Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Thursday, November 17, 2011

Family Treats


Selepas menikmati pengalaman yang memuaskan di Tajrii Spa, Ahad lepas saya sekali lagi telah pergi ke spa tersebut yang terletak di bangunan Melawati Urban 1, Taman Melawati. kali ni saya tak datang sorang tapi saya bawa my two important person in my life. both of my backbone yang banyak bertungkus lumus dan bekerja keras membantu managing my hectic life recently.


So its time to give back. even its just a small token of gratitude compare to what they have done to me all these days. better than nothing right?

So petang ahad tu kami bertiga pon sampailah ke Tajrii spa. best pergi weekend sebab parking free dan tak susah cari parking.hehe.



sampai-sampai kami disambut dengan baik sekali oleh staff Tajrii yang sememangnya lemah lembut selembut lagu yang dimainkan kat spa ni. hehehe.


Buat Mak, i decided to give her a treatment that suits her age, needs and medical condition which is MEDICAL THERAPEUTIC MASSAGE TREATMENT.

MTMT ni bukan macam urutan biasa tapi dia lebih kepada mengesan dan merawat segala kesakitan fizikal yang ada pada tubuh kita.it uses a comprehensive program of soft tissue manipulation techniques that balance the central nervous system (brain, spinal column and nerves). therapist yang buat urutan ni pon bukan orang sebarangan tetapi yang bertauliah. rawatan ni bukan saja sesuai untuk warga tua tapi juga untuk atlet atau sesiapa sahaja yang ada masalah kesakitan otot, muscle, joints dan macam-macam lagilah.




Mak smile for the camera before di-operasi-kan oleh therapist



Therapist ni diimport dari Seremban tau. masa awal-awal sesi urutan ni saya tak renggang dari mak. sebab tengok aunty ni urut macam slow je. tapi reaction muka mak mcm sakit sgt je. rupanya aunty tu kata ni mukadimah je. dia urut kaki untuk detact trigger point atau part2 tertentu yang bermasalah.

aunty tu tekan sikit dia kata "akak ada masalah dot dot ye"

tekan tekan lagi "akak selalu rs bla bla bla ye"

tekan lagi point lain "hmm.. akak ni ada prob sikit kat tutt tutt ye"

semua soalan tu dapat jawapan yang sama dari mak - "ha'ahh"

saya pon dengan kagumnya berkata "waahh.. aunty ni dah macam ahli nujum la.. terer.. belek2 sikit dah tau sakit ape. macam dlm TV tok bomoh slalu kata kamu sakit apa ,tak pyh ckp tok tauu dahhh!"

bilik yang sunyi tu pon bertukar menjadi riuh dengan gelak tawa kitorang.

mula-mula je mak nampak dalam kesakitan lepas dah 20minit tu tengok dia dah tenang siap boleh tidur lagi so saya pon tak susah hati lalu minta diri keluar dari bilik rawatan tu.


sementara nak tunggu treatment Mak yang makan masa lebih kurang 2jam tu, saya dan kakak pula buat rawatan Sauna FIR.

just sama macam rawatan yang saya buat pada lawatan sebelum ni.(ala yang saya lupa nak ambil gambar last2 upload gambar kotak sauna dari google tu.)


Haaa.. nilah kotaknya! (ye saya tau. i look like one pregnant lady with this dress ;p)




Kan saya kata benda ni siap ada disediakan magazine lagi. So lepas salin baju dan pakai towel, kami berdua pon masuk dalam kotak ni. best bila masuk berdua ni sebab tak rasa sangat masa tu berjalan. sambil borak borak leh baca mags. air masak disediakan untuk kami minum incase rasa kering tekak. haa.. best masuk berdua ni sebab boleh main lawan-lawan sape paling cepat dan kuat berpeluh. haaa. game camni pon boleh buat main kan?


Kotak sauna ni rupanya tak sama macam sauna bath yang saya selalu cuba kat spa-spa lain. kotak sauna ni ada pakai system FIR atau Infrared. banyak benefit yang kita leh dapat dari FIR ni. antaranya dapat melancarkan peredaran darah, detoksifikasi, meningkatkan fungsi ketenangan, anti penuaan, redakan sakit sendi, baik untuk ibu baru lepas melahirkan anak, fix masalah kulit jerawat, baik kepada yg sukar keluarkan peluh dan mengurangkan tekanan yang membuat wajah tidak berseri.


