Thanks For Viewing My Blog =)

Wednesday, January 5, 2011

Temubual Eksklusif SokerLeaks Bersama Khairul Fahmi Che Mat

Entry ini adalah di-copy n paste dari website Sokerleaks. sorry ada masa nak buat entry sendiri lagi. baru start new sem kan. busy la sikit. oh, BTW nak bagitahu Elia tak jadi amik Fast Track kat Uitm Sri Iskandar tu. just teruskn study kat Uitm Machang. i choose to used the slow n steady track.

OK OK jom teruskan ngan sesi temubual kita tadi


Gua dapat assignment daripada boss SokerLeaks untuk buat temubual dengan pemain panas Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat. Dengan menggunakan kabel bawah tanah yang ada, gua berjaya dapatkan nombor henpon beliau. Tanpa ragu-ragu gua sms Khairul Fahmi Che Mat untuk buat temujanji. SMS dibalas selepas 30 saat. Sungguh pantas! Beliau bersetuju untuk ditemubual oleh gua dan kami menetapkan tarikh mengikut persetujuan beliau. Ikuti temubual bersama Khairul Fahmi Che Mat eksklusif untuk semua pembaca SokerLeaks.

SokerLeaks: Apa khabar lu sekarang? Masih berada di awang-awangan atau dah stabil?
Khairul Fahmi: Alhamdulillah gua sihat. Sekarang masih dalam mood teruja dan gua tak tahu bila nak habis feel ni. Tapi menang AFF Piala Suzuki hari tu memang paling pure dia punya feel.

SokerLeaks: Ok, sebelum gua teruskan, lu nak gua cakap KL ke nok kawe kecek Kelate?
Khairul Fahmi: Cakap KL pun gua takde hal tapi kalu demo reti kecek Kelate koho molek, sedak sikik. (Cakap KL pun gua takde hal tapi kalau lu reti cakap loghat Kelantan lagi syok)

Untuk memudahkan pemahaman lu orang seme, gua translate temubual dalam loghat Kelate tersebut ke cakap KL! KL y'all!

SokerLeaks: Ok, soalan intro. Macam mana lu boleh berkenalan dengan cik Jejari Runcing?
Khairul Fahmi: Gewe gua orang KL kalau nak tahu, urban bro. Le ni stadi kat Kelantan dan kami saling mengenali beberapa tahun sudah melalui kawan. Sekarang hubungan gua dengan dia dah masuk 1 tahun 4 bulan 3 minggu. 143 beb! Maksud dia I Love You! Hehehe..

SokerLeaks: Sape mengorat sape?
Khairul Fahmi: Gua yang mengorat dia sebab gua rasa dia punya love kat gua memang true. Masa takde sorang pun orang luar yang kenal gua sebagai pemain bola sepak, dia dah kenal dan minat gua sebagai player bola. Daripada situ cinta gua dengan dia berputik dan berbuah. Ceewaaaah!

SokerLeaks: Eleh, makwe lu ada kat sebelah kemain lagi lu punya jawapan, nak jaga hati letteww! (kata gua sambil jelir lidah :D)
Khairul Fahmi: Eh, tak la. Semua jawapan gua tadi memang true dari lubuk hati gua yang dalam. Gua profesional beb. Jawapan gua pun profesional. Cewaaahh lagi!

SokerLeaks: Ok lah kalau macam tu. So, BM dapat berapa masa SPM?
Khairul Fahmi: Dapat kredit.

SokerLeaks: Kredit tu berapa?
Khairul Fahmi: Entah, serius gua dah tak ingat. Tapi sebagai anak Melayu tulen, gua tak fail BM, ok la tu kan?

SokerLeaks: Ambik aliran sains ke sastera time SPM?
Khairul Fahmi: Erm..erm..rahsia.

SokerLeaks: Sebagai anak jati Kelate lu memang terer speaking kelate, macamana pulak cakap luar?
Khairul Fahmi: Cakap KL? Sikit-sikit tu boleh la.

SokerLeaks: Ha, cuba la cakap sikit.
Khairul Fahmi: Saye pandai cakap KL sebab makwe saye orang KL dan kawan-kawan saya ramai jugak dari KL, so its not a problem for me...well, you know me (jawab KFCM sambil mengangkat sedikit bahu dan menelengkan kepalanya sedikit ke kanan)

SokerLeaks: Perghh..mantap! Suka pergi clubbing?
Khairul Fahmi: Gua jawab pendek je, tak.

SokerLeaks: Ok, syukur. Itu gua suka. Penyanyi yang paling lu minat sape?
Khairul Fahmi: Amy Search, sebab suara dia meletop, true rocker! Dia pun member baik dengan tok guru kita, so lagi gua suka.

SokerLeaks: Apa pulak band pujaan lu?
Khairul Fahmi: Gua memang minat dengan Search, tak ada lain.

Sokerleaks: Lu minat Search sebab lu minat Amy?
Khairul Fahmi: Tak lah, gua minat Search sebab memang Search bagus, legend tu beb! Amy naik pun sebab Search, so memang gua true dengan Search.

