Khairul Fahmi Nafi Nora Danish Punca Tangguh Tunang!
Teks oleh Razif Rosdi
Foto koleksi peribadi Khairul Fahmi
KUALA LUMPUR, 6 JAN 2011: Menghubungi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 atau lebih selesa dipanggil Apex bukanlah suatu perkara yang sukar walaupun jejaka ini saban hari sentiasa sibuk dengan latihan bola sepak di sebelah pagi dan petang.
Malah, jejaka yang berasal dari Kelantan masih sempat meluangkan sedikit masa untuk menjawab segala pertanyaan yang dilontarkan oleh portal murai.com.my terhadap dirinya. Lebih mengharukan, Apex yang sentiasa gemar merendah diri ini sedikit pun tidak melenting walaupun seringkali diasak dengan soalan yang bersifat hal peribadi.
Antaranya ialah tentang isunya menangguhkan pertunangannya dengan kekasihnya, Elia yang kononnya berpunca disebabkan oleh aktres Nora Danish. Apex nyata menafikan hal tersebut.
"Sebab saya tangguh tunang adalah kerana saya mahu fokus pada kerjaya dulu. Kebetulan pula saya ada banyak games. Mengikut perancangan, saya sepatutnya bertunang pada penghujung tahun lalu. Setakat ini, saya masih belum ada tarikh baru yang tetap lagi untuk bertunang. Malah, keluarga kami belum bincang lebih lanjut lagi.
"Hal tangguh tunang ini tiada kena mengena langsung dengan Nora Danish. Masa Nora meletakkan status itu pun, saya dah tak jadi tunang. Mungkin siapa yang jadi pengikut blog awek saya tahu cerita sebenar. Terus-terang, ia memang tidak berkaitan dengan Nora.
"Lagi pun, siapalah saya ni. Saya hanya orang biasa saja dan orang kampung. Saya pun tak setaraf nak bersama Nora yang dikenali ramai itu," kata Apex kepada murai.com.my.
Meneruskan penjelasan tentang Nora, Apex menegaskan sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Nora lagi secar aface to face.
"Saya tak ada jumpa dia pun. Saya pun anggap dia hanya bergurau saja. Saya rasa mungkin orang lain ada berbuat seperti apa yang Nora buat. Mungkin Nora mendapat perhatian disebabkan dia seorang artis.
"Siapa saya nak jumpa dengan Nora? Kalau benarlah Nora nak jumpa dengan saya, saya tak tahu nak cakap apa. Tengoklah keadaan. Kalau saya sempat, Insya-Allah saya akan jumpa dengan dia. Sekarang ni, saya tak boleh nak cakap saya terima atau tidak untuk bersua dengan dia.
"Kalau betullah la dia ada datang tengok saya training atau pun main bola, takkan saya nak halau dia. Kita kena saling hormat menghormati. Apa pun, saya tak pernah sedikit pun terbayang perkara sebegini terjadi pada diri saya. Selama ini, saya hanya tahu main bola saja," jelasnya.
Menyentuh mengenai hal dirinya yang dikatakan menyerupai wajah seperti VJ Indonesia bernama Daniel Mananta, Apex mengakui merasa sangat segan apabila dikatakan sebegitu. Apatah lagi, dia juga dikatakan mempunyai wajah seperti pelakon dari Korea Selatan.
"Muka saya sama ke dengan dia? Saya tak kisahlah. Itu semua pandangan orang. Saya terima saja apa yang orang kata. Lagi pun, saya rasa perkara ini tidak mendatangkan masalah. Janji, ia tidak menganggu karier saya. Saya pun rasa muka saya ni tak ada macam pelakon Korea pun.
"Sebenarnya, saya rasa malu apabila dikatakan sama seperti artis. Saya ni orang biasa je. Saya tak rasa sama dan mungkin orang yang berkata cuma mengusik saya saja. Sebelum ni, saya tak pernah dengar pun orang cakap macam tu. Saya ni pun bukannya kacak orangnya," jawab Apex dengan rendah diri.
Menjelaskan mengenai buah hatinya yang dikatakan lebih sudu dari kuah, Apex sekeras-kerasnya menepis dakwaan itu.
"Selama ini, saya tahu tentang Facebook dan blog pun dari awek saya. Saya banyak tahu dari dia dan dialah yang banyak mengajar saya. Dialah orang yang banyak bantu saya. Sebelum dia publish apa jua cerita tentang saya, dia akan maklumkan lebih dulu kepada saya.
"Jadi saya tak rasa dia melebih-lebih dari saya. Dari dulu lagi dia dah banyak tulis pasal saya. Selama ini tak ada pula orang nak ambil tahu. Saya sendiri tak sangka, dia banyak kena hentam dengan orang disebabkan saya. Saya kasihan dekat dia.
"Pun begitu, itu hak orang. Saya tak boleh nak buat apa. Dunia sekarang pun dah maju. Saya nak jelaskan panjang-panjang pun tak ada gunanya," katanya.
