Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Tuesday, November 29, 2011

Gambar Disebalik Tabir Photo Shoot bersama pemenang OHB contest


Haritu Elia publish gambar-gambar official masa photo shoot bersama Ezma, pemenang contest anjuran Online Hijab Boutique ni kan? now presenting the un-official pictures taken during the event.


cek cek cekidaud~!!


















more photos boleh tengok kat my FB Fanpage, https://www.facebook.com/jejariruncing dalam album bertajuk

atau klik terus link dibawah ni

p/s: elia demam ni. doakan saya cepat sembuh ye ;)

Sunday, November 27, 2011

Apa kata anda?

Salam Maal Hijrah 1433 buat semua. semoga hidup kita sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat Allah S.W.T..


Sempena tahun baru ni saje lah elia buat poll atau survey untuk para pembaca blog ni. saja nak tahu komen atau respon anda. ada 3 polls yang berjaya saya buat.




poll ni akan berada di belah kanan blog ataupon sidebar. dekat bahagian "semangat blogging". polls ni akan berubah atau rotate setiap kali anda refresh this blog. sempena tahun baru ni nak la juga buat entry atau blog mengikut permintaan anda. nak juga tahu apa yang korang suka baca atau nak tahu lagi dari Elia. cuma nak dengan respon anda selaku pembaca.

kalau rajin dan sudi submitlah vote kat poll tu ye. takpon kalau nak tambah sikit permintaan anda kat ruangan komen pon dialu-alukan. lepas submit vote anda akan dapat tengok keputusan peratusan vote keseluruhan poll tu.

polls ni pon akan berada kat blog ni buat sementara waktu je. sampai masanya akan ditukar ke polls atau soalan lain pula ;)

Apa-apa pon Elia nak ambil kesempatan ni untuk ucap terima kasih buat anda yang terus menyokong saya selama ini. sokongan padu anda amat saya hargai. hanya Tuhan mampu membalas jasa baik kalian. ;)


Friday, November 25, 2011

Tentang Dhia


Elia jarang tengok drama bersiri. sebab rasa malas nak ikot cite tu. malangnya, sepanjang cuti ni dah ter-tengok"(boleh pulak tertengok ye) dan terrsangkut dengan cerita ni.

cerita Tentang Dhia di slot Akasia TV3.

kepada yang tak tahu saya ada copy paste sinopsisnya:


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat diminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju kehidupan Dhia? Jangan lupa saksikan kesudahannya dalam Tentang Dhia menerusi Slot Akasia di TV3.




Cerita ni sangat best. tak tahulah kenapa. cite ni antara drama bersiri yang saya dah ter'sangkut' sampai rasa tak nak miss. banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ni. saya paling tertarik with this quote

"Hati wanita manakah yang mampu menahan duka dan lara tatkala dilanda badai ujian dan dugaan tanpa henti?"

We never know what Allah's plans and what's in store for us. Everything happen definitely for a reason dan ujian tu kadang-kadang takkan berhenti sampai kita rasa macam dunia ni tak adil pada kita tapi insyallah yakinlah bahawa di penghujung jalannya pasti sesuatu yang indah. Percaya kepada takdir. Mungkin ada sesuatu di masa hadapan yang kita sendiri tak tahu.

semalam terrr-miss cerita Tentang Dhia ni. nasib ada Tonton.com.my! hehehe

So ada anyone kat sini yang dah tertarik juga dengan cerita ni?

Thursday, November 24, 2011

Limah Merajuk!


Haaa.. sudah.. cik Limah dah merajuk dah.

Limah??

Bukan Hantu Kak Limah balik rumah tu. dia nak buat hape. buat bakor bolehlah.


ni kak Limah Kesum.

alaaa... cuba tengok 2 previous entries yang saya 1st time jumpa Limah Kesum, dan entri semalam pasal her friends yang datang buat recording and interview elia. Al kisahnya cik Limah kite sudah dapat tahu dan merajuk sampai ugut nak deactivate account FBnya.

semua gara-gara mereka ni datang jumpa Elia tanpa pengetahuan Limah Kesum. So bila dia dapat tahu terus mengalami sentapan rohani dan telah terguris hati.

sebenarnya bukan diorang sengaja pon nak guris hati awak. kawan-kawan awk yang baik hati ni sebenarnya ada plan untuk buat surprise untuk awak. setelah dipujuk-pujuk pon tak jalan, kami akhirnya terpaksa bocorkan rahsia tu.