SokerLeaks: Apa pendapat lu tentang kemerosotan Chelsea secara mendadak?
Khairul Fahmi: Gua tak follow sangat BPL, so gua tak tau nak komen. Gua harap, belilah player power-power dan mahal-mahal lagi. Kalau nak player murah tapi power, carilah kat Malaysia..keh keh keh.

SokerLeaks: Kalau pernah, ringan-ringan ke atau berat-berat?
Khairul Fahmi: Mu gilo ko gapo tanyo soale lagu ni? ( Apa gila tanya soalan macam ni?)

SokerLeaks: Mu nok jawak ko tok se? (Lu nak jawab ke tak ni?)
Khairul Fahmi: Ok, kawe jawak. Dok rajeng! (Ok, gua jawab. Tak pernah, tak pernah!)

SokerLeaks: Alhamdulillah, Sokerleaks tumpang bangga dengan taraf keterunaan lu. Keep it up bro! Erm, lu memang nak main posisi kiper ke?
Khairul Fahmi: Masa kecik dulu ada jugak try main posisi lain. Tapi bila dah serius main bola, sejak daripada sekolah rendah gua dah start main kiper sampai sekarang. Terima kasih buat semua coach yang pernah latih dan ajar gua selok-belok ilmu nak jadi kiper ni. Jasa diorang seme sampai bila-bila pun akan gua kenang.

SokerLeaks: Ok, soalan ni ramai juga nak tahu, suka tak sultan bola?
Khairul Fahmi: Mestilah sukaaaa. Banyak jasa dia kepada bola sepak negara. Sekarang ni Harimau Malaya naik balik pun atas usaha gigih dan kesabaran dia.

SokerLeaks: Ok cukup. AJL nanti lu harap sape menang?
Khairul Fahmi: Gua harap dan gua rasa Black akan menang, tak pun Faizal Tahir.

SokerLeaks: Lu minat dengan Black?
Khairul Fahmi: Minat gilerrr bro!

SokerLeaks: Rajagopal kalau marah selalu kuar ayat mencarut ape?
Khairul Fahmi: Rajagopal tak mencarut, dia marah macam biasa je.

SokerLeaks: Selalu kena tengking?
Khairul Fahmi: Kena tengking tu dah biasa sangat. Ni bukan game orang pondan stok tak boleh kena tengking. Kena tengking tu yang buat kami jadi kuat dan semangat.

SokerLeaks: Pagi-pagi dengar Hot FM ke Sinar FM?
Khairul Fahmi: Dua-dua gua dengar.

SokerLeaks: Aiseh! Jawapan jangan la nak diplomatik sangat bro.
Khairul Fahmi: Eh mana ada, memang gua dengar dua-dua, tukar-tukar channel.

SokerLeaks: Yela, yela, gua buat-buat percaya. Erm, sape striker kat Malaysia yg paling lu gerun?
Khairul Fahmi: Of course la Mat Yo (merujuk kepada Norshahrul Idlan Talaha).

SokerLeaks: Takkan sorang tu je?
Khairul Fahmi: Lagi sorang Indra, sebab shooting dia mantap.

Sokerleaks: Lu layan Raja Lawak?
Khairul Fahmi: Layan, apesal?

SokerLeaks: Apa harapan lu terhadap Raja Lawak musim baru?
Khairul Fahmi: Gua harap lawak musim baru nanti lagi bagus dan mantap daripada yang sebelum ni. Yang sebelum ni dah bagus dah, tapi kalu ada lagi bagus tu lagilah bagus. Apa kebenda yang aku cakap ni? Ah macam tu la, buat lawak-lawak lagi padu la.

SokerLeaks: Apa rahsia paha lu putih melepak? Ada pakai bedak sejuk kat paha sebelum tidur?
Khairul Fahmi: Kah kah kah! Paha ni melepak sejak azali, takde rahsia apa-apa. Tak caye, tanyalah bapak gua. Dia tengok paha gua dari kecik dulu lagi. Apa barang main bedak sejuk! Hahaha

SokerLeaks: Dulu lu rambut panjang macam Yakuza, kemain lagi tau! Erm, menyesal tak potong rambut?
Khairul Fahmi: Tak menyesal la, sebab masa gua botak kepala tu pun tahun 2009, masa tu sebab nak pergi umrah.

SokerLeaks: Oh, alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Ada rezeki nanti insyaAllah gua nak naik haji pulak.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Dan kalau ada rezeki dan sampai jodoh, insyaAllah gua nak bina mesjid.

SokerLeaks: Alhamdulillah, sejuk perut gua dengar.
Khairul Fahmi: Hahaha, dari tadi sejuk perut, nak sejuk sangat letak ais batu la brader. Hahaha

Suasana hening seketika, cengkerik berlagu riang. Gua togok air mineral sejuk beberapa teguk.

