Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Monday, July 30, 2012

Genting Day 2 - Haunted Adventure


Oh. ini adalah cerita basi atau projek kerjaraya yang terbengkalai setelah sekian lama.
taktau la orang minat lagi nak baca ke tak.
huhu. lantok le janji kita nak cerita jugak jugak. sebab cerita ni sangat kelakar. very the lakar laka for me and my siblings. bila cerita balik sure kitorang akan tergelak besar sampai sakit sakit perut.




Cerita ni pasal trip kitorg ke Genting Highland haritu.
kitorg bertiga. me, si kakak dan si adik lelaki konon berani dan excited masuk rumah hantu. teruja la konon mula-mula tu.

kitorang pon bagi tiket kat orang yang jaga kaunter tu. sementara nak tunggu turn kitorang nak masuk ni :

Si kakak: Eh, Ajat! awak duk depan sekali la.. biar kitorang duk belakang awak
Si adik lelaki: Haa.. ok ok. korang duk belakang ajat
Saya : haa.. elok sangat tu.. biar kak ngah duk belakang skali *sedar diri ni tak berapa nak berani*

Masa ni muka si adik lelaki ni machoman ala ala berani gituee kan..

pastu sambil tunggu turn tu ada screen tv kat depan kitorang yang tunjuk demo atau parts of the excitement and scenes dalam rumah hantu tu. nampak la orang duk lari jerit jerit. ada banyak adegan adegan terkejut hantu timbul dari mana ntah.. pastu pengunjung lelaki tu terjerit2 terlari2 hilang kemachoannya begitu saje.


masa tu hati ni dah rasa nerbes dah..

dup dap dup dap macam motor bot daaa..





Sebaik je kitorang bagi pass masuk masing-masing, kami dibawa naik this rickety cart that slowly hauled us up to the doorway of the Haunted mansion. Masa ni bulu roma dah mula meremang sikit. ececehh. takyah nak poyo berani la kan. kalau korang naik menatang kren ni mesti sikit sebanyak rasa sereeemm tu akan timbul.


Sampai kat atas tu kami disambut dengan pekerja yang agak misterius. taktau la dia ni into character sangat or dia tengah lapar tak keluar lunch lagi ke hape. muka nak serrremmm gituw kann..

Bila pintu entrance Haunted Mansion ni dibuka, it reveals nothing but darkness. huisshh.. gelap gulita babe..

This is the best part of the story...

bayangkan ekk..

posisi kami 3 beradik : Si adik lelaki depan sekali. si kakak belakang adik dan saya kat belakang sekali.

tapi tak sampai 10 saat je bila sampai kat pintu masuk yang gelap gelita tuuu terdengar bunyi dentum dentam siap ngan nyilai tawa yang menyeramkan..si adik lelaki ni jenguk kepala kat lorong rumah hantu tu*rumah hantu ni memang byk lorong dan simpang yg mendebarkan!*.. terus dia kecut perut and freak out. terus dia pusing seraya berkata :

"eehhh...uisshhh.. Ajat tak boleh.. korang la gi depan!"

tersentak sekejap saya dan kakak. si kakak pon berkata

"oitt.. pesal lak? gi jelah.." *tolak si adik*

"Ajat nampak ada benda kat tepi lorong tuu.. eeii. korang la gi depannn"

situasi hang tolak aku aku tolak hang berlaku hampir 5 minit. lama woii. masa tu rasa nak patah balik keluar je. the first rule of attraction tempat ni there is no turning back katanya..(which was soo hazab)bayangkanlah sampai pekerja yang tadi tu tegor suh kitorang masuk cepat. lama agaknya dia tunggu kitorang duk gaduh tolak menolak. in the end....

si kakak : ehh.. awk la elia gi depan. cicik xleh.. ajat pon taknak..

me: uissshhh... me? ya? adoiiii.. (aku yang paling penakut ni lak yang kena gi dulu?)

si adik : haa. gi la kak ngah. ajat memang xnak gi dulu *geleng2 kepala*

setelah si adik dan kakak
berkomplot memaksa saya gi dulu.. akhirnya aku yang paling penakut ni terpaksa memberanikan diri to lead the whole journey of the haunted house to brace through the creepy, narrow, twisted hallways la kekdahnye. menciiikk taukk!!