Dalam pada itu, Apex yang baru saja menerima hadiah sebuah rumah menafikan dia lebih popular berbanding pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha.
"Bagi saya, mereka berdua lagi popular dan masih lagi popular. Saya ni pun dikenali sebaik saja pulang membawa kemenangan baru-baru ini. Saya sendiri merasakan populariti ini bukan saya sorang saja peroleh. Pemain yang lain pun popular juga.
"Sekarang ni pun, saya tak tahu sampai bila kami akan dikenali. Terus-terang, pasangan kembar lagi popular. Apapun, saya akui, saya memang rasa berubah pada diri saya sekarang. Dulu, orang tak berapa nak kenal saya. Tapi sekarang bila saya ke mana saja, pasti ada yang menegur saya dan bertanyakan khabar.
"Saya tak boleh nak gambarkan perasaan saya sekarang ini. Semuanya ada. Namun, saya terima apa saja yang orang cakap. Tak kiralah positif mahu pun negatif. Selalunya, yang negatif saya akan tolak ketepi," jelasnya lagi.
Sementara itu, Apex tergelak apabila dilabelkan sebagai lelaki hangat Malaysia masa kini dan diminati semua wanita.
"Saya tak rasa pun saya ni hangat di pasaran. Tapi kalau dah macam tu orang gelarkan, nak buat macam mana. Saya sendiri terkejut. Saya tak pernah rasa nak jadi macam ini. Saya hanya berharap boleh terus maju dalam bidang sukan bola sepak," katanya mengakhiri perbualan.
Anda Perlu Tahu Tentang Khairul Fahmi
- Tetap akan bertunang walaupun ada yang mencadangkan kepada dirinya agar terus bernikah saja.
- Anak keempat dari 5 orang adik beradik. Mempunyai 3 orang kakak dan seorang adik lelaki.
- Bapanya bernama Che Mat Husin berkahwin dengan ibunya iaitu Bidah Ibrahim yang berasal dari Siam.
- Dari tingkatan 1 hingga 3, Apex bersekolah di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Tingkatan 4 dan 5, Apex bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
- Belum pernah menjadi duta sebarang jenama produk dan merasakan dirinya bukanlah selebriti.
- Mahu berkongsi ilmu dengan sesiapa saja selepas mendapat perhatian sebegini.
- Seorang yang pemalu dan suka berjenaka bersama sesiapa saja terutama sekali kenalan rapat.
- Sudah lebih setahun menyulami perasaan cinta bersama kekasihnya.
- Mengakui hati sudah dimiliki dan hanya menerima golongan artis sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Bagaimanapun, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Selagi boleh merancang, dia akan merancang sehabis baik.
- Bersyukur diberikan rumah tetapi masih belum tahu di mana rumah itu dan harganya. Berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan kerana menganugerahkan hadiah itu.
- Bakal menyambut hari kelahiran ke-22 pada Jumaat ini yang mana dia dilahirkan pada 7 Januari 1989.
p/s: sebenarnya tajuk entry ni memang takada kena mengena dengan isi. just nak point out yg entry ni di copy n paste from murai.com.my. huhh?? kenapa copy n paste je? mane entry2 buatan sendiri? hurm.. susah nak karang n update dengan coverage broadband di uitm ni yg mcm berukben. but dont worry, i'll find a way to update regularly. *muka berusaha*
34 comments:
akak tabah tau dgn kutukan yang org lemparkan kat akak...jgn mudah kecewa ok.. ^_^
haha,, naseb bek u bg pnrgn yg sebenar,, ader bgusnya mcm ni,, huhu,, moga cepat kahwin kak yer,, kfcm tu tgh meletop,, uii bahaya2,, huhu
wowwww . hott seyhhh :)
auw! KF dpt umah... bestnye..
smge pnjg jodoh kamu ae..
takpe. sabar la elia. macam apex cakap tu. selama ni u tulis pasal dia berjela jela takde sapa peduli pun. tapi lepas je glamour mula la nak kata u lebih sudu la lebih garpu la. padahal sama je dulu ngan skang. abaikan je cakap cakap orang.kalau di layan menyakitkan kepala.
