Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Tuesday, July 10, 2012

Cream Puff Custard buat yang tersayang..



cream puff adalah antara dessert atau kuih kegemaran saya. kalau makan ni 10 ketul pon rasa tak cukup. satu haritu saya dan pinky decide nak belajar buat cream puff dari Mama. dia suka baking so kite tumpang sekaki lah belajar buat our favourite puff ni..

kepada anda yang nak tahu cara nak bake cream puff ni jom tengok projek baking kami yang hadoo ni ;)




Bahan-bahan untuk satu acuan ( 10 biji )-
kalau buat comel2 boleh dapat banyak gak..

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur(100g)


(kitorang buat dlm 4 acuan so pakai telur dlm 8 biji)


bahan yg lain2 didarab 4.

Cara-caranya:

Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.




1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.


2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.



3.Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.



4.Masukkan telur, kacau cepat-cepat



Memang kena kacau laju laju dan non stop. masa ni boleh praktis goyang gerudi inul skali. practise makes perfect katanye!


Boleh juga kalau nak lepaskan geram anda pada kekasih atau suami yang menyakitkan hati. its a good therapy gituw.. hahaha!



5.Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.



6.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.




7.Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik . sumbat sumbat sampai padat maksima!


8.Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan

9.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

* Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.


Untuk cara pembuatan Cream Castardnya pula :

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega




Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.




kami tak guna microwave tapi panaskan n kacau di atas dapur menggunakan api perlahan dan sentiasa dikacau sehingga pekat.
Penggunaan nonstick pan adalah digalakkan..hehe


** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.



atas dapur ni kacau sampai adunan jadi pekat cam atas ni okeyh?


teruskan buat creampuff tu..


tengoklah betapa gebunya cream puff yang dibuat dengan penuh kasih sayang ni. hewhewhew...


proses memasukkan atau menyumbat inti cream custard kedalam cream puff yang gegebu ituww..


akhirnya jadi juga cream puff kitorang si anak dara takde kerja ni. nak buat creampuff ni makan masa 2-3 jam jugak tapi sekali di hidang kat orang tersayang, sekali dua ngapp.. selamat dah abes licin semua.. tinggal sikit je untuk keesokkan harinya. nak buat lagi malas pula. tunggu la sampai seru nanti akan ku buat juga cream puff yang gegebu dan montel ni lagi.. insyallah


Hana pun sebok nak baking juga. dia masukkan cream puff dalam oven mainannya. haissh. ada harapan nak jadi Junior Master Chef ni... ;p


credit resepi dari :http://www.myresipi.com

37 comments:

kakcik said...

Gebunya cream puff tu. :)

hafiz hafizol said...

omeynye oven.. haha :p

Afasz said...

sedap nye..nyum nyum

Ca Cik Duyung said...

wah..mmg nmpk kegebuannya..hihi...

.a.s.y.i.k.i.n. said...

aduyai fav kein n suami juga nie...tq tq tq ni balik kene cergas nk test drive cream puff nie hehhe..tq wak =)

nn lylyn said...

sy tau mkn je =) suke puff tu sedap sgt...yg hana punye oven tu comei =)

Saya Disini said...

sedpnye

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Salah satu kueh yang 1st time my impression "tak sedap ah".. but bila test sekali, makan 15 ketol pon x sedar!
hahah~

stichares said...

wahhhh...rajin gilesss cik jejari kita ni..heheheh..bagus2..good tutorial..boleh k hani try nanti..credit gak tuk hana.. :)

Atiqah Wadiah said...

elia,nnt kalau buat lg,jgn lupa pos kat umah ye :p

Cik Rongoks said...

yeah..nak try buat nnt ^^

Cik Jajika said...

comels la oven hana..hehehe

ennie ramlan said...

smlm sy br mkn cream puff ini...beli dr kawan...
sgt cedap... ^_^
gud job elia...

KhaiZa said...

ha ha ha.. comel oven hana.. erm.. bakat memasak dah ada tu..

ennie ramlan said...

comment sy x di kuarkn....
huhuhuhuhu
TQ

cik chinta said...

Tringin nk try tp xd oven

adunan said...

4 adunan la bukan 4 acuan :P

sakinah tarmizi said...

resepi wajib try ..:)

sakinah tarmizi said...

resepi wajib try ..:)

Mira Adzlia said...

alahai...sedapnye..huhu

Elia Si Jejariruncing said...

Kan. Gegebunua cintaku gitu temanye.hehehe

Elia Si Jejariruncing said...

Kannn. Comel je

Elia Si Jejariruncing said...

Memang sedap

Elia Si Jejariruncing said...

Segebu cintaku padamu la kekdahnya

Elia Si Jejariruncing said...

Welcome.sharing is caring

Elia Si Jejariruncing said...

Tau xpe. Dpt je memang sumbat xhengat

Elia Si Jejariruncing said...

Xdelah sbb nk sgt mkn tu yg bt tu

Elia Si Jejariruncing said...

Xsempat nk pos dh abes. Huhu

Elia Si Jejariruncing said...

Try la

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum wbt..

*Gulp* sedaaapppnyeee!!!!

tp kannnn sofia tak reti nk buat...haaa tkt xjd..


regards,
Unsmiley

~~CaHaYa AzLiN~~ said...

penah blaja gak..tp laen lar bebeno carenyer....tp x salah ek nk test wat cmnih lak..hehe...

~~CaHaYa AzLiN~~ said...

sedapnyer....

Hartina Arssid said...

Cream puff kalau makan dengan jem memang sedap macam scone juga....anyway teruskan usaha mencuba resipi yg lain dan post kat sini yer dik :-)


Cheeers,
www.mylittlewing12.com

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

yg ltk dlm barang mainan tu lawak.

Bro Framestone said...

gila comel microwave dia :)

aSh said...

Elia, mintak izin nak copy resipi eh.. nak try buat jugak..
cream puff ni favorite sy gak..
btw, thanks coz share resipi ni.. :)

kotakcinta said...

45g butter-suhu bilik, potong 1cm
sy tak paham bab ni

Blog Widget by LinkWithin