Sebenarnya selain untuk interview for assignment, mereka ambil peluang ni untuk buat video ucapan birthday khas buat kak Limah Kesum kita a.k.a Rean. sebab tu diorang tak nak bagitahu awak. takmo majuk majuk k? you are lucky to have such friends ;)


Tapi birthday dia lambat lagi.. disebabkan perkara ni, kami terpaksa upload video ni secepat mungkin. kepada anda yang nak tengok short video wish ni, sila ke fanpage Elia kat Facebook - https://www.facebook.com/jejariruncing

Anda juga boleh wish happy becoming or super advance birthday wish kepada the legendary Limah Kesum kat fanpage dia -> Siap ada fanpage hokayyh

so to Limah Kesum, hope this entry can make it up to what happen. nanti insyallah ada rezeki kita hang out lg k? takmo majuk majuk dah ;)


Wednesday, November 23, 2011

Jadi bahan ujikaji

Ingat tak entry sebelum ni yang pasal Elia jumpa pembaca setia blog ni kat Danau tu?

masa tu ada salah seorang rakan mereka approached me to ask a favor of helping them with their assignment project. they wanted me to be their source. basically they wanted to interview me because they are doing this research about the media industries. the implication of harm principle on individual. Since i have experienced ups and downs that relate or caused by the media, they strongly think that i'm a suitable candidate to be interviewed for this subject of Ethics.


Sebelum ni ada gak a few yang minta tolong elia sebab diorang nak kena buat assignments, folios, researches dan macam macam lagi yang related dengan saya or my blog. tapi selalunya masa dan keadaan tak mengizinkan. mereka ni pula kebetulan nak buat benda ni time saya betul-betul free. plus they are willing to come all the way from Shah Alam to Setiawangsa in order to get me for an interview. Thankfully, i manage to squeeze time of my hectic schedule to do this.



Ni antara gambar yang diambil ketika interview sedang dijalankan. nerbes jugak bila kena cakap depan kamera. bila apa yang kita cakap direkodkan. knowing apa yang kita sampaikan akan didengar dan dinilai oleh pihak professional yang bukan calang-calang orang. but overall it was pretty exciting and at least i got to do something for someone at the same time speak my mind to those future writers and reporters. seronok dapat jadi sebahagian daripada project group assignment para siswazah peringkat Master jurusan Mass Communication ni.

Insyallah kalau tak ada aral melintang, Elia akan penuhi jemputan mereka untuk bagi sedikit talk dan sesi soal jawab dengan student yang bakal keluar sebagai wartawan, journalist, Penerbit dan macam-macam lagilah. nerbes pon ada. tu pon kalau masa diorang kena present tu saya ada cuti. if not, tak dapatlah.



with Mardhiah




with Adibah



Pose khas buat Limah Kesum. dengan ucapan, jangan jeles ;p


thanks again for the opportunity to be a part of a special project by Master students of Mass Communication, Uitm Shah Alam. btw, Uitm Di Hatiku~!

p/s: wahh.. belum pape dah dapat offer duk rumah sewa diorang kat Shah Alam nanti. hehe. insyallah, kalau dpt sambung kt Shah Alam nnti Elia roger korang ye? ;p


Temu ramah di rumah urut


Pada suatu malam sekitar awal November yang lepas, saya diajak untuk ke Danau Kota oleh si kakak. mengenangkan badan yang sangat keletihan dan perlukan urutan yang sepatutnya, saya pon bersetuju untuk ke sana. walaupon jam waktu tu dah agak lewat.


Tapi mengenangkan kelenguhan sendi-sendi ni akibat kerja keras sepanjang cuti semester ni, digagahkan jugaklah kudrat yang ada ni. nasib bukan saya yang drive malam tu. masa nak keluar tu memang i just grab a sweater and put on tudung paling malas. punya malas nak melilit dan membelit, pakai yang sarung express saje.


my sis tanya "awk nak pakai camni je ke keluar? are u sure?"

dengan muka selamber yayaa selamber pappa saya jawab "ha'ah.. malaslah nak lawa2 bkn nak jumpa siapa pon"

"well, up to u then"

dengan muka dan pakaian yang selebet(selekeh) kami pon ke DK. sampai-sampai tu terus ke lokasi yang dituju. takde nak singgah tempat tempat lain. kat booth atau gerai urutan refleksologi. masa tu tukang urut pompuan majoritinya occupied. so saya pon duduklah tunggu akak tu abes urut customer dia. then tengah duk termenung, saya dengar satu panggilan suara yang agak perlahan tapi..