Ahkak yang ketakutan tapi cuba memberanikan diri ni pon terintai intailah di setiap penjuru lorong rumah hantu yang bersimpang siuh tuu.. bunyi surrounding toksah cakap lah. susah nak gambarkan. macam-macam bunyi yang menyeramkan. u just have to be there to experience it yourself i tell yah!



main cak cak kalau kat rumah memang best tapi kalau kat rumah hantu sangat tak best dan mendebarkan dap dip dup di dalam dada.. wah.. berdandut pulak. macam gambar nilah aku duk terintai intai di setiap penjuru lorong yang bersimpang siuh ni. nak pastikan takde benda yang nak terkejut2kan kite. serious nervous tak hengatlah.

dah la kena lead dua ekor penakut yang konon berani on the outside tu kann.. hisshh.. tak puas ati lagi ni sebenarnya. sebab kalau apa2 memang yang depan yang kena dulu.


Mata kitorang dalam tu memang macam nak tak nak je bukak. takut takut. worst dari macam tengok cite hantu kat movie! yelah. live kot! We figured early on that closing our eyes or ears was not an option, the pathways proved to be tricky and we needed all our senses to detect our way through the dimly lit passage.


Ntah menatang apalah yang ada dalam tu. tak ingat sangat sebab i was running and screaming like crazy in there. jalan slow-slow, usha line, lari, jerit, tunduk.. macam-macam ghupe dan gaya dah aku kat dalam tu. nasib tak merangkak macam komander je!




the worst park bila i spot lembaga seorang manusia in disguise as ghost grabbing and chasing us!memang dalam tu semua deria kena peka. sebab memang macam2 jenis kejutan yang in store for us. ada letupan la. moving potraits la. isshkk.. macam2. rasa macam masuk dalam thriller, horror and scary movie!




kitorang semua took a deep breath; clung on to each others clammy palms and braved on. We made our way pass bloodstained walls, monstrous creatures with shrilling screams and characters with menacing laughter, making sure to avoid bizarre hands which reached out to grab us from all angles.(sila bayangkan)

Just when we thought that we were going to pass out from the lack of oxygen (sebab jerit bagai nak rak) our eyes caught on lampu yang menghala ke pintu keluar. fuhhh... EXIT!!

Punyalah lega sangat rasa masa tu. rasa macam nak sujud syukur je. lega. keluar tu we look at each other and laugh so hard sampai terkeluar air mata. kejang perut gelak mengenangkan perangai masing2 dalam tu. i just couldnt imagine what just happen back then and how brave i was! haha. at least berani la dari 2 ekor tu kan. hehh. *hidung kembang kempis

Sampai sekarang cerita ni menggelikan hati kami sekeluarga. kisah di Haunted Adventure di Genting Highland. Epik!



Saturday, July 28, 2012

Kids and Toys : Blok bukan Blog




Assalamualaikum Elia,
Apa khabar?..bila saya baca entry Segmen Kids & Toys dalam blog JejariRuncing ni terus rasa nak join segmen ni gak..hehe..so sy attachkan gambar aksi anak saya dengan toysnya..


Cerita aksi pertama
– Puas hati aku dapat sepahkan blok ni.




Cerita aksi kedua

– Ish, apa la dorang ni pasang tangkai ni tak betul la..meh sini nak buat balik


Waaa... tq kak sebab sudi berkongsi cerita dengan kami semua.. kepada anda yang ingin mengikuti kisahsi kecik comel ni, ini link blobeliau-- www.ceriteracinta3souls.com


Selain daripada itu, Celcom dah umumkan HADIAH UTAMA untuk Whatchuwant.. 

untuk memenanginya anda perlu meneka apakah hadiahnya..