SokerLeaks: Alhamdulillah, ini baru betul-betul sejuk perut gua. Ok, kita sambung, apa perancangan kerjaya lu dalam tempoh 5 tahun?
Khairul Fahmi: Kalau ada rezeki kelab luar negara panggil, gua memang nak main luar. Kalau dalam liga Malaysia setakat ni rasanya gua nak setia dengan Kelantan. Tapi tu la, semua bergantung pada keadaan.

SokerLeaks: Kami geng SokerLeaks rate lu punya perfomance 8/10. Lu puas hati dengan perfomance sekarang?
Khairul Fahmi: Gua rate diri sendiri 6/10. Gua muda lagi, sumpah banyak lagi nak kena belajar. So, kalau gua teruskan dengan progress sekarang, insyaAllah gua nak kejar rate 9.5/10, barulah tip top. Nak dapat 10 tu tipu sangat la kan?

SokerLeaks: Haah tipu tak agak-agak la kalau nak rate 10/10 tu. Lu suka makan budu?
Khairul Fahmi: Nate apo tanyo oghe kelate suko make budu ko dok, feveret tu boh! (Apa gila tanya orang Kelantan suka makan budu ke tak, itu feveret gua tu bro!)

SokerLeaks: Lu kenal Hanis Zalikha?
Khairul Fahmi: Kenal, blogger femes tu bro!

SokerLeaks: Dia cantik tak?
Khairul Fahmi: Hehehehe..bodoh punya soalan.

SokerLeaks: Kikiki. Lu tahu tak Nora Danish pernah tweet 'sweetheart XOXO' pasal lu, suka?
Khairul Fahmi: Biasela, mestilah gua suka. Nora Danish kemain top lagi tweet macam tu untuk gua, sape tak suka? Tapi gua profesional. Secara personal memang takde lebih-lebih la..ermmm..dok tahu la..hahaha.

SokerLeaks: Ok cukup. Nanti bangga tak sudah Nora Danish kalau cerita pasal dia lebih-lebih. Erm, apa respond lu pasal ada orang yang buat page facebook benci lu punya makwe?
Khairul Fahmi: Gua malas nak amik port, gua buat tak tahu je. Makwe gua pun steady je, tak de hal la. Tak penting pun kan? Makwe gua bukan buat salah apa pun. Tapi gua harap-harap kalau boleh tu tak payahla. Kalau nak teruskan jugak, go ahead!

SokerLeaks: Selama ni ada niat atau berangan nak carik awek artis?
Khairul Fahmi: Takde la. Sape la gua ni nak ngorat artis. Tapi kalau artis-artis Hollywood tu ok jugak rasanya. Hahaha. Tapi tu la, memang takde gua berangan nak usha artis.

SokerLeaks: Tak beragak pulak lu punya jawapan, takpe, gua doakan yang bagus-bagus untuk lu. Sape artis wanita paling diminati dalam negara?
Khairul Fahmi: Kalau pelakon tu gua minat gila babi dengan Fauziah Nawi, dia ni bawak watak mak-mak memang kelas! Kalau bawak watak sedih-sedih pulak confirm berhantu. Gua respek gila dengan dia. Kalau penyanyi pulak gua pilih Dato' Siti sebab..ahh, sape tak tahu kehebatan dia? Takyah la gua explain lagi.

SokerLeaks: Sekarang lu pakai kereta apa?
Khairul Fahmi: Sekarang pakai kete Kancil je bro.

SokerLeaks: Itu sebelum nama lu naik, sekarang nama dah naik, gaji pun takyah tipu la kalau tak naik sama. Sekarang rezeki dah meletup ni takkan tokse tukar kereta?
Khairul Fahmi: Gua rasa tak lagi. Buat masa ni gua plan nak beli kereta untuk mak bapak gua dulu. InsyaAllah nanti-nanti kalau ada rezeki lebih gua tukar la kancil tu jadi bapak kancil.

SokerLeaks: Wow, sungguh mithali juga lu ni brader. Lu hisap rokok?
Khairul Fahmi: Dulu hisap jugak, tapi dah lama berenti. Iya la, nak jadi sportman kena elak benda-benda tu kalau nak karier bertahan lama.

SokerLeaks: Cewaaahh! Kemain lagi semangat. Rasa-rasa semangat macam ni boleh simpan lama tak? Ke hangat-hangat chicken shit je?
Khairul Fahmi: InsyaAllah gua jaga apa yang patut. Main bola ni periuk nasi gua sekarang sampai gua hujung karier, so benda-benda yang tak patut tu gua akan cuba elak.

SokerLeaks: Apa komen lu pasal fans Indon yang kata Malaysia malingshit apa semua tu?
Khairul Fahmi: Gua tak heran la benda tu. Kalau nak ikut masa kat Indo hari tu lagi teruk kena maki dengan orang-orang sana. Gua pun tak tahula nak cakap apa, pada gua kalau kita kalah, terimalah dengan hati terbuka. Tapi kalau nak kutuk-mengutuk jugak macam tu, terpulanglah.

