh pun mcm tu. ceh.

gadiscintahijau said...

ini x adil ! ;))

Blog Widget by LinkWithin