Tempias suami, teman
KUALA LUMPUR: Sejak menjuarai kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini, ‘saham’ atau populariti pemain bola sepak negara tiba-tiba melonjak naik.
Sebagaimana kejayaan mereka dalam sukan berkenaan, aksi menarik mereka khususnya penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat; pemain pertahanan, Mohamad Muslim Ahmad dan Mohamad Fadhli Mohd Shas; pemain tengah, Mohd Safiq Rahim dan Amar Rohidan; serta penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Mohd Sali kini turut menjadi bualan serta pujaan di kalangan ramai wanita.
Namun, pasti ramai gadis kecewa kerana sebahagian wira negara itu sudah beristeri dan juga mempunyai teman wanita.
Secara tidak langsung juga isteri dan teman wanita pemain negara turut melonjak popular dan menarik perhatian ramai mengenai diri mereka di sebalik kejayaan suami dan teman lelakinya.
 Diri mereka  kini boleh diumpamakan seperti WAGs (Wife and Girlfriends)  bintang bola  sepak England yang sentiasa mendapat perhatian peminat  bola sepak negara  itu hingga menjadikan mereka seperti seorang  selebriti gara-gara  populariti suami yang mewakili England serta  menjadi bintang dalam Liga  Perdana Inggeris (EPL).
 Nama WAGs yang cukup dikenali di EPL  adalah seperti Coleen McLoughlin  juga isteri kepada Wayne Rooney; Alex  (Steven Gerrard), Christine  Bleakley (Frank Lampard), Toni Poole (John  Terry), Carly Zucker (Joe  Cole), Chantelle Tagoe (Emile Heskey), Ellie  Darby (Matthew Upson),  Laura Johnson (Glen Johnson) dan Amanda Salmon  (David James).
Kini, peminat bola sepak tempatan mula tercari-cari WAGs pemain negara yang bakal menerima tempias di atas populariti pemain muda selepas muncul juara buat pertama kalinya dalam sejarah kejohanan itu.
  Sebelum ini, nama wanita yang boleh dianggap sebagai WAGs Malaysia   adalah artis Rita Rudaini dan Ayu Raudhah apabila masing-masing   berkahwin serta bertunang dengan pemain kembar negara, Aidil Zafuan   Abdul Razak dan juga Zaquan Adha.
Sejak kejayaan merangkul Piala AFF Suzuki 2010, nama Siti Aisya Adam yang baru mendirikan rumah tangga dengan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan; Noor Fazilawati Abdul Salam (isteri Mohd Ashaari Samsudin); Sabrina Yusof (isteri Safee), Tasha (teman wanita Mohd Safiq) dan juga Aimie Harmelia (teman wanita Khairul Fahmi) mencuri perhatian ramai.
 Seperti juga Aidil dan Zakuan yang memilih artis  sebagai pasangan  hidup mereka, pemain pertahanan negara, Asrarudin Putra  Omar juga  pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon  jelita,  Rozita Che Wan, tetapi kedua-duanya menafikan gosip berkenaan,   sebaliknya mendakwa hanya mengenali antara satu sama lain atas dasar   kawan.
Bagaimanapun, tidak ramai  pemain yang beraksi dalam  pasukan Piala AFF Suzuki itu mendedahkan  identiti isteri dan teman  wanita mereka serta mungkin ada yang masih  solo kerana rata-rata pemain  negara itu berusia 19 tahun dan awal  20-an.
Berkemungkinan  juga, ada  antara mereka menyembunyikan hubungan dengan teman wanita  masing-masing  kerana tidak mahu mereka menjadi tumpuan ramai.
  Yang pasti, mungkin tidak seteruk keadaan dialami WAGs bintang EPL   yang turut menjadi buruan paparazi dan juga ancaman culik oleh   penjenayah hingga ada antara mereka terpaksa mengupah pengawal peribadi.
  WAGs Malaysia pastinya akan turut merasai kesan berikutan hubungan   mereka dengan pemain bola sepak negara yang menerima sanjungan peminat   tempatan yang ketika ini ghairah meraikan kejayaan pasukan negara   mencipta sejarah di peringkat Asia Tenggara.
sumber dari; http://www.hmetro.com.my/articles/Tempiassuami_teman/Article/
 
 

21 comments:
hehe sweet apa jadi popular gitu..
:)
yes.. i like this post...
wah.. satu berita yang menggerunkan.. hahaha..
heheh.. tak pe.. ape pun, KF dengan elia :)
Do in love forever..!! :D
haha..kite pong ada tgk ni..
http://on9shop2u.blogspot.com
kite dah follow awak..awk bile lagi?..
suke..:)
wuu..byebye safee~ hhahaha
agak2 muslim tu ade girlfriend takk? =.=
Muslim Ahmad ada gf tak? Hee :))
salam...kak elia...
kesian nye akak...sedih betul tgk owg kita ea...asyik2 nak gosip2 jerk..iskh3 lau baik2 xpe nie x...ntah pape je laa.....tp akak sbr ea..dugaan je wu semoga berbahgia smpai syurga ok..hehehe....
tak lama lagi, orang nih laer
hebat..kini Elia pn dh jd WAGs Malaysia..hehe..:D
bila nak bertunang?
kakak cantik :)
saba eyh , biasa lah org tak penah puas hati ngan kelebihan org .ngee^^ teruskan hidup . senyum ^________^
eh , akk , sye peminat pakwe akk jugak .wahahah . kire standing ngan mat2 korea lah . wahaha . kim salam kt beliau . teruskan hidup kak ! akk kene kuat :) semoga jodoh akk ngan beliau kuat :) hee ^^
to nisa adnan :
muslim dah ada GF!
i x tipu!!! huhuhuhu
muslim single lagi kot agaknya.. hehehe nampak dia tenang je tuh. hehehe
bile mase plak gf safiq name die tasya.?? wrong info ni...xleyh caye...cannot4...
Assalamualaikum..
hai elia..akak suka baca blog elia.
akak doakan elia berjaya dan sukses dlm pelajaran and..
happy bersama kf okeh
yup tasha tu gf lame die tak perlu la metro buat statement gf safiq is tasha. btw tasha is my fren, die bahagia dgn bf die skrg. dgn safiq tu sume cite lame gile.
tahniah ye kak elia.. menjadi pendorong kpd encik hubby utk harumkan nama negara..!
k2..
jgn gadoh sbb diorg dh berpunyer..
klu diorang bukan utk kite, that means, diorang bkn terbaik utk ite..
betol x elia????
KFCM terbaik utk u!!!
semoga berbahagia
Post a Comment