Thanks For Viewing My Blog =)

Total Org Sekodeng

Food for fellow stalkers ;)

Monday, November 8, 2010

Janji Khairul




TANGKAS...Khairul Fahmi berlatih di padang Sekolah Tinggi Xiouqi, semalam.

SIAPA sangka tuah Khairul Fahmi Che Mat hadir di Guangzhou apabila diberi tanggungjawab menyarung jersi No 1 negara menghadapi Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan A bola sepak Sukan Asia, hari ini.

Tanpa pengalaman beraksi dalam kejohanan kompetitif antarabangsa, penjaga gol Kelantan yang dinobatkan selaku penjaga gol terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan ini paling sesuai di mata K Rajagobal.


Ketenangan, ketangkasan serta kebijaksanaan Khairul Fahmi ketika beraksi di final Piala Malaysia dan diturunkan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, meletakkan dirinya cukup bersedia menghadapi kejohanan utama.


Bagi anak muda berusia 21 tahun ini, dia sendiri tidak menyangka mendapat kepercayaan tertinggi.


“Terus terang hingga ke hari ini saya masih tidak percaya tuah 2010 merubah hidup dan karier saya. Daripada beraksi di final Piala Malaysia dan menjulang piala itu, memenangi anugerah kebangsaan serta terpilih dalam kesebelasan utama negara, ia bagaikan mimpi yang akhirnya menjadi realiti.


“Saya bersyukur kerana kerja keras saya tidak sia-sia. Terima kasih kepada jurulatih B Sathianathan yang yakin akan keupayaan saya dalam skuad Kelantan serta Rajagobal memberi kepercayaan besar ini.


Sekalipun muncul muka baru dalam pasukan, Khairul Fahmi kagum dengan semangat berpasukan serta kerja keras pemain sejak tiba di Guangzhou, Jumaat lalu.


“Ada perbezaan ketara gaya persembahan antara Kelantan dan skuad kebangsaan namun kematangan pemain senior dan muda cepat sesuaikan diri.

“Kelebihan saya perhatikan skuad ini adalah kerjasama sepasukan menjadikan ia lebih mantap.


“Ini hasil gabungan pemain senior, anggota skuad Sukan Sea Laos serta sembilan pemain Harimau Muda A. Saya yakin skuad ini mampu mencabar Kyrgyzstan,” tegasnya.



2 comments:

nabilah said...

hai sis elia..
first: i love ur blog..its awesome
sec:i like ur story wit kfcm(haha)
third:hope both of you stay strong forever
emm..nice to know you sis..:D

cik bunge said...

cam bese..salam bahagia wat kak elia...ser0nok dpt sk0deng bl0g akak ni..huhu..^_^..mm.pas read all ur entry an..yan ad suggesti0n..ap kter akak wat n0vel..sal remaja..akak un pnh alaminyer an..yan ase mesti best sbb tgk cre penulisan akak un best,,h0pe u will d0 ek..k..tataataa

Blog Widget by LinkWithin