SokerLeaks: Nak cerita pasal orang sana memang 3 hari punya surat khabar pun tak habis. So gua pun rasa lantak diorang lah. Yang penting kita dapat piala, ye dak?
Khairul Fahmi: Ye sangat la tu, itu yang paling penting.

SokerLeaks: Lu tahu tak lu ada peminat-peminat gay kat luar sana, so apa pesanan lu kepada diorang?
Khairul Fahmi: Terus terang gua cakap yang gua ni lurus, macam pembaris. Gua tak minat lelaki sama jenis. Tapi kalau dah suka tu tak boleh la gua nak larang.

SokerLeaks: Lu pernah pakai seluar dalam lebih 3 hari?
Khairul Fahmi: Tak pernah. Lebih 2 hari pun tak pernah. Sebab tiap-tiap hari gua tukar spenda 3 kali.

SokerLeaks: Wow! Gila babi betul?
Khairul Fahmi: Hahaha. Iya la, gua kan training bola, so kena la tukar 2-3 kali sehari. Logik la tu bro.

SokerLeaks: Make sense, tak terpikir pulak gua. Ok, apa pasukan luar negara yang lu sokong?
Khairul Fahmi: Gua peminat setia Bayern Munich. BPL gua tak layan sangat. La Liga pulak gua sokong Barcelona.

SokerLeaks: Real Madrid?
Khairul Fahmi: Tak berapa, sebab rival Barcelona.

SokerLeaks: Cis, gua fan Real derr, terasa gua. Takpe, so team BPL mana yang paling lu rasa cap ayam dan paling lemau macam beskot masuk angin?
Khairul Fahmi: Macam gua cakap tadi gua tak berapa layan BPL, tapi daripada apa yang gua tengok, gua pilih Liverpool sebagai team paling Ayam Brand. Jersi tu pun elok tukar daripada 'Standard Chartered' jadi 'Standard Ayam'. Kah kah kah! (kemain lama lagi KFCM gelak masa ni, gua tunggu je bila nak habis).

SokerLeaks: Ok dah letteww gelak. Gua nak tanya soalan lain pulak ni.
Khairul Fahmi: Hehehehe, tak tahan bro. Lawak, lawak.

SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada.

SokerLeaks: Huraikan.
Khairul Fahmi: Iya la, time game rasa nerves tu memang tak boleh nak elak. Jadi kadar angin yang nak keluar tu pun mesti bertambah. So, kalau gua rasa nak kentot tu gua kentot je la. Bukan orang tau pon. Hahaha.

SokerLeaks: So game lepas ni kalau gua tengok lu sengih sorang-sorang kat pintu gol masa tak kena serang tu gua dah boleh agak yang mesti lu tengah kentot itu jam. Ok?
Khairul Fahmi: Takdok hal boh! (Takde hal la bro!)

SokerLeaks: Ok, soalan last daripada kami. Apa perancangan peribadi lu?
Khairul Fahmi: Plan nak tunang dengan cik jejari Runcing tapi kena tengok jadual kerja. Iya la, dia pun lagi setahun setengah nak habis belajar. Gua malas nak kacau stadi dia. Gua tunggu dia habis stadi dulu.

SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi?

SokerLeaks: Ok kemas! Gua mewakili pihak SokerLeaks ucapkan tahniah lagi sekali atas kejayaan itu hari dan atas kecemerlangan lu jaga gawang gol negara kita. Pesanan daripada gua, kalau ada rezeki tu kahwin la cepat, ramai gadis tengah que kat luar sana tu. Kang tak pepasal jadi macam kes Mawi, haru derr!
Khairul Fahmi: Terima kasih bro. InsyaAllah benda yang baik tu akan ditunjukkan jalan daripada tuhan.


Pihak SokerLeaks sangat teruja dengan sikap jatuh ke bumi Khairul Fahmi. Kami doakan kejayaan anda dalam karier. Semoga dapat terus meneraju kejayaan Harimau Malaya hingga terubat sakit dan kepingin peminat bola sepak tanahair untuk kejayaan yang seterusnya. Teruskan progress anda, kami akan sentiasa menyokong!

Disclaimer: Temubual di atas bukan rekaan semata, ianya pure daripada tekak pengulas, tekak KFCM dan keyboard SokerLeaks. Semuanya hasil temubual yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit pada 2/1/2011 daripada pukul 12.40 tengahari hingga 1.10 tengahari.


- P/S: Masa interview ni dijalankan mmg sy ada kat sebelah KF tapi sy tak berapa dengar apa yg dibualkan. setelah diamati oleh KFCM sendiri, dia kata memang majoriti betul tapi ada juga yg Sokerleaks tokok tambah. tak 100% sebijik mcm yg dinyatakan. dia sedikit kesal disitu.


115 comments:

shahsyaz said...

neh botul ke tak elia???
pening2 plak membacanya...
hak hak hak hak....

