Thanks For Viewing My Blog =)

Tuesday, November 16, 2010

Kronologi Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2010 Guangzhou China: Malaysia vs Iran




Keputusan Live Malaysia vs Iran: Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2010 Guangzhou China:
  • 93": Tamat perlawanan, Malaysia kalah kepada Iran dengan 1-3. Iran akan berjumpa dengan Oman di peringkat suku akhir dengan mengalahkan Hong Kong 3-0. Perlawanan nanti akan diadakan pada pukul 7.00 petang, 19 November 2010.

    Syabas kepada Malaysia kerana telah bermain dengan sebaik yang mungkin terutamanya kepada penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain Kelantan yang banyak menyelamatkan banyak cubaan Iran

  • 90": 3 minit masa tambahan diberi oleh pengadil perlawanan

  • 86": Norshahrul menyempurnakan sepakan penalti dengan baik, kedudukan masa ini Malaysia 1-3 China

  • 85": Penalti diberikan kepada Malaysia setelah Norshahrul diasak teruk (ditarik) oleh pemain Iran

  • Setelah 70 minit permainan, penguasaan bola Iran (78%) dan Malaysia (22%). Malaysia masih tidak membuat sebarang cubaan ke pintu gol Iran jika dibandingkan dengan Iran sudah mengasak 27 kali dan 10 kali tepat ke sasaran

  • 67": Amir Sharafi meletakkan kedudukan Iran 3-0 Malaysia

  • 66": Kad kuning kedua bagi Malaysia setelah kekasaran oleh Ahmad Muslim

  • 59": Seyed Hosseni menjaringkan gol kedua melalui tendangan sudut direct ke pintu gol

  • Khyril Muhymeen Zambri (Malaysia) dilayangkan kad kuning akibat kekasaran yang dilakukan

  • 53": Karim Ansari (Iran) berjaya menjaringkan gol pertama. Sebelum ini Karim sudah menjaringkan 2 gol di peringkat kumpulan

  • Separuh masa pertama tamat setelah 1 minit masa tambahan dan keputusan Malaysia vs Iran masih terikat tanpa jaringan. Malaysia perlu mengubah strategi permainan dan tidak hanya bertahan
    • 17 cubaan manakala 6 adalah tepat ke gawang telah dilancarkan oleh Iran tetapi Malaysia tidak membuat sebarang cubaan ke pintu gol Iran

  • 41": Satu lagi cubaan Iran dapat dipatahkan oleh Fahmi dengan cemerlang

  • Hanya tinggal 10 minit lagi separuh masa pertama, Malaysia perlu mengubah strategy jika mahukan kemenangan, banyak bertahan so far

  • Setakat 30 minit, hanya dua kali bola masuk ke bahagian bawah Iran tetapi Iran banyak membuat serangan-serangan berbahaya. Penguasaan bola Iran 67% Malaysia 33%

  • Sudah 20 minit, bola mostly berada di bahagian tengah dan bahagian bawah Malaysia, credit perlu diberi kepada pemain pertahanan dan juga penjaga gol Malaysia yang bekerja keras bagi mengelakkan bola masuk ke gawang Malaysia

  • 16": Chanturu mengalami kecederaan dan Fandi Mohammad (Harimau Muda) dibawa masuk. Pertukaran pertama buat Malaysia

  • Sehingga 13 minit game, bola tidak lagi sampai ke bahagian pintu gol Iran

  • Setelah 8 minit permainan, beberapa cubaan oleh Iran ke atas pintu gol Malaysia berjaya ditangkis oleh Khairul Fahmi. Perlawanan lebih dikuasai oleh Iran dan hantaran-hantaran yang oleh Malaysia tidak begitu kemas dan tersasar.

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan

  • Nyanyian lagu kebangsaan bagi negara Iran dan Malaysia baru sahaja selesai. Pengadil perlawanan adalah from Bangladesh

No comments:

Blog Widget by LinkWithin