Agak-agak boleh teka x menatang apa ni? kalau tak boleh ni clue yang diberi:

.      It’ll make you go “Wheeeeeeee!”
2.      Hello social life!
3.      Instant confidence booster.
4.      It’s a super awesome prize!

kttak cukup clue? nak clue lagi? Click on http://bit.ly/WCWGrd setiap hari dari 23-29 July 2012 dan lebih banyak persoalan akan terjawab. Korang juga bole teka di Twitter dengan mengunakan hashtag #PeekWhatchuwant atau via Facebook 

ketahui jawapannya pada 30 July!

Friday, July 27, 2012

Menarik : Snow Globe yang unik


Selalunya snow globe ada santa claus dan dipenuhi snow kan?

tapi snow globe dibawah ni lain dari yang lain...

jom cek cek cekidaud!!


dalam botol mentol






bak kata Harith, "Haluussss..."



khas untuk Halloween



boleh bagi kat boss nih ;p







Ololooo... Lilo n Stitch!


Cantik kan??

anda di antara pembaca yang minat kumpul snow globe ni?

p/s: PROMOSI HEBAT SEMPENA RAYA (klik gambar untuk maklumat lanjut)

campaign image

campaign image

campaign image

Wednesday, July 25, 2012

Blogopolis pertama Nuffnang Malaysia 2012


Assalamualaikum semua..

Harini saya nak bercerita pasal seminar blogopolis yang berlangsung baru-baru ni..




Seminar atau bengkel untuk improve our blogging skills ni berlangsung julung kalinya di Malaysia dan saya semestinya tak nak terlepas peluang keemasan ni untuk timba ilmu dan pengalaman dari otai2 atau panel speakers yang mahir dalam bidang masing-masing.


Seminar yang mengambil masa hampir seharian tu sangat sangat lah padat dengan informasi berguna dan menguntungkan. it worth every ringgit i tell yah!


Pagi tu seawal 8pg para peserta dah penuh beratur untuk mendaftar di ruang legar ballroom Hotel Concorde Kuala Lumpur ni. Semua dah teruja nak masuk dan download ilmu yang bakal dicurahkan. to be a step ahead in blogsphere .





event ni memang grannnddd! masuk masuk rasa macam wahhhh!!!! cantek gile hall diorang deco. berkobar-kobar jiwo rago den raso nak start!

Blogopolis ni juga peluang yang baik untuk bertemu blogger-blogger hebat dan make new friends. its a good platform to learn from the experts.

mereka ni lah muka-muka speaker yang berucap that day.. osem kan? tulah dah cakap best xnak caye!


Pada awal sesi tu i was sitting with my mum dan geng-geng seangkatan ngan dia. it was ok but later on rasa macam tak best pulak. macam salah duduk dalam kelompok era yang berlainan pula. no hal sebenarnya tp lama2 rasa boring sikit. last2 me and aunty Nani swap places sebab kami macam at the wrong seats je kan. dia duk ngan blogger my age and i was sitting among my mum's era punya geng. so kami tukar tempat suka sama suka..


Seronok la MakLady dan Aunt Nani duduk sesama dan borak sepanjang seminar.. masing-masing super awesome+cool mum who love to blog. both berjiwa muda lak tu. elook sgt suk sekali





Percaya atau tidak blogopolis ni merangkumi 10 sesi.banyak kan? macam2 tips diorang bagi dari segi design blog, traffic, sumber blogging, photography dan macam macam lagilah!


Antara panel speaker yang dinanti-nanti ialah Maria Elena. slot/sesi dia paling best antara semua. even slot dia among yang last for the day tapi memang yang paling inspiring and funny! kalau ikotkan time tu semua peserta dah mengantuk, boring, tak focus tapi as soon as kak Maria kita ni masuk je terus semua orang jadi segar balik dan start paying attention. pandai organiser susun jadual ek!



and oh oh.. saya dapat bergambar dengan Xiaxue! *buat moonwalk* blogger terfemes dan terhangat dari Singapore ni! nasib cepat amik gambar dengan dia sebab bukan senang nak jumpa, dah la dia balik awal. slot yang Xiaxue ni bagi pon best jugak.


haha. kite pon taknak terlepas peluang bergambar dengan Aunty Nani. ibunda tersayang cik Hanis Zalikha kita. suka tengok aunty ni. very the sporting and gorgeous in person.




Ni antara goodies yang kami dapat dari pihak penganjur. best wooo dapat bawak balik ilmu yang bertimba-timba dan merchandise buat kenangan of this great event!

kalau xcaya event ni best, tengoklah bawah ni...

*best sampai boleh buat collage?xde kaitan. sorry ;p*


dont worry, saya takkan makan sorang. from time to time saya akan share sedikit sebanyak tips and trick yang saya pelajari dari seminar ni untuk kebaikan dan pengetahuan bersama. sharing is caring kan!

bertuah sangat rasa dapat belajar dari otai dan seniors ilmu dan skills yang perlu ditajamkan lagi. semoga dapat belog dengan lebih berkualiti dan produktif di masa akan datang dan dapat berkongsi info berguna dengan pembaca.

kepada yang terlepas seminar ni dont worry, this will be an annual event so next year make sure korang join ok? kalau 1st time ni dah best i wonder how next year's would turn out to be..mesti ohsemkebabooom!


Sunday, July 22, 2012

Elia Jejariruncing di Safiyya TV9 Malam Ini!

Assalamualaikum semua.

Harini hari minggu hari kedua puasa mesti masih ramai yang berada di kampung halaman kan kan kan? almaklumlah nak berbuka dan bersahur bersama keluarga tersayang...

tapi esok dah kerja. baik korang gerak balik cepat-cepat.
kalau lambat nanti jem, sampai rumah pon lambat.
badan letih driving, kaki lenguh tekan pedal,
bini/laki pot pet pot pet kat sebelah,
kete gerak lambat, sampai rumah lambat,
anak anak nak sekolah, sampai lewat sure letih dan rushing
nak buat persiapan nak kerja atau sekolah Isnin ni.


Adalah lebih baik dah afdhal jika anda bergerak pulang ke kediaman masing-masing awal sikit..

tidak akan timbul masalah-masalah kat atas tadi tuu..

pperrrrghhh.. podddahhh...

propa je Elia ni tau.. hehe..

sebenarnya saya suh anda balik awal ni sebab...


nak suh duduk depan tibi (tv) buka channel TV9 atau astro 119 tepat jam 9 malam ni..

kenapa??

ape kehey nye yoppp??

bakpo pulok??

whyy??

weishenme?

porrrrkeeeyyy???


heheheh *muka gedix+malu malu minta pelempang*


Malam ni insyAllah saya akan keluar TV
untuk salah satu slot di Safiyya yang mempromosikan butik terbaru OHB di Plaza Damas

my first ever job modelling yang memerlukan saya berposing gerak2, catwalk dan main main mata macam kuch kuch hota hei dengan camera. selalu shoot still (pegun) je.

taktau la how it will turn out. tunggu jelah camne..

hah.. jom tengok promo dia!



Waaa...dalam promo pon dah nampak ketembaman diri ni.. adoiiyaii.. malunye..

nerbes nerbes ni weeiii...


dengar kata dalam tv kita akan nampak berkali-kali ganda gems. kalau dah sedia kala gems tu bertambah2 la jadinya nanti kann?? aaa camne tu?? gulpp..

Oklah.. jangan lupa temu janji kita malam ni tau.. ;)

p/s: Mari beli dresses dan maxi yang gojes dan murah dari yang lain dengan saiz S-XL di DearPINKwardrobe!!!


Friday, July 20, 2012

Seminggu menghilang


Salam Jumaat semua...
harini merupakan hari terakhir untuk kita umat Islam semua nak mentekedarah di siang hari. Esok dah masuk bulan Ramadhan dan kite semua bakal berpuasa dan memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ni.

Sebelum tu saya nak minta maaf sebab dah hampir seminggu blog kesayangan ni tak berhapdate. ntah ada yang perasan ke tidak kann...

kalau ada yang perasan tu sepuluh jejari runcing disusun. maafkan saya penunggu gua, eh..maafkan saya penunggu setia ;p

adalah saya telah meng-away-kan diri seketika selama seminggu. Elia ni kalau nak update blog nak lappy kesayangan juga. kalau kat tempat orang ni, even tempat tu ada lappy dan internet yang membolehkan saya update blog pon it still dont feel the same. yeah i know. mengada bukan??