"Eliaa..??"

"errkk..ye?"

"Elia ke ni?"

"Ha'ah. ye saya.." *senyum*

"Haaa.. aku dah habaq hang dah.. kan betui.. nasib tak salah orang, boleh tak kami nak ambil gambar lepas ni?"

"owhh.. sure. boleh2..(alamak..aku ni dah la selebet camni.-_-")"

then makin lama makin rancak pulak kitorang bersembang. macam macam soalan yang ditanya dan macam macam cerita yang dia kongsikan. memang ramah tamah betullah wartawan kite ni;p nama glamour orang yang menegur kite ni LIMAH KESUM. funny nickname dia kan? se-funny orangnya. serious masuk air. tak henti-henti borak ngan dia ni. gila babeng punya kelakar dengan dialek utara pekat dia tu.


Abes macam-macam yang di-interviewnya. mengalahkan wartawan lagi. peminat setia blog jejariruncing katanya. dan bila lama berbual dengannya memang ternyata dia baca most of my entries. coz she knows so much about me. wah, terharu giler kot! first time jumpa fans yang begitu energetic, excited dan happy go lucky. talkative dia toksah cakaplah. memang kedai urut tu yang sunyi jadi riuh rendah. segan pon ada bila semua mata kat kita. tapi atleast ada la jugak hiburan sambil kaki dipulas-pulas kan..




bergambar kenangan bersama the legendary Limah Kesum. thanks for putting this pic as your FB Profile pic for about a month! so this entry is for u Limah! ;)



Tak lupa juga buat kawan-kawan Limah yang ada bersama memeriahkan majlis masa tu. semua ni datang jauh-jauh dari Shah Alam kot. nice knowing and chatting with you guys. memang korang antara orang yang Elia jumpa yang susah nak lupa.

special thanks to the tukang tangkap gambaq. Adibah.(korang amik gambar kesian dia xde in the picture) xpe. meh tgk camne rupa dia yg cute tu - > Blog Adibah Ruzaini


p/s: mind the ugly and selebet version of me. saya memang tak suka wear make up for no reason. especially at night. biarlah orang nak kata xpandai bergaya ke apa. ada aku kesah? ;p

Tuesday, November 22, 2011

Diari Korbanku


Tajuk kali ni sebenarnya nak cerita pasal korban. tapi masa nak buat entry ni teringat cerita Diary Ramadhan Rafiq yang ada budak kecik mixed yang comel tu. tapi sebab nak cerita pasal korban bukan sal bulan Ramadhan. jadilah tajuk cam kat atas ni. baru-baru ni yang tak berapa nak baru ni kan kita semua menyambut Raya Haji atau hari dimana umat islam menunaikan haji di Mekkah dan melakukan Ibadah Korban.


Tak ramai yang tahu(kalau beli majalah NUR haritu taulah kot) yang saya seorang yang tak makan daging. bukan vegetarian. saya makan daging ayam dan ikan. cuma daging-daging selain ikan and ayam je yang elia tak makan.

Semuanya bermula masa saya berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. lokasi kejadian di Aloq Staq, Kedah. my parents brought me to watch this acara korban atau penyembelihan. kira it was my first time tengok lembu kena sembelih and since that day saya memang tak makan dan tak boleh sentuh daging. tak tahulah kenapa. but mmg until now i couldn't dare to watch all the raw meat hanging kat pasar-pasar tu. maybe sebab saya ni penggeli kot. jarum dan darah pon takut ;p


Lembu ni saya tak takut untuk usap sebab dia comel(dan fake)! haha!

Selalunya raya korban kami sambut tak meriah mana sangat pon. lagi-lagi bila dah takde kampong dan selalu beraya kat KL je. kalau ada pon bila family side abah buat korban. tapi tahun ni raya best sikitlah. for quite some time baru tahun ni rasa syok sikit raya haji ni.