Selesai bersauna, kami dipelawa merasai rawatan yang selalu dibuat oleh bakal bakal pengantin. tapi sebenarnya menurut mereka ni rawatan ni semua tak hanya sesuai buat bakal pengantin. sesiapa sahaja nak buat pon boleh. digalakkan untuk gadis-gadis diluar sana yang mementingkan kecantikan dan kebersihan dalaman dan luaran.

Saya dibawa mencuba MANDIAN AURA. manakala my sis telah merasai rawatan TANGAS DARA.


walaupon kami masing-masing buat treatment yang berlainan, boleh minta untuk buat sebilik so that tak boring. sambil buat treatment leh borak.hehe. tak penah habis idea nak borak ek pompuan pompuan ni.

Ok. kita cerita pasal MANDI AURA yang saya buat ni dulu ye?

Keajaiban Mandi Aura bertindak merangsang, membersih serta menjernihkan aura yang bermasalah lalu menaikkan seri di wajah anda. Selain itu ia juga meningkatkan proses awet muda, membangkitkan karisma, tampil lebih berkeyakinan, bertuah diri, mudah didampingi, lebih disayangi, penampilan lebih positif, tenang, sabar dan ceria sepanjang hari.


sajelah nak tepek gambar muka sebelum buat treatment ni.







BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. PATI AURA (12 JENIS BUNGA TERPILIH)

2. PATI BUNGA RAMPAI

3. GARAM HIMALAYA

4. SUSU SEGAR (OPTIONAL)


PENYEDIAAN MANDI AURA DI SPA:

· Titikkan 3-7 titis Pati Aura untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan ke dalam tab mandi. Ianya adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

· Taburkan Garam Himalaya, pati bunga rampai dan susu segar.

· Gaul bahan-bahan tadi mengikut lawan arah jam diiringi dengan bacaan selawat dan doa.

· Anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.

· Amalan yang berterusan amatlah digalakkan.



alamak. gelap la pulak, buka lampu sikit ;p



haaa.. nampak pon.. cantik tak shower cap baru kite tu? ;p


Baby sumolah ni sangat ceria hokay bila dapat mandi aura dalam bath tab ni sebab wangian lepas mandi ni memang melekat kat badan kita for about nearly 2 days kot. memang wangi sesangat sangat. rasa cam nak cium diri sendiri je selalu. eh, oberr lak kauu ni mak jemah!


Untuk treatment yang dinikmati oleh si kakak pula, dia dipelawa melakukan TANGAS DARA(jenis tangas kering).

Pada zaman sekarang, ramai yang tidak mengetahui apa itu bertangas dan kebaikan serta kelebihannya apabila diamalkan secara rutin. Rawatan bertangas ini sememangnya begitu popular pada zaman dahulu kerana ianya amat mudah dan memberi impak yang maksimum kepada pengamalnya. Namun cara dan bahan-bahannya mungkin sedikit kekurangan setelah mengikut peredaran masa walaupun tujuannya sama.

Rawatan ini adalah sesuai untuk wanita dari peringkat anak dara sehinggalah dewasa kerana ia bertujuan untuk merawat penyakit keputihan, mengetatkan saluran peranakan terutamanya yang sudah bergelar ibu serta menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit.

Tangas juga menjadi pilihan remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.

Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit. Jika tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain mengeluarkan bau tidak menyenangkan.



PROSES RAWATAN

· Proses rawatan Tangas Dara secara tradisional ialah dengan penyediaan bara api dan tabur di atasnya dengan campuran ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta dan rempah ratus.

· Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di atas kerusi khas berlubang supaya zat-zat campuran herba mengenai bahagian sulit mereka.

· Teknik pernafasan mengetatkan faraj akan diajar oleh terapis. Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa 20 – 30 minit mengikut kehendak individu dan elok dilakukan sekerap 2 kali sebulan atau seminggu sekali.

· Campuran herba-herba tersebut sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan saluran peranakan, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksima kepada hubungan intim pasangan suami isteri.