Yuyu Zulaikha said...

bhahahah... gua minat giler arr kat KF.. bhahah.. sempoi!

laskar rainbow said...

semoha bhgia yeee;)
sweet sangat~

PiJuK_Fisio said...

hahaha terbaekla..i like!

Fie said...

hahahaha, x bleh blah part cik hanis zalikha

patem said...

TERBAEKKKKKK ! :)

kurr...kurr said...

kelakar gile..!

♥nurulizzatie♥ said...

haha. xabes gelak baca entry nih. sempoi gila fahmi. teringin nk jupe die face to face! haha. angan angan jelah! :P

Kata Aku said...

hak3x..
soklan mcm xleh diterima akal tol!
tp bgus gop dio tya, buat senyuman depan pc!!

Unknown said...

dah baca kat sokerleaks td..mmg sempi entri ni..huhuhu

akuzle ayu said...

duh2.... mcm x cayer jeks ngan soklan2 tuh sme... tp yg jwb pon sam naik ngan yg bertnya....hahahahaha...mmg menghiburkan...

yanae mohamad said...

hik2..
kelakar la orang yang temubual kfcm ni...comel je soalan die..

ardinihumaira said...

wahh.. comelnye temubual ini...
ayat sempoi2.. hehe.. :D



p/s: Tadi dapat bertemu dengan KFCM ^__^



selamat berbahagia Elia & KFCM.. tadi dni ngendap2 cari Elia.. tapi tak ado. hee..

zuar said...

terbaik r temubual exclusive ni..mmg xde tapis2 der..hahahah

tykah mnoor said...

klakar giler soklan2 tuh.apek jwb pon stylo abes..haha

fatinhanani said...

Soalan-soalan dia semua sempoi je. Haha, best best! Tak formal sangat. :D

Ariffin Janal said...

cool !

♀ Perempuan Manis said...

ok, part kecek kalate tu mmg lawak |sambil try ikut sebutan die|sakit perut gak dgn jwpn KFCM ye..ade seyes n ade yg lawak..nway, elia..akak support u n ur boipren tau..hopefully in future, kuar news u ols dh terikat ;)..

lindaoff said...

Guling2 gelak bace jawapan si KFCH...muahahahaha.Terbaeeek ar!

Datin Paduka Nunu said...

salam..elia...
thanx sbb sporting sgt ari tu (ms akak nk amik gmbr fahmi & elia kt umah zamir...new year's eve ari tu)..tq so much deh! tp...rs nyesal sgt2 sbb x bergambar dgn elia & fahmi..malu!huhuhuhu..
nti bla2 dtg umah zamir akak nk bgamber sma blh? :>
take good care & slmt study! :))

(lawak btl...siyes ke interview btl ni?)

Huda Luna said...

hahah nak tergelak pun ade baca interbiu neh
hehe

sempoi je KFCM jwb soalan
btw bf aku geng SokerLeaks
hehe

Izyanti said...

hahaha. Cepat2 kawen dgn Elia. Nak tengok korang kawen. Buat tema kawen ats padang bola tau. Comel je. hahahaha.

Lalala said...

ouh bagus KFCM...
moga korg kekal bhgia..amin

IntanBerlian said...

huhu style gile interview. santai habis =P

Anonymous said...

ntah pape je soakerleaks tu punye soalan
x profesional langsung, cam xde adab pon ade.. bajet otai ke?
pape pon, sye sokong ngan your apex..
elia da knal b4 die naek lg.. so, kl elia setie, apex x setie mmg terok la apex tu
so, hope korg bhgie ke anak cucu~ hehe hepi ending...
n elia, just buat bodo je la kat pempuan2 yg gatai kat luar tu.. ok =)

~johorgirlz89~

sayaidaydotcom said...

sabarrrr okay,,suka tengok koranggg,,&& mintak izin copy soalan tu sebab ada soalan yang memanggg sweeeet giler,,pandai cik abang jawab erk,,hehe

Anonymous said...

wah nice tembual... giler best...... sempoi n menarik cara olahan.. hahaha tak kesah la betul ke idak.. tapi menarik.. part paling best... gua nak belikan keta untuk mak bapak gua dlu... perghhhhhhhh

Anonymous said...

waaaaah bagusnya ada temu bual macam ni.. nice one sokerleak... keep it up..


Khairul Fahmi teruskan sempoi and humble...


MOga Elia dan Khairul Fahmi akan bahagia hingga ke syurga... amiin

joegrimjow said...

mak oi
banyaknya!!!

update la macam biasa
baru akan kekal lama

manusia boleh dipelajari melalui penulisan dia
;)

Anonymous said...

last soalan (yg sepatutnya penginterviu tanya):

bro, lu punye rambut ade potensi botak tengah. dahi pun dah luas tu. die punye "M" dah jelas tu. tak lama.
agak2 awek lu boleh trime lu tak bile lu dah botak tengah?
ke die lari cari orang lain?