Pagi-pagi dah bangun bertolak ke rumah Tok cik Aa' yang sentiasa bersemangat bila bercerita(which we lurve so much!)and the rest of D'Adza's family. D'Adza consist of 6 beradik dengan semua pangkal nama diorang ada "Adza" hasil gabungan nama my nenek menakan dan tok menakan ni. sebab tu lah nama group diorang D'Adza.



Salah satu sebab dikatakan raya tahun ni meriah sebab lauk-lauknya yang meriah jugak. hihi. elia, kau bab makan je laju ek. tapi memang serious all the food were delicious and finger licking good. macam-macam menu ada. mee kari, laksa, nasi briyani, rendang ayam, rendang daging, ayam masak kicap, nasi impit dan kuah kacang, dan macam-macam lagilah. tak ingat dah



Kali ni kami dapat berkumpul 3 beradik. bab makan tu laju je budak sorang tu. oh ya. please mind that specky girl yang senyum kambing tu ye. hish,annoying betul ;p



this is my cute lil cousin, Isabella. sangat cute bila saya sebut nama dia. she sang that "isabella adalahh..." song. cute! and she can be really talkative when she get all excited about something. haisshh.. comel benor anak Mak Dara ni kan? siapa nak booking sila gi kat Blog Mak Dara ye ;)


Haritu kitorang stay sana sampai petang gak la kot. duk melayan cerita Maharaja Lawak Mega sampai habis. tak sedaq pon dah petang. selalunya raya haji didn't last more or didn't get through lunch. ni sampai ke hi-tea punya dok syok story morry.




Last before we make our move, haruslah bergambor bersama makcikku yang gorjes ni. Auntie Adza Tuty and her lovely daughter, Zara. the rest of my gorgeous aunties ntah gi mana tah masa ni.


Overall it was a fun Aidiladha for us because we can get together with our family and love ones. sambil makan makan tu kami bergurau senda, bergelak ketawa, catching up on things and melayan telatah budak-budak kecik yang ramai kat rumah tu. best! im glad we had fun and there's no place i rather be than with my ohana ;)


Monday, November 21, 2011

Pretty Please for Petite


Elia selalu berdepan masalah bila nak beli long dress or maxi. memandangkan badan yang boleh dikategorikan sebagai pendek, genit ataupon dalam bahasa omputehnya petite, selalunya dress yang dicuba mesti labuh mencecah lantai. bila berjalan tu abes semua sampah sarap dikaut sekali. bak penyapu menyapu lantai. kalau dress atau gaun wedding tu takpe la jugak. boleh fefeling princess;p kadang-kadang tu frust juga bila nak cari dress ready made yang kena dengan badan yang petite ni. Nasib wujud kedai macam Pretty Please ni.

Pretty please(PP) adalah sebuah on9 shop yg baru dibuka. Produk utama PP ialah ladies apparel terutamanya untuk gadis or wanita yang bertudung/tidak bertudung mengikut fesyen dan trend terkini. PP menawarkan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki serta menjamin kepuasan pelanggan.

Antara koleksi dress gorgeous yang terdapat di PP :






Sempena pembukaan PP, GOOD NEWS! untuk gadis/wanita PETITE atau mempunyai ketinggian yg rendah, berSAIZ XS, S & M!! Kini anda boleh dapatkan MAXI DRESS, MAXI SKIRTS, CARDIGAN & DRESS di PRETTY PLEASE untuk produk pertama kami. Dapatkan sebelum terlambat dan LIKE PRETTY PLEASE (link) untuk shop ;).

Pretty Please akan menyediakan variety of size untuk next update, but akan tetap terus menyediakan size PETITE, XS & S..



Friday, November 18, 2011

Gambar Sesi Photoshoot Outdoor bersama pemenang "Sweetest Smile Contest"





As u all know, last Saturday bertarikh 12 November 2011 saya ada satu sesi photo shoot bersama Ezmaliza, pemenang "The Sweetest Smile" contest anjuran Online Hijab E-Boutique. Pemenang yang memperoleh jumlah "like" terbanyak dijanjikan hadiah berupa jubah maxi beserta tudung bernilai lebih RM12o, free make-over dan peluang berphotoshoot bersama Elia yang akan di-capture oleh seorang photographer dari Sweet&Sour Photo Design.

