Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja
mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.
Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.
Salam ceria buat semua
22 comments:
BAIK KITA BERFIKIR, BAIKLAH DIRI KITA ^^
btol3..stuju ngn elia..
manusia nie cepat cgt pkir negatif tau(ceh,ckp cm sye nie bkn manusia je)hahhaa.. =)
berubahla selagi bleh berubah...
manusia mmg suka berburuk sangka..:)
semoga kita di permudahkan urusan...
yes !! setuju dengan kak elia dont judge book by it's cover
lagi satu ..jangan pedulik apa org kata.jadik diri sendiri.
Jom baca: Pagesviews by countries
sebab tu manusia ni ade satu perangai lagi...tak pernah puas dengan ape yg ada..
suka sangat :)
thanks for sharing :)
sokong tu elia semuanya bergantung pada apa yg kita lihat tp apapun ambik yg positif jd pedoman =)
betul2....walau ape pun...just think positif...
suka!
biasa la tuw. adat manusia... susa na puas an aty owg niey. yg penting. biar kte jady diri kte sendiri. b ourselve. btw, entry niey cangat besh. =)
kahirul fahmi ade gewe d sangka single
hehe..
jejari sy tidak runcing..
jejari sy pendek dan temok
elia,
kl nk banner email trex taureqeu@yahoo.com
-gambar
-color yang nk guna
-nak tulis apa(tp jgn pjg)
-flash / statik
tp kl x cntik jgn mrh.. heheheh.. sbb x terer sgt... =)
aku sentiasa positif
itulah yang dinamakan manusia...
da lama ta dtg blog ni..windu plak..hehe
itulah yang dinamakan manusia...
da lama ta dtg blog ni..windu plak..hehe
Saya setuju sangat! :)
itu lah diri kita yg sebenar. Suka berprasangka buruk . Andai prasangka baek, alhamdulillah. Tapi kalau buruk? harap dijauhkan la semua tu.
Sarah paling x suka when org cakap sarah sombong bila sarah diam. Diam x bermakna sombong. Diam-diam ubi berisi okey.
Biarkan mereka dengan prasangka buruk mereka
betol2x ...
sabar jelah sape yang dapat tuh ..mmm
betol tuh ...
nak buek camner erk ..
sabar jelah hati mm
kak elia buat sendiri?bestla..its so true kadang2 sy pun x prasan ni blaku kat dri sendiri..tq
oh relax husky pants. very little people thinks like that. mostly they dont think at all. no one gives a crap of who wears what or who eats how much.
Post a Comment