Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Tuesday, June 19, 2012

Update Entri Tanpa Gambar




Dah terfikir lama dah nak buat entri pasal ni tapi tak buat buat juga. last last haritu bila my aunty, Mak Dara update pasal ni baru saya teringat dan terus taip entri ni.

berbalik kepada soalan kita. Entri bergambar atau entri tak bergambar, mana lagi best?

Bagi saya macam tak cukup umphh je kalau entri tak ada gambar ni. kalau saya sendiri nak update sesuatu entri tu tangan gatal je nak cari gambar yang sesuai. sebab rasa kalau tak ada gambar tu macam tak best je. macam makan roti Najwa Latif je. roti ape tu?? Roti KOSONG...kosong owwwhh.. hehehe.

Kalau saya nak blogwalking pon. saya usha kat Dashboard. List of new entry updated tu pon kalau ada gambar baru saya merajinkan jejari ni mengheret tetikus dan menekan atau klik kat blog tu. haha. gediks bukan? taktau la memang dah orang kata nature macam tu. nak buka entri yang ada gambar je..

tapi sebenarnya ada kebaikan dan keburukan entri bergambar ni.


KEBAIKAN ENTRY BERGAMBAR(menurut Mak Dara)

* pembaca lebih memahami apa yang cuba disampaikan
contohnya tengah tulis tentang baby yang comel, macam mana pembaca nak tahu baby tu betul betul comel atau tidak kalau tak diletakkan gambarnya kan.

*pembaca tak perlu imagine lebih lebih
contohnya jika ada entry mengenai percutian yang best kalau ada gambar boleh le pembaca lihat tempat tempat yang menarik yang telah anda pergi tu. Makanya dia tak perlu le imagine je bagaimana rupanya pantai tu, resort tu dan sebagainya

Yang Tak Berapa Best ENTRY BERGAMBAR

* masalah copyright
karang tak pasal pasal kena marah atau kena saman jika terambil gambar milik orang lain tanpa tidak disedari.

Ini selalu terjadi bila kita copy paste gambor di google atau di mana mana lah dan lupa atau tersalah tulis kredit pada tuan ampunya gambar. Kalau tuan ampunya gambor tu cool aje takpe lah tapi kalau sebaliknya kompom akan keluar entry entry marah lepas itu seperti yang terjadi pada anak buah mak dara baru baru ini walaupun dia telah pun meletakkan kredit pada google namun tetap dihamburkan dengan kata kata, entry dan komen yang sungguh menusuk kalbu.. Kesian anak buah mak dara tu. (huhu.. tu saya lettew)

Tapi kalau di setiap entry di blog tu pakai gambar sendiri takde lah masalah itu kan..

Tapi kadang kadang bila terlampau banyak gambar diri sendiri orang kata kita ni SS* pulak. waahh gila dah lama tak guna ayat retro zaman kegemilangan sekolah dulu. *SS= Syok Sendiri.


Pendapat anda pulak bagaimana? Yang mana menjadi pilihan anda ketika menulis blog? Entry bergambar atau tidak Bergambar?

*Kalau saya buat entri tak bergambar korang nak baca tak agak agak? hehehe


10 comments:

NinaAz said...

bergambar! hehehe

Aiisyah Gazali said...

xkisah. Kalau rajin nak letak gambar,letaklah.kalau malas, takyah letak. Hehe

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah said...

entry bergambar la pilihan la. tapi kadang2 tengok entry jugak. ada jugak entry yang tak payah letak gambar pun takpe. kalau letak gambar rasa semak. haha

tapi better letak gambar. tapi kena la yang berkaitan. :)

eton said...

kadang2 memang sesuai letak gambar.. kadang2 x.. klu nak buat entry tanpa gambar boleh.. buat entry yg sendek mungkin.. hehehe..

Liza said...

Bagi Liza, Liza memang prefer gambar... Tak perlu gambar sendiri, tapi gambar yg menerangkan sitausi... Baru best!!!

Kalau Eliaa xletak gambar, still baca la... Sbb slalu dtg cni nak follow perkembgn Elia..

mama aryan said...

x kisah..tp kalu ada gambar lg menarik..

Sue-Rya Qistina said...

haruslah entry yg bergambar. baru nmpk menarik je n3 tu. wpun gambar tu satu je, cukup utk menerangkan situasi/cerita. :)

Jom memasak! http://suriaqistina.blogspot.com/2012/06/mari-memasak-part-3.html

Cheetah said...

prefer entry yg bergambar..hehe

Sabar said...

suka yg ade gambar..kira extra tarikan la nk bace entri..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takdagmbr pun akak baca je.tp ada gmbr laju sket dtg baca

Blog Widget by LinkWithin