Thanks For Viewing My Blog =)
Total Org Sekodeng
Monday, April 13, 2009
Video Nabil Raja Lawak Peluk Irma Hasmie
minggu lepas mereka masing-masing telah membuat pengakuan bahawa mereka memang sepasang kekasih.Mereka mengakui perihal percintaan mereka yang bermula sejak hujung tahun lalu.
Jelas Nabil, keengganan mereka pada awalnya untuk mengakui status perhubungan mereka disebabkan ketika itu ia masih terlalu awal untuk dibicarakan. Tambahnya juga, hubungannya dengan bekas kekasih Myra juga telah berakhir.
Dan bagi mereka yang terdengar gosip bahawa Nabil dan Irma tinggal sebumbung, akibat Nabil sering kelihatan di rumah Irma, juara Raja Lawak 2 itu menafikan perkara tersebut. Katanya, kehadirannya disitu untuk menolong menjaga anak angkat Irma apabila Irma sibuk dengan kerja. Jika dikunjungi rumah Irma pun, dia akan ditemani pengurusnya.
Berbalik kepada cerita ABPBH, walaupu saya kurang berpuas hati dengan pengacara yang digandingkan untuk Anugerah kali ini. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Nabil memang layak. Dah tiba masanya muka baru hiasi industri ni. bosan asyik muka yang sama je.
Video ini mengabadikan detik kemenangan Nabil tatkala diumumkan oleh Adlin dan Sharifah Shaheera untuk dimahkotakan Anugerah Bintang Paling Popular 2008. Juga detik kegembiraan diekspresi dengan pelukan spontan kekasih Nabil iaitu Irma Hasmie. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni akan jadi isu. Apabila terlampau happy sangat, kekadang terlupa seluruh Malaysia menyaksikan detik kegembiraan ini. Tahniah Nabil!
OhWellWhatEverNeverMind :
Hari ni kat office something funny and weird happened
a) Mat Dispatch yang selalu datang hantar surat datang tanya eia
"So,siapa menang semalam?"
aku ngan muka kerut seribu pun jawab, "ntah la..ada match ke semalam?"
"Eh bukan bola la..Anugerah ABPBH yang semalam tu sape menang?"
owhh..."Nabil"
b) Waktu eia melalui pejabat mat2 dispatch untuk ke toilet,(memang nak gi toilet terpaksa melalui depan office mereka)dari jauh eia dengar riuh bunyi mereka rancak berbual.
eia pon apa lagi pasang telinga la.
"weh, ko tengok siti buat show smlm tak?".blah2...
"nabil menang dowh"..blah2...
"Mawi dah jatuh dah sekarang"...blah2..
"siti menang penyanyi paling popular"..blah2..
Moral of the story : Jangan ingat lelaki tak minat gosip.. kadang-kadang kalah pompuan tau..haha..sabar je la
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment