Thanks For Viewing My Blog =)

Thursday, April 9, 2009

Stereotypes - Typical in our society

Pernah tak korang rasa meluat atau menyampah apabila sering dinilai dari segi luaran semata2? Dalam erti kata lain korang selalu diklasifikasi dan dikelaskan oleh tanggapan yang stereotype.

Ada beberapa contoh paling senang boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian yang kita mungkin terlepas pandang tapi itu sebenarnya sudah menjadi stereotype orang kita untuk menilai seseorang dengan first impressions. Mungkin ada sesetengah point ni yang sounds familiar…



1. Beauty = Brain

Mitos : Aweks yang acunnya/balak yang handsome lagi kacak memang senang nak kecapi apa2 pon. Baik dari segi kerjaya mahupun mendapatkan pasangan yang mereka inginkan.. Even the most appealing jobs in TV and entertainment (modeling, acting, presenting) also favour the attractive type. Orang-orang macam Eia ni memang drg tak pandang la. T_T

Fact : Brain sememangnya penting. Beauty tu kira bonus je.Kalau anda secantik bidadari pun tapi dungu or IQ zero pon x guna. Kalau nak belajar or kerja pon anda kena lalui audition atau interview. Kalau anda ditanya soalan seperti “ Who’s the Minister of Education?” atau “ What are the current issues regarding the Education System in Malaysia?”..haa..tergagap-gagap juga dibuatnya..Itu pengalaman peribadi Eia masa interview for Teaching English Second Language (TESL) kt Uitm..it was a scary experience. Well,im not well prepared for the interview. Even models have to go through auditions and interview. Mereka akan juga dinilai melalui pengetahuan mereka and how they respond to the questions..atleast now we know beauty isn’t everything. Like wise man said,”Beauty is skin deep”.



2. XXL = XXLazy
Mitos : Orang yang obese adalah golongan yang malas, pengotor, gelojoh dan tamak.. yang mereka tahu hanyalah me”landing”kan diri kat sofa tengok TV sepanjang hari. Mereka ni tak boleh harap dan tak akan berubah. Kalau dalam cerita barat golongan mereka ni akan dipilih last skali untuk menjadi ahli kumpulan untuk sebarang aktiviti. So uncool.(wow..thats harsh..)


Fact : Golongan Overweight ni sebenarnya tak ada beza sikit pon dengan kita semua. Ada yang dah jadi prof kat universiti terkemuka, yang jadi genius, dan tak kurang juga mereka menjadi antara yang terbaik dalam sesebuah organisasi. Banyak punca yang menyebabkan kegemukan – genetic, cara pemakanan dan kurang bersenam. Namun mereka juga mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka golongan yang kuat semangat, tidak mudah putus asa, manja, rakan yang baik dan sebagainya. So dont you ever discriminate them ok?



3. Metrosexual = Gay
Mitos : Semua Lelaki yang pakai branded stuff, badan sebatu dah boleh bau perfume, mandi berjam2(ntah apa yang digosok pon tak tau..haha), baju sentiasa berseterika even just a normal t-shirt, muka licin tak ada jerawat dan gaya menampilan yang kemas sentiasa itu GAY!! Such a turn-Off.


Fact : Yes. Memang lelaki gay lebih mengambil berat soal hygiene dan penampilan mereka.
I know cuz I got plenty of my gay friend which is so fun to hang with. Mereka memang cerewet soal penampilan ( tak caye tgk cite Queer Eye For The Straight Guy sudah). Tapi itu tak bermakna lelaki-lelaki straight di luar sana tu selekeh, comot, buruk, busuk,ahhh…macam2 la..(eh2…melebih2 lak minah ni..hehe..jgn marah ye bang)… Ada segelintir lelaki yang perlu menjaga penampilan mereka demi menjaga imej dan kredibiliti.(ceh,cakap mcm tau2 je)..Models, jurujual, ahli politik dan bisnessman antara yang perlu jaga penampilan mereka demi kerjaya dan prinsip diri masing2.



4. Guys with long hair = Useless
Mitos : Lelaki yang berambut panjang ni jenis yang tak fikir masa depan,tak terurus, kusut masai dan tak akan dibawa pulang ke kampong untuk diperkenalkan dengan ahli keluarga melainkan dia seorang pengarah di balik tabir filem yang bernilai jutaan ringgit dan memenangi Oscar award.. Ye la..tak ke pengsan org tua tu tengok anak dara dia bawa balik rocker kampong pisang balik ke umah?!


Fact : Rambut itu hanyalah luaran. Kalau rocker tu potong rambut adakah dia akan terus beralih arah ke bidang masakan dan menjadi chef??tak kn.. Faizal Tahir masuk ke industry kita dengan imej rambut panjang. Dan sekarang potong pendek. Tiada sebarang masalah pun yang timbul. Lagu terbaru dia “Bencinta” tu top je kat radio(eh..ada kaitan ke aku ckp ni?)..what im trying to say is now dah 21st century. Kebanyakan lelaki preferred berambut panjang melainkan ianya melanggar etika kerja.



5. Four Eyes = Geeks
Mitos : Golongan yang pakai spectical atau cermin mata especially yang berbingkai tebal ni ketinggalan zaman dan kuno. Mereka ni menpunyai sense of humour yang pelik, sering memencilkan diri dan tidak tahu bersosial.Mereka orang pertama anda pergi bila kerja sekolah or assignment tak siap lagi dan orang terakhir anda jemput ke party anda.


Fact : Ketahuilah bahawa eyesight tiada kena mengena dengan personality seseorang. Dalam kebanyakkan kes, characteristic lebih berpunca daripada genetic. Kenyataan bahawa gadis yang berkacamata adalah individu yang tak cool adalah sangat tidak tepat..same goes to girls with braces..haha!!!


OhWellWhatEverNeverMind : Yang penting the 4 eyed(i mean 8) girls bawah ni bukan geek..hehe


Peace

1 comment:

Cik Liyana said...

cikgetah..setuju yg bawah sekali tuh...setuju sangat ! org selalu ingat pakai spek jek mesti budak skema..macam cikgu-cikgi..padahal..wey i'm not cikgu lah..n saya tak skema...hahaha

Blog Widget by LinkWithin