SABAR JE LA ELIA. ORANG SUKA NAMPAK BENDA TAK OK JE.. :)
kak ya, ade sejenis spesies org yg xleh tgk org len bahagia..mula la dye nk gedix2 enter frame kacau2 kte..sabar kak ya ea...kte doakn kak ya ngn apex bhagia ke anak cucu...aminn~~
ngade la nora danish... ah
awak tbh kn ati ye...ni sume dugaan,da lah xjd tng pas2 ada pulak gosip mon ni..pling x thn media ckp awklebih sudu dr kuah..sy xdpt byg kn perasaan awk..hope sgt awk tbh...insya-allah yakin la pd allah s.w.t mntk d pnjg kn jodoh awk.n yakin pd cinta n pasangan awk...insya-allah MIA lebih tahu siapa yg terbaik tuk dri dia...
thanks ye atas sokongan korg..sy hargai sgt2
hehe..efa dtg memberi sokongan..:))
semoga di panjangkan jodoh elia&KFCM sehingga ke akhir hayat..aminn.. :)
tabah dlm segala dugaan k..
jom terjah blog efa:
http://efagurlz.blogspot.com
:)
ahahaha!! kelakar la pulak..
kdg2 wartawn nie tnya soalan tak masuk dik akal la pulak..ada ke tnya sbb nora danish tak jd tunang?tu bru nora twitt skit jea..haha!! kelako jgk kekdg wartawan nie yea..
sah sah la elia dari dlu dah ceta pasal apek~~ haih~~
hehe.
ya allah besarnye lah dugaan akk. hm tak pe la , Allah ade. Dia akan tlg akk. tabah kan diri ye. :) hadapi dengan senyuman - dewa. dgr la lagu tu , best tu tak sgt la tp seni kata best.. so kalau sudi dgr ok kak elia.. :)
biasa laa tu kalau dah meletop
ramai org dengki
tu kan lumrah
salam,
yang penting apek sayang tok guru.
bravo bro..
sabar lah..semua nie dugaan..tak berwarna alam percintaan kan tanpa pasang dan surutnya=)
Assalamualaikum....
Perkara yang paling sukar nak dibuat dikala fikiran memberontak dengan hal2 negatif yang melingkari hidup kita ialah "sabar".
Namun sesukar bagaimanapun untuk mengharungi dugaan, berusahalah untuk bersabar dan jauhkan fikiran dari terlalu memikirkan gosip-gosip yang ada itu.
Isu terkini yang hangat ialah kemenangan Ana dalam Anugerah Juara Lagu ke 25 baru-baru ini.
Ini menunjukkan sikap iri hati, dengki akan "menyerang" sesiapa juga. Dan ianya tak kan sudah sehingga menjelang "hari penghujung dunia..."
~p/s: saranan ikhlas dari saya; cuba-cubalah untuk menjadi seorang muslimah yang sesempurna yang boleh, terutamanya hal yang berkaitan dengan aurat... agar hubungan kamu berdua lebih mendapat keberkatan dari Allah SWT.
saya sokong kak dari belakang...
dun give up, be strong okeh...
[muka semangat nih] ahaks...rajin singgah la blog sy...:D
tak sabar nak tgk korang kawen....
semoga berkekalan
dugaan mula datang
ELIA...tabahkan hati..kuatkan semangt dan terus salurkan kekuatan tuk suport cik apek sekali..
pape pun moga dipermudahkan urusan kmu berdua..
sabar je la kak....papepn sy tetap sokong kak elia and apex....hehe..semoga korg cepat kawen...insyaALLAH...
erm semoga jodoh korang berpanjangan k ...
biasa la ..lumrah hidup.
berdoa la byk2 ok . :))
kne bykkan sbr .
update ! update ! update !
cayok2 eliaaaaa !
humble sungguh kerolfami ni ! x)
ermm...mcm 2 plak jadi...hehe,,xpe..moga2 kak elia n cik apex brsame hgga akhir hyt..may Allah bless u =)
ala apex kata x de jumpe Nora...tipu tau.....hari tu kat anugerah NIKE tu? bukan Nora?? kan kita Borak sama2kan? eleh tahu la...x sudi bagitahu orang yang apex dah borak dengan Nora...hahahahahaha tapi bukan Nora Danish la...Nora Hulfa adalah...hehehe elia jgn marah akak gegurau aje..;) gud morning
arghh itu semua asam garam...
tapi takleh disangkal nora danish tu seribu kali lebih cun kot. huhu
sabo jela..
didoakan semoga hubungan uols akan berakhir hingga ke akhir hayat...bak nasihat seorang abang kat atas nih...belajar untuk jadi muslimah sejati...u lebih sweet dengan bertudung
sbr banyak2 ye elia, ini adat bila orang dah popular..
benda yang tade kait mengait pon akan diperhangatkan..
and u kene hati2 bila bercakap, coz media ni senang sangat nak manipulasi apa yang u cakap , apa yang u luah..
ape2 pon, i doakan both of u akan berakhir dengan satu hubungan kekal dunia akhirat :)
i pon minat KFCM tapi bukan pada rupa semata2, but more to talent and his skill..
weeehuuu:)
sekian,
miss tasantek yang hensem sedunia
akak, u are miss strong~
jgn cept melatah kak, bia apa dyrg na ckp, janji kita HAPPY ;)
-sy ada tag akak. mai la singgah blog :')
moga tabah hadapi perjuangan dan perjalanan sebagai insan bernama ELia.. amiin
Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung
sy suka sgt cara KFCM..he really respect his woman..and very modest
Post a Comment