Minggu lepas saya ada attend this Blogopolis, kira macam seminar blogging la. sepatutnya balik dari seminar tu semangat makin berkobar la nak update. kite terbalik pula..

not to worry guys.. it wont be long. Elia akan kembali beraksi seperti biasa. banyak entri menarik menanti anda minggu depan.

Insyallah bulan puasa ni hope ada lebih masa untuk update blog ye!



kalau saya, insyallah apa yang saya cuba capai sepanjang bulan ni :

1. Niat dihati nk berpuasa sepanjang bulan Ramadan kerana ALLAH s.w.t
Paling utama NIAT berpuasa BUKAN kerana nk diet or what so ever... menunaikan amalan yg dituntut.

2. Nak cuba amalan bersederhana dalam berbuka dan bersahur. tak nak dah makan bagai nak rak masa berbuka sampai jadi ngantuk dan malas nak terawih. such a bad habit ;(

3. Dapat tunaikan solat Terawih dgn ahli keluarga kat masjid. Mudah2an dpt lebih pahala yg dicari. InsyaALLAH

4. Dapat buat gathering berbuka puasa dengan rakan bloggers jika berkesempatan untuk mengeratkan tali silaturahhim.

5. Berazam utk turunkan sekurang2nya 5kilo ketika Ramadan nanti. tapi jangan salah anggapye.. Jgn amalkan puasa atas sbb nk kurus, nak cantik maupn nk berdiet. saya cuma berazam nak turun sikit berat bila kita bersederhana dalam pengambilan juadah berbuka dan sahur.

Niyyah for Fasting

So Elia nak tanya anda ni... apa azam anda untuk sepanjang bulan puasa ni?




posted from Bloggeroid

Wednesday, July 11, 2012

PLKN - Pengalaman dan Pengajaran



Teringat kembali zaman muda mudi dulu. wah statement macam kita dah tua sangat pulak kan! takdelah..tengah boring- boring haritu belek la album lama, terjumpa beberapa keping gambar masa zaman PLKN dulu.

Teringat zaman tu. lepas SPM.
ramai orang ingat PLKN ni tak best, tapi sebenarnya itu antara kenangan yang paling manis dalam hidup (walaupn sampai masuk hospital la pengsan pengsan ;p). serious seronok sangat.


masa mula tu normal lah menangis nak balik merungut apa semua. tapi bila dah nak abes nangis jugak! tapi nangis sebab rasa macam taknak balik je. seronok dengan kawan-kawan.

lagi lagi bila dapat dimanjakan sebegitu rupa.



:: with Mummy (Kelly Jagan yg skrg dh jd Top Model Msia) and Mama (Jai yg skrg jd sgt gojes) haku ni je yg tak gojes gojes *pasrah*::

mesti korang tak caya yang saya ni sangat manja pada zaman tu. ramai rakan PLKN ingat saya ni anak bongsu dan even kitorang semua sebaya, tapi diorang semua layan Elia macam adik-adik mereka. best. kadang kadang makan pon bersuap. macam raja lak rasa masa tu. mengada bukan? mesti korang rasa nak lempang elia laju laju kan? *larikkkk

masa PLKN nilah melekat panggilan "Baby" sampai ke jurulatih pon panggil saya baby. heee*maluuuu.. sampai sekarang pon ada segelintir member plkn still call me that.

dan mesti juga korang akan gelak bila saya cakap saya dpt ramai kakak dan abang angkat dari PLKN. mesti rasa nak tumbuk perut Elia je kan sbb semua sebaya tp duk ber-abg-kakak ngan budak sebaya. nak buat camne, dah diorg confident je rasa yang elia ni macam adik2 depa.. biarlah maybe depa nak lepaihkan 'rendu' kt adik betui depa kot. kita mana tau kan?? ;p



::Me, Zana, Shima and Iqa! rindu ber-camping ngan korang...::


tapi zaman plkn ni lah je masa nak try aktiviti lasak. jungle tracking, flying fox, obstacle course,berkayak dan macam macam lagi. oh, dah yang pastinya kawad!

