Thanks For Viewing My Blog =)

Monday, November 1, 2010

Khairul Fahmi Calon Pilihan Suami?

Semenjak dua menjak ni menjadi-jadi plak si MIA ni.. almost every day kua paper.. bangun pagi ada je msg atau call dari family or friends yang bagitahu muka MIA kua paper.. disebabkan saya diamanatkan untuk menyimpan mohor besar diraja(simpan keratan surat khabar je pon) MIA yg mana ada, terpaksa la drive kua uitm ni utk beli paper2 tu.. ponat.. kadang2 tu bila 7e dh abes terpaksa pecut ke pekan Machang utk cari paper.. if tak kenang jasa i xtahu la..huhu..padahal sendiri yang semangat!

Ni antara artikel yang kua paper KOSMO! harini

Khairul Fahmi calon pilihan




SEIRING dengan slogan 100- PLUS, Outdo Yourself, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya calon paling layak untuk merangkul anugerah Pemain Muda Terbaik 2010.

Namun, keputusan pemenang bagi kategori itu serta be- berapa kategori lain hanya akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya tengah hari esok.

Khairul, 21, telah beraksi cemerlang biarpun tewas menerusi sepakan penalti pada awal permainan untuk membantu Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 malam kelmarin.

"Selepas kami ketinggalan menerusi sepakan penalti, ia membuatkan kami semakin bersemangat untuk bangkit memenangi perlawanan. Ia jelas kelihatan apabila kami berjaya menguasai permainan selepas itu.
"Ia pengalaman pertama buat saya beraksi di pentas final. Suasana cukup gamat di hadapan puluhan ribu penonton. Dibolosi awal membuatkan saya bertekad untuk terus bekerja keras menga- wal pintu gol.
"Bila dicalonkan untuk anugerah ini pula, ia sesuatu yang bagus buat diri saya dan seorang lagi calon iaitu Faizal Abu Bakar (penyerang Kedah).


KHAIRUL FAHMI


"Saya cukup gembira kerana berpeluang beraksi dalam banyak perlawanan sepanjang musim ini," kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.

Biarpun masih baru dalam skuad kebangsaan, Khairul yang memasang impian untuk beraksi bersama kelab Jerman, Bayern Munich suatu hari nanti kini sedang memburu tempat berada dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2010 yang akan berlangsung awal Disember depan.

Sementara itu, pemain tengah Kelantan, Badhri Radzi telah dipilih sebagai pemenang anugerah 100PLUS Outdo Yourself malam kelmarin selepas dia menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada perlawanan tersebut.
Bagi memastikan hanya yang terbaik dipilih sebagai pemenang pada majlis anugerah yang akan berlangsung esok, panel pemili- han kali ini terdiri daripada para jurulatih, ahli-ahli Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) serta pegawai dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).



Btw, good luck for tomorrow ye sayang..~!!


credits to Blog Penyokong The Red Warriors

No comments:

Blog Widget by LinkWithin