AzRin Kamaludin said...

elia..betul la ek temubual tue??
mati2 ingt tipu....haha!!

apa2 pn have fun la bace entry SokerLeaks nie..:)

missbby said...

oh..memang lawak..:) btw selamat belajar elia..tak kisahlah kalau tak amik fast track pun kan..janji belajar, i'allah berjaya..:)

Mrs. Caspian said...

lawak jugak ur incik apex ekk...

LynnAiza said...

hahahahha!mmg best btol la!down to earth btol la KF elia ni..=)
soalan paha lu putih melepak n kentot sgt tak boleh bla..bikin org gelak golek2..hahaha...adesss..
anyway,elia..pray happiness with u n KF forever~=)

Jins Skoda said...

hahahaha...seiyes lawak...klako gilo..terbaik la demo...ore klate meme make budu boh...he3,,,

Unknown said...

heheheh~~~ meletops...

FR said...

lawak okey bace nieh .. haha . thanks share kak Elia .

nuraitul said...

sempoi gle jwapan KFCM sume..bagus2..lagi2 tang dia bg jwpan psl family tue..bertuah u elia..moga pnjg jdoh kamu berdua..insyaAllah.. :)

Unknown said...

elia..kim salam dgn KFCM yea.. peminat jew tak lebih dari tu.huhu..
Hope elia dan KFCM bahagia dan kekal selamanya.
takyah kisah la apa orang nak kata, elia dan KFCM jew yg tau segalanya.
beyeh...jupo mache kekgi eh...huhu :)

cendawanpink said...

congrats..!!
to KFCM,jgn dok jadik mcm Mawi ok..
to Elia,abaikan pe org len ckp..
smoga uols smpai ke jinjang pelamin..
(^_^)

FA.SA'A said...

haha. tang kentot tak leh blah ! awat lawak sngt korg nih ??

nieNn_Luv said...

emmm jujur betul jawapan KFCM tu.. suka sangat :) :) elokla tu dik, bukan sume orang ble berada dgn kita saat kita takde apa2, yang suka dgn kita saat kita di puncak tu mmg la senag nak cari~~ pe2pun gudluck untuk karier n kekalkan peribadi sebegini.. n harap2 moga2 berpanjangan jodoh n kekal dunia akhirat oke, insyaAllah~~ (^__^)

Cik Puan Mimi said...

Ini memang kelakar dowh..
elia, tulis lagi tulis lagi.
suke yg temubual ni

Anonymous said...

hokey memang kelakar tak hengat! HAHAH

ShaLLeyShaLina said...

hahahha gelak sorang2 baca..terbaek dari ladang!

Unknown said...

syok baca..
mrndah dri btl apex tu..
i like..

MyeAqma said...

cool~

zazaw said...

haha
MAKE BUDU

.FD. said...

Super kelakar interview nih. Tak agak punye soalan. naseb tak gelak berguling2 jatuh kerusi.

Amni said...

betul! jangan jadi macam mawi.. huhuhuhuhuhu... sedih gilerr... tapi, mungkin dah jodoh kan... hum... doakan yang baik2 untuk both of u...

Miss b said...

bab kentot tu xleh blah. ngahahahaha

Akmakema said...

serius lawak giler temubual nih! aku bace pon tgelak2.. hahaha

Linglung said...

Thanks Elia share intebiu kami kat blog makwe KF yg kemain top ni.

jaga keputihan paha abang tu baik-baik..keh keh keh

::puTri:: said...

cute jer bile bace this interview kat sokerleaks pagi tadi..salam kenal, eila..kindly pls follow me, erk...

also, bleh gak visit my blogshop if nk cari present utk ur MIA

http://coklatmanes.blogspot.com/

Cik Kuku Besi Penumbuk said...

ELIA BANYAKKAN BERSABAR..

I DAH BUAT N3 PASAL U..HEHE..

THANKS

http://missyaniabdullah.blogspot.com/2011/01/269-bila-khairul-fahmi-elia.html

izwan7 said...

haha.. siot je soalan2 die, smpai kentut pun nak tanye.. aku ingat tipu.. rupenye betul2..

Anonymous said...

Soalan sokerleaks tu gila lawak!! hahahahaha!!!
part kentut tu mmg xleh thn XD XD XD

Unknown said...

extremely agreed with sokerleaks. mmg jatuh ke bumi ah kfcm. plus, dpt gf yg masuk air mcm elia. tahniah to both elia & kfcm~! ;)

bidadari said...

salam kenal..

http://atehqshe.blogspot.com/

jempot singgah my blog macam2 ade..
nak shopping,wangian,kisah sedih,pedoman dan iktibar!Jom baca...
semoga memdapat sedikit manfaat..

tq

Unknown said...

hihihiih...gelak guling2 ahkak baca noks.. kelakar la soalan2 yg diutarakan..lawakkskss!..

ayunimoxes said...

hi Elia...hope you are in a good shape...i read this interview..memang kelakar giler..the interviewer and interviewee...hehe..anyways...jangan ambil pusing of all envious comments/cacian or whatsoever..they're all just envious biyatch.....and keep it up k...i'm supporting you and Apek..