can refer to this ENTRY


Saksikan the official pictures taken that day




Outdoor Photoshoot with "Sweetest Smile Contest" Winner

Location :Taman Tasik Perdana
Talent : Aimie Harmelia (JejariRuncing), Ezmaliza Ezrik(Sweetest Smile Contest Winner)
Make-up : Marliy Kama
Photog : Parchie Bisa
Edited by : Lela Nabiela OnlineHijab
Wardrobe : Online Hijab E-Boutique (OHB)







Serious cantek kan Ezma ni? Dia pon ada blog. check out la blog dia- Ezmaliza Ezrik Blog. a very nice one. dia pon sangat cool and fun to be with. kitorang mudah mesra tak sampai 10 minit. baru jumpa sekali dah macam kenal 10 tahun. best! taktau kenapa bila first time nampak dia, saya rasa lega that its her. padahal xkenal pon dia siapa sebelum ni.the time we had during this photoshoot memang awesome!



Lepas di-makeoverkan oleh kak Marliy Kama ni, terus muka Ezma bertukar menjadi mcm muka Datuk Siti Nurhaliza. bukan saya sorang je yang kata tp semua orang kat situ. instant je ezma leh jd Datuk Siti Nur"EZMA"liza. huhuhu. btw, mcm nak sama je kan nama kite? Ezma n Elia. tambah kebetulan kitorang same age. korang boleh baca entry Ezma pasal pengalaman dia berphotoshoot kat SINI










Kedua-dua jubah/maxi yang kami pakai ini adalah dari koleksi OHB



Kenalkan, ni lah kawan baru Elia.. Ezma namanya ;)





Gambar selebihnya boleh dilihat di Facebook Fanpage Elia's Blog atau Fanpage OHB

*Elia tengah tunggu unofficial picture yang diambil dari camera Ezma. nnti dah dapat saya upload and update kat blog ye ;)

p/s: OHB flagship(showroom) akan dibuka di Hartamas akhir December ini. pss.. the best part, ada special offer especially for my blog followers!! wuhooo.. siapa yang tak follow lagi tu boleh la follow cepat-cepat ye ;p


Thursday, November 17, 2011

Family Treats


Selepas menikmati pengalaman yang memuaskan di Tajrii Spa, Ahad lepas saya sekali lagi telah pergi ke spa tersebut yang terletak di bangunan Melawati Urban 1, Taman Melawati. kali ni saya tak datang sorang tapi saya bawa my two important person in my life. both of my backbone yang banyak bertungkus lumus dan bekerja keras membantu managing my hectic life recently.


So its time to give back. even its just a small token of gratitude compare to what they have done to me all these days. better than nothing right?

So petang ahad tu kami bertiga pon sampailah ke Tajrii spa. best pergi weekend sebab parking free dan tak susah cari parking.hehe.



sampai-sampai kami disambut dengan baik sekali oleh staff Tajrii yang sememangnya lemah lembut selembut lagu yang dimainkan kat spa ni. hehehe.


Buat Mak, i decided to give her a treatment that suits her age, needs and medical condition which is MEDICAL THERAPEUTIC MASSAGE TREATMENT.

MTMT ni bukan macam urutan biasa tapi dia lebih kepada mengesan dan merawat segala kesakitan fizikal yang ada pada tubuh kita.it uses a comprehensive program of soft tissue manipulation techniques that balance the central nervous system (brain, spinal column and nerves). therapist yang buat urutan ni pon bukan orang sebarangan tetapi yang bertauliah. rawatan ni bukan saja sesuai untuk warga tua tapi juga untuk atlet atau sesiapa sahaja yang ada masalah kesakitan otot, muscle, joints dan macam-macam lagilah.




