Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Saturday, January 15, 2011

Cabaran bergelar WAG’s Malaysia


Oleh Siti Nur Almizan Aripin

2011/01/15

Peminat fanatik ingin jadi isteri `nombor dua’ pemain bola sepak

TAJUK besar terpampang di laman web hiburan sensasi berbunyi, Khairul Fahmi Nafi Nora Danish Punca Tangguh Tunang!

Bagi pembaca, benar atau tidak cerita yang dikarang, ia bukan masalah kerana keseronokan mendengar kisah sensasi bintang pujaan mereka lebih mengujakan dan boleh juga dijadikan bahan untuk bercerita sesama sendiri.


Malah, sejak menjuarai kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, populariti pemain bola sepak negara juga tiba-tiba melonjak naik mengundang pelbagai gosip.
Realitinya, situasi sebegini pastinya antara cabaran yang perlu dihadapi pasangan ‘public figure’ berkenaan yang kini layak juga digelar ‘WAG’s (Wife and Girlfriend)’ Malaysia!

Menjawab gosip membabitkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, bakal tunangannya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi berkata, itu adalah antara cabaran yang sudah dijangkakannya.

Malah, sering juga dia sendiri dicemuh dan dijadikan bahan gosip memandangkan statusnya hanyalah sebagai teman wanita, tapi katanya, dia perlu tabah malah tahu isi hati Khairul Fahmi atau turut digelar Apex.

“Tapi saya cuba belajar menerima teguran dan sejak populariti Apex melonjak, penampilan saya yang ringkas juga sering ditegur. Jadi, mana yang baik saya ambil sebagai teladan dan teguran yang tidak membina, dibiarkan saja berlalu,” katanya.
Tambah Aimie Harmelia, kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional banyak membezakan Khairul Fahmi dengan orang lain dan itu juga bentuk tekanan yang perlu dihadapi.

“Mereka tidak seperti orang biasa yang punyai banyak waktu bersama dan sejak mula mengenalinya, saya didik diri untuk kuatkan mental, faham jadual latihannya saban hari.

“Tapi sekarang lagi mencabar kerana dulu dia bersama pasukan Kelantan tapi sekarang menyertai skuad kebangsaan, bakal bersama Harimau Muda untuk Sukan Olimpik, jadi masanya lebih terhad,” katanya.

Memetik kata-kata gadis manis berusia 21 tahun melalui laman blognya, walau banyak ‘gangguan’ diterima daripada peminat fanatik bola sepak, dia percaya jika ada jodoh tidak ke mana.

“Saya percayakan gerak hati atau naluri saya yang sentiasa membantu. Setakat ini belum pernah terdetik nak meragui cintanya. Saya seorang teman wanita yang memahami walaupun sebenarnya kuat cemburu.

“Selalu nampak komen atau pesanan berbunyi ‘I love you Khairul Fahmi’ atau ‘I like you’ di laman facebook Apex tapi saya tidak cepat melatah,” katanya.

Bagi Sabarina Yusof, 28, bergelar isteri kepada penyerang pasukan Harimau Malaya, Mohd Safee Sali sememangnya banyak mencabar emosi dan mentalnya.

Bukan soal peminat fanatik wanita menjadi isu walaupun ia juga tersenarai di dalam perkara yang ingin dielakkan tapi bagi Sabarina, kesuntukan masa bersama suami selalu menekan emosi kewanitaannya.

Akuinya, komitmen suami terhadap bola sepak selalunya menyebabkan dia terpaksa menguruskan keperluan rumah tangga berseorangan.

“Sebagai pemain bola sepak untuk pasukan negara dan juga Selangor, masanya memang banyak diisi dengan sesi latihan iaitu seawal jam enam sehingga 10 pagi bagi sesi pertama manakala sesi kedua pula bermula sekitar jam 4.30 petang hingga tujuh malam,” katanya.

Namun begitu, dia sedikit pun tidak menyalahkan suami malah akur, selain tanggungjawab, kerjaya itu juga menjadi periuk nasi mereka sekeluarga.

Pernah dulu, kerana kesibukan dengan jadual latihan dan perlawanan Safee, Sabarina hampir melahirkan anak sulung mereka, Nur Syaza Syaqina, tiga tahun dulu tanpa suami yang menemani.

Paling getir lagi, pulangnya dia dan anak-anak ke kampung halaman di Sarawak sering kali tanpa suami walaupun ketika ingin menyambut Hari Raya.

“Selalunya begitulah, sehingga mengundang tanda tanya orang di kampung kerana kebiasaannya Safee hanya akan pulang sekejap atau sekadar menghantar dan menjemput kami pulang di lapangan terbang,” katanya.