Sekarang baru kita tahu kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan dan kecantikan sistem dalaman kita. bukan luaran je kena cantik, dalaman pon penting juga. tidak semestinya nak tunggu nak kawin nanti baru nak jaga. kena jaga dari muda ni. dari sekarang. so benda ni dijadikan amalan.


wahh.. berbunga-bunga muka kakakku bila di"tangas"kan. muka atak tenyumm. eeiihh buat muka macam muka minta di'tangan'kan aje..hehe. takpe2. this week awak punya turn, next visit saya plak nak try!




So, setelah hampir 3 jam yang menenangkan di Tajrii Spa, kami pon bergambar kenangan dengan salah seorang staff mereka sebelum berangkat pulang. hamboi hamboi korang muka nak berseri-seri je kan lepas buat treatment masing-masing..


Agak-agak korang muka camni berseri ke erk?

alamak. soalan xleh blah. *tutup muka* kbai!



Untuk mengetahui lebih lanjut atau soalan tentang rawatan di Tajrii Spa ini, sila lawati Facebook Fan Page mereka - https://www.facebook.com/tajriispa

atau ke website rasmi mereka di - http://tajrii.com/


p/s: Jumaat ni saya akan ke Tajrii Spa lagi. Dengar khabar mereka ada berita gembira yang bakal dikongsikan bersama. apa agaknya tu ye? nantikan update seterusnya kayh?

22 comments:

Anum said...

terbaik
memanjakan diri di spa

Azrul Azuan Asri said...

hehe, nice and cute entry.
and cute shower cap too.
keep it up gurl.
smile. =)

NANA... said...

sukerr sgt tgk elia dah bahagia macam nih...muke pon dah tmbah manis berseri...btol lah orang kate...bile kite menerima dugaan yang mendatang dengan redha...maka nikmat yang kita rasakan juga x tertanding..kan???

NANA... said...

sukerr sgt tgk elia dah bahagia macam nih...muke pon dah tmbah manis berseri...btol lah orang kate...bile kite menerima dugaan yang mendatang dengan redha...maka nikmat yang kita rasakan juga x tertanding..kan???

azam said...

:) nice....seronoklah g spa

Noor Hanisah Mohd Ishak said...

k.elia. muka bahagia sangat. saya suka akak yang sekarang :)

cikzsmile said...

salam. muka sama mcm mak lah. hehe :) best nya p spa.

cik nur said...

best kan ber spa dengan famili kalau nur ada duit sikit nak terjah la dekat sana hehehe

ejulz said...

cam best je g spa.. xpernah g..

~eZmALiZa~ said...

hahahha..eliaaa....comel btol elia edit nak tutup semua aurat! elia terbaik lah! i lovin it! :))

anyway, ezma punye edit gambar utk tutup rambut lagi kelaka..hahaha :D

anyway, nice entry la..byk input ezma dapat dari sini.. baru tahu pasal teknik pernafasan tu semua.. thanks elia :)

hazanis said...

teringin nak ke sPA jugak..=)

iniaku said...

test2. http://nakbuatbelogjugak.blogspot.com/ sapa gi sini mmg awesome cam cik jejariruncing ;p

susulemakmanis said...

waaaaa..patut la sis cantek!:D

MEDIHA OMAR said...

Seronoknya dapat berspa-ing!

Love, Dea
http://www.medeaz.com

mishnurlin said...

best nye g spa.. :)

AyNz said...

elia..update harga laa.. nak gi jugak ni kalau affordable ;)

sal adyza said...

brapa rege setiap satu tuh ye. sauna fir, mandian aura ngan tangas dara. teringin nk cuba tp takut tk tercapai budgetku.. huhu..

cik puan pe'pel said...

wah bestnye kalau dapat g spa..mesti relaks sangat...

Peri PiA said...

I love spa!!!!
nak cube sauna dlm bilik aka kotak tu

yg biasa2 punya yg duduk then zip tu tak sanggup,tak selesa

lalalialia said...

baguz awk da 100% ttp aurat :)

Ct Edzreena said...

wah...mcm best je......

Ct Edzreena said...

wah...bestnye......

Blog Widget by LinkWithin