Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, June 24, 2009

Subject: Misteri Katil 1-15-10, Hospital Besar Kuala Lumpur.

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap
mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti
akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina
atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para
doktor...

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...apabila tiba
hari Jumaat yang berikutnya...beberapa doktor bersiap sedia untuk
mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada
ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau
makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am..08:30am sehingga jam 9.00 am...

tiba-tiba......

kreeeeeek..

Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Asiah.... Seorang pekerja sambilan sebagai
pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk... mendekati katil
keramat tersebut...
dan terus mencabut....
soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan..

vacuum cleanernya...

2 comments:

akizaki said...

org sihat pn bleh meninggal klai gitu..

Fid"s said...

mak cik tu nyanyuk ke?

Blog Widget by LinkWithin