Tapi kata Sabarina, selain perlu memahami dan pandai mencuri masa bersama, Safee juga bijak memainkan peranan di dalam membantu mengembalikan emosi apabila dia penat menguruskan rumah tangga bersendirian.

Sementara itu, isteri penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yang juga dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010, Siti Aisya Adam, 22, mengakui cabaran rumah tangga dihadapi setiap orang bukan hanya apabila mengahwini pemain bola sepak.

“Bagi saya, kerjaya masing-masing dan jarak antara kami berdua boleh dikira sebagai cabaran untuk kami. Namun saya beruntung, walaupun bekerja jauh di Kuching dan suami berada di Kota Bharu, saya sering terbang menemuinya,” jelas pramugari AirAsia itu.

Tidak ralat memperuntukkan sejumlah wang untuk perjalanan pulang menemui suami saban minggu malah kadang kala dia terbang ke Kota Bharu tiga hingga empat kali seminggu.

Bagaimanapun, akui Siti Aisya, gelagat peminat fanatik adalah cabaran paling getir berbanding terpaksa berulang alik dari Kuching ke Kota Bharu saban minggu.

“Tahu sajalah peminat bola sepak Kelantan, semuanya fanatik malah ada juga yang tawarkan diri untuk menjadi isteri nombor dua Norshahrul tapi saya percaya, suami lelaki yang baik.

“Buktinya, setiap kali ada panggilan telefon atau pesanan SMS pelik diterima, dia pasti serahkan telefon pada saya dan jika berjauhan, SMS itu akan dihantar kepada saya tanda dia jujur dalam perhubungan,” katanya sambil menahan ketawa apabila disakat suaminya sepanjang perbualan berlangsung.

Pasangan Siti Aisya dan Norshahrul melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober tahun lalu itu manakala majlis persandingan dibuat pada 25 Disember, dua hari sebelum pertandingan akhir Final Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia menentang Indonesia di Stadium Bukit Jalil.

“Kalau ikutkan, majlis itu dirancang pada Januari ini tapi diawalkan atas persetujuan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa,” katanya mengakhiri perbualan.

credits: Bharian.com.my

OhWellWhateverNeverMind: terkejut juga sebenarnya bila diberi gelaran WAG's ni sebab masa kak Siti call dia just tanya cabaran sebagai gf footballer je. so, i hope tak siapa akan pertikaikan tajuk keratan akhbar ni sebab saya sendiri tak pernah nak anggap diri ni sebagai WAG's pon. even though it stands for Wife and Girlfriend of Footballer. WENK(gila2) tu mungkin.. hehe

14 comments:

soul of math said...

kakak elia,hope kakak tabah harungi dugaan yep! chaiyok!!!
kakak and kfcm SWEET gile!
tade sambungan yang part ke 5 ke?
cerita tergantungla akak..hope ade..^-^.hhii

Mama Zharfan said...

ada jodoh tak ke mana :) betul tu :) yg penting ikhlas dan jujur dlm perhubugan, so no worries ok :)
kagum tgk blog u dh nak cecah 9k followers ni :) keep blogging yer :)

Boloque said...

semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini..

PANAS:Zizan Main Nama Bapak Aznil Nawawi Semasa Gelanggang Raja Lawak 5 Minggu 2,Bikin Panas!!!

♥ ArePeace ♥ said...

elia,,,fOllow my blog k
http://apizsumaxx.blogspot.com/

y u y u Z u l a i k h a said...

heheh.. macam macam halangan kan :)
tak pe, kalau ada jodoh, semua tu tak ada apa2 la elia..

semoga di jodoh kan dengan KF yee ^^

murni ateerah said...

elia~!
dun wory~!
kalau ada ramai yg jeles dgn anda,
masih ramai lg peminat yg lbh menyokong dan mendoakan kalian~!
and im one of them~!
smoga tabah mgharungi cabaran ye dear~!

NOOR FATIN said...

pcaya pada pasangan!

amier azrul said...

selamat la ye :)

lemolemo said...

kuatkan semangat!!!\(^___^)/

natasya said...

gambate...jgan pedulik kata org...may ALLAH bless both of u ^.^v

Wanita Mutalib said...

all the best dik.
kalau dah jodoh, tak kemana nya.
k. :)

student uitm machang ek.

akak pun, batch 2000-2003 :p

Elia Si Jejariruncing said...

tq semua!! insyallah sy akan sbr selagi mampu

eykameow said...

u baru 21 y/o ke dis year babe?!

Elia Si Jejariruncing said...

this year im 22

Blog Widget by LinkWithin