Mak smile for the camera before di-operasi-kan oleh therapist



Therapist ni diimport dari Seremban tau. masa awal-awal sesi urutan ni saya tak renggang dari mak. sebab tengok aunty ni urut macam slow je. tapi reaction muka mak mcm sakit sgt je. rupanya aunty tu kata ni mukadimah je. dia urut kaki untuk detact trigger point atau part2 tertentu yang bermasalah.

aunty tu tekan sikit dia kata "akak ada masalah dot dot ye"

tekan tekan lagi "akak selalu rs bla bla bla ye"

tekan lagi point lain "hmm.. akak ni ada prob sikit kat tutt tutt ye"

semua soalan tu dapat jawapan yang sama dari mak - "ha'ahh"

saya pon dengan kagumnya berkata "waahh.. aunty ni dah macam ahli nujum la.. terer.. belek2 sikit dah tau sakit ape. macam dlm TV tok bomoh slalu kata kamu sakit apa ,tak pyh ckp tok tauu dahhh!"

bilik yang sunyi tu pon bertukar menjadi riuh dengan gelak tawa kitorang.

mula-mula je mak nampak dalam kesakitan lepas dah 20minit tu tengok dia dah tenang siap boleh tidur lagi so saya pon tak susah hati lalu minta diri keluar dari bilik rawatan tu.


sementara nak tunggu treatment Mak yang makan masa lebih kurang 2jam tu, saya dan kakak pula buat rawatan Sauna FIR.

just sama macam rawatan yang saya buat pada lawatan sebelum ni.(ala yang saya lupa nak ambil gambar last2 upload gambar kotak sauna dari google tu.)


Haaa.. nilah kotaknya! (ye saya tau. i look like one pregnant lady with this dress ;p)




Kan saya kata benda ni siap ada disediakan magazine lagi. So lepas salin baju dan pakai towel, kami berdua pon masuk dalam kotak ni. best bila masuk berdua ni sebab tak rasa sangat masa tu berjalan. sambil borak borak leh baca mags. air masak disediakan untuk kami minum incase rasa kering tekak. haa.. best masuk berdua ni sebab boleh main lawan-lawan sape paling cepat dan kuat berpeluh. haaa. game camni pon boleh buat main kan?


Kotak sauna ni rupanya tak sama macam sauna bath yang saya selalu cuba kat spa-spa lain. kotak sauna ni ada pakai system FIR atau Infrared. banyak benefit yang kita leh dapat dari FIR ni. antaranya dapat melancarkan peredaran darah, detoksifikasi, meningkatkan fungsi ketenangan, anti penuaan, redakan sakit sendi, baik untuk ibu baru lepas melahirkan anak, fix masalah kulit jerawat, baik kepada yg sukar keluarkan peluh dan mengurangkan tekanan yang membuat wajah tidak berseri.


Selesai bersauna, kami dipelawa merasai rawatan yang selalu dibuat oleh bakal bakal pengantin. tapi sebenarnya menurut mereka ni rawatan ni semua tak hanya sesuai buat bakal pengantin. sesiapa sahaja nak buat pon boleh. digalakkan untuk gadis-gadis diluar sana yang mementingkan kecantikan dan kebersihan dalaman dan luaran.

Saya dibawa mencuba MANDIAN AURA. manakala my sis telah merasai rawatan TANGAS DARA.


walaupon kami masing-masing buat treatment yang berlainan, boleh minta untuk buat sebilik so that tak boring. sambil buat treatment leh borak.hehe. tak penah habis idea nak borak ek pompuan pompuan ni.

Ok. kita cerita pasal MANDI AURA yang saya buat ni dulu ye?

Keajaiban Mandi Aura bertindak merangsang, membersih serta menjernihkan aura yang bermasalah lalu menaikkan seri di wajah anda. Selain itu ia juga meningkatkan proses awet muda, membangkitkan karisma, tampil lebih berkeyakinan, bertuah diri, mudah didampingi, lebih disayangi, penampilan lebih positif, tenang, sabar dan ceria sepanjang hari.


sajelah nak tepek gambar muka sebelum buat treatment ni.







BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1. PATI AURA (12 JENIS BUNGA TERPILIH)

2. PATI BUNGA RAMPAI

3. GARAM HIMALAYA

4. SUSU SEGAR (OPTIONAL)


PENYEDIAAN MANDI AURA DI SPA:

· Titikkan 3-7 titis Pati Aura untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan ke dalam tab mandi. Ianya adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.

· Taburkan Garam Himalaya, pati bunga rampai dan susu segar.

· Gaul bahan-bahan tadi mengikut lawan arah jam diiringi dengan bacaan selawat dan doa.

· Anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.