aku yang cuba 'mengelat' kawad time sekolah sampai sanggup masuk unit beruniform Tae Kwan Do pon akhirnya kena belajar kawad kaki. tapi dalam tak pandai pon akhirnya group kitorang dapat naib johan!
(xpasai pasai aku femes satu kem tu ;p)



Pengalaman paling tak dapat dilupakan dan aktiviti paling saya gemari masa tu ialah berkayak. masa tu first time belajar berkayak dan taktau pulak ada bakat. habis semua kategori kayak aku masuk. rakus bukan?


sampai dapat gelaran peserta wanita terbaik aktiviti air. sebab rakus sangat masuk semua kategori yang boleh. kayak single, double. rakit pon eden join!


Disebabkan terlalu aktif dengan aktiviti luar(outdoor) yang lama sangat terdedah dengan matahari terik, dan masa tu jahil tak reti nak guna sunblock. pakai sunblock masa tu kalau tak silap amik yang SPF 30 je. manalah nak cukup kan. maka jadilah hitam legam. tona kulit berubah. sampai kakak mak semua hampir tak kenal anak dan adik sendiri.. dan macam rupa orang hawaii pon ada!*nak sedapkan hati taknak cakap macam bangla*

waaaaaa... horror sangat masa tu. sunburn toksah cakap la. dengan kulit mengelupasnya. keluar PLKN tu memang dekat sebulan lebih gak la tak keluar rumah sangat. duit toksah kira la banyak gila habis untuk beli produk nak putihkan balik kulit ni. dengan sabun susu kambing, losyen, krim itu krim ini.. haiishh..

kalaulah masa tu dah kenal dan tau kepentingan pakai sunblock ni kan ke bagus.

Sekarang ni kalau keluar rumah memang tak sah kalau tak pakai sunblock. lagi lagi kalau nak buat aktiviti luar yang terdedah dengan matahari. dah la sekarang cuaca panas lain macam je. memang kalau nak pakai sunblock tak boleh nak pakai yang sembarangan la. kena pandai pilih.

Pilihan saya tentunya SUNPLAY SPF130 PA+++ dengan teknologi terkini SOLAREX-3!





Suka produk baru diorang ni sebab ada perlindungan optimal dari cahaya UV yang menawarkan perlindungan berpanjangan tanpa menjejaskan keberkesanan pelindung matahari. Produk ini juga mengandungi bahan anti-penuaan aktif yang tinggi seperti Antikeukine 6 yang mengandungi alga emas (golden algae) dan ekstrak marin (marine extracts). Ia kaya dengan phosphatidylcholine, Vitamin A & E, Lipoic Acid yang membantu menghalang proses penuaan kulit. Ia juga mengandungi RonaCare Ectoin, ramuan inovatif untuk melindungi kulit daripada sinaran UV.Produk ini juga menghidrat kulit supaya kekal lembut dah terhidrasi.





:: I would never leave home to do outdoor activities without my Sunplay SPF130 Sunblock yg handy ni. ;) :::


Memang sekarang ni saya dah belajar dari kesilapan lalu. takkan keluar rumah dan biarkan kulit terdedah dengan sinar matahari yang membahayakan dan pastikan memakai sunblock yang terbaik untuk kulitku ;)



seronok dapat buat aktiviti outdoor macam main ATV ni tanpa perlu risaukan soal kulit yang kena cahaya matahari secara langsung





Ha! Sebelum saya terlupa, SUNPLAY SPF130 PA+++ ni teksturnya halus, dan bila disapukan ke lengan ni..wahh...macam xpakai apa-apa! lembut sangat. tak melekit pun. DAN, bila disapu ni warna nya jadi jernih je, tak macam sunblock lain..putih semacam je kan? tak perlu lah kite apply sunblock ni banyak-banyak kali sebab rasa macam tak cukup, sekali sapu dah boleh jemur badan! ;)



juga boleh disapu di muka!

kalau tak percaya jom tengok iklan ni ;)






Blog Widget by LinkWithin