Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Wednesday, September 2, 2009

Rancangan Kembara Ramadhan





Hari ini anda bersama saya sebagai hos praktikal untuk rancangan Kembara Ramadhan. (tehehe. kebetulah harini i bawa Lappy g kelas then after that Honeym ajak i tman dia g Machang. dan2 tu feeling2 jadi tourist ngn beg travel bagaii). Ok2.. focus. kembali kepada rancangan kita.




::Krew jalan-jalan cari pasal (JJCP)- Mieza&Yana::




:: Hos anda,Elia bersama tetamu jemputan Honeym ::



Kali ini destinasi Bazaar Ramadhan yang dituju adalah
di Pekan Machang yang terletak kira2 1km dari Uitm Machang.



Keadaan Bazaar yang mula dikunjungi seawal 4petang setiap hari menimbulkan suasana riuh dengan pekikan suara para penjual yang rata-ratanya berdialek Kelantan yang kadang kala mencuit hati kami. Beginilah barangkali kemeriahan menyambut ramadhan di pantai timur.



Banyak juadah yang terdapat di sepanjang bazaar ini. Namun saya tertarik untuk mencuba Ketupat Sotong ini yang berharga RM 2 seekor. Dijelaskan oleh kakak ini yang tidak mahu namanya disiarkan bahawa cara penyediaannya amat mudah dimana isi perut sotong tersebut disumbat dengan pulut. Rasanya sangat manis. Sinonim dengan citarasa pantai timur.




Setelah menjelajah diserata perusuk bazaar ini dan menjamu mata dengan juadah2 yang pelbagai jenis dan rupa, saya dan krew jalan-jalan cari pasal beralih ke gerai makan berhampiran untuk berbuka puasa. Mari, jalan-jalan cari pasal!




Gerai ini terletak lebih kurang 15 minit dari bazaar sebentar tadi. tapi mungkin mengambil masa 5minit je kalau berlari-lari anak. ikut keselesaan masing2. Istimewanya gerai ini adalah ia menyediakan menu unik seperti makanan yang berasaskan belut. sebagai contoh Sup Belut. bukan Sup Bilut ye. itu tajuk cerita.






Malangnya, kami tidak berkesempatan mencuba menu pelik dan eksotik yang ada. Memandangkan kami telah terlalu rambang mata ketika berada di bazaar tadi. Baget yang disediakan pihak penganjur pun tidak mencukupi. Manatidaknya, lihatlah makanan yang telah dibeli oleh kami semua. Banyak kan?




:: Honeym berselera berbuka harini ::




:: Ni makanan berbuka saya. Nasi goreng kampung+ketupat sotong+caramel+kek coklat ::


Sekian sahaja Kembara Ramadhan kita pada hari ini. Diharap anda terhibur dengan bingkisan kami. Waktu berbuka sudah hampir. Semoga kita berjumpa lain dia lain waktu. Salam mesra dari saya, Aimie Harmelia serta crew JJCP. Selamat menjalani ibadah puasa~!! huhuhu




:: Candid - laponya muko dio.hehe ::




:: Pengangkutan ditaja oleh the Tenggiling Enterprise ::

4 comments:

cik ian@aH Lian~ said...

rindu nak menggalas
backpack mcm tu. smbil merayau
melihat dunia.

Syima Syaz said...

montot ayam takde ek kat sana?

aMyErInAiMiE said...

Setelah menjelajah diserata perusuk bazaar ini dan menjamu----->PELUSUK ye.harap maklum.hehe

sotong sumbat tu ayu pun suke mkn.smpi ke kg baru die mencarik puasa taun lpas.huhu

mieza yezza said...

as usual x da tmpt lain selain pekan mache...
kak ya byk gile kuih pelik2 yg jual kt situ kan????
die pnye ikan bakar nmpk cam sdp rugi x try kn kak ya...
nnti ble kte da kelik mache kte ajak yana n anim g skali lagi deyh.....huhu....

Blog Widget by LinkWithin