misz neena said...

hye elia !
seronok je bace entry kali ni.

p/s buat khairul fahmi : statement awak terbaik ! elia ada since awak dari bawah. so, even dah femes sekarang, jangan lupe diri ! :)

elia, even ada orang yang buat FB anti elia tu, just ignore. dorang sume tu tak berpelajaran. just move on ur life with happiness.
hopefully, hubungan u dgn KFCM berakhir ke jinjang pelamin. amin. :)

Yaya^Liyana said...

soklan mengong2..
tang kentut ngan spenda xleh blah..
gelak guling2..
seb bek boss x nampak...
tukang tanya sempoi,
tukang jawab lg sempoi...
hahaha

Haa Fakihah said...

lawakk lawakkk. :))

Anasir said...

sapa yang interview ni? Macam pipiyapong je..hehe

iLa SaHaR said...

hehehehe bagus2....

bertambah banyak idea elia untuk entri2 seterusnya... jangan kementot jari2 runcing tuh menekan kebod dah la heheheheh waakakaka..

ada buat sikit entri tentang korang...

http://ila-alia.blogspot.com/2011/01/penangan-khairul-fahmi-che-mat.html

Cob Nobbler said...

Anasir,pipiyapong kat Sokernet.Ni Sokerleaks - company lain-lain.HAHAHA!

Anyway - kalau boleh lah,why not dapat interview through video - lagi care.Nanti takde la orang mempertikaikan kewibawaan Sokerleaks!

haha!

SAPIK NAPI said...

tabek SPRING for apex ! =D

Neyra Shazeyra said...

rakan-rakan ku yg gila punya keje. hahaha

NAD said...

KFCM very funny guy!! wish both of you luck <3

~BY YANTI AHMAD OFFICIAL ~ SERDANG - B.B.BANGI - SRI KEMBANGAN - KAJANG - PUTRAJAYA - NILAI said...

ntah hape2 punyer soklan la brother tu tny.sebbaik khairul tu sempoi.

what ever pong...khairul fahmi tatappp the best.very the down to earth punya olang.i like.

azieda razak said...

cayala KFCM.. semoga dia setia dkt elia... saya doakan hubungan korang berkekalan hingga ke akhir hayat...

SuhanaRasli said...

Giler laa..HAHA! lawak kott..kihkih

Shanks Le Roux said...

pasal spender pn nk tanya ke? hahaha

niena witwit said...

haha..kelaka!
kentot jer!
woahahah

FiesyaaChacha said...

aha lawak je babee. babe, minta izin ade amek 1 pic ya from your blog, i ade cite psl you and fahmi skeyt.. sorry amek dlu bru mentak izin.. teehee. visit my blog! http://fiesyaa-chacha.blogspot.com. :)

Anonymous said...

reena follow elia~ ^^ happy alwayx with ur mr apex ye..

AinChew said...

cepAT2 kawen.. pastu dpt ank comey.. heheee.. like like

Unknown said...

Eliaa ! nak elia cerita Fahmielia part 5 please :) jangan lupa k ?

Unknown said...

sweet jer soalan sokerleaks bg..haha
n cter lagi pasal fahmielia..best sgt..

-MsGoodNite- said...

kebanyakan soalan2 ni adalah dari peminat2 yg tweet kepada sokerleaks, termasuk la soalan gua ttg perancangan 5 tahun KF.

err.. cik Elia ada ke dgn KF masa pengulas sokerleaks buat temubual nih? heheheh

Linglung said...

cewaahhh MsGoodNite kemain suka lagi tau..keh keh keh

syamimihaziqah said...

apekehalnye laa ngan soalan-soalan sengal die tuuuu~ lawak je. aigoo

*mesti terharu kembang kempis dgn statement fahmi tu kan? tehehee

semoga cepat kahwin korang! aminnn :)

narieyz said...

soklan kentut pun nk tanyer ke..keh3...

Zaer!! said...

Salam ya fahmi.hehe.Tahniah deh populer lonim.Bile balik kB??

Anonymous said...

elia -- lawak seih pakwe ko ni.. baguih baguih... calon raja lawak gak tu..

Cik Aied said...

cool gila interview nih! haha

Faaein Himura said...

paling suka interview cam ni.. baru best.. lawak betul.. tak sangka KFCM pun otak gegila sama ngan penaya soklan tu..
hahaha... Terbaik!!! lah.. =]

♥cikmOt♥ said...

hehehe...tadi baca kat blog satu lagi...memang betul la ek interbiu ni...

hai elia...

Syima Syaz said...

ape ni kutuk liverpool...cannot accpt!! cannot accpt!!
merajuk sikit...