· Amalan yang berterusan amatlah digalakkan.



alamak. gelap la pulak, buka lampu sikit ;p



haaa.. nampak pon.. cantik tak shower cap baru kite tu? ;p


Baby sumolah ni sangat ceria hokay bila dapat mandi aura dalam bath tab ni sebab wangian lepas mandi ni memang melekat kat badan kita for about nearly 2 days kot. memang wangi sesangat sangat. rasa cam nak cium diri sendiri je selalu. eh, oberr lak kauu ni mak jemah!


Untuk treatment yang dinikmati oleh si kakak pula, dia dipelawa melakukan TANGAS DARA(jenis tangas kering).

Pada zaman sekarang, ramai yang tidak mengetahui apa itu bertangas dan kebaikan serta kelebihannya apabila diamalkan secara rutin. Rawatan bertangas ini sememangnya begitu popular pada zaman dahulu kerana ianya amat mudah dan memberi impak yang maksimum kepada pengamalnya. Namun cara dan bahan-bahannya mungkin sedikit kekurangan setelah mengikut peredaran masa walaupun tujuannya sama.

Rawatan ini adalah sesuai untuk wanita dari peringkat anak dara sehinggalah dewasa kerana ia bertujuan untuk merawat penyakit keputihan, mengetatkan saluran peranakan terutamanya yang sudah bergelar ibu serta menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada alat sulit.

Tangas juga menjadi pilihan remaja terutama golongan yang mempunyai masalah keputihan, kegatalan vagina yang menyebabkan pengeluaran cecair yang berbau daripada saluran faraj.

Disebabkan pemakanan yang tidak seimbang, termasuk kurangnya penjagaan diri menyebabkan remaja perempuan mengalami masalah pada bahagian sulit. Jika tidak dirawat vagina akan mengalami alahan seperti gatal, kemerah-merahan selain mengeluarkan bau tidak menyenangkan.



PROSES RAWATAN

· Proses rawatan Tangas Dara secara tradisional ialah dengan penyediaan bara api dan tabur di atasnya dengan campuran ramuan-ramuan herba yang telah dibersihkan seperti buah manjakani, asam keping, daun sirih, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala serta dan rempah ratus.

· Setelah dibiarkan beberapa minit, wanita yang akan menjalani rawatan bertangas akan masuk dan duduk di atas kerusi khas berlubang supaya zat-zat campuran herba mengenai bahagian sulit mereka.

· Teknik pernafasan mengetatkan faraj akan diajar oleh terapis. Proses rawatan ini biasanya dilakukan dalam masa 20 – 30 minit mengikut kehendak individu dan elok dilakukan sekerap 2 kali sebulan atau seminggu sekali.

· Campuran herba-herba tersebut sebenarnya mengandungi banyak khasiat dan kelebihan tersendiri contohnya buah manjakani boleh mengetatkan saluran peranakan, daun sirih untuk menyembuhkan luka-luka kecil manakala buah pala dapat menghindarkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit serta boleh memberi kesan yang maksima kepada hubungan intim pasangan suami isteri.






Sekarang baru kita tahu kepentingan menjaga kesihatan, kebersihan dan kecantikan sistem dalaman kita. bukan luaran je kena cantik, dalaman pon penting juga. tidak semestinya nak tunggu nak kawin nanti baru nak jaga. kena jaga dari muda ni. dari sekarang. so benda ni dijadikan amalan.


wahh.. berbunga-bunga muka kakakku bila di"tangas"kan. muka atak tenyumm. eeiihh buat muka macam muka minta di'tangan'kan aje..hehe. takpe2. this week awak punya turn, next visit saya plak nak try!




So, setelah hampir 3 jam yang menenangkan di Tajrii Spa, kami pon bergambar kenangan dengan salah seorang staff mereka sebelum berangkat pulang. hamboi hamboi korang muka nak berseri-seri je kan lepas buat treatment masing-masing..


Agak-agak korang muka camni berseri ke erk?

alamak. soalan xleh blah. *tutup muka* kbai!



Untuk mengetahui lebih lanjut atau soalan tentang rawatan di Tajrii Spa ini, sila lawati Facebook Fan Page mereka - https://www.facebook.com/tajriispa

atau ke website rasmi mereka di - http://tajrii.com/


p/s: Jumaat ni saya akan ke Tajrii Spa lagi. Dengar khabar mereka ada berita gembira yang bakal dikongsikan bersama. apa agaknya tu ye? nantikan update seterusnya kayh?

Blog Widget by LinkWithin