Cikli said...

salam elia,

depan tok guru baru nih, kfcm loyar buruk jugok ke....

lawak betul apek ni...kalah saiful apek...tabik bro.

emeralda said...

cik elia... kalau incik apex awk berpaling tadah mmg sgt2 kejam die tuh okkeh... but i'll pray for both of u ..stay forever.... i likes ur incik apex becoz die sgtlah terror=)jaga incik apex awk baik2 okkeh...

food journal said...

hahaha...lawak giler interview sokerleak....

Bagus btol kfcm nih...semoga rezekinya bertambah2...harap2 kfcm jaga solat...

Kepada eylia...sabo je la dgn org kutuk2 tu..awk x rugi pape pun,berganda2 pahala lagi adalah..

Mama Zharfan said...

baru khatam baac interview ni..siyes i like!! sbb sempoi :)
good luck and all the best to both KFCM and elia yg jelita :)

MrPayid said...

interview ni mmg langgar tiang lampu, divider semua lah.. mmg lawak cara penulisannya.. anyway, moga hub anda dirahmati Allah hingga ke jinjang pelamin.. gua dah ckp awal2 lg khairul fahmi ni mmg power.. malah masa semi final piala malaysia lagi gua dah nampak kehebatan beliau.. moga beliau terus success.. nnt gua call kawan lama gua Arsene Wenger suh beli KFCM ganti fabianski utk Arsenal..
adios....

Si Dara Penglipur Lara said...

Beselah org tokok tambah.Btw,lawak kot......hehhe.Kalu rajin sila jenguk.

http://sidarapenglipurlara.blogspot.com/2011/01/khairul-fahmi-dan-elia-bila-nak-kawen.html

Zue AnnaLeeya said...

hahahaha... mmg lawakla... lg best sbb KFCM jwb sempoi jerk... bab kentut pon hado... gelak guling2 akak dik oiiii...

lagi satu bab kecek klate tuh kak suko skali...

smogo KFCM denge elia hepi sokmo neh...

AJ said...

Hik3,memang tergelak dan respek giler kat Khairul fahmi bila baca temubual ini beberapa hari lepas...siap saya buat entry lagi..Inilah pemain bolasepak contoh yang dicari-cari

Khairul Fahmi Che Mat|Saya Tidak Pernah Ringan-Ringan

PELAUNG PULAU said...

kaki sokerleaks ni same sengal ngan sokernet... jangan caye lah.. anggap hiburan jek.hahahaha

Adam 'Amar said...

adesss...sakit perut r bca ni!!! lawok bohh!!! tapi part terharu tu psal plan KF la..nak tunang dgn elia...hey kipas susah mati KF!!! KF nak tunang dgn elia oke..bukan dgn hampa...! so tak payah nk dengki2...hampa dpt pa?kikiki....

so elia..pasni bleh lawan kentut dgn KF..ngeee~ folow ur blog la..sgt2 suka!

nur said...

NIce nice..
semoga berkekalan jua akhirnya..
selamat study ye
ALL IN ONE

lady-D said...

mmg sempoi abes la fahmi ni..suke2..

FOOTPC said...

lawak gler...aper2 hal...semoga fun N berbahagia selalu...

Anonymous said...

haha. baru berkesempatan nk baca blog ni~~ xD

nice one! lawak giler baca. guling2 dah tergelak~ ^_^

btw, biasala, wartawan kompem tokok tambah, nk bg bahan bacaan jd lebih menarik perhatian utk dibaca~! ;) diorang cuma amik isi penting je~ =p (rasanya la) =p

Unknown said...

Sempoi, lawak ...... Ketawa terbahak2 sampai terkentut......

Najiro said...

Sokerleak nie peniru ja.

Layan la Sokernet. Pure and Greatest blogger surround there. Legend blogger sume ada kt sokernet.

Unknown said...

kelakar kan! hehe!!
doakan semoga kamu berdua akan segera bertemu jodoh, InsyaAllah. di luar sana tu ramai yg sedang cuba memecahbelahkan kebahagian Elia dgn Fahmi. kuatkan hati dan banyakkan bersabar..

YOUsoF said...

Haha soklan dan jawapan yang sangat sempoi di situ..

Semoga cepat² dapat status tunangan KFCM ye.. ;)

Asfz said...

serius lawak gila..cmni upenya interview..
berguling2 asfz baca..kah3x..
xleh blah betol..

btw for boh of u, i hope ur relationship will remain till the end..
amin :)

good luck to fahmi in football :)

Nor Hazirah said...

haha..
soalan pelik2 yg ditanye..

Fatin Fahimah said...

nak tanye skit ney... tul ke abg KFCM dpt twaran pegi MAN UTD ????

Hakeem Yusof said...

"SokerLeaks: Ok cukup. Lu pernah kentot masa game?
Khairul Fahmi: Ada."

haha

xaxatra said...

:)

ct_zahra! said...

hee..akk elia...smoge bhgie dgn khairul fahmi..gosip2 uh..jgn layan!..:D

cik mas said...

tinggal kenangan.. sedih lak baca.. ye la dr bawah lagi elia sokong KFCM... skg dh berjaya tinggal cm tu je...

Blog